Showing posts with label kota malang. Show all posts
Showing posts with label kota malang. Show all posts

Wednesday, February 11, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

Hari ke 5 kami bangun awal sebab nak ke Bromo. Finally! Memang kami excited nak ke sana sebab dah lama Bromo ada dalam wish list kami...hehe.

Tapi entri ni tak cover lagi trip ke Bromo sebab sebelum ke Bromo Pak Iskandar bawa dulu kami ke satu candi kecil iaitu Candi Singosari. Kami excited juga sebab ingatkan tak de candi-candi di area ni. Rupanya ada juga since dulu kerajaan di sini adalah pemerintah beragama hindu.

Anyway, pukul 6:30 am kami dah turun breakfast kerana nak bertolak awal pukul 7:30 am ke Bromo. Dah tu kata Pak Iskandar dia nak bawak kami ikut 'laluan tikus' ke Bromo sebab tambah dia lagi jalan tu very scenic. Also lalu jalan tu akan ambik masa 3 jam, tu yang kena bertolak awal.

Tapi sebelum tu saya nak share dulu foto-foto sunrise di Kota Malang. Cantik sangat. Terkedu saya bila nampak views ni. 

SubhanAllah.



Dan saya zoom gunung yang hampir diselimuti penuh oleh awan.


Yang ni saya ambik pakai Samsung Galaxy Note 3.
Boleh kira panoramic shot la ni kan doc? Hehe...

Then saya pegi belah hotel yg mengadap view ni pulak. SubhanAllah.

Zoom gunung.

Shot menggunakan Samsung Galaxy Note 3 :).





Kota Malang di awal pagi. Saya suka la Kota Malang ni :).

Perjalanan pagi tu saya gunakan merakam kegiatan-kegiatan pagi penduduk Kota Malang.

Ada juga wall arts yang menarik :)


Ada gerai jual ubi kayu.

Sempat juga saya rakam view gunung ni dari dalam kereta.

Dalam 20 minit kami pun sampai di Candi Singosari. Pintu masuk ke Candi Singosari terletak di tengah-tengah kawasan perumahan.

Candi ini ialah sebuah candi Hindu yang dibangunkan oleh Kerajaan Singosari. Sebelum kedatangan Islam, Hindu adalah agama rasmi Nusantara.

Kata Pak Iskandar, tak salah kita lawat candi sebab nak lihat kesan dan sejarah amalan nenek moyang kita dulu dan bukan nak membuat sebarang pemujaan atau penyembahan di situ.

Candi Singosari ni saiznya kecil jika dibandingkan dengan Candi Prambanan dan Candi Borobudur di Yogyakarta yang pernah kami lawati dulu.

Bottom right photo: Dulu kerja baikpulih Candi Singosari ni pernah dibuat. Batu-batu yang digunakan untuk menggantikan batu-batu yang runtuh/hilang atau rosak adalah dari sumber asal batu bata candi itu dibuat pada masa dahulu. Untuk membezakan batu-bata baru dengan yang asli, batu-bata baru ditandakan dengan tanda putih. 

Candi Singosari sebenarnya didirikan untuk menyimpan abu mayat Kartanegara, raja terakhir kerajaan purba Singhasari.

Ini pemandangan di niche yang menghadap ke tangga candi.

Ukiran kepala foto bottom right tu mengingatkan kami kepada Goa Gajah yang pernah kami kunjungi di Bali. Ada 3 niche di candi ini yang kelihatan kosong sahaja seperti di sini kerana patung yang terdapat di sini telah diambil oleh tentera Belanda dan dibawa ke negara mereka.

Memang jelas akan kewujudan sebuah kerajaan purba di kawasan ini dahulu kerana selain Candi Singosari, terdapat beberapa buah candi lain yang juga ditemui di kawasan ini.

Di kawasan candi ini terdapat patung-patung batu. Candi ini juga dikatakan mempunyai patung Dwarapala yang terbesar di Indonesia, tapi kami tak nampaklah pulak mana patung tu, mungkin disebabkan dah dibawa Belanda. Dwarapala adalah patung penjaga candi di  Indonesia. Malah kini, kalau di Pulau Jawa ini, patung Dwarapala sering dijadikan perhiasan di kampung-kampung dan juga di hotel-hotel.

Kami juga memanjat naik tangga untuk melihat ke dalam candi. Candi ini tidaklah tinggi sangat. Candi ini berbentuk segiempat sama dan di dalamnya ada 4 niche yang menghadap setiap sisi. 

Ini adalah patung Syiwa Maha Guru. Untuk baca info tentang patung ni sila scroll ke bawah.

Pada masa dahulu, setiap niche mepunyai patung berhala yang ditempatkan di sana. Namun, sewaktu Belanda menjajah Indonesia dahulu, patung-patung ini telah dicuri dan dibawa ke Belanda.

Pemandangan dari atas candi.

Patung-patung batu yang dikumpulkan di tepi pintu masuk ke Candi Singosari. 

Dan di pondok depan candi ni ada dijual buku mengenai sejarah candi dan info tentang candi tersebut. Tentunya saya beli :).

Buku mengenai Candi Singosari.

Saya share di sini beberapa mukasurat penting for info on this Candi.
















Bersambung.....

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

Monday, February 9, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

Lepas di ladang epal, kami dibawa Pak Iskandar ke Warung Bethania Batu di Kota Batu. Pak Iskandar macam seronok dapat bawa kami makan di sana sebab katanya rumah makan tu popular kerana ramai artis dan orang kenamaan pernah makan di situ dan semuanya kata makanannya sedap-sedap belaka. Jadi kata Pak Iskandar susah nak dapat makan di situ actually. Entah le, kami dah lapar, so mana-mana pun ok asal halal.. hehe.

Masuk je, tu di dinding banyak la testimonial selebriti yang pernah makan di warung ni dengan positive reviews. Ada Agnes Monica dan Anggun. But I noticed dari foto-foto artis tu, reviews ni ditulis many years ago. 

Ambience restoran ni memang best. Nak duduk makan bersila pun boleh.
Tu, Glenn pun pernah makan di Warung Bethania Batu ni. 

Kami terus mengikuti perkembangan terbaru tragedi kehilangan pesawat Air Asia QZ8501.

Memang la sedap ikan goreng tu. Also the sayur. And the chicken. And the sambal. Semua sedap lah...hehe. 
Cuma yang tahu dan sayuran drenched in kuah kacang tu saya kurang minat sikit. 

Lepas makan kami ke Istana Oleh-Oleh Brawijaya. Ni gedung jual souvenirs and other local oleh-oleh. Honestly, I used to frown bila jalan-jalan masa tour mesti akan singgah ke tempat-tempat macam ni. Bukan tak tahu sebab dah ada dalam itinerary dah. Saya ni sebenarnya tak berminat nak shopping, more nak sightseeing. I used to mengeluh la. But now saya jadi suka pulak cause tempat-tempat ni macam interesting. Macam dah jadi tempat yang menarik pulak untuk saya lawati. Lawat bukan nak beli barang tapi nak tengok-tengok macam-macam benda. Sebab lain tempat lain barang-barangnya. Lagi pun barang-barang jualan di tempat ni menggambarkan kegiatan penduduk di situ dan their home/factory industries and the products they sell. Lagi pun kami boleh choose untuk sekejap saja di situ atau nak lama. Kalau tak seronok kami boleh cepat beredar. Ended up kami lama di situ sebab saya dok rayau-rayau...haha. Moreover my wife and sister ada beli a few stuff.   

Ada section pakaian. 

Telekung kanak-kanak tu ada character kartun pulak. 

Then bila saya berjalan ke bahagian belakang dan jengok luar tingkap ada view ni!!! Happy sungguh...hehe :) 

Saya bukak tingkap belakang 'istana' tu dan ambik a few shots :)

Cantik sungguh pemandangannya. Kalau saya just dok je dalam kereta dan tak masuk dalam exploring the mart, mesti discover 'penemuan' views macam ni...hehe.

Also ada macam-macam jajan. Ada kerepek tempe khas Kota Batu :).

Ada dodol apel coklat, teng teng kacang dan bakpia apel.

Ada bermacam kerepek yang tak pernah terfikir oleh saya boleh dibuat jadi krepek. Like kerepek belut!

Kerupuk strawberry, keripik pare [sedap ni kot], mari wijen durian dan stik telo. Tak tahu la saya apa jenis jajan-jajan ni sebenarnya. Also tak de tester so tak tau apa rasanya. 

Then kami naik ke tingkat atas and out the window ada view ni! Huha..hahaha :)

Kasi zoom sikit :)
SubhanAllah, cantik sungguh!
Who knew that I was able to get shots like this dari dalam kedai jajan...hehe.

Ni bahagian atas the non-food products. 


My wife beli senduk-senduk kayu tu.

Turun bawah balik dan saya round-round lagi di aisles jajan. Macam best pulak...hahaha... 

Katanya kripik bayam tu sedap. 

Then off we went to the next place. Macam biasa sepanjang perjalanan saya tangkap gambar penduduk di situ. 










Ada satu gereja besar di situ. 

On the way tu ternampak pulak wall arts ni :).

Pak Iskandar kemudiannya bawa kami ke Alun-Alun Kota Malang which is a Dataran Kota di mana ada banyak aktiviti beriadah dan terdapat juga ramai penjual yang menjual barangan mereka di sana.
Itu adalah masjid di sebelah Alun-Alun Kota Malang.

Ni di kawasan alun-alun. Ada macam-macam aktiviti. Saya ambik je foto kentang spiral tu tengah di deep fried. Saya berani sebab Pak Iskandar ada kat sebelah.. hehe. 


Ada pulak rumah merpati :). Pe lagi, zoom2 la. 

Lepas tu kami menyeberang alun-alun ke Ramayana Mall. Kata Pak Iskandar, tempat ini terkenal dengan pakaian yang murah harganya. 

Kami perhatikan kebanyakan pakaian yang dijual adalah dari jenama Indonesia. Memang ini satu kelebihan negara Indonesia. Negara ini mempunyai jumlah penduduk yang ramai, jadi jenama-jenama tempatan mempunyai pasaran yang luas. Kerana itulah pakaian jenama mereka dapat dijual dengan harga yang murah. Dari pengamatan kami, design jenama tempatan ini juga menarik dan boleh menandingi jenama antarabangsa. My wife beli sehelai baju batik. Saya? Bila pulak saya nak pakai baju batik tu...hehe.

Tak lama kami di mall tu terus kami beredar balik ke hotel.

Shoot la apa yang terpandang di luar tingkap kereta :).

Sampai hotel tengok luar tingkap ada view macam ni! Pe lagi, terus la capai kamera :).
SubhanAllah...

Good thing tingkap hotel tu bersih.. hehe.

Senja over Kota Malang. Breathtaking! 

Malam tu kami makan di Warung Bethania cawangan Kota Malang. 

Sampai hotel kami tak terus naik ke bilik tapi jalan-jalan sikit di area dekat-dekat hotel. Actually saya dah noticed wall arts ni earlier dan teringin pulak nak get a closer look and take a few shots :). 

Dan kami pegi kedai kejap sebab saya nak rasa minuman Teh Botol. Jumpa pulak versi Less Sugar, so terus la beli...hehe. Dan tak kan la beli air je, mesti la nak munch sikit kan. So saya try Sari Roti yang dalamnya ada krim keju dan Genji sejenis biskut pai. Dua-dua sedap! 

Kami juga naik ke tingkat 2 Ibis Styles Hotel Malang ni nak tengok swimming pool. 

Cantik area tu. Nice lighting. 

Lepas solat terus tido. Letih. Esoknya nak jalan-jalan lagi.

Bersambung..... 



Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.