Day 16 - Istanbul 2014 - Istanbul to KL
Day 16 adalah hari terakhir kami di Istanbul. Masa untuk pulang ke tanah air.
Penerbangan pulang kami adalah menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines yang dijadualkan berlepas dari Istanbul pada pukul 3.10 petang. Oleh kerana kami merancang nak makan tengahari di Ataturk Airport, kami bertolak awal, pada pukul 11.00 pagi dari Hilton Istanbul Bosphorus.
Perjalanan ke Ataturk Airport melalui Valens Aqueduct. |
Kapal-kapal yang berlabuh berhampiran Ataturk Airport. |
Perjalanan ke Ataturk Airport dari Hilton Istanbul Bosphorus memakan masa kira-kira sejam. Kami menggunakan khidmat Private Transfer yang ditempah menerusi internet pada harga 29 Euro. |
Seperti yang dijadualkan, penerbangan Malaysia Airlines kami berlepas dari Ataturk Airport ke KLIA pada pukul 3.10 petang. |
Disebabkan pesawat kamiparking jauh di tengah Airport, penumpang diangkut ke pesawat menggunakan bas. |
Sewaktu di Turki, kami telah mengira untuk mengagak masuk waktu Maghrib dalam penerbangan pulang ini. Maklumlah, penerbangan ini sangat panjang dan kami perlu Solat Maghrib dan Isyak di dalam pesawat. Mengikut kiraan kami, waktu Maghrib akan masuk sewaktu kami berada di Tehran, Iran.
Dalam penerbangan, kami telah bertanya kepada peramugari bila masuk waktu Maghrib, dan setelah beliau merujuk kepada kapten pesawat, nyata kiraan kami agak tepat. Waktu Maghrib masuk selepas 20 minit kami terbang melintasi Tehran di Iran. Waktu Isyak masuk sewaktu kami terbang melintasi India dan waktu Subuh pula masuk sewaktu kami terbang di Laut Andaman, sewaktu menghampiri Thailand.
Akhirnya, kami selamat mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada pukul 6.40 pagi, lewat 30 minit dari jadual kerana penerbangan kami lewat belepas 30 minit dari Istanbul disebabkan kesesakan trafik udara.
Alhamdulillah
Dan ini compilations of beberapa foto yg saya ambil selama 16 hari.
Ok, finally habis dah entries Istanbul! :)
Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:
11) ISTANBUL 2014 - Day 03 - PART 03 - PHOTOGRAPHY & WALKING TOUR - ISTANBUL UNIVERSITESI & RAGMEN SAHAF
gambar yang first tu.. tu aqueduct yang famous tu kan..?
ReplyDeleteYes, you are right doc! :)
Deletesuch a great series bro.. spending my whole night reading and appreciating all of it.. thumbs up! you really make my day..
ReplyDeleteHi bro :)
DeleteThank you so much for the time spent looking through my Istanbul entries. And I am so happy that you like them :)
I really do appreciate it that you shared your comments here about it too :)
Buat saya rasa gembira sebab saya dah spent many many many hours in doing all the entries! Hihi...