Assalamualaikum.
Sudah tiba masa untuk kami bertolak dari Lisbon, Capital of Portugal menuju ke Madrid, Capital of Spain.
Di bandar Lisbon ini pengunjung juga boleh buat city tour seperti naik tuk tuk tapi dengan kereta vintaj begini.
Dari Praça do Comércio (Commerce Square) kami berjalan menuju ke tempat menunggu bas berhampiran Lisbon Cruise Terminal di tepi Sungai Tagus.
Ini Lisbon tuk tuk. Ia menggunakan kuasa elektrik. Jadi ianya mesra alam untuk menavigasi jalan-jalan sempit Lisbon, senyap dan tidak mengeluarkan gas ekzos.
Di celah dua bangunan di jalan ini ada sebuah gereja lama namanya Igreja de Nossa Senhora da Conceição Velha (Church of Our Lady of Conceição Velha).
Dua menara yang kelihatan itu adalah menara-menara Sé de Lisboa (Lisbon Cathedral).
🔵Lisbon Cathedral (Sé de Lisboa) ini juga dikenali sebagai Cathedral of Saint Mary Major.
🔵Ia adalah sebuah katedral Roman Katolik yang terletak di Lisbon, Portugal.
🔵Ia adalah gereja tertua di bandar Lisbon, dibina pada 1147.
🔵Katedral ini telah terselamat daripada banyak gempa bumi.
🔵Ia telah diubah suai dan dipulihkan beberapa kali, menghasilkan gabungan gaya seni bina yang berbeza.
🔵Ia adalah seat of the Patriarchate of Lisbon.
🔵Katedral ini telah diklasifikasikan sebagai National Monument sejak 1910.
Dari tempat menunggu bas ini boleh nampak Doca Da Marinha (Navy Dock) dan sebuah kapal cruise liner yang sangat besar, Queen Anne.
Bas sampai, kami pun naik untuk perjalanan ke Madrid. Kelihatan pemandangan Navy Dock dan Sungai Tagus.
MS Queen Anne ialah kapal persiaran yang dikendalikan oleh Cunard Line yang menawarkan keselesaan pelayaran moden dan pelayaran laut yang mewah.
🔵Ukuran kapal Queen Anne ini adalah 322.51 meter panjang dan 35.6 meter lebar.
🔵Ia boleh memuatkan sehingga 2,996 orang penumpang dan mempunyai 1,225 anak kapal.
🔵Kapal itu mempunyai 14 dek.
🔵Kapal itu dinamakan sempena Queen Anne, yang memerintah di Kerajaan Great Britain dari 1707–1714.
🔵Pelayaran sulung: Queen Anne telah belayar dari Southampton pada 3 Mei 2024, singgah di A Coruña dan Lisbon.
Yang berkubah itu adalah bangunan Panteão Nacional (National Pantheon) - sebuah muzium. It is a 17th-century baroque church turned into modern-day mausoleum for tombs of national celebrities.
Museu Militar de Lisboa (Lisbon Military Museum) - Baroque rooms with displays of cannons, wagons and armor, plus frescoes depicting Portuguese battles.
Menyeberang Sungai Tagus dengan Ponte Vasco da Gama (Vasco da Gama Bridge). Ia adalah jambatan kabel sepanjang 17 km, direka oleh Armando Rito dan dibuka pada 1998, merentangi Sungai Tagus.
🔵Ciri-ciri jambatan: Jambatan Vasco da Gama ialah struktur konkrit dengan jarak pusat 420 meter, bentang sisi 203 meter, dan tiang berbentuk H setinggi 150 meter. Geladak jambatan adalah 47 meter di atas air ketika air pasang.
🔵Sejarah jambatan: Pembinaan bermula pada tahun 1995 dan jambatan itu dibuka kepada orang ramai pada 29 Mac 1998. Ia dinamakan sempena Vasco da Gama, seorang pelayar Portugis yang menemui laluan laut ke India pada tahun 1498.
🔵Kepentingan jambatan: Jambatan Vasco da Gama adalah jambatan terpanjang di Eropah apabila ia dibuka. Ia juga merupakan jambatan terbesar di Eropah yang merentasi Sungai Tagus.
🔵Reka bentuk jambatan: Jambatan itu direka bentuk seperti kapal layar, dengan kebanyakan strukturnya dekat dengan air. Bahagian tertinggi jambatan itu cukup tinggi untuk kapal-kapal lalu di bawahnya.
🔵Jambatan ini adalah 17.2 kilometer panjang dan dibina untuk Lisbon World Exposition 1988. Ianya panjang sehingga pada hari mendung, adalah susah untuk melihat bahagian hujung jambatan ini.
🔵Jambatan ini dibina untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar dan untuk memperingati ulang tahun ke-500 penemuan laluan laut ke India oleh Vasco da Gama.
🔵Panjang jambatan ini diatasi oleh Jambatan Crimean yang kontroversial (juga dikenali sebagai Jambatan Selat Kerch), yang dibuka secara rasmi oleh Vladimir Putin pada 2018. Jambatan Crimean menjangkau 19 km dan telah rosak akibat letupan pada 2022.
🔵Vasco da Gama Bridge dibina untuk menahan gempa bumi yang lebih besar daripada gempa bumi besar Lisbon pada tahun 1755, yang memusnahkan seluruh Lisbon dan membunuh 60,000 orang. Ia juga mampu menahan angin dengan kelajuan sehingga 250 km/jam. Tiang-tiangnya juga dibina untuk mengurangkan hentakan yang mungkin disebabkan oleh kapal yang berlayar di bawahnya.
🔵Struktur jambatan ini menempatkan enam lorong lalu lintas kereta dan membolehkan kenderaan memintas pusat bandar; ia boleh diperluaskan lagi jika kapasiti tambahan diperlukan.
🔵Terdapat beberapa lombong garam berhampiran Lisbon, Portugal, termasuk lombong garam di Rio Maior, lombong garam berhampiran Alcochete dan lombong garam di Loulé.
🔵Yang kami lihat ini adalah lombong garam di Alcochete.
🔵Lombong ini namanya Salinas do Samouco, Alcochete atau Samouco Salt Flats, Alcochete.
🔵Paya garam seluas 360 hektar ini terletak di tebing Sungai Tagus. Ia pernah menjadi aktiviti ekonomi utama di Alcochete dengan garam diangkut ke Lisbon untuk dieksport.
🔵Kini, kebanyakkan dari lombong-lombong ini tidak lagi menghasilkan garam.
🔵Salinas do Samouco ialah projek ekologi dan pemuliharaan serta tempat makan dan bersarang untuk beribu-ribu burung.
🔵Berdekatan dengan tanah lembap terbesar dan paling penting di Portugal, iaitu Muara Sungai Tagus, paya garam Samouco ini menjadi tempat perlindungan yang bagus untuk banyak burung air semasa penghijrahan mereka untuk memcari makan dan berehat.
🔵Sehingga kini sebanyak 203 spesies burung telah diperhatikan di kawasan seluas 360 hektar yang terdiri daripada banyak salt flats ini.
🔵Kini, walau pun kebanyakan salt flats ini tidak lagi menghasilkan garam, struktur fizikalnya tetap dipelihara bagi menjamin peredaran air masin yang datang dari muara sungai Tagus.
Meneruskan lagi perjalanan dalam bas ke Madrid. Seperti biasa kami terus juga merakam pemandangan-pemandangan semasa perjalanan.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment