Monday, January 18, 2021

KUALA TERENGGANU - KAMPUNG CINA (CHINATOWN) - DAY 03 - PART 02_02

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Ok, sekarang jom kita jalan-jalan di Kampung Cina, Kuala Terengganu. 

Kampung Cina yang terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu, merupakan sebuah penempatan kaum cina tertua dan telah wujud sejak abad ke-15 lagi. Ketika itu ia menjadi pusat perdagangan utama dan hab bagi aktiviti komersil sehinggalah membentuk Kuala Terengganu yang maju pada hari ini.
Kampung Cina terdiri daripada dereten kedai-kedai lama, dari Pasar Besar Kedai Payang sehingga pintu gerbang naga berhampiran Hotel Seri Malaysia, menampilkan kebudayaan Peranakan dengan lorong-lorong yang dilukiskan dengan mural dan seni moden.

Kewujudan Kampung Cina Kuala Terengganu adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan kerajaan Terengganu satu ketika dulu. Pelayar terkenal, Abdullah Munsyi yang singgah ke Kuala Terengganu pada abad ke-19 mencatatkan, kaum Cina pada zaman tersebut berkomunikasi sepenuhnya dalam bahasa Melayu Terengganu. 

Menurut laporan Munshi Abdullah semasa lawatan di Kuala Terengganu pada tahun 1836, terdapat suku kaum Cina besar yang mempunyai Kapitan Cina bernama Kapitan Lim Eng Huat (1798-1847). Beliau adalah Kapitan Cina Kuala Terengganu yang ketiga.
1838 - Ilustrasi pelukis pertemuan antara Munshi Abdullah dan ibu Kapitan Lim Eng Huat.

Munshi Abdullah, Bapa sastera Melayu moden pertama, menulis pada tahun 1838:
Beginilah lebih kurang maksudnya: “kami memasuki rumah Kapitan yang lama, rumah-rumahnya dikelilingi oleh dinding yang kukuh, reka bentuknya kelihatan seperti sebuah kuil Cina, ada banyak ruangan di dalamnya, rumah itu panjang dan ditanam dengan pohon kelapa di belakang, kemudian datanglah isteri Kapitan, sangat tua, mungkin berumur tujuh puluh hingga lapan puluh tahun, penglihatannya hampir buta, dia sangat sopan dan bercakap sangat manis”.

Rekod juga menyatakan Kuala Terengganu adalah antara kota persinggahan utusan kerajaan Ming China, Laksamana Zheng He (Cheng Ho) di antara tahun 1405 dan 1433. Kuala Terengganu berkembang menjadi bandar perdagangan yang penting antara kedua negara. Pengembara China, ‘Chao Ju Kua’ dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebut ‘Teng-Ya-Nong‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu. Tiada laporan mengenai tarikh tepat Kampung Cina ditubuhkan kerana tiada kajian arkeologi dilakukan di kawasan tersebut.

Kuala Terengganu juga digambarkan oleh Thomas John Newbold (Askar Inggeris, pengembara dan orientalis) pada tahun 1839:
... the Malay town of Tringanu in 1828 was large and populous .... The Chinese are numerous, and live principally in strong brick-built houses, which now exhibit every appearance of an old and long established colony. The Chinese population of the town is estimated at 600, that of the Malays from 15,000 to 20,000.

Pada tahun 2004, kerajaan menyatakan bahawa pelbagai struktur dan kawasan bersejarah di Kampung Cina ini akan diwartakan sebagai tempat peninggalan di Terengganu. Tapi ada pula yang saya baca pada tahun 2004, kerajaan telah pun mengisytiharkan Kampung Cina sebagai tapak warisan di Terengganu. Saya tidak jumpa pula tentang pengisytiharan ini di Portal Rasmi Jabatan Warisan Negara. 

Kemudian ada pula yang saya baca at multiple sources yang mengatakan Kampung Cina ini telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. In fact it never was. Permohonan pernah dihantar tapi ditolak oleh UNESCO kerana banyak bangunan di kawasan itu telah diubah suai selain beberapa transformasi maju yang berlaku di kawasan sekitarnya. Ini termasuk pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan yang tidak sesuai dengan status Bandar Warisan. ~ astroawani.com

Salah satu transformasi maju yang dilakukan berdekatan Kampung Cina iaitu pembinaan pulau buatan ~ Pulau Warisan telah merubah lokasi Kampung Cina yang asalnya terletak di tepi Sungai Terengganu. Jadi identiti asal Kampung Cina sebagai hub perniagaan di tepi sungai pada satu masa dahulu telah hilang/diubah. Perhaps perubahan lokasi ketara sebegini tidak memungkinkan Kampung Cina diwartakan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan. Agaknya la. 
Gambar hiasan

As you can see from below map, keseluruhan pesisir Kampung Cina yang mengadap Sungai Terengganu telah dilitupi oleh Pulau Warisan. Maka hilanglah identiti Kampung Cina disamping hilangnya juga keindahan pemandangan Sungai Terengganu dari arah kampung ini.  

Jom kita lalu di Turtle Alley ini. Ia menghubungkan jalan tepi terusan Pulau Warisan dan Jalan Kampung Cina.

Ada replika penyu di entrance Lorong Penyu ini. 

Saya baca replika ini sudah berusia 80 tahun. 

Di entrance Turtle Alley ini ada these beautiful tiles mosaic mural 'I 💗 PENYU' dan gambar penyu-penyu berenang. 


Here is the info about the mosaic mural. 

Here's a closer look of it. Cantik sungguh! The blend of colors are amazing. 

And there are also many important messages about the status and danger facing the endangered turtles.

And then there are these wonderful smaller versions of the tiles mosaic murals which to me are so adorable!  

Mural mosaik jubin ini menggambarkan pelepasan anak-anak penyu.

Ada sebuah jubin penyu tentang 'Mother Turtle'. 

Jom baca.
To be like turtle, is to be of character ~ Dr. E. M Hoffman 

With all the social awareness messages yang ditampal di sini rasanya elok kalau diletak juga sebuah puisi penyu oleh seorang penyair tanah air yang tersohor kelahiran Terengganu sendiri iaitu JM Aziz. 

Pada dinding Lorong Penyu ini ada banyak tiles mosaic mural ~ 'The People's Mosaic 2013'. Let's have a closer look.








Di lantai lorong ini juga ada mosaik penyu.




Melihat mural mosaik ini mengingatkan saya pada mural-mural cermin di Mirror House (juga dikenali sebagai 'The Khalifa and Lidia Qattan Art Museum') di Kuwait City, Kuwait yang kami lawat pada tahun 2016 yang lalu. Di mirror house ini, the artist Madam Lidia Al Qattan membuat mural-mural menggunakan cermin bermacam warna.
Mirror House ini adalah milik Mdm Lidia. Dia dilahirkan di Itali dan merupakan seorang sculptor, jeweler and a painter. Beliau telah berkahwin dengan Khalifa al-Qattan selepas bertemu di UK. Khalifa adalah seorang artis Kuwait terkenal, artis Kuwait yang pertama membuat exhbitions di luar negara Kuwait. 

Mural mosaik cermin Madam Lidia juga mempunyai tema haiwan laut seperti penyu.

Ini ruang tamu Mirror House.

Bukan sahaja di dinding, di lantai juga ada mural cermin yang cukup indah sekali. Kalau nak baca entry lawatan menarik kami ke Mirror House ini silalah click 👉 sini

Ok, sambung semula cerita di Lorong Penyu ini. Here are more beautiful tiles mosaic turtles.





Help Save Us!


Precious Turtle Eggs.


Saya pernah nampak telur-telur penyu dijual di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu. 

Telur penyu dijual di Terengganu khususnya di Pasar Payang bukanlah daripada penyu belimbing sebaliknya penyu agar dan penjualannya tidak menyalahi undang-undang. ~ link

Menurut satu kenyataan, semua negeri melarang penjualan semua spesies penyu termasuk telur penyu kecuali Terengganu yang hanya melarang penjualan Penyu Belimbing sahaja. ~ link

Di dinding lorong ini juga ada cerita bertajuk 'Little Turtle Messenger'. Jom kita baca. 

'Little Turtle Messenger' dikarang oleh Profesor Chan Eng Heng, illustrasi oleh Tan Yi Sin dan terjemahan bahasa Melayu oleh Haji Wan Md. Adnan bin Wan Ismail. 







😢


😢😭









A poignant yet hopeful story.

Ok, jom sambung tengok lain-lain mosaic mural di lorong ini. Terdapat juga paparan maklumat tentang beberapa jenis tuntung/penyu. Nice! Ini Painted Terrapin / Tuntung Laut.


River Terrapin / Tuntung Sungai.


Hawksbill Turtle / Penyu Karah / Penyu Sisik.

Olive Ridley Turtle / Penyu Lipas.
Population Status: Depleted throughout Malaysia 😔😭

Leatherback Turtle / Penyu Belimbing. 


Lepas baca maklumat-maklumat di atas, saya jadi stress especially bila baca the 'Population Status'. Maklumat di sini sudah agak outdated, so saya pun carilah maklumat terkini di internet. Saya jadi lagi stress dan sedih 😢😩😭. 

Saya kongsi di sini foto-foto penyu yang pernah saya rakam...
Pantai Benoa, Bali.


Underwater World Langkawi.

Turtle Hatchery Glory Beach Resort, Port Dickson.









Bunaken National Park (marine park), north Sulawesi island, Indonesia. 

It was quite a nice walk, enjoying the wonderful tile mosaic murals on both walls and on the floor too. I tried not to step the ones on the floor, takut rosak pulak... hehe. They are so nice lah! 😄



'Be my friend'.

Lorong ini dirasmikan oleh YB Dato' Toh Chin Yaw pada 20hb Julai 2012.

Di entrance Lorong Penyu ini, dari Jalan Kampung Cina, ada sebuah patung anak penyu sedang menetas. So cute lah! 😊


Berikut adalah beberapa lagi maklumat yang berkaitan dengan penyu yang ada dalam Beautiful Terengganu Guide Book. 




Di hujung Lorong penyu we came upon Gerbang Kampung Cina, Kuala Terengganu, the Dragon Arch. Pada gerbang ini ada kata-kata aluan ‘Selamat Datang Ke Negeri Terengganu Darul Iman’ dalam Bahasa Melayu dan '
登嘉樓唐人街' (Chinatown Terengganu) dalam bahasa Mandarin yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung.
Papan atas gerbang: 登嘉樓唐人街 - Chinatown Terengganu.
Tiang kiri: 國際朋友到車水馬龍客如雲 - Rakan antarabangsa datang ke jalan raya yang sibuk
Tiang kanan: 笑也進文化交流三族一堂專欣歡 - Ketawa juga memasuki pertukaran budaya
Maaf kalau tranlations tidak betul. 

Ada saya jumpa foto lama ini dengan caption 'Terengganu, Chinatown May 1935 - celebrating the Silver Jubilee of King George'. Mungkin ini adalah gerbang lama Kampung Cina sebelum dibuat yang baru seperti yang ada sekarang.
'Allah Selamatkan Baginda King' - الله سلامتكن بڬيندا كيڠ 

Dulu dan sekarang.

Komuniti Cina Peranakan Terengganu ramai yang berasal dari daerah Fujian, China. Mereka berhijrah ke Terengganu semasa pemerintahan Dinasti Qing. Ramai yang berbangsa Hokkien bekerja sebagai nelayan di negara asal mereka sebelum berhijrah. Dianggarkan 70% komunikasi mereka sekarang adalah menggunakan bahasa Melayu dengan loghat Terengganu. 

Pada setiap tahun penduduk di sini meraikan Festival Peranakan Terengganu. Ia satu keraian yang menonjolkan keunikan seni, budaya dan warisan masyarakat Peranakan Cina di Negeri Terengganu di mana pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan kebudayaan, pameran gambar, seni jalanan, demo masakan, dan pasar malam. Bermula dari 2018, festival ini ditukar namanya kepada Festival Mek dan Awang. 

Di Melaka ada Baba dan Nyonya. Di Terengganu masyarakat Cina Peranakannya digelar Mek dan Awang yang sudah bertapak di negeri ini sejak abad ke-16 dan ke-17 yang membentuk satu golongan etnik unik dan istimewa. Mek digunakan untuk merujuk kepada wanita yang belum berkahwin sementara wanita yang sudah berkahwin disebut sebagai Mok. Lelaki dalam komuniti ini dipanggil Awang.

Cina Peranakan satu ketika dulu memakai baju kebaya atau dipanggil 'Baju Kebaya Potong Kot' dengan kain batik jawa bagi perempuan manakala lelaki memakai kain pelekat dan baju pagoda selain kemeja apabila keluar rumah.

Ketika Festival Mek dan Awang, mek atau kaum wanita akan memakai sarung kebaya (mek kebaya), yang diilhamkan daripada pakaian tradisional Melayu. 

Terus saya teringat pada adik kecil ini yang saya terjumpa di Kampung Cina ini back in 2015. Masa itu dia sedang berposing dan diambil gambar oleh ibu dia. Her father was also there. I remembered having such a nice time bersembang with her mom and dad and how gracious they were to allow me to take a few snaps of their beautiful daughter. 

Dan juga si comel ini masa di KLIA.

Beautiful kebayas.



Berada dalam kawasan yang kecil, Kampung Cina padat dengan deretan rumah-rumah kedai di sepanjang kedua-dua belah Jalan Kampung Cina yang panjangnya kira-kira 650 meter. Pembinaan rumah-rumah kedai di sini dibuat mengikut ciri semulajadi Kuala Terengganu di mana ia dibina secara melengkung selari dengan muara sungai.

Jalan Kampung Cina ini merupakan salah satu jalan utama di mana lebih 50% bangunan yang terdapat di sepanjang jalan ini digunakan untuk aktiviti perniagaan. Rumah-rumah kedai di sini telah banyak diubahsuai menjadi restoran, kafe, kedai-kedai kecil, kedai kopi, pejabat untuk beberapa pengusaha pelancongan, kedai batik dan cenderamata dan rumah tumpangan dengan ciri moden. Tapi banyak juga rumah kedai yang saya nampak tutup tidak beroperasi atau seperti sudah lama terbiar. 

Masih lagi ada beberapa rumah kedai yang terpelihara cantik berwarna warni dengan hiasan ukiran kayu di tingkap dan pintu. Terdapat juga rumah kedai yang sudah diganti dengan bangunan konkrit dan moden. 

Sebuah rumah kedai yang dijadikan restoran makanan Cina. Jom kita tengok kuih muih yang dijual di sini.


Juga ada kedai-kedai runcit.

Kedai runcit yang juga ada menjual pelbagai jenis kuih.

Sebuah restoran dengan kerusi meja makan di kaki lima which is pretty much typically Malaysian way of eating out. 

Majoriti masyarakat Cina di Terengganu fasih berbahasa Melayu dalam loghat Terengganu. Jom kita belajar cakap Terengganu 😀.

Mujur la cuaca ok masa tu. Selesa la kami nak buat outdoor walk ini. Tapi petang sikit lagi selalunya hujan. 

Looking back at the Chinatown's Dragon Arch.

Two dragons playing with a flaming pearl.
According to Chinese legend, the dragon was believed to bring rain. When people encountered drought, they often worshiped the Dragon King and prayed for rain. This practice evolved into lighting a “dragon lantern” during festive celebrations. In Notes Relating to the Extraordinary, a compilation of strange events traditionally attributed to Ren Fang (460-508), it was said that a dragon spit out a flaming pearl. The image of two dragons playing with a flaming pearl may have been inspired by this story, and dragons are thought to bring good harvests and prosperity. - link

Ada pendapat mengatakan kerosakan suasana bandar warisan ini boleh berlaku dari projek pembangunan berkepadatan tinggi Pulau Warisan yang dibina di sebelah Kampung Cina ini. Kerosakan lain juga berlaku disebabkan oleh pembinaan bangunan lebih tinggi dari ketinggian asal sesuai dengan bangunan tradisi di sini. Lebih menjejaskan lagi bila lalulintas kampung ini menjadi lebih sesak. 

Tapi memang la, one thing that I noticed jalan raya di sini memang sangat sibuk. Hilang rasa 'warisan' bandar ini yang selalunya saya equate dengan suasana yang tenang dan historic. Well, may be I was expecting too much.. hehe 😁.

I think once this shophouse was given facelifts. Tapi nampaknya maintenance is an issue. Yes, I understand it is costly and what's with the changes of government lagi. 

Then we came upon a historic temple, the Ho Ann Kiong Temple. 








Sejarah ringkas Tokong Ho Ann Kiong.

Peta Kampung Cina yang diukir pada kayu. Nice!

A closer look.


Sambung jalan lagi.

Di rumah kedai yang cantik ini ada kedai pakaian dan arts and crafts. 


Nasi Dagang Atas Tol adalah antara kedai makanan tradisional yang popular di Kuala Terengganu. Unfortunately, kami tak sempat nak rasa.


Mural penyu.



Rumah kedai travel & tours dan restoran.

Restoran Sin Phin Siang.

Sampai di Jambatan Kampung Cina. Kalau kita memulakan perjalanan dari Gerbang Kampung Cina ke arah Pasar Kedai Payang dan sampai ke jambatan ini maka kita dah pun covered 3/4 of the 650 meter long road di Kampung Cina ini.

Actually ini jambatan for GPT (Gross Pollutant Traps) Alor Lorong Jamil. 
Gross pollutant traps (GPTs), part of urban stormwater management system, remove litter, debris and coarse sediment from stormwater. Some designs also provide oil separation. These substances are collectively referred to as Gross Pollutants.

Ada mural cantik di dinding sebuah rumah kedai yang nampaknya sudah tidak digunakan.


Kedai berpintu dan grill berwarna warni.



Then we came upon the Tauke Wee Sin Hee Cultural Lane. Wee Sing Hee adalah seorang ahli perniagaan yang terkenal di Kampung Cina dahulu. Di lorong ni ada koleksi vintage items seperti pondok telefon dari zaman colonial dan peti surat klasik yang masih digunakan. 
Pondok telefon merah ni didatangkan khas dari Muzium Telekom Malaysia di Kuala Lumpur.

Huge mural of cheeky kids.

Dulu masa saya ke sini ada banyak vintage signages di dinding ini. I wonder what happen to the missing ones.

Next kami ke Lorong Warisan Dunia.


Love Locks. Once it was all the rage. Is it still though? 

The Seven Wonders Alley that pays tribute to the seven wonders of the world ~ Tembok Besar China, Petra di Jordan, patung Christ the Redeemer di Brazil, Machu Picchu di Peru, Chichen Itza di Mexico, Colosseum di Italy dan Taj Mahal di India. Ada juga info di dinding about the 7 wonders.



John Legend?



Murals di dinding atas the Love Locks.


Terjumpa lagi mural cantik ini. Well, once it was cantik la. Now already faded.

Seterusnya, Lorong Eko yang dibuat untuk melahirkan rasa cintakan alam semula jadi.

Lorong Eko ni adalah satu tribute kepada batik Terengganu. Ia didekorasi dengan perca-perca kain batik oleh salah seorang business owners di situ. 

Lorong Eko dulu dan sekarang.

Facade rumah kampung di dinding. 

Beautiful mural.


Next, Lorong Haji Awang Besar, sebagai reminder yang dulunya ada masyarakat Melayu di Kampung Cina ni.

Lorong ini dinamakan sempena seorang ahli perniagaan Melayu kaya yang lokasi kampungnya dulu ada berdekatan dengan lorong ni. Walaupun kampung Melayu tu sudah tak ada lagi, still sekarang masih ada a few Malay businesses di Kampung Cina ni termasuk goldsmiths dan kedai pakaian. 

Ada mural gambar tiga dimensi (3D) pada dinding di lorong ini. Dulu masa saya ke sini tak ada.

Mural ini dilukis oleh seorang artist bernama Taib Aur. Silalah ke ig beliau taib_aur for more amazing artwork.





Lorong ini pernah menjadi lokasi penggambaran sebuah telemovie bertajuk Kebaya Mek Hwa yang memaparkan Kampung Cina sebagai lokasi penggambarannya serta keunikan budaya hidup masyarakat Cina di sini. 
Kebaya Mek Hwa adalah telefilem Malaysia 2018 arahan Sabri Yunus terbitan Mache AllStar United Sdn Bhd. Idea asal oleh Joe Sidek telefilem ini telah ditayangkan pada 17 Februari 2018, pukul 10.00 malam di Slot Cerekarama TV3.

Lorong Haji Awang Besar, dulu dan sekarang.


Lorong terakhir, Lorong Kenangan Payang. 


Dulu dan sekarang.




Dan inilah peta short walk kami di Kampung Cina.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. dua binatang yang saya rasa comel sangat adalah penyu dan gajah .
    eh zirafah pun
    tenuk

    eh..
    banyak lah pulak..
    sambung esok
    nak balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada saya kucing paling comel, absolutely! :)

      Delete
    2. Assalamualaikum. I am currently studying about kebaya nyonya from terengganu and I started the research by watching kebaya mek hwaa, a lot of place in this blog is there in the telemoviee. I hope one day I can go and do my research there too. Please allow some screenshoot of photos for references. thank u

      Delete
    3. Waalaikumsalam. How exciting... doing research on Kebaya Nyonya Terengganu, our beautiful and elegant traditional garment, its evolutions, the delicate intricacies of embroideries... Saya doakan anda cemerlang in your studies.
      Boleh, silakan screenshoot mana2 foto yg dapat membantu.

      Delete
  2. payung dah koyak-koyak !!!alaaaa....

    seronok baca tulisan Tuan Munsyi Abdullah tu.. senget-senget mukut nak buat bunyi mengikut ejaannya :)

    jangan lah makan telur penyu !! macam lah dah tak cukup makanan ...

    pelik pulak kenapa terengganu tak larang makan/ jual semua jenis penyu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Sedih tgk keadaan payung2 tu. Yg dtg melawat pun agaknya fikir 2, 3 kali nak bergambar di sini.
      Begitu lah keadaannya what happen to open air art installations bila tak ada maintenance. It's quite sad really.

      Hehehe.. me tu.. walau pun lidah tergeliat, I still teruskan membaca out loud.. hehe. And the things is kita still understand! :). And I just love all the descriptions!

      I totally agree. Banyak lagi benda lain boleh makan. Kot rasa telur penyu sedap sgt tak tahu la saya doc. I tak pernah makan telur penyu and never will.

      Tu la. Masa saya baca article tu, saya terkejut. I mean tak kan la sampai nak tunggu penyu2 tu nak dekat pupus baru nak larang. Still I'm sure Kerajaan Terengganu tentu ada their reasons for allowing it, like may be sebab that spesis penyu masih ada banyak dan bukan endangered. Agaknya la.

      Delete