Thursday, October 2, 2014

ISTANBUL 2014 - Day 10 - ISTIKLAL AVENUE

Day 10 - Istiklal Avenue

Pada hari ke 10 kami di Istanbul, kami jalan2 di Istiklal Avenue. Dari Hotel Hilton Bosphorus tempat kami menginap, kami jalan kaki sahaja mengarah ke Taksim Square lebih kurang 15 minit. Dan Istiklal Avenue bermula di situ. Alhamdulillah, cuaca bagus hari tu.

Istiklal Avenue atau Independence Avenue ni adalah salah satu street yg popular di Istanbul. Kenapa? Sebab letaknya dekat historic Beyoğlu (Pera) district. Also sebab kat sini macam2 ada; restoran, cafes, butik, kedai buku, galeri kesenian, patisseries, chocolateries, kedai musik, masjid, synagogue, gereja, shopping malls, muzium, passages [side alleys], street performers [yg ni memang saya sgt nak tengok dan ambik gambar] dan macam2 lagi lah. Saya suka jalan ni sebab juga ada disepanjang jalan ni banyak banggunan zaman Ottoman. Kat hujung jalan yg panjangnya lebih kurang 3 km ni pulak ialah selat Golden Horn yg ada Galata Bridge. Pokoknya kalau ke Istanbul, mesti include dalam itinerary jalan2 kat Istiklal Avenue ni :). Syukur kami dapat explore the street tu secara santai since we went there on our own dan bukan dgn cara touring.

Ok, get ready for a super long entry...hihi.... sebab saya ambik banyak foto :).
Maaf ya kalau penat scrolling....

Ni gerai trolley bergerak yg legal. Kebanyakkannya jual buah berangan, jagung panggang, roti simit dan lain2 snacks. 

Saya happy dapat shot ni...hihi...

Tram yg selalunya penuh dgn pelancung. Kenderaan awam lain tak dibenarkan lalu di Istiklal Avenue kecuali kenderaan yg dibenarkan seperti lori sampah [belah malam], lori hantar barang2 ke kedai2 [itu pun belah pagi je] etc. 

Istanbul ni berbukit2 so jalan Istiklal ni pun ada part2 yg curam. So kalau tak larat boleh le naik tram ni. Tapi tram ni tak le jalan bahagian yg curam benor like ada satu road yg kami tak nak lalu sebab kecuramannya nak dekat 45 darjah!

Ada juga yg jual tiket lotto/loteri. 

Masa kami jalan2 di Istiklal Avenue ni dah masuk waktu Asar. Ini adalah di Masjid Huseyn Aga. Ramai locals yg solat berjemaah di masjid hingga penuh ke perkarangan masjid. SubhanAllah. 

Dan tentunya ada kedai2 Turkish Delights.  
Manisan cam ni memang la saya suka tapi hanya boleh saya tengok2 je sebab masalah kesihatan. Tapi bila dah balik Malaysia dan go through my photos saya terperasan this neon sign in one of the photos: 'DIABETIK Helva Lokum' yg bermaksud 'Diabetic Candy Delight'. Oh no!! Kalau saya tahu dah berkotak2 saya beli dan makan...hahahaa.... 



Haaa... yg ni yg air gulanya meleleh-leleh... huuu.... cannot! Hihihi....

Masa lalu tepi gerai ni memang la sgt harum bau panggangannya.
Tu shopping mall Demiroren Istiklal. 

People street shots. Sweet la couple tu kan. That girl so cute. Cam 1st date je...hihi...

Ais krim tumbuk..hihi...

Dan ini adalah Cicek Pasaji atau Flower Passage, famous historic passage. Mula2 sekali tempat ni digunakan sebagai sebuah theatre, lepas tu terbakar [kat Istanbul ni masa dulu2 ada banyak kes kebakaran] dan lepas tu dibeli oleh seorang Greek banker yg bina semula banggunan tu [design yg sekarang ni].  Lepas tu pada 1908, Grand Vizier Mehmed Said Pasha pula beli banggunan ni dan dikenali sebagai Sait Paşa Pasajı (Said Pasha Passage). Lepas Revolusi Rusia 1917, ramai wanita2 bangsawan Rusia yg dah jatuh miskin termasuklah Baroness mula jual bunga2an di banggunan ni. Bila dah 1940an, banggunan ni penuh dgn kedai2 bunga, tu yg dikenali sebagai Cicek Passage sebab dah jadi pasar jual bunga.   

Suasana dalam Cicek Pasaji. Sekarang ni dah jadi tempat restoran dan cafe. 

Yg ni pula ialah Balik Pazari yg asalnya adalah sebuah Pasar Ikan. Now ni masih lagi pasar ikan. 

Di jalan Istiklal ni juga letaknya Hard Rock Cafe Istanbul. Taklah terletak betul-betul di atas jalan ini, tapi di sebuah side alley.

Di tengah-tengah İstiklal Street, ada sebuah sekolah menengah yang dinamakan Galatasaray High School [it is the oldest Turkish high school in the world]. 

Suasana di Istiklal street.

Locals.

Suasana di Istiklal street yg dah mula ramai dengan pengunjung2. Seronok ambik gambar di sini :).



Suhu just nice je hari tu. Panas la jugak tapi Istanbul ni most time memang berangin. 

Ada arked-arked kecil di Aznavur Pasaji ni. Ada banyak juga passages di sepanjang İstiklal Street ni. Kami decided to go into this one. Nak tengok arked2 dalam tu. 

Suasana dalam Aznavur Pasaji. Ada kedai jual jewelry, minyak wangi, barangan ceramics, t-shirts, bath products, handbags and other accessories. 


Sekali sekala kami nampak ada street performers/musician like this lady. Beautiful music.

Dan kami jumpa satu lagi passage. Yg ni adalah Passage Hazzapulo. Hazzopulo Pasaji ni dibina pada 1871 dan dinamakan ikut nama keluarga Greek yg bina tempat ini. 

Passage ni pun kami masuk dan explore kejap. Passage ni ada kedai2 dan juga cobbled courtyard cafes. 

Salah satu kedai dalam Passage Hazzapulo.

Dan kami terus berjalan lagi di Istiklal Street.

Lagi kedai jual Turkish Delights. Kat depan kedai tu ada jual freshly squeezed orange juice.

Foto kiri: sebuah gereja.
Foto tengah: sebuah shopping mall. 

Dan ini pula Gereja St. Antoine, sebuah gereja Roman Katholik yang terbesar di Istanbul. Terletak di kawasan sibuk İstiklal Street, ia dinamakan sempena St. Anthony of Padua, seorang pendeta Roman Katholik yang dikatakan seorang miracle worker.

Lorong masuk ke gereja St. Antoine dan pandangan gereja dari entrance.

Bangunan Gereja St. Antoine.

Bahagian depan dan keliling gereja St. Antoine. Gereja ni memang open for tourists. Itu pula adalah Patung Pope John XXIII di perkarangan gereja. Dia berceramah di gereja ini selama 10 tahun sewaktu menjadi Vatican Ambassador ke Turki sebelum dilantik menjadi Pope Roman Katholik yang ke-261. Pope John XXIII fasih berbahasa Turki dan dihormati oleh warga Roman Katholik di Turki sebagai Friend Of The Turkish People.

Suasana dalam gereja. Very high ceiling. 

Pelawat2 tak boleh masuk sampai ke dalam kecuali pada yg berugama Kristian yg nak sembahyang. Yang ada lilin menyala tu adalah Votive Altar di mana penganut-penganut Katholik menyalakan lilin untuk bersembahyang.

Since tak boleh dekat saya pun zoom2 le. Jesus Christ juga dipanggil Isa di Turki.

Most restoran2 di Istanbul tempat masaknya di depan bercermin. Memang menarik sekali!
Kesian tengok budak kecik main mini accordion tu. Memang le cute tapi kesian....

Oh yummmmm!!! :)



Mestilah kena selalu berhati2 ambik gambar2 orang in public places :).

Di sepanjang İstiklal Street ada banyak artis-artis jalanan. Ramai juga orang yg kerumun tgk persembahan yg ini.
Sewaktu menonton tu, isteri saya disapa oleh sekumpulan pelajar2 wanita Malaysia yang sedang menuntut di Turki. Tak sempat pulak saya nak ambik gambar mereka.


Tak tahu pula saya apa nama alat musik yg pak cik ni tgh mainkan. 

'TESEKKURLER EFENDIM' bermaksud 'Thank you Sir'.

Kat Istanbul ni memang tak susah nak cari makanan. Lapar, haus atau craving for something sweet singgah je di mana2 restoran/cafes. 

Laaaa... macam mana la penonton2 nak taruh duit....hihi...
Sooooo adorable! So nice kucing tu temankan pak cik ni cari rezeki.
Issshhhh.. geram betul tengok kucing ni! Hahahaha...

Macam dia syok je dengar pak cik tu main music...hihi...

Satu lagi street performer. Dah tua gak pak cik ni tapi body fit giler! Masa dia stand on hands tu, dia buang satu per satu batu bata merah tu. 


Masa jalan2 tu saya notice satu lagi passage and it turned out to be my most favorite passage di Istiklal Street ni. Sebab ada banyak kucing...hihi...

Tengok tu.... lepak santai! Comel pulak tu! Hihihi...

Ada pagar sebenarnya so kami tak boleh masuk dalam. Ni memang macam sanctuary untuk kucing agaknya. 

Ada juga lukisan/murals menarik :)


Jumpa lagi satu street musicians. Yg ni pun ramai yg menonton.

Pada saya street performers ni present a very interesting photo op :). Love how expressive they are in delivering their arts and passion. 

Where banggunan baru dan lama merged. 


Hercules tengah minum air botol Diet Coke. Panas gak petang tu...hihi...

Kalau tak silap pak cik ni jual antique lamps. 

Banggunan yg split street cam ni buat saya teringat masa tour jalan2 di Fatih area. 

Kedai jual lukisan2 yg sgt mengagumkan!

Lukisan2 of old Istanbul. Sgt awesome! Saya tak pasti pulak apa mediumnya. Charcoal kot.

Graffiti yg menarik! 'Merde Muris' tu maknanya 'Merde Caregivers'. Entah betul ke tak..hihi..


Masjid Mueyyetzade. 

Ada kedai jual barangan vintage kat belakang tu. 

Fresh fruits, tong gas masak yg comel [hihi...] and more murals. 

Mana2 kedai buah mesti ada pomegranate. 

Dan ini pula adalah Menara Galata yg didirikan sebagai menara pemerhati kebakaran pada zaman dahulu. Kawasan ini juga pada asalnya didiami oleh masyarakat Eropah yang berasal dari Genoa di Itali.

Galata Tower ini dibuka untuk kunjungan orang awam. Walaupun kami tak berminat nak naik ke atasnya, memang ramai pengunjung yang nak panjat tower ni sampai atas tu. Queue tourists yang menunggu giliran untuk masuk juga sangat panjang, berlingkar-lingkar di sekitar menara.

Top middle photo: Lelaki tu tgh pijak sampah yg obviously penuh sgt dah ke dalam bag sampah besar tu. Ni betul2 kat tengah2 dataran Galata Tower yg ramai tourists. He caused quite a scene actually...hihi...

Rasa sayu saya tgk adik ni main accordion sambil menunggu sebarang sumbangan dari para pengunjung kawasan Galata Tower.

Ini adalah pemandangan biasa di street kat Istanbul ni. Cafe2 kecik dgn kerusi meja rendah kat tepi2 jalan dgn patrons minum teh/kopi atau merokok sambil sembang2. 

Ramai juga staff yg berpakaian tradisional. Interesting.

Dan ini adalah Neve Shalom Synagogue, synagogue yg terbesar di Turki. Kami plan nak masuk dalam sebab tak pernah lagi kami masuk synagogue. Tapi pintu tutup rapat so cannot la. Not open for public visits kot.

Locals and tourists.

Tak pasti pak cik ni jual apa. Nampak macam manisan. Cam brownies.

Nampak sedap!


A lovely lady in a lovely yellow dress :).

Ni buat mix fruit juice ni kan best!

Ni kedai lukisan tadi. Masa ni kami dah patah balik ke Taksim Square. Nak jalan terus dah tak larat cause dah sampai jalan2 yg curam. Nak jalan terus menurun curam tu memang la ok. Tapi nanti nak balik kena panjat! 

Masjid Sahkulu. 

Bottom left photo: Tu alat urut kepala. Serkup je macam yg penjual tu buat.  

Dan tentunya kena stop kejap ambik gambar kucing comel ni walaupun dah mula penat dah masa tu...hihi...

Ya, McDonald's juga ada di Istiklal Street ni. Up the street di Taksim Square ada Burger King.

This is Santa Maria Catholic Church. Kami tak masuk cause dah agak petang masa tu. 

Seterusnya jumpa musicians ni. Persembahan yg best walaupun saya tak faham langsung. Diaorg nyanyi dalam bahasa Turki...hihi.

Bila ternampak that lady dgn baby tu, kesian saya rasa pada mereka. Pas tu jumpa 2 lagi ladies also playing music and also with baby dalam stroller. Hmmm.... Tapi tak elok kan sangka2 buruk ni. 

Tak pasti saya apa nama alat musik yg this guy main. Adakah alat muzik tradsional Switzerland yang dipanggil Alphorn? Atau Australian Didjeridu? 





Kalau nak try mussels from this steet vendor pun boleh. Yg ni perah dgn lemon. Ada juga yg distim dgn spiced rice. Tapi kalau sakit perut tanggung le sendiri ya...hihi... 

Ok, tu lah dia nya entry hari ni. Hope anda semua enjoyed it :)

Bersambung....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. banyak sangat nak komen sampai lupa apa nak komen! :)

    delima tu nampak so juicy !! merahnya!!

    best kalau main skate board kat bandar ni..
    banyak jalan curam.. best jugak kalau jatuh berdebup debap!!

    love your street photos!!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. tak pe la doc. I pun letak byk sgt foto..hihi...

      Yes and my wife sgt suka juice tu, yg pure juice and yg dalam kotak sama je sedapnya according to my wife.
      Tapi bila balik Malaysia my wife beli yg dalam kotak kat Cold Storage yg imported dari Turki [mahal gile] sayangnya rasanya masam pulak.

      Haha.. I reckon it would as long as the skateboarders avoid the cobbled stone roads. Habis tersadung karang...hihi... sure berdebup debap! :)

      Thanks doc. Somehow I get much satisfaction when doing the street shots.

      Delete