Friday, August 30, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - CASABLANCA TO RABAT CITY - CORNICHE BOUREGREG

Assalamualaikum.
Setelah selesai hal bagasi salah seorang group member kami di Mohammed V International Airport, perjalanan diteruskan ke Rabat (الرباط) sejauh 115 km atau lebih kurang selama 1 jam 30 minit perjalanan. 






Gare de peage NOUACEUR (AEROPORT) - NOUACEUR toll station (AIRPORT).


Di tol ini kami masuk ke lebuh raya A3, i.e the Casablanca–Marrakesh expressway.

Kawasan setinggan.

Ada wall art yang cantik.




Kawasan perkebunan yang luas.




















Alhamdulillah, kami pun selamat tiba di Rabat.

Passed by The Green Belt / Rabat City Park. Dengan taman-taman dan tapak semula jadinya yang banyak, Rabat dikenali sebagai bandar hijau Maghribi.

The Green Belt (La Ceinture Verte) adalah paru-paru ibu kota. Ia terletak berhampiran Moulay Abdellah sports complex dan National School of Athletics. Ia tersebar di beberapa hektar pohon-pohon eucalyptus, oak dan pain, serta menawarkan tempat yang sesuai untuk pencinta alam semula jadi dan pengembara.

Berdekatan dengan taman Green Belt ini National Zoo Rabat Morocco dan Prince Moulay Abdellah Stadium.

Bangunan unik ini adalah Rabat bus station. Sangat menarik seni binanya. Stesen ini transport 10,000 penumpang setiap hari. 

Di Rabat ada banyak 'Green Space' seperti ini. Yang ini adalah di persilangan Avenue Hassan II dan Avenue des Forces Armées Royales (Avenue of the Royal Armed Forces).


Deretan car dealers.






🔴Nama Rabat berasal dari perkataan Arab الرباط (a-Ribāṭ) yang bermaksud pangkalan atau kubu Islam.
🔴Rabat ialah ibu kota Maghribi dan merupakan bandar ketujuh terbesar di negara itu dengan jumlah penduduk hampir 2 juta orang. 
🔴Ia juga merupakan ibu kota wilayah pentadbiran Rabat-Salé-Kénitra.
🔴Rabat terletak di Lautan Atlantik di muara sungai Bou Regreg, bertentangan dengan Salé, bandar komuter utama di bandar ini.

🔴Rabat diasaskan pada abad ke-12 oleh ʿAbd al-Mumin, pemerintah Almohad pertama. Bandar ini berkembang pada mulanya tetapi mengalami kemerosotan yang berpanjangan berikutan keruntuhan Almohad. 
🔴Sultan Almohad ketiga, Abū Yūsuf Yaʿqūb al-Manṣūr, yang menamakan tempat itu Ribāṭ al-Fatḥ ("Kem Penaklukan"), dari mana nama kota ini berasal. Dia juga mendirikan tembok berkubu besar di mana kota moden itu telah dibangunkan, dan dia memulakan pembinaan sebuah masjid besar, termasuk Menara Hassān yang terkenal itu.

🔴Apabila Perancis menubuhkan protektorat ke atas Maghribi pada tahun 1912 mereka menjadikan Rabat sebagai pusat pentadbirannya. 
🔴Apabila Maghribi mencapai kemerdekaan pada tahun 1955 Rabat menjadi ibu kotanya.
🔴Masalah berkaitan kelodak telah mengurangkan peranan Rabat sebagai pelabuhan; bagaimanapun, Rabat masih mengekalkan industri tekstil, pemprosesan makanan dan pembinaan yang penting. 

🔴Di samping itu, pelancongan dan bandar yang menempatkan semua kedutaan asing di Maghribi menjadikan Rabat sebagai salah satu bandar terpenting di negara ini. 
🔴Ia adalah salah satu daripada empat bandar Imperial Maghribi, dan medina Rabat disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia.

Ini satu lagi "Green Space" Rabat - Al Kamra Park.


Bangunan apartment dan business premise. 


Intelak City 2 - apartment complex.

Hay Intelak 3 - apartment complex.



This sculpture is called تمثال الوحدة or Monument de la réunion or Reunion Monument.



Ini bangunan Gare Rabat Agdal / Rabat Agdal station. 
🔴Stesen kereta api Rabat-Agdal ini terletak di daerah Agdal, di Rabat, Maghribi. 
🔴Stesen asalnya dibina pada tahun 1925.
🔴Ia mula-mula diubah suai pada tahun 2004, sebelum menjalani pembangunan semula yang besar pada tahun 2010-an untuk menampung perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi Al Boraq.



Di belakang sana, di sebelah kanan adalah bangunan Higher Institute of Music Rabat. Dari Avenue Hassan II, kami masuk ke Avenue Al Houria.

Di Rabat ini, hentian pertama kami adalah di Marina Bouregreg. 

Ini adalah sebuah sekolah - Al-Mansour Al-Dhahabi High School.
🔴Pada tahun 859, Fatima al-Fihri menubuhkan masjid Al-Qarawiyiin di Fes, dan madrasahnya yang dianggap oleh beberapa institusi seperti UNESCO dan Guinness World Records sebagai institusi pengajian tinggi tertua yangberterusan beroperasi di dunia.
🔴Sistem pendidikan di Maghribi terdiri daripada peringkat prasekolah, rendah, menengah dan pengajian tinggi yang terdiri daripada 6 tahun sekolah rendah, 3 tahun sekolah rendah-menengah/menengah, 3 tahun menengah atas, dan pendidikan tinggi.
🔴Kehadiran sekolah diwajibkan sehingga umur 13 tahun.
🔴Waktu persekolahan di Maghribi bergantung pada tahap pendidikan pelajar, serta sama ada swasta atau awam. Di sekolah swasta, dari tadika hingga sekolah menengah, waktu standard adalah dari 8 pagi hingga 12 tengahari, dan kemudian pada sebelah petang dari 2 petang hingga 6 petang.
🔴Walaupun persekolahan awam adalah percuma di Maghribi, UNHCR menyediakan bantuan kewangan tambahan (bantuan kewangan bersyarat) untuk membantu ibu bapa menampung kos yang berkaitan dengan persekolahan (bekalan sekolah, pengangkutan, makanan, dll.) melalui rakan kongsinya, FOO.
🔴Di Sekolah awam, pelajar diajar dalam bahasa Arab di peringkat rendah, dan kemudian mereka belajar bahasa Perancis, Inggeris dan Sepanyol di peringkat yang lebih tinggi 
🔴Negara Maghribi mempunyai empat belas universiti awam utama.

Conseil de l'Arrondissement Yacoub el Mansour - Yacoub el Mansour District Council.

Tram sign.

Laluan trem. 
🔴Trem Rabat–Salé ialah sistem trem di aglomerasi Maghribi bandar Rabat dan Salé yang dibuka pada 23 Mei 2011.
🔴Rangkaian trem pertama yang wujud di Rabat telah dirasmikan pada 1917 dan beroperasi sehingga 1930 apabila ia digantikan dengan bas troli.
🔴Sistem moden trem sekarang adalah:
🔺Sepanjang 26 km dengan 43 hentian. 
🔺Ia mempunyai dua baris/laluan (1 dan 2) dengan gabungan bahagian dan kekerapan 8 minit pada waktu puncak. 
🔺Ia membawa seramai 172,000 penumpang setiap hari.


Seterusnya dari Avenue Al Houria kami dibawa masuk ke jalan raya pesisir pantai Avenue Moustapha Assayeh. 

Sudah kelihatan the North Atlantic Ocean.

Cantik sungguh pemandangan tepi laut di sini. 

Alhamdulillah, cuaca cukup baik sekali masa kami sampai di sini. 

Masjid-masjid di Maghribi kami perhatikan menaranya (the minarets) berbentuk segi empat. 
🔴Saya baca minarets semasa pemerintahan kerajaan Umayyah dibina dengan bentuk segi empat sama kerana menara-menara itu mempunyai fungsi ketenteraan. 
🔴Sebab itulah masjid-masjid awal yang dibina di wilayah-wilayah yang baru ditakluki pada zaman itu kelihatan seperti kubu tentera. 
🔴Menara-menara itu tidak dianggap sebagai menara masjid (minarets) tetapi sebagai menara pengawal tentera (watchtowers).
🔴'Minaret' awal yang tipikal oleh Bani Umayyah adalah segi empat sama dengan tingkap berpasangan dan selalunya dengan menara di atas struktur utama. Ini berdasarkan seni bina menara loceng gereja Byzantine.

🔴Minaret masjid-masjid Maghribi secara tradisinya mempunyai menara dasar utama berbentuk segi empat sama, yang membentuk sebahagian besar ketinggiannya, dan menara kedua yang jauh lebih kecil saiznya di bahagian atas. 
🔴Di dalam menara dasar utama ada tangga, atau tanjakan untuk muazzin naik ke puncak menara.
🔴Di hujung menara kecil itu ada finial sfera tembaga atau loyang. 
🔴Beberapa menara Maghribi mempunyai bentuk menara segi lapan, dan ini selalunya terdapat di bahagian utara negara itu. 

Kelihatannya di sepanjang pesisir laut Atlantik ini ada dibuat lorong pejalan kaki/water front. Boleh healing masa jalan di sini terutama bila berangin begini. 

Ini bangunan Centre Hospitalier Moulay Youssef, di Avenue Mohamed Ben Abdellah, Rabat, Morocco.
🔴Pentauliahan pusat ini datang dalam rangka kerja pembaharuan yang mendalam bagi sektor kesihatan yang dimulakan oleh HM King Mohammed VI, dan dalam rangka pembangunan tawaran kesihatan negara. 
🔴Beroperasi bermula Februari 2022, hospital ini dibina di atas kawasan seluas 31,173 meter persegi, dengan kapasiti 300 katil, dengan kos keseluruhan 580 juta dirham, hospital baharu ini akan memberi manfaat kepada kira-kira lima juta orang penduduk.
🔴Hospital ini menyediakan perkhidmatan kesihatan dan penjagaan berkualiti tinggi dan mengukuhkan perkhidmatan kesihatan tempatan, terutamanya kerana sebilangan besar penduduk Rabat/Maghribi yang memerlukan khidmat perubatan terpaksa pergi ke hospital Ibn Sina, yang akibatnya merupakan beban berat bagi hospital Ibn Sina itu sendiri.

Moulay Youssef Hospital Center.

Kami perhatikan kebanyakkan bangunan-bangunan di Rabat in berwarna putih. Seluruh bangunannya putih seperti dalam foto di bawah. 
🔴Saya baca bagi kebanyakan orang Maghribi warna ochre (kuning tanah) mewakili bukit pasir di gurun Sahara, hijau adalah warna Islam, biru adalah warna refleksi dan introspeksi (dan juga warna kota tertua, Fes), hitam sepatutnya menjadi mewakili penduduk kulit hitam dan putih adalah warna kesucian, maruah, dan kebijaksanaan.
🔴Di Maghribi, setiap bandar mempunyai warna khasnya sendiri. Merah warna Marrakech, Casablanca berwarna putih, Rabat biru dan putih (seperti kebanyakan bandar di pantai Atlantik), Fes berwarna biru dan bandar-bandar di Selatan dalam pelbagai rona warna merah. Identiti bandar itu berakar umbi dalam warna khasnya.

Terus menyusuri jalan raya pesisir pantai Avenue Moustapha Assayeh. 







Bangunan Centre de Formation dans les Métiers de la Maintenance et des Energies Renouvelables - Training Center in Maintenance and Renewable Energy Professions.
🔴Maghribi sedang dalam usaha untuk meningkatkan tenaga boleh diperbaharui dalam campuran tenaga elektriknya kepada 52% menjelang 2030, terdiri daripada 20% solar, 20% angin dan 12% hidro.




Cantik sungguh pemandangan Lautan Atlantik dari Rabat. SubhanAllah.

Ini bangunan Ecole Royale du Service de Santé Militaire - Royal School of Military Health Services.
🔴Ecole Royale du Service de Santé Militaire, yang terletak di Rabat, Maghribi, ialah sebuah institusi berprestij yang khusus untuk latihan dan pendidikan profesional kesihatan tentera. 
🔴Ditubuhkan untuk memenuhi keperluan angkatan tentera Maghribi, institusi ini memainkan peranan penting dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan anggota tentera dan keluarga mereka.
🔴Sekolah ini menawarkan kurikulum komprehensif yang merangkumi pelbagai aspek perubatan ketenteraan, kesihatan awam, dan penjagaan pencegahan. 
🔴Ia menekankan kepentingan penyelidikan dan inovasi dalam menangani cabaran kesihatan yang dihadapi oleh penduduk tentera dan awam. 
🔴Institusi ini komited untuk memupuk budaya kecemerlangan dan profesionalisme dalam kalangan pelajarnya, menyediakan mereka untuk memenuhi permintaan persekitaran penjagaan kesihatan moden.


Semasa perjalanan dalam bas ketika itu, kami berusaha untuk merakam keindahan pesisir laut ini. Inilah antara hasil yang kiranya boleh la untuk dikongsi... 😄.


Kelihatan juga beberapa 'watchtowers' di tebing laut ini yang mungkin dahulunya berfungsi sebagai benteng pertahanan Rabat.






Dari Avenue Moustapha Assayeh, kami melalui pula di Avenue Mokhtar Gazoulit.


Football field Océan - Terrain de sport - Océan - Football field Ocean - Sports field - Ocean.


Ini sebuah muzium kesenian - Musée National de la Photographie - National Museum of Photography.
🔴National Photography Museum ini ialah sebuah muzium seni Maghribi yang didedikasikan untuk fotografi yang terletak di Rabat, Maghribi.
🔴Muzium ini telah dimulakan oleh  National Museums Foundation of Morocco (FNM) dan dirasmikan pada 14 Januari 2020.

🔴Muzium ini terletak di dalam tinggalan Kubu Burj Kebir abad ke19, juga dikenali sebagai Fort Rottembourg. 
🔺Kubu ini dibina dari 1888 hingga 1894 di bawah pemerintahan Sultan Hassan I. 
🔺Rottembourg merujuk kepada Walter Rottemburg, jurutera Jerman yang menyelia pembinaan kubu itu. 
🔺Kubu itu pada mulanya menerima hadiah 20 meriam dari Hamburg, di mana dua daripadanya masih wujud di tapak kubu ini.






Bahagian tepi laut ini adalah merupakan salah satu tarikan pelancong  - Vue naturelle sur l'océan Atlantique - Natural view of the Atlantic Ocean.



Plage Rabat Oudayas - Rabat Oudayas Beach.

Dari Avenue Mokhtar Gazoulit kami lalu pula di Avenue Al Marsa. 
🔴Dari jalan ini kita boleh nampak Cimetière des Martyrs (Martyrs Cemetery). Juga dikenali sebagai Cimitero Al Shouhada (Al Shuhada Cemetery). Juga dikenali sebagai Cimetiere Sidi Al Khattab, sempena nama Khalifah Umar Bin Al Khattab.
🔴Kata Tour Guide kami Mohsein, ia adalah juga kawasan perkuburan yang terbesar di seluruh negara Morocco.




Secara kebetulan, ada pengebumian sedang berlangsung. Semoga Allah SWT memberi rahmat dan keampunan kepada jenazah yang sedang dikebumikan.

The Rabat Lighthouse, a historical landmark.

🔴Rumah api putih setinggi 31 meter ini dikenali sebagai Phare de Rabat (Rabat Lighthouse).
🔴Pembinaan rumah api (moden) ini pada tahun 1919, dua belas tahun selepas pencerobohan Perancis, mempunyai kepentingan strategik kepada kuasa penjajah baru itu. Ia pernah dan masih membimbing lalu lintas kapal di salah satu laluan air penting di Eropah.
🔴Rumah api ini juga dikenali sebagai Lighthouse of Fort of Calette.
🔴Ia berdiri setinggi 20 meter (dan 31 meter di atas paras laut).  Rumah api dibuka pada tahun 1920 dan masih berfungsi sehingga hari ini.  Ia dibina di atas kubu lama Sirat bastion, yang dibina pada 1775-76.


Restoran La Table de l'Amiral (The Admiral's Table).


Ada dataran luas di sini yang mengadap pemandangan indah sebatang sungai yang mengalir ke Lautan Atlantik dan Rabat Corniche dan Quai de Bouregreg (marina).



Pintu masuk (yang bertangga) ke kota lama ini namanya Bab El Bahhar.
🔴Melalui pintu ini, pelawat dibawa masuk ke tempat yang indah dengan rumah bersejarah yang diubah suai untuk mengekalkan peranan Rabat sebagai ibu kota budaya dan warisan.


Ini Bab El Rahba. 
🔴Salah satu pintu bandar yang paling comel, Bab Rahba dinamakan sempena Rahba Dabagha (Tannerie Square), sebuah pasar yang meriah yang masih beroperasi hari ini, menjual pelbagai barangan.
🔴Ia berfungsi sebagai pintu masuk untuk pelawat, pelayar, pedagang dan nelayan ke kota Rabat sejak dari zaman dahulu. 

Ini pula Borj Lalla Qadiya, salah satu historical landmark di Rabat.
🔴Borj Lalla Qadiya (برج لالة قاضية) ialah sebuah kubu di bandar Rabat, Maghribi. 
🔴Ia dipercayai mula dibina pada abad ke-17 bersebelahan makam seorang wanita wali bernama Lalla Qdiya. 
🔴Ia membentuk bahagian penting tembok yang melindungi bandar dari timur laut.

Ada disediakan tempat parking yang luas di tepi laut ini.

🔴The General Directorate for National Security is the national police force of the Kingdom of Morocco.
🔴Ia diasaskan pada 16 Mei 1956 oleh King Mohammed V. Ia berfungsi bersama Gendarmerie Royale dan Forces Auxiliaires.
🔴Sehingga 2022, Maghribi mencapai indeks jenayah sebanyak 49.07 mata. Indek ini mengukur tahap jenayah di negara atau bandar tertentu. Jenayah di Maghribi dianggap berada pada tahap sederhana pada tahun 2022.



Dataran ini namanya Rabat Corniche, yang terletak di tepi sungai Oued Bou Regreg (Oued Bouregreg). Juga dipanggil Quai de Bouregreg (Bouregreg Quay). Sungai Oued Bou Regreg mengalir masuk ke Lautan Atlantik di Rabat Beach tidak jauh dari corniche ini.

Di seberang sana sungai ini adalah bandar Salé. 
🔴Salé ialah sebuah bandar di barat laut Maghribi, di tebing kanan sungai Bou Regreg, bertentangan dengan ibu negara Rabat, yang mana ia berfungsi sebagai bandar komuter. 
🔴Bersama dengan beberapa bandar kecil yang berdekatan, Rabat dan Salé membentuk satu kawasan metropolitan tunggal.


Di hujung sana, di sebelah kiri foto di bawah, adalah di mana air sungai ini mengalir masuk ke Lautan Atlantik.

Di corniche ini ada deretan beberapa restoran.      

Di Rabat, kami berhenti di sini untuk makan tengahari di sebuah restoran namanya Café & Restaurant Barco Blanco, di Avenue Al Marsa.



Suasana di dalam restoran.

Sebelum makanan sampai, kami jalan-jalan di Rabat Corniche ini, di sekitar depan restoran.

Juga ada seatings di luar restoran.


Ada kereta mainan kanak-kanak.

Alhamdulillah, cuaca cukup baik sekali hari itu.


Nun di hujung sana adalah Kasbah Oudaya, kota berkubu yang bersejarah, yang akan kami lawati selepas makan tengahari.



Ramai orang di corniche ini sebab kata Mohsein (local tour leader) ketika itu adalah cuti sekolah di Morocco.

Kasbah Oudaya.

Itu adalah Mohammed VI Tower di Salé, bangunan tertinggi di Morocco.

Projek perumahan mewah tepi sungai Bab al-Bahr di  Salé.








Sebuah menara masjid di dalam kawasan Kasbah Oudaya.

Bangunan putih dengan reka bentuk futuristik ini ialah Grand Théâtre de Rabat - Grand Theater of Rabat.
🔴Reka bentuk melengkung (fluid) teater ini diilhamkan oleh kedua-dua laluan berliku sungai Bouregreg berhampiran dan oleh estetika kaligrafi Arab.
🔴Teater ini menggabungkan sebuah teater dengan 1,800 tempat duduk, sebuah amfiteater yang boleh memuatkan 7,000 orang dan ruang experimental performance.
🔴Bangunan ini direka oleh Zaha Hadid dan firma seni binanya Zaha Hadid Architects.
🔴Kos pembinaannya adalah sebanyak €120 juta (RM 580 juta).


Nelayan sedang melerai jaring ikan.

Ada service bawa pengunjung untuk menyeberangi sungai Bou Regreg, pergi balik antara Rabat Corniche (Rabat) dan Salé.





Jambatan yang dibina menyeberangi sungai Bou Regreg ini ialah Hassan II Bridge. Ia membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas antara Rabat dan Salé, sambil melindungi tapak bersejarah dan populasi medina lama.

Jeti kecil untuk naik bot menyeberang sungai Bouregreg.


Ok, jom makan. Saya suka sangat roti Maghribi ini! 😄 Agaknya, ada tak di Malaysia ni?

Rice, salad and olives. Kalau tak silap, nasi kuning Maghribi ini ialah saffron rice. Memang sedap. 

The whole lunch set. Per person. Besar sungguh portion 😅. 

Kami sudah pun berpeluang makan masakan ayam dan daging di Maghribi ini, now hidangan seafood pula. Tak tau la ikan tu ikan apa, tapi sedap sungguh. Alhamdulillah. 

Lepas selesai makan, masih ada masa lagi sebelum membuat lawatan seterusnya. Jadi kami lepak-lepak lagi di Rabat Corniche ini.




Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.