Flight kami dari Bandung ke Surabaya with Garuda Indonesia ialah pada pukul 1.35 tengahari. Since kami tiba awal, kaunter check-in tak buka lagi. So have to wait. Airportnya small je so nothing much to do but watch some Indonesian TV shows on the TV monitors at the waiting areas.
Sampai di airport Bandara Husein Sastranegara.
Masa tengah menunggu kaunter Check-in dibuka, tiba-tiba isteri saya mendapat mesej Whatsapp dari kawan dia di Malaysia yang meminta dia membalas mesej tu dengan segera. Rupa-rupanya ada sebuah pesawat Air Asia yang berlepas dari Surabaya ke Singapura terputus hubungan dan disyaki terhempas di Laut Jawa. Kawan isteri saya tu tahu rancangan kami bercuti ke Surabaya dan ingin memastikan yang kami tidak berada di dalam pesawat tersebut. Terkejut sungguh kami dan terus berdoa semoga perjalanan kami selamat.
Pada masa yang sama, skrin-skrin TV di Airport mula menyiarkan berita tentang kehilangan pesawat Indonesia Air Asia QZ8501 yang dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura dengan 162 penumpang dan anak kapal.
Saya perhatikan suasana di airport tu tenang dan business as usual. Semua penerbangan ikut jadual seperti biasa. Maka flight kami ke Surabaya juga was on schedule.
Selepas check-in kami terus ke ruang menunggu domestik and had lunch. Btw, airport tax for domestic flight is 25,000 Rupiah (RM9.00) seorang.
Berita kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 di dalam berita TV Indonesia.
Kami juga sempat menunaikan solat sebelum berangkat. Waktu Zohor di sana awal. Saya berdoa pada Allah swt semoga perjalanan-perjalanan kami dipermudahkan dan selamat.
Dari ruang menunggu boleh nampak krew dekat pesawat.
Flight ke Surabaya [Jawa Timur] dari Bandung [Jawa Barat] ambil masa lebih kurang sejam. Sedap gula-gula tu :).
Peta penerbangan. Dalam peta tu ada menunjukkan kedudukan Borobudur Temple dan Yogyakarta yang kedua-dua telah pun kami lawati pada tahun lepas.
Pemandangan di dalam pesawat Garuda Indonesia Airlines GA 361.
Di luar tingkat saya perasan ada ramai penduduk berdekatan sedang menyaksikan over the fences kapal terbang-kapal terbang mendarat dan berlepas.
Alhamdulillah cuaca begitu elok sekali. Penerbangan lancar dan sceneries yang kami nampak di luar tingkap juga begitu jelas.
And then it was snack time. Bagus la Garuda Indonesia ni. Flight sejam pun bagi makan cam ni...hehe.
Pramugari-pramugari sedang bertugas.
Saya yang memang agak susah nak lelap dalam kapal terbang terus je capai in-flight magazine.
Panjangnya terjemahan 'Dear Valued Customers' nya :)
Some awesome photos in the magazine.
Luxury goods.
Sejarah uniform Garuda Indonesia. Cantik-cantik pramugari-pramugarinya :).
Perhaps sebab cuaca yang baik, kami sampai di Surabaya 12 minit lebih awal dari yang dijadualkan.
Tapi tiba-tiba bila nak dekat mendarat, hujan lebat! Jadinya kapal terbang bergoyang agak kuat. Rasa cemas jugak especially bila pagi tadinya terima berita tentang pesawat Air Asia yang hilang tu.
Alhamdulillah kami selamat mendarat pada jam 2:30 petang di Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya.
Disebabkan angin kencang yang bertiup (kelajuan 30 knot kata Pilot), Airbridge tidak dapat disambungkan ke pesawat. Kapten pesawat juga menjangka kami terpaksa menunggu kira-kira 3 minit bagi angin reda untuk membolehkan Airbridge tersebut disambungkan kepada pesawat.
Seperti jangkaan kapten pesawat, kelajuan angin reda selepas beberapa minit. Airbridge disambungkan ke pintu pesawat dan penumpang dibenarkan keluar dari pesawat. Di airport tu kakak dan abang ipar saya dah menunggu untuk kami berempat pergi bercuti bersama-sama. Mereka dah tiba lebih awal dari Kuala Lumpur.
Our Tour Guide, Pak Iskandar juga telah sedia menunggu kami bersama Pak Agus pemandu kami untuk percutian kami tu. We were on a private tour package.
Airport Juanda sangat sibuk petang itu. Kata Pak Iskandar, sebab keluarga dan saudara mara mangsa nahas pesawat Indonesia Air Asia QZ8501 yang hilang pada pagi tadi telah mula berkumpul di sini menanti khabar berita tentang orang yang tersayang.
Posko Layanan Air Asia QZ8501 yang didirikan di Airport Juanda. Pemandangan ini dilihat dari dalam kenderaan sewaktu keluar dari kawasan Airport.
Kawasan ini juga dipenuhi kenderaan-kenderaan media yang sedang membuat liputan tentang peristiwa kehilangan pesawat Air Asia tersebut.
Kami terus dibawa ke Kota Malang dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Macam di Malaysia, Bandung masa tu juga tengah musim hujan. Hmm.. tak tahu pulak kenapa mereka tu jalan-jalan tak berkasut atau berselipar....
Selepas sejam perjalanan kami berhenti untuk makan di restoran Podojoyo yang bermaksud 'Berjaya Bersama'.
Di restoran ni Pak Iskandar memperkenalkan pada kami satu masakan ikan yang authentic di Jawa Timur iaitu masakan Ikan Susu. Oh my, memang la sedap ikan tu! :)
Masa kereta masuk ke restoran Podojoyo tu earlier, abang ipar ternampak penjual jagung rebus di depan restoran tu. Dia memang peminat jagung so saya pun temankan dia beli jagung tu after late lunch tadi. Nak makan di hotel nanti kata dia :).
Perjalanan diteruskan ke Kota Malang. Ni Bandar Sidoarjo.
Seterusnya adalah foto-foto yang sempat saya rakam sepanjang perjalanan.
Hari dah mula gelap tapi saya masih gigih ambik gambar...hehe...
Dan Alhamdulillah kami selamat sampai ke Ibis Styles Malang pada pukul 7:00 malam.
Cantik lobby hotel ni.
Macam biasa saya mesti ambik foto-foto bilik hotel..hehe.
Saya suka betul design selipar tu! :)
Jumping forward, balik ke Malaysia, kami terima email dari hotel ni minta kami buat survey :).
Dan kami sempat juga mengikut perkembangan terbaru berita kehilangan pesawat Air Asia QZ8501.
Kemudian kami dibawa Pak Iskandar ke Rumah Makan Inggil for dinner.
Saya suka betul rumah makan ni. Deco very asli dan menarik sangat.
Juga ada live performance, nyanyian lagu asli Jawa dan tarian tradisional Jawa di Rumah Makan Inggil.
Makanannya sedap. Lain dari Malaysia which was just great for me cause nak la rasa macam mana masakan di Pulau Jawa :).
More photos of the dancer.
The arts and deco of the rumah makan.
Selain dari dewan besar tadi, ada juga bilik-bilik for families and smaller rooms for couples. Very nice deco!
Sebelum balik ke hotel kami sempat check out a convenient shop and saya beli mee segera for later kot lapar ke nanti. Also curious macam mana rasanya. Ended up tak makan pun...hehe. Balik Malaysia baru makan.
Yang ni memang ada rasa macam gulai ayam. Tak le pedas sangat. Tapi pada saya macam pelik makan mee ada rasa gulai ayam. Pelik konon, tapi habis satu mangkuk tu saya makan tak tinggal setitis pun kuahnya...hahahaha.
Haaa.. yang ni saya lebih prefer. Sedap dan pedas. Rugi je beli satu bungkus. Nanti ke Padang saya nak beli lah..hehe...
Di luar tingkap hotel Ibis ni ada view macam ni. Cantiknya....
Bersambung....
Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01
3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02
4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03
5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER
6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG
7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA
8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO
9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL
10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET
11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI
12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR
13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO
14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME
No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.


































































