Monday, December 2, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - PORTUGAL - LISBON & BELEM TOWER

Assalamualaikum.
Kami menginap hanya satu malam sahaja di Lisbon. Selepas sarapan, kami check-out dari hotel dan mulakan program melawat Lisbon, Portugal. Selepas melawat Lisbon, kami akan kembali ke Sepanyol dan bermalam di Madrid, ibukota negara itu.






Forte de São Julião da Barra - Fort of São Julião da Barra - Originally built in the 16th century, this seaside fort is the home of the Ministry of Defence.

Perjalanan kami dari Oeiras menuju ke Lisbon adakalanya tersekat dalam traffic jam. Maklumlah, awal pagi masa itu and it was a Tuesday, orang tengah pergi kerja. Mujur ada polis trafik yang bertugas.

André Ventura.
Chega (rasminya "CHEGA!" bermaksud 'Enough!') ialah parti politik populis berhaluan kanan konservatif kebangsaan di Portugal yang ditubuhkan pada 2019 oleh André Ventura.Ia dicirikan sebagai berada on the far–right of the political spectrum.


MINISTÉRIO DA SAÚDE - MINISTRY OF HEALTH
INSTITUTO NACIONAL DE EMERGENCIA MÉDICA - NATIONAL INSTITUTE OF MEDICAL EMERGENCY



Toll booth A5 Carcavelos-Lisboa.




That is Bairro do Pinhal, a neighborhood in São Domingos de Rana. 

Bangunan Samsung di Lagoas Park.
🔵Lagoas Park ialah sebuah business park seluas 150,000 meter persegi yang terdiri daripada 13 bangunan kendiri. 
🔵Ia terletak di tengah-tengah koridor teknologi Portugal Oeiras, dengan akses ke pusat bandar Lisbon, dan mempunyai lebih dari 5,000 tempat letak kereta bawah tanah di lokasi. 
🔵Business park ini juga menawarkan kawasan hijau, hotel empat bintang, kelab kesihatan, kemudahan penjagaan kanak-kanak dan 12 restoran.
🔵Lagoas Park ditubuhkan sebagai destinasi pilihan untuk ibu pejabat serantau perniagaan antarabangsa yang beroperasi dalam bidang penjagaan kesihatan dan teknologi.







Alegro Alfragide - shopping mall.

Maisons du Monde - furniture store.


Makro.

World Trade Center Lisboa.

Inetum Portugal - consultant.




Algés (Estação) P12 (Algés (Station) P12)
 - Bus stop.



Train Station Algés.





BEM-VINDOS A OEIRAS - WELCOME TO OEIRAS


Botton-Champalimaud Pancreatic Cancer Centre - Research foundation in Lisbon, Portugal.

The Botton-Champalimaud Pancreatic Cancer Centre is one of the first in the world dedicated both to research and treatment of pancreatic cancer.
fchampalimaud.org


Champalimaud Centre for the Unknown, a hub for multidisciplinary and translational research in biomedicine, which contributed to placing Portugal at the forefront of world science.
fchampalimaud.org


Jardim Anna Sommer - Anna Sommer Garden.
Arriving at the Champalimaud Centre for the Unknown, one is received by the Anna Sommer Garden. A homage to the Founder’s mother, this vast green space, without borders or fences, was created to be enjoyed by everyone. 
fchampalimaud.org






Silopor - Terminal Portuário Trafaria - Silopor - Trafaria Port Terminal.

OZ Energia - a gas company.

Museu do Combatente - an army museum.



Monumento aos Combatentes do Ultramar - Monument to the Overseas Combatants.

Sudah kelihatan menara yang akan kami lawat pagi itu.

Jardim da Torre de Belém - Belém Tower Garden. Kelihatan juga sungai Tagus.


Itulah Torre de Belém - Belém Tower. 



Bas kami menuju ke tempat khas untuk menurunkan pelancong. 






Turun dari bas.


Mendengar penerangan ringkas dari Zarina, our local guide.

Pemandangan Belém Tower dari taman.

Ok, jom kita jalan-jalan. 



🔵Belém Tower (Torre de Belém / Bethlehem Tower) ialah kubu abad ke-16 yang terletak di Lisbon yang berfungsi sebagai titik embarkasi dan penurunan untuk penjelajah Portugis dan sebagai ceremonial gateway ke Lisbon.
🔵Belém Tower dibina untuk mempertahankan Lisbon daripada kapal musuh. Sekitar 1515, arkitek Francisco de Arruda mereka bentuk monumen ikonik itu dan ia berfungsi sebagai kubu yang melindungi Lisbon daripada serbuan masuk di sepanjang Sungai Tagus.
🔵Menara ini melambangkan kuasa maritim dan kolonial Portugal di Eropah moden awal. 

🔵Belém Tower dinamakan sempena kawasan di mana ia dibina, iaitu Santa Maria de Belem, yang merupakan salah satu daerah di wilayah metropolitan Lisbon. 
🔵Nama rasmi Belém Tower ialah "Torre de São Vicente de Belém" atau " Tower of Saint Vincent," kerana ia pada mulanya dinamakan sempena nama santo penaung Lisbon. 

🔵Ia dibina semasa kemuncak Renaissance Portugis, dan merupakan contoh menonjol gaya Manueline Portugis, tetapi ia juga menggabungkan gaya seni bina lain, seperti menara, yang diilhamkan oleh seni bina Moor.
🔵Struktur ini dibina daripada batu kapur lioz dan terdiri daripada benteng dan menara empat tingkat setinggi 30 meter.


Kiosk tiket untuk lawatan masuk ke dalam Belém Tower. Kami tidak masuk, cuma lihat dari luar sahaja. 

A street vendor menjual jus.

Ada jual piña colada (originated in Puerto Rico), mojito (traditional Cuban punch)Caipirinha (Brazilian cocktail). jus oren dan sparkling water.

Pemandangan sungai Tagus dari Jardim da Torre de Belém.


Ok, let's have a closer look.


Ada model Belém Tower dipamerkan di sini.

Terdapat juga info tentang Belém Tower dalam bentuk tulisan sentuh braille.

What a wonderful miniature. 



Kelihatan agak panjang juga barisan pengunjung yang hendak masuk melawat menara ini.
🔵Dari luar Belém Tower kelihatan hebat, begitu juga di dalamnya. 
🔵Tingkat pertama ialah Governor’s Hall, kedua ialah King’s Hall dan tahap ketiga terdiri daripada Audience Hall. 
🔵Benteng bawah terdiri daripada meriam-meriam yang disusun terus menghadap ke arah laut bersedia untuk menembak sekiranya berlaku sebarang bahaya. Di dalamnya, terdapat tangga lingkaran yang boleh diterokai, teres atas bumbung yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan bandar, dan banyak butiran seni bina yang menarik yang boleh diterokai.

Melalui jambatan ini untuk ke pintu masuk menara.


🔵Fakta Belém Tower yang menarik ialah ia dibina di atas sebuah pulau kecil di Sungai Tagus. 
🔵Disebabkan gempa bumi yang berlaku pada tahun 1755, lokasi pulau Belém Tower itu beralih. 
🔵Aliran sungai itu beransur-ansur beralih akibat kemusnahan gempa bumi dan pulau kecil itu semakin lama semakin mendekat dengan daratan, dan akhirnya menggabungkan kedua-duanya.

🔵Semasa pemerintahan King John II, dahulunya terdapat barisan pertahanan di lokasi tepat di mana Belém Tower berada. 
🔵Kemudian, penggantinya, King Manuel I percaya bahawa membina menara kekal akan lebih berdaya maju daripada mempunyai kapal di atas air. Ini adalah bagaimana pembinaan Belém Tower bermula. 
🔵Kapal asal itu yang mempunyai beberapa meriam, telah digantikan dengan kubu batu pada abad ke-16.
🔵Reka bentuk unik menara ini termasuk benteng moden dan bersenjata lengkap, menonjol ke atas sungai. Raja Manuel I jelas menginginkan Belém Tower untuk berdiri sebagai simbol abadi pemerintahannya yang berkuasa dengan menggambarkan jata diraja, sfera tentera dan cross of the Order of Christ.

🔵Pada tahun 1514, rancangan telah dibuat untuk membina sebuah menara, dan arkitek tentera terkenal Francisco de Arruda akan mengetuai tugas itu. 
🔵Francisco adalah seorang arkitek yang berpengalaman kerana dia telah membina banyak kubu-kubu di Afrika Utara sebelum ini dan sesuai untuk kerja itu. 
🔵Dia dirujuk sebagai 'Master of the works of the Belem stronghold' oleh King sendiri dan telah berjaya menyiapkan Belém Tower dalam masa kira-kira 5 tahun iaitu pada tahun 1519.

🔵Belém Tower adalah salah satu daripada Seven Wonders of Portugal. 
🔵Enam keajaiban lain ialah Jerónimos Monastery, Pena National Palace in Sintra, the Castle of Óbidos, Alcobaça Monastery, Batalha Monastery, dan Guimarães Castle. 

🔵Belém Tower mempunyai gaya seni bina Manueline. 
🔵Memandangkan gaya ini berasal dari abad ke-16, pengunjung dapat melihat bahawa terdapat peralihan dalam reka bentuk daripada gaya Late Gothic kepada bentuk Renaissance. 
🔵Gaya ini menyepadukan elemen maritim dan menggambarkan penemuan yang dibuat oleh penjelajah Portugis terkenal seperti Pedro Alvares Cabral dan Vasco da Gama.

🔵Pada awal abad ke-15, Raja Manuel I menggunakan penjara bawah tanah bangunan itu untuk menahan musuhnya. 
🔵Semasa pertempuran 1580, raja Portugis menyerah kepada Duke of Alba Sepanyol. Selepas peristiwa itu, lebih banyak penjara diperlukan dan Belém Tower digunakan untuk menempatkan musuh.
🔵Digunakan sebagai penjara sehingga 1830.   

🔵Bentuk badak sumbu dan binatang lain telah diukir di fasad Belém Tower ini, iaitu pada dasar menara menghadap luar. 
🔵Ia adalah kali pertama bentuk badak sumbu dibuat dalam mana-mana seni Eropah Barat. 
🔵Adalah dipercayai ia diilhamkan oleh Raja Manuel I yang telah menghadiahkan bada sumbu kepada Pope Leo X pada tahun 1515. Badak sumbu pada asalnya telah dihadiahkan oleh Maharaja India kepada Kerajaan Portugal.

🔵Belém Tower telah digunakan untuk pelbagai fungsi - ceremonial gateway dan juga penjara ketika berperanan sebagai kubu tentera. 
🔵Satu lagi peranan penting yang dimainkannya ialah ia digunakan sebagai pos kawalan pada tahun 1655 untuk mengutip cukai daripada kapal-kapal yang memasuki pelabuhan Lisbon, Portugal. 

Lisbon's Hippotrip

An amphibious vehicles. 

Pemandangan 25 April Bridge dan Sanctuary of Christ the King-Portugal dari Belém Tower.






🔵Belém Tower telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
🔵Lisbon terkenal kerana mempunyai banyak Tapak Warisan Dunia yang disenaraikan oleh UNESCO. 
🔵Belém Tower menyertai senarai itu pada tahun 1983 selepas kewujudannya sekian lama sebagai salah satu mercu tanda paling penting dan ikonik negara di Portugal dan terus menjadi salah satu tarikan pelancong paling popular di Lisbon. 








Keihatan bot Hippotrip dan Trafaria Port Terminal.


OZ Energia - a gas company.





Tidak jauh dari Belém Tower, ada monumen ini namanya Monumento aos Combatentes do Ultramar - Monument to the Overseas Combatants.

Monumen ini dibina sebagai penghormatan kepada anggota tentera Portugis yang terkorban semasa Perang Luar Negara (Overseas War) 1961 hingga 1974.

The guards.


Anchor.


Meriam perang.

Tribute to the Portuguese Discoverers.




Kapal terbang perang lama.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.