Showing posts with label dendam. Show all posts
Showing posts with label dendam. Show all posts

Monday, April 13, 2009

DENDAM

Kau heret aku tanpa kerelaan...
Ke dalam hutan itu...
Separuh sedar...
Aku tidak boleh melawan...
Tidak lalu melawan...
Tubuh ku telah kau lemahkan...
Cuma seteguk dan aku terus tewas...

Binatang... kau jantan sial...
Aku kau ratah rakus... celaka... laknat....
Aku cuma mampu memandang ke atas ketika semua itu berlaku...
Pada dahan dan daun-daun...
Daun-daun yang melambai lembut...
Seolah cuba menenangkan ku...
Dengusan ganas kau tidak aku dengar lagi...
Cuma terdengar bunyi desiran angin lewat petang...
Aku cuba melarikan 'diri' walau jasad ku di situ...
Air mata aku mengalir...
Setiap tusukan bagai pisau...
Tiap genggaman bagai mengoyak...

Dan aku cuma mampu menangis...
Dan memandang ke atas...
Pada dahan-dahan dan daun-daun...


Dan aku kau humban di sini...
Kau ragut nyawaku dgn kejam...
Setiap kali aku cuba bernafas...
Setiap kali itu aku ditekan kedasar...
Aku cuba meronta... sekuat hati...
Cuba ku capai dahan, batu, akar.. apa saja...
Demi menyelamatkan diri ku...
Tapi kau sudah kesetanan...
Aku menggelepar... kejang... dan terus kaku...

Jasad ku hanyut... di senja itu...
Di hutan itu...

Sekarang jadi tempat aku bermain-main...
Di pokok besar yang rendang...
Di sungai yang nyaman...
Tapi setiap kali aku di situ aku akan sedih...
Kesal... marah...... dan dendam....

Jangan risau kerana kini masa aku pula...
Awas kau akan kunjungan ku...

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission. All rights reserved.