Monday, April 8, 2024

UMRAH 2024 - ZIARAH RAUDHAH

Assalamualaikum.
Kami serta sebahagian besar ahli group kami sudah berjaya mendapatkan permit dan dijadualkan untuk masuk ke Raudhah pada pagi hari ini. Saya kata sebahagian besar kerana masih terdapat beberapa orang ahli kumpulan kami yang tidak berjaya mendaftar dan dapatkan permit masuk. Tentunya kami yang lain ini mendoakan agar mereka berjaya. Fast forward, mereka semua akhirnya berjaya mendapatkan permit pada slot waktu lawatan yang berlainan. Syukur Alhamdulillah.

Bermula dari tahun 2023, Kerajaan Arab Saudi telah memulakan kaedah yang sistematik untuk mengawal kemasukan pengunjung ke Raudah dengan menggunakan apps Nusuk.
Gunakan Nusuk, platform perancangan, tempahan dan pengalaman rasmi yang pertama, untuk mencipta jadual perjalanan Haji atau Umrah anda ke Makkah, Madinah dan seterusnya. Dengan Nusuk, pengembara dari seluruh dunia boleh mengatur keseluruhan lawatan mereka dengan mudah, daripada memohon eVisa kepada tempahan hotel dan penerbangan. Pada masa hadapan, Nusuk juga boleh digunakan untuk menjadualkan lawatan ke tapak penting, mencari pengangkutan, mengatur jadual perjalanan, dan mengakses alatan di darat seperti penjejak Tawaf dan banyak lagi.
Source: https://www.nusuk.sa

Berikut adalah screenshots untuk dapatkan permit dan slot waktu lawatan ke Raudhah dalam apps Nusuk. 

Ustaz mencadangkan supaya wanita dalam group kami book slot pukul 10.30 pagi dan yang lelaki slot pukul 11.30 pagi pada hari yang sama.

Yang kanan sekali adalah Permit dengan scan code yang perlu kita tunjukkan pada petugas yang ada di laluan masuk untuk ke Raudhah. 

Kami bersyukur kerana dengan mendaftar dan diberikan permit dan slot lawatan berjadual, maka dapatlah kita masuk ke Raudhah dengan tenang tanpa perlu berasak-asak berebut tempat di dalam Raudhah. Foto-foto di bawah adalah suasana sesak di dalam Raudhah yang sempat saya rakam ketika Umrah kami pada tahun 2013 dan 2017.




Baik, saya mulakan foto sharing isteri ke Raudhah dulu. Kalau dulu hendak ke Raudhah, jalan masuk adalah di dalam masjid. Kini menggunakan laluan luar begini. Gate terdekat untuk ke permulaan jalan masuk ke laluan ini adalah Gate 362.


Ada petugas-petugas wanita di beberapa check points memastikan hanya yang ada permit sahaja yang dibenarkan masuk dan juga menjaga keamanan dan tiada kekecohan.



Lokasi Raudah adalah di sebelah kiri di hadapan sana. Barisan yang di sebelah kiri di tepi dinding sana dikhaskan untuk pengunjung yang berkerusi roda.







Suasana di dalam Raudah pada waktu kemasukan yang dikhaskan untuk wanita.

Di sebalik rak-rak simpanan Al Quran ini adalah Makam Rasullullah SAW dan dua sahabat baginda: Saidina Abu Bakar As Siddik dan Saidina Umar Al Khattab.

Sebelum penggunaan apps Nusuk diperkenalkan, Jemaah Lelaki dan Wanita boleh masuk serentak ke Raudah menerusi pintu yang berlainan. Bahagian depan Raudah dikhaskan untuk Jemaah Lelaki dan hanya sebahagian kecil bahagian belakang Raudah sahaja yang dikhaskan untuk wanita. 

Bila kemasukan untuk ke Raudah diasingkan di antara Jemaah Lelaki dan Wanita seperti sekarang, ruang untuk Jemaah Wanita dah lebih luas. Kini bolehlah para jemaah wanita bersolat sehingga hampir ke Mimbar Nabi di dalam Raudah.

Penghadang dipasang sebagai langkah berjaga-jaga antara lain untuk mencegah perbuatan-perbuatan khurafat.

Berjalan keluar dari Raudhah. Alhamdulillah isteri telah pun dapat masuk ke Raudhah. 





Berjalan balik ke hotel. 

Seterusnya, giliran saya pula ke Raudhah. Alhamdulillah, cuaca baik dengan suhu nyaman pagi itu.

Reminders and alerts that I received on 'Praying in the Noble Rawdah-Men'.

Pada pukul 11:00 pagi saya bersama beberapa ahli kumpulan sudah berada di Gate 362, berdekatan dengan lokasi jalan masuk ke lorong ke Raudhah. Jadual masuk ke Raudhah kami adalah pukul 11:30 pagi. Slot pukul 11:30 pagi ini telah dicadangkan oleh Mutawwif kami kerana ia merupakan slot lawatan terakhir sebelum masuk waktu Zohor. Kata Mutawwif kami, slot ini adalah 'istimewa' kerana mereka yang masuk ke Raudhah pada slot ini sering berpeluang menunaikan Solat Zohor di dalam Raudah.

Laluan dibuka, kami pun berjalan masuk.

Tenang dan teratur.


Di lorong ini kita perlu menunjukkan Permit yang diterima via Nusuk.


Berjalan lagi menuju ke bangunan masjid.

Sampai di luar pintu masjid, kami diminta duduk dahulu di atas karpet yang disediakan sementara menunggu kumpulan yang sebelum kami untuk selesai berada di dalam Raudhah.



Sambil duduk menunggu, ada pekerja masjid yang tolong berikan Air Zamzam. 

Alhamdulillah.

Menunggu di sini tidak lama, cuma lebih kurang 30 minit sahaja. 

Pada pukul 11:53 pagi kami pun dipanggil masuk.

Berjalan ke Raudhah dengan tenang. Tiada berebut-rebut atau berasak-asak. 

Inilah Raudhah. Saya dapat tempat berdekatan antara Mimbar dan Mihrab. Memikirkan cuma ada beberapa minit sahaja di sini, maka saya, seperti jemaah yang lain juga, terus bersolat dan berdoa. 

Di hujung sana adalah lokasi Makam Rasullullah SAW dan dua sahabat baginda: Saidina Abu Bakar As Siddik dan Saidina Umar Al Khattab.

Raudhah adalah tempat yang mulia dan istimewa. Di sinilah sekitar 1,400 tahun yang lalu, Rasulullah SAW beribadah, solat, menerima wahyu, berdakwah dan juga tempat solat para sahabat. Kawasan Raudhah juga bersebelahan dengan rumah baginda Rasulullah SAW kerana di situ kini bersemadinya jasad insan teragung Muhammad SAW bersama-sama dengan dua sahabat karib baginda SAW iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.
Mimbar

Raudhah ialah satu ruang dalam Masjid Nabawi, terletak di antara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW. Keluasannya tidak terlalu besar maka memang sangat bagus diadakan pendaftaran untuk dapatkan permit masuk Raudhah melalui Nusuk. Ini dapat memberi peluang kepada lebih ramai para jemaah untuk masuk ke Raudhah. Cara ini juga dapat menjaga keharmonian dan ketenteraman suasana dalam Raudhah yang sebelum ini sering sesak dengan para jemaah berebut-rebut serta duduk lama di dalam Raudhah.

Raudhah atau juga dikenali sebagai Taman Syurga menjadi rebutan tempat untuk bersolat dan berdoa di kalangan para jemaah haji dan umrah kerana dipercayai kawasan Raudhah adalah kawasan tempat mustajabnya doa. Doa yang kita panjatkan inshaAllah pasti akan dikabulkan oleh Allah SWT. 

Rasulullah SAW  bersabda :
Ù…َا بَÙŠْÙ†َ بَÙŠْتِÙŠ ÙˆَÙ…ِÙ†ْبَرِÙŠ رَÙˆْضَØ©ٌ Ù…ِÙ†ْ رِÙŠَاضِ الجَÙ†َّØ©ِ
Tempat yang terletak di antara rumahku dan mimbarku adalah salah satu di antara taman-taman syurga.
(HR Al-Bukhari no 1195 dan Muslim no 1390)






Seperti yang diberitahu oleh Mutawwif kami, kami dapat bersolat Zohor di dalam Raudhah. Syukur, Alhamdulillah. 

Kami telah berpeluang berada di dalam Raudhah bermula dari pukul 11:57 pagi hingga pukul 1:04 tengahari, atau selama 67 minit. SubhanAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar.




Berjalan keluar dari kawasan Raudhah.






Berjalan balik ke hotel.







Makan tengahari.


Nampak keletihan sebab batuk.

Ubat-ubatan yang dibeli di farmasi.

Pemandangan dari tingkap bilik hotel.



Makan malam.

Beli kurma untuk dibawa pulang.

Suasana malam di Masjid Nabawi.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment