Thursday, June 16, 2022

PERLIS - DAY 01 - PART 04 - KUALA PERLIS

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Selesai jalan-jalan di Pasar Terapung Kolam JPS Perlis, kami sambung perjalanan ke Kuala Perlis pula yang ambil masa about 20 minit sejauh lebih kurang 10 km.


Denai Larian Sungai Perlis, Pengkalan Asam, Kangar, Perlis. 

Ada Jambatan Gantung Sungai Perlis di jogging park ini. 



Passed by one of the many kawasan bukit batu kapur. 


Dan tentunya juga melalui kawasan-kawasan sawah padi. 




Menyeberangi terusan pengairan sawah padi yang sumber airnya dari Sungai Perlis dengan jambatan Jalan Dato Ali.


Muzium Kota Kayang. 

Saya yang memang suka ke muzium, admittedly teringin sangat untuk melawat muzium ini. Unfortunately, we had limited time in Perlis.  

Tapi kalau ada masa pun rasanya saya tidak ke muzium ini kerana saya check di internet, fotografi adalah dilarang di dalam muzium ini. To me that is a huge minus sebab manalah saya sempat nak baca maklumat-maklumat tentang pameran-pameran yang ada dalam muzium ini. Itu yang saya selalunya ambil foto, download ke PC dan baca di rumah. Barulah dapat baca dengan tenang dan absorb all the fascinating facts. 



Bandar Kuala Perlis. 

Menuju ke arah Jeti Kuala Perlis.

Medan Selera Ikan Bakar Koma Laut.

Kompeks Makanan Laut (KOMA LAUT) Negeri Perlis.

💗 Kuala Perlis.

Putra Brasmana Hotel, a 3 star hotel.


Kami pun diturunkan oleh Pak cik Saadon di kawasan parking Jeti Kuala Perlis (ke Langkawi) ini. Teruja kami bila ternampak ada dua kincir angin atau turbin angin di jeti ini. Saya pun terfikirlah, kuat ke angin di kawasan tepi laut ini untuk memusing kipas-kipas turbin angin ini? Masa kami sampai ni, kipas-kipas turbin angin ini tidak berputar.

Saya baca ada dua turbin angin di Pulau Perhentian, Terengganu untuk menjana tenaga elektrik bagi kegunaan penduduk-penduduk pulau tu.

Agaknya kedua-dua turbin angin ini adalah salah satu projek oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk menjana renewable energy.


Kalau nak ke Langkawi dari Kuala Perlis ini, bolehlah naik feri di Jeti Kuala Perlis ini. Kalau nak bawa kereta ke Langkawi bolehlah guna khidmat macam bot yang sedang berlabuh ini via Langkawi Ferry Roro. Tapi kena buat booking dulu. 

Bot ini, DIBUK 3 adalah bot Passenger/Ro-Ro Cargo Ship.


Looking at these wind turbines, I also wonder why are they facing opposite directions?

Kelihatan sebuah bot sedang keluar dari Sungai Perlis masuk ke Selat Melaka.

Adakah itu Pulau Brasmana Ko Pratmana, Thailand? Masa kami dalam teksi tadi nak dekat sampai ke jeti ini ada kami passed by Putra Brasmana Hotel. Agaknya nama hotel itu asalnya dari nama pulau ini.

Salah satu tarikan di Kuala Perlis adalah sebuah masjid terapung iaitu Masjid Al Hussain ini. 

Baik, saya kongsi di sini maklumat tentang masjid ini dari website Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). 

Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis merupakan suatu binaan masjid terapung yang dibina berhampiran Jeti Kuala Perlis, Kuala Perlis, Perlis, Malaysia. Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat Melaka. Ia telah dibina hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf. Abang kepada Tan Sri Mohd. Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu.
Ciri luaran utama Masjid Al-Hussain ialah kubahnya yang berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis.

Resort tropika moden ialah tema seni bina yang ditonjolkan menerusi sentuhan artistik pada masjid itu. Konsep tersebut telah diterjemahkan pada laman dan suasana santai menerusi persekitaran masjid tersebut. Menariknya Masjid yang menjadi ikon baru Kuala Perlis itu telah diilhamkan Raja Muda Perlis, iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail. 

Masjid terapung tersebut juga memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon atau segi enam pertama di dunia. Pembinaannya merupakan simbolik bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa.
🔵Ia dianggap unik kerana, pada setiap kali masuk waktu solat, pancaran cahaya dengan warna tertentu seperti merah, biru, putih dan hijau akan dinyalakan, sekaligus memberi suatu petunjuk kepada para nelayan di laut bahawa telah masuk waktu solat, selain menjadi petunjuk daratan kepada para nelayan yang nun jauh ke tengah lautan. Warna-warna tersebut juga turut menyerikan menara berkembar masjid itu.
🔵Lampu biru menandakan waktu Solat Subuh dan Solat Maghrib manakala hijau adalah Solat Isyak. Menara itu boleh dilihat dari jarak 10 kilometer.
Sumber: Wikipedia

Bagi mewujudkan sentuhan alami yang diadaptasikan oleh faktor persekitarannya yang berlatar-belakangkan pantai dan lautan, dinding masjid tidak dicat sebaliknya sekadar menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles.

Tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntik elemen Asia Barat di laman masjid.

Jom kita masuk ke dalam masjid ini.

Di depan masjid ini ada Dataran Masjid tempat untuk jemaah berehat. 

Untuk masuk ke ruang dalam masjid, ada sebuah jambatan sepanjang 50 meter yang menghubungkan daratan dan bangunan masjid untuk jemaah/pelawat lalui.

Jubin corak geometri yang cantik menghiasi lantai jambatan ini.

Tempat berwudhu.

Di pintu masuk ke ruang solat ada tertera Surah al-Jumu’ah Ayat 9.
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)."

Ruang solat bahagian luar dewan utama solat.



Dewan solat ini ditutup kepada SOP. Jadi saya ambil gambar dari luar sahaja. Pada bahagian atas tertera ayat-ayat suci Al Quran dan Rukun Islam dalam 5 bahasa.





Dari jambatan masuk ke masjid kita juga boleh lihat pemandangan Selat Melaka.





Seterusnya kami ke Dataran Masjid.



Ada Kiosk Al Hussain.

Ok, jom kita ke anjung tinjau ini. 

Pemandangan dari sini adalah sangat indah sekali.



























Selesai di anjung tinjau kami berjalan ke arah food court untuk makan malam sebelum balik ke Kangar.



Food Court ini namanya Medan Selera Jeti Kuala Perlis. 

Sebenarnya kami berdua teringin nak makan laksa. Unfortunately bila tanya di beberapa gerai, semua kata laksa sudah habis. Kami diberitahu kalau nak makan laksa di sini, kena datang awal. Kalau lewat petang begini memang laksa habis.

Jom jalan-jalan tengok apa makanan yang dijual di sini. Ada pelbagai makanan laut!

All looked so fresh.










Bau ikan bakar yang sungguh menggoda 😃.







Gerai sate pun ada. Lapar dibuatnya.



Beautiful sunset di Selat Melaka.

Berhenti makan ais krim sekejap.

Sebab masa tu masih pandemik, kami pilih saja gerai yang tak ramai orang. Nak elak dari bersesak-sesak. Lagi pun mana la kami tahu mana gerai yang sedap 😄. 


Kami makan di gerai Kak Bie Ikan Bakar. Macam-macam makanan laut dan pelbagai jenis masakan ada.



Sambil tunggu orders sampai, ambil gambar sunset dulu.





Haaa... dah sampai. Jom makan! 😋



Alhamdulillah, sedap-sedap hidangannya. My mee goreng seafood got very generous amount of seafood in it 😊😋. 




Selesai dinner, kami pun berjalan balik ke Masjid Al Hussain to meet up with Pak cik Saadon.




Alhamdulillah, kami pun selamat sampai ke Kangar lebih kurang pukul 8:30 malam. Sebelum turun teksi kami pun confirm balik dengan Pak cik Saadon tentang full day tour kami esok. Pak cik Saadon akan ambil kami di hotel pada pukul 9:30 pagi.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment