Friday, October 17, 2014

ISTANBUL 2014 - Day 15 - PART 03 - CIRCLE ISTANBUL TOUR - KOKOREC AND CRUISE

Day 15 - Istanbul 2014 - Circle Istanbul Tour - Part 03

Selepas di Bomonti Flea Market, Özcan bawa kami ke sebuah kawasan perumahan yang terletak di atas sebuah bukit di Beşiktaş. Kawasan ini didiami oleh penduduk dari kelas sederhana dan miskin di Istanbul. Menurut Özcan, dia sengaja membawa kami ke sini kerana pemandangan dari kawasan ini sangat cantik.

Rumah2 di kawasan bukit di Beşiktaş. 

Pulau buatan manusia, Galatasaray Island dapat dilihat dengan jelas dari kawasan perumahan di atas bukit di Beşiktaş.

Kami dibawa lalu di tepi2 dan belakang rumah2 orang. Maka dapat kami lihat sendiri bagaimana keadaan hidup penduduk di situ. Hanya seorang dua sahaja penduduk yg kami bertembung masa jalan2 tu. Masa turun bukit ada beberapa pemandangan menarik. Longgokan papan2 kayu tu kata Ozcan digunakan untuk sebagai bahanapi oven bakar roti. 

Dan sudah tentunya kami terserempak dengan kucing2 comel. Amboi.... santai habis di bawah teduh. Even di kawasan macam ni the cats look well fed and healthy :).

Özcan kemudiannya membawa kami turun dari kawasan perumahan di atas bukit ini menggunakan tangga. Untuk sampai ke tangga ini, kami terpaksa melalui lorong-lorong sempit di tepi rumah2. Tu pokok buah fig.

Ini Holy Cross Armenian Church.

Pintu masuk ke Holy Cross Armenian Church.

Next is going on Bosphorus Cruise from Terminal Feri di Ortaköy. Terminal ini terletak walking distance dari tangga yang kami turuni tadi. Sebelum itu, kami singgah dulu di sebuah tandas awam yang canggih dan bersih. Untuk masuk ke tandas, perlu membayar 1 Lira (RM2) di turnstile yang diletakkan di pintu masuk. 

Sambil menunggu group members yg lain selesai di tandas, kami jalan2 di tepi water front yg berdekatan. 


Sebelum ke terminal feri, Ozcan bawa dulu kami ke satu restoran for another food sampling. Kali ni kami ke restoran Golden Durum Evi. Serta merta kami terbau masakan yg sedap. 

Ok, mula2 Ozcan bagi kami rasa some mussels. Nampak macam sedap. Ozcan siap perah2kan lemon atas mussels tu.
Ini lah dia Turkish Stuffed Mussels atau Midye Dolma. Ianya dikatakan one of the world’s great street foods. Di Turki ni stuffed mussels ada dijual di street cafes, restaurants and waterfronts. Boleh dimakan mussels nya saja atau boleh beli yg ada stuffed rice like these.

Cara makan yg betul ialah cabut penutup atas shell, perah lemon atas mussels/rice, lepas tu guna penutup atas tu dan cedok mussels dan nasi dan suap ke mulut :)
Tapi yg Ozcan bagi for our sampling tu yg dah siap bukak shellnya. So kami scoop dgn jari je la...hihi...

Rasanya? Oooo... sedap dan lembut. Saya ingat mesti mussel tu liat sikit tapi tidak. Stuffed rice tu sedikit spicy and very delicious ada macam rasa saffron, jintan dan rasa manis sikit macam raisins. Apa2 pun mussel tu is the star of the dish and the rice complemented it quite nicely.



Lepas try stuffed mussels tu, Ozcan suruh kami cuba yg ni pulak. Nampak macam dadging panggang je. 

Mula2 Ozcan tak bagi tahu dulu apakah sebenarnya makanan ni. Dia suruh kami rasa dulu. Dalam ragu2 tu kami tergoda juga sebab baunya sungguh sedap. Dan kami pun cuba. 


Uuuwwaahhhh.... sedap... sgt sedap.... lembut tak liat, spices sgt terasa... pulak tu tengah panas2... 


Ok, nama dish ni ialah kokoreç. Ia adalah lamb instestine yg dibelit-belit pada skewer dan dipanggang secara mendatar dgn api dari arang. Kata Ozcan the intestines are put through a long and very important process of cleaning. Paling disukai ramai ialah intestine suckling lambs. Lepas dah panggang dan masak, ia dipotong2 dan seasoned dengan garam, lada hitam, jintan dan oregano. Selalunya served dengan roti. 

Cuaca agak panas juga hari tu. All the walking made us felt quite thirsty. Lega rasanya bila jalan2 di lorong yg redup dan nyaman :).

Dan seronok sgt bila Ozcan bawa kami ke kedai ais krim. Hihi... ngalah bebudak...haha. 

Since tempat duduk di dalam kedai berhawa dingin tu dah penuh, kami pun duduk di meja luar. Actually just about a hundred meters away from the kedai is the ferry terminal. So angin laut menghembus nyaman. What a nice way to relax sekejap sambil duduk depan cafe makan ais krim :)

Seterusnya kami akan naik ferry for a cruise. Tu pintu masuk ke Jeti Ortaköy. Circle Istanbul Tour juga turut termasuk Bosphorus Cruise. Cruise ini sama seperti yang pernah kami ikuti pada hujung minggu yang sebelumnya. Cuma bezanya, jika Cruise yang dulu bermula dari Eminönü, Cruise yang ini pula bermula dari Ortaköy. Bosphorus Cruise dari Ortaköy berlepas betul-betul berdekatan dengan Masjid Ortaköy. 
Cruise pun bermula. Melintasi bawah Jambatan Bosphorus. 

Saya rasa memang pandai Circle Istanbul plan touring ni. Elok sgt naik crusie ni masa tu sebab lepas dah jalan2 tu bolehlah rehat2kan kaki sambil enjoy the sceneries. 

And tentunya mesti ada group photos :)

Melintasi Galatasaray Island. Sebelum menaiki Cruise ini, tadinya kami telah berkunjung ke bukit di belakang sana nun dan nampak man made island ni dari atas bukit tu.

Activiti riadah penduduk Istanbul di masa musim panas. 

Masa bot kami lalu saya ternampak lelaki ni nak terjun. Terus saya zoom dan took shot by shot...hihi...


Kalau saya, saya tak perlu sun tanning2 ni sebab warna kulit dah memang sedia adanya 'tanned'...hihi...







Rumeli Fortress dan Fatih Sultan Mehmet Bridge yg merupakan jambatan kedua yang menyeberangi Selat Bosphorus di Istanbul. 

Bersambung ke bahagian terakhir of the Circle Istanbul Tour, Part 04....

Di bawah ni saya senaraikan kesemua entries Istanbul saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. selamba je depa terjun-terjun mandi dalam selat
    dalam kan??!!
    air nampak biru dan bersih ...


    hehehheeee..
    sipa bukak kasut dan bersila!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know, right! Diaorg obviously dah biasa tu. Memang doc selat tu dalam sebab bot2 dan kapal besar boleh lalu.
      Bukan orang dewasa je yg terjun, budak2 pun ada. Also ada sekali tu I ternampak a guy and his dog terjun sama2!

      Hihihihi....
      Rimas lama berjalan, so kasi kaki sejuk sikit :)

      Delete
  2. intestine!!??
    kalau saya.. mesti bulat mata nak cuba!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni first time I rasa intestine. Kalau perut lembu tu ada la try, yg masak lemak cili padi tu... ooo... sedap, saya suka :)
      Tapi intestine ni memang sedap. Seasoning nya sgt sedap!

      Delete