Friday, October 27, 2023

PENANG - DARK MANSION, 3D GLOW IN THE DARK MUSEUM

Assalamualaikum.
Lepas spent time di Meowseum, kami pun sambung sikit lagi jalan-jalan di George Town ini sebelum balik ke hotel. 

Sebuah rumah lama di Lebuh Melayu.

Kawasan di sekitar UNESCO World Heritage di Pulau Pinang ada berbagai muzium kecil dengan tema-tema yang menarik. Di sebelah Meowseum misalnya ada Muzium Hantu yang mempamerkan berbagai-bagai jenis hantu mengikut kepercayaan rakyat Malaysia. Ada ramai orang melawat ke Muzium Hantu ini ketika itu tetapi kami tidaklah singgah.


Jalan-jalan sambil admiring the old houses/shoplots yang sudah dibaikpulih dengan begitu cantik sekali.









Then we came upon this museum, the Dark Mansion, 3D Glow In The Dark Museum. Jom kita masuk.

Dikatakan muzium ini adalah muzium 3D glow in the dark yang pertama dan satu-satunya di Malaysia.


About Black Light. 


Terdapat lima tarikan di dalam muzium ini: 
🎇Masterpiece of Edgar Muller ~ lukisan-lukisan bercahaya dalam gelap terbesar di dunia.
🎇Mysterious Tropical Pandora ~ hutan tropika penuh misteri.
🎇The Infinity Room ~ jambatan bercahaya indah yang tidak berkesudahan.
🎇Stars and Moonlight ~ berjalan di antara bintang-bintang yang bergemerlapan.
🎇My Toy Story ~ untuk keriangan anak-anak.

Pandora Forest.

Jom kita saksikan pelbagai tema lukisan-lukisan berubah di hadapan mata daripada lukisan 2D kepada ilusi optik 3D.

Mengambil satu langkah melangkaui teknik lukisan seni 3D sedia ada, Dark Mansion mempersembahkan dimensi baharu seni 3D dengan menggabungkan kesan cahaya dalam gelap yang menakjubkan ke dalam lukisan dan karya seni 3D. Para artis menggunakan bahan lukisan khas bersama-sama dengan tetapan cahaya khas untuk menghasilkan kesan bercahaya yang cemerlang dan peralihan "siang ke malam" yang menakjubkan. Pengunjung boleh menikmati dan berinteraksi dengan lukisan dan karya seni 3D dalam dua kesan pencahayaan berbeza - cahaya siang dan cahaya hitam.



Salah satu tarikan utama di Dark Mansion ini ialah hutan tropika bercahaya yang penuh misteri, yang dinamakan “Tropical Pandora: The Forbidden Land”. Di Pandora Tropika ini pengunjung akan meneroka dan menyaksikan metamorfosis tumbuhan dan lukisan menjadi makhluk hidup istimewa semasa peralihan cahaya siang dan cahaya hitam.

Memang sangatlah cantik hasil karya seni ini. 





Tarikan terbesar di Dark Mansion ialah karya seni Edgar Mueller ini. Edgar Mueller ialah salah seorang Pelukis Jalanan terbaik dunia dari Jerman. Lukisan ini dipanggil "Fire & Water: Tribute to Darwin". Karya seni ini adalah percubaan untuk memecahkan rekod dunia sebagai Lukisan Turapan Anamorphic Glow-In-The-Dark Pavement pertama dan terbesar di dunia dengan peralihan siang-ke-malam.








Seterusnya kita melangkah masuk ke ruang yang mempesona dan tidak berkesudahan iaitu "Infinity Room: The Origins of Eywa". Pemasangan dinding bercermin di dalam bilik ini mencipta pengalaman ruang tak terhingga yang menarik, dihuni pula oleh objek-objek tergantung dan bercahaya yang dipanggil Eywa, yang menjadikan ruang kelihatan seperti galaksi atau nebula.























Juraian tali 'glow' di pintu keluar. 

The museum shop.




Jika berada di George Town ini, eloklah masukkan lawatan ke Dark Mansion, 3D Glow In The Dark Museum ini in you itinerary. It'll be a fun and short visit where you can witness some amazing glowing art work, said to be the only one in Malaysia. 

Lepas itu kami pun naik Grab balik ke hotel.






Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment