Monday, September 7, 2015

HEALTH ENTRY

Dari masa ke semasa saya suka buat entry relating to health matters. Dan apa info yang saya dapat saya suka kongsi di sini. Diharapkan kawan-kawan dapat manfaat dari bacaan di blog saya hari ini ya :). 

It is time to take control of our body! :).

Entry ni tercetus selepas saya tengok wanita-wanita ni berzumba di dalam shopping mall. Wah! Hebat! Fun filled activities to improve self/health! 

Dari wiki: 
Zumba involves dance and aerobic elements. The choreography incorporates hip-hop, soca, samba, salsa, merengue and mambo. Squats and lunges are also included. 

Juga nak buat entry ni kerana selalu juga ternampak individu seperti wanita dalam gambar ini. Saya rasa kesian kerana saya sendiri tahu kesusahan bila berbadan gemuk. 

Bergantung pada keputusan ujian kolesterol dan checks dan prescription by doctor, mereka yang ada masalah kolesterol perlu menelan pil seperti Simvor tablets hari-hari.

Apakah kegunaan SIMVOR TABLET?
SIMVOR TABLET digunakan untuk orang-orang yang mempunyai penyakit jantung koronari (CHD) atau yang berisiko tinggi CHD (contohnya, jika mereka mempunyai diabetes, sejarah strok, atau penyakit saluran darah yang lain) untuk: 
1) membantu memanjangkan jangka hayat dengan mengurangkan risiko serangan jantung
2) mengurangkan risiko strok 
3) mengurangkan keperluan untuk pembedahan untuk meningkatkan aliran darah ke jantung mengurangkan keperluan untuk dimasukkan ke hospital disebabkan oleh sakit jantung.  

SIMVOR TABLET digunakan bersama dengan pemakanan  jika anda mempunyai:  
1) peningkatan paras kolesterol dalam darah anda (hypercholesterolaemia primer) atau tahap lemak tinggi dalam darah anda (hyperlipidaemia campuran) 
2) penyakit keturunan (hypercholesterolaemia kekeluargaan homozigus) yang meningkatkan paras kolesterol dalam darah anda. Anda juga boleh menerima rawatan lain.  

Bagaimana SIMVOR TABLET berfungsi?
Simvastatin tergolong dalam kumpulan ubat-ubatan dikenali sebagai statin. Simvastatin adalah sejenis ubat digunakan untuk merendahkan keseluruhan kolesterol, "tidak baik" (kolesterol LDL), dan bahan-bahan lemak yang dipanggil trigliserida dalam darah. Di samping itu, simvastatin meningkatkan tahap kolesterol "baik" (kolesterol HDL). 

What SIMVOR TABLETS is used for?
SIMVOR TABLETS are used in people who have coronary heart disease (CHD) or who are at high risk of CHD (for example, if they have diabetes, a history of stroke, or other blood vessel disease) to: 
1) help prolong life by reducing the risk of a heart attack
2) reduce the risk of stroke 
3) reduce the need for surgery to increase blood flow to the heart reduce the need for hospitalisation due to angina.  

SIMVOR TABLETS are used along with diet if you have:  
1) a raised cholesterol level in your blood (primary hypercholesterolaemia) or elevated fat levels in your blood (mixed hyperlipidaemia)  
2) a hereditary illness (homozygous familial hypercholesterolaemia) that increases the cholesterol level in your blood. You may also receive other treatments. 

How SIMVOR TABLETS works?
Simvastatin belongs to a group of medicines known as statins. Simvastatin is a medicine used to lower levels of total cholesterol, “bad” cholesterol (LDL cholesterol), and fatty substances called triglycerides in the blood. In addition, simvastatin raises levels of “good” cholesterol (HDL cholesterol).  

I don't know apa pendapat kawan-kawan selepas baca info di atas tu, tapi perkataan seperti 'risk of stroke' dan 'heart attack' buat saya seram! 

Jadi marilah kita luangkan sedikit masa untuk membaca leaflet ini yang dah dibuat begitu senang dibaca dan banyak informasi. It could be the single most important reading you did today and could possibly prevent stroke/heart attack from happening to you or your loved ones. It can save lives. 


Salah satu ubat prescription for diabetic patients is Glumet DC tablets. Jom baca apakah ubat ini dan apakah tugasnya.

Apakah kegunaan Glumet Tablet 
Glumet Tablet digunakan untuk merawat penyakit kencing manis dengan mengawal tahap gula dalam darah.
      
Bagaimana Glumet Tablet berfungsi 
Glumet Tablet berfungsi dengan meningkatkan sensitiviti badan anda untuk insulin. Ia membantu badan anda untuk menggunakan glukosa dalam keadaan yang biasa semula.

What Glumet Tablets are used for 
Glumet Tablets are used to treat diabetes by regulating the level of sugar in the blood. 

How Glumet Tablets works 
Glumet Tablets works by improving the sensitivity of your body to insulin. It helps your body to use glucose in the normal way again.

Ok, let's read this factual leaflet filled with pertinent information on diabetes. 



Leaflet ni pulak ialah on Panduan Pemakanan Sihat Anda :).


Mahukan buah pinggang yang sihat? Bacalah leaflet ini. I think it is about time kita ambil tahu macam mana nak jaga buah pinggang kita sebelum satu atau kedua2 sudah tidak berfungsi sepenuhnya atau tidak berfungsi langsung.  

If you reallly think about it, kesemua 6 perkara di bawah ni kita boleh buat/elak. Tak susah pun! 

Untuk yang ada masalah tekanan darah tinggi, contohnya individu ini will be prescribed dengan ubat seperti Hovasc tablet.

Apakah kegunaan Hovasc Tablet  
Hovasc digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggi (hipertensi). Kebiasaannya tidak terdapat sebarang gejala-gejala untuk tekanan darah tinggi. Satu-satunya cara untuk mengetahui bahawa anda mempunyai tekanan darah tinggi adalah memeriksa tekanan darah anda secara tetap. Jika tekanan darah tinggi tidak dirawat, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius.  

Hovasc juga digunakan untuk merawat angina pectoris. Angina adalah sakit atau rasa tidak selesa di bahagian dada, selalunya kesakitan ini merebak ke tangan atau leher, dan kadang-kadang ke bahu dan belakang badan. Kesakitan angina adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen ke jantung.  
     
Bagaimana Hovasc Tablet berfungsi  
Hovasc tergolong dalam kumpulan ubat-ubatan yang dikenali sebagai calcium channel blockers atau calcium ion antagonists.  

Mereka bertindak dengan mengembangkan saluran darah anda, menjadi ia lebih mudah untuk jantung anda mengepam darah ke seluruh tubuh dan membantu meningkatkan bekalan darah dan oksigen ke jantung anda.

What Hovasc Tablet is used for  
Hovasc is used to lower high blood pressure (hypertension). There are usually no symptoms of hypertension. The only way of knowing that you have hypertension is to have your blood pressure checked on a regular basis. If high blood pressure is not treated it can lead to serious health problems.  

Hovasc is also used to treat angina pectoris. Angina is a pain or uncomfortable feeling in the chest, often spreading to the arms or neck, and sometimes to the shoulders and back. The pain of angina is due to a shortage of oxygen to the heart.  

How Hovasc Tablet works  
Hovasc belongs to a group of medicines called calcium channel blockers or calcium ion antagonists.  

They work by widening your blood vessels, making it easier for your heart 
to pump blood around the body and help increase the supply of blood and oxygen to your heart.

Ok, jom baca leaflet ni pulak. 


Haaa... ni leaflet kegemaran ramai I think, termasuk la saya.. hehe. Cara-cara bagaimana nak uruskan berat badan :). Jom kita baca... 


Haaa.. bagaimana pula masa bulan puasa? Jom baca cara-cara terbaik macam mana orang yang ada diabetik berpuasa. Kalau ada sesiapa yang kawan-kawan kenal ada diabetik may be boleh sent him/her this leaflet :).





Ok lah itu lah sahaja yang dapat saya kongsikan kali ini dalam entry health saya. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua ya. 

Do take good care of yourself and your family too ya kawan-kawan :).

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Friday, September 4, 2015

RAMADHAN 1436H

Assalamualaikum dan Salam Jumaat :).

Banyak sangat entries Jalan-Jalan Pantai Timur sampai now baru dapat nak up entry Ramadhan 1436h :).

Dalam entry ni saya muatkan foto-foto suasana bulan Ramadhan tahun ni yang sempat saya tangkap :).

For sure ada foto-foto di Bazaar Ramadhan. Saya tu sekali je la pegi bazaar ni. Itu pun saje nak gi tengok2 dan ambik gambar. Also nak cari kuih buah Melaka for wife. 

Bila lapar, semua nampak sedap. Tambah pulak dengan bau-bauan yang sangat menggoda! Sini ada cucur sayur, murtabak ayam dan daging, vade, roti boom dan ayam goreng.

Tiap tahun di Bazaar Ramadhan ni ada peniaga ni yang jual pelbagai lauk pauk. Staffnya semua akak Indon. Memang banyak pilihan lauk dan boleh tahan sedapnya. Tapi mahal! 

Kalau beli di gerai ni, tak boleh beli sikit2. Contohnya, kata la kita nak lauk sayur dalam RM2.00 je. Tak boleh. Kalau nak mesti beli minimum RM3.00. Like that also got! 


Ada Kebab Roti Pita dan Roti John by Sidewalk Kitchen. 
Ada Murtabak dan Roti Boom Pak Din [dari Baba Jee]. 
Ada Lamb Grill [kambing golek] Nuar Chee Ee. 

Ada Nasi Lemak Ayam Goreng Kentucky.
Ada mee/keow teow goreng kuali/kawah. 
Ada Murtabak Firdaus Marvelous.
Ada Nasi Lemak Legend, 
Ada Ikan/Kerang Bakar Special dan Nasi Ambang. 
Ada Ayam Penyet Havoc Masyhur. 
Ada Uncle Bob's Fried Chicken and Jumbo Cheese [original or spicy] 

Ada lauk ikan pari asam pedas.
Ada batang keladi masak asam - favourite nih!
Ada drinks: air kelapa, air cincau, air lemon dan air katira [I have no idea ni air apa]. 
Ada Madimi's Yogurt dengan perasa asli, strawberry, anggur, mangga dan tembikai susu. 
Ada popia basah - popiah ni sedapppp! 

Tapi saya cuma beli karipap 2 ketul dan kuih buah Melaka for wife. I am so proud of myself lah.. hehehe... 

Ingatkan nak belikan mak kuih2 raya ni tapi tak jadi sebab mahal sangat. Sebotol kecik tu RM30.00!

Ada sekali tu kami berbuka durian. Ni first time [and last time] kami makan musang king ni. Mahal benor!

Masa Ramadhan elok kalau ziarah kubur keluarga yang telah pergi. Tak semestinya pergi masa 1st day raya. Lagi pun masa tu ramai orang dan tak begitu tenteram. Ni kubur arwah ayah saya di Klang.

Kami juga menziarahi kubur-kubur arwah mak dan pak mertua saya di Batu Gajah, Perak.  

Satu hari tu selepas solat Asar di Masjid, saya ternampak dua orang pak cik ni yang dah tua dan saling tolong menolong sesama mereka berjalan ke arah kereta. Salah seorang dari mereka adalah seorang pemandu teksi. Terharu betul saya tengok. 

Management condo saya letak notice ni. Hish.... budak2 ni!!! Nak salahkan siapa? Mak bapak? Mana la larat nak kawal 24 hours. Nak salahkan kawan2 kasi influence tak baik? There are only so much parents can do in this instance. Plus how to monitor la. 
Yang salah penjual fire crackers tu lah!  

Hampir setiap malam di masjid yang saya frequent iaitu Masjid Fatimah Az-Zahra' pada bulan Ramadhan ada berbuka puasa di sponsor oleh individu2. SubhanAllah, besar pahala bagi orang makan, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. 

Setiap kali ada majlis ni pasti ramai yang hadir. Alhamdulillah.

Yang memasak ialah orang Pakistan. Lauk ialah kambing. Mereka ni memang pakar masak kambing. MasyaAllah, bau masakan mereka sedap sungguh! 

Nasi dan daging kambing berserta sayur dihidang dalam dulang besar kongsi dalam 4 atau 5 orang sedulang. Nice!


Dan setiap kali mereka masak, pasti mereka akan selesaikan segala tugas sehingga bersih dapur masjid. Ramai yang volunteer tolong basuh periuk, dulang dan semua perkakas yang digunakan semasa memasak. 
SubhanAllah besar sungguh pahala yang mereka dapat di bulan Ramadhan tu. 

Di masjid Fatimah Az-Zahra' ni juga diadakan majlis Tazkirah setiap malam dengan mengundang ramai para Ustaz dan Pendakwah. Pihak masjid siap buat poster ni. So awesome!

Di white board masjid juga sentiasa ada latest updates of tarikh/waktu, tazkirah dan nama2 penceramah.  

Suasana dalam masjid ketika ada majlis Tazkirah. Masjid ni berhawa dingin, so sangat selesa. Tapi jangan pi tidoq pulak :). 

Juga ada Tazkirah2 khas untuk para Muslimat. Jemaah lelaki juga boleh hadir. 

Para jemaah juga sangat digalakkan untuk bersedekah apatah lagi semasa bulan Ramadhan. Jadi oleh itu, sangatlah eloknya kalau bagi duit raya dalam bulan Ramadhan dari bagi masa hadir Syawal bagi mendapatkan pahala bersedekah dalam bulan Ramadhan :).

Pada sepanjang minggu pertama dan kedua Ramadhan yang mengimami solat Tarawih kami adalah adik ni. Dia adalah seorang Hafiz, yang hafal Al Quran. Saya agak adik ni baru berumur 15 tahun. SubhanAllah. 

Ada juga sekali tu seorang remaja bernama Rahman yang berasal dari Syria yang juga seorang Hafiz requested if he could be the imam for the solat Tarawih. He is 20 years old. Tentulah imam masjid benarkan. Later saya sempat bersembang dengan ayah remaja tadi yang bernama Daud, rupanya Daud ni pun Hafiz juga. Bapak dan anak Hafiz. MasyaAllah.

Dan pihak masjid juga ada menjemput Johan Qari Kebangsaan dan Antarabangsa 2011 Amirahman Abas. MasyaAllah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran beliau ketika solat tarawih begitu menusuk kalbu sehingga menitis airmata. 
Alhamdulillah Ya Allah. 

Mereka adalah antara beberapa orang penceramah yang dijemput oleh pihak masjid untuk majlis Tazkirah sepanjang bulan Ramadhan 1436h. Memang rasa seronok sangat dapat menghadirkan diri ke majlis2 ilmu sebegini. Ustaz2 ni memang bagus2 belaka. Di masa itu saya terasa sungguh keindahan bulan Ramadhan. SubhanAllah.


Muslimat juga begitu ramai yang hadir. Section untuk jemaah wanita sentiasa penuh!


Adik ni juga saya noticed sering menghafal Quran. Dia datang bersama ayah dia. Saya lihat ayah dia begitu gembira. Ramah dan humble sungguh orangnya.
SubhanAllah. Saya seronok dapat berjumpa dengan orang2 begini.  

Antara nota2 tazkirah yang sempat saya catat dalam handphone. Cuma the gist sahaja. Since tak sempat nak tulis semua details, saya rakam audio tazkirah2 tu :). 

Pagi Syawal pun datang. Terasa sedih melambai pemergian Ramadhan. Semoga Allah memanjang umur kita agar kita dapat menikmati kurniaanNya yang melimpah semasa bulan Ramadhan di tahun hadapan. 

Saya bersolat hari raya di Masjid Bandar Diraja Klang. Ni pemandangan dari masjid tu.


Masjid Bandar Diraja Klang.




No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Wednesday, September 2, 2015

RAINBOW

Rasanya inilah kali pertama saya dapat ambik gambar pelangi yang hampir penuh. Selalunya juga tak pernah dapat yang clear dan defined macam ni. Syukur Alhamdulillah.

SubhanAllah, indah sungguh!











No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.