Friday, December 11, 2020

KUALA TERENGGANU - MUZIUM NEGERI & KAMPUNG BUDAYA - DAY 02 - PART 02

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.


Lepas jalan-jalan di KT Waterfront, kami naik Grab menuju ke Muzium Negeri Terengganu. Tak jauh, cuma kurang 10 minit perjalanan.


Masa dalam perjalanan tu, Grab driver beritahu kami yang di Muzium Negeri Terengganu ada tarikan baru iaitu Kampung Budaya Terengganu yang baru sahaja dibuka about 2 weeks ago. Excellent! Maka bertambahlah satu lagi item dalam itinerary Jalan-jalan KT kami 😃.

Dari jauh kelihatan bumbung Muzium Negeri Terengganu yang berbentuk bumbung rumah Melayu tradisional di Bukit Losong. Muzium ini lebih dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai Muzium Losong. 

The museum's main entrance. 

Tiba di perkarangan Muzium Negeri Terengganu. Terletak dalam kawasan seluas 27 hektar, di atas Bukit Losong di Kampung Losong, Kuala Terengganu, muzium ini dikatakan adalah yang terbesar di Malaysia dan di Asia Tenggara. Ia mempunyai pameran dalaman (muzium dan galeri) dan luaran (di perkarangan sekitar muzium). 

Baik, sebelum cerita tentang reka bentuk muzium ini, saya cerita dahulu bagaimana idea untuk membina muzium ini tercetus. Hasrat untuk bina sebuah muzium negeri di Terengganu sudah mula sejak 1920an lagi. Terutamanya bila kerajaan negeri sedar tiada tempat yang sesuai untuk menyimpan Batu Surat Terengganu yang dijumpai di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. 

Kerana ketiadaan tempat yang sesuai untuk menyimpan Batu Bersurat itu, maka telah dipersetujui ia disimpan di Muzium Gambar Raffles di Singapura pada tahun 1923 dengan syarat Kerajaan Negeri Terengganu boleh mengambil balik Batu Bersurat itu apabila Negeri Terengganu sudah ada sebuah muzium atau satu tempat yang sesuai untuk menyimpan Batu Bersurat itu. 
Batu Bersurat Terengganu kini dipamerkan di dalam Muzium Negeri Terengganu.

Rekaan seni bina Muzium Negeri Terengganu diilhamkan oleh YAM Raja Dato’ Kamarul Bahrin. Beliau adalah seorang arkitek yang amat terkenal dengan kepakarannya dalam seni bina Melayu Terengganu. Beliau cukup dikenali sebagai jurubina yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Muzium Negeri Terengganu dan Istana Melawati (Putrajaya). 

Untuk menerangkan reka bentuk Muzium Negeri Terengganu ini bolehlah kita bahagikan kepada 3 bahagian iaitu facade bangunan, susun atur blok bangunan dan lokasinya yang mengadap sungai. 

Facade bangunan.
Facade Muzium Negeri Terengganu dibina mencerminkan senibina Melayu tempatan dengan rekabentuk Rumah Tele ataupun Rumah Bujang Berserambi Selasar. 
Inilah contoh Rumah Bujang Serambi Selasar. Selasar berfungsi sebagai ruang untuk mengajar mengaji, menjahit pukat atau jala dan aktiviti-aktiviti lain yang banyak melibatkan kaum lelaki. 

Perbandingan Muzium Negeri Terengganu dan Rumah Bujang Serambi Selasar. 

Rumah Bujang Serambi Selasar berbumbung cerun bertingkat yang panjang dengan papan pemeleh di hujung bumbung.

Dikatakan juga pemeleh mirip ukiran bangau yang ada pada perahu-perahu tradisional nelayan Terengganu. Motif bangau ini melambangkan semangat dan kekuatan kepada masyarakat nelayan ketika turun ke laut pada masa dulu.
Mengikut kepercayaan orang Melayu lama, bangau menjadi simbolisme bagi nelayan yang mencari rezeki di laut, selain dikaitkan dengan kehandalan yang dimiliki oleh burung bangau bagi meramal kawasan yang mempunyai banyak ikan.
Sumber

Selain mempunyai bumbung panjang bertingkat dan pemeleh, facade muzium ini juga dihias dindingnya dengan panel berukir seperti Rumah Bujang Serambi Selasar.

Ciri lain Rumah Bujang Serambi yang diterapkan pada reka bentuk Muzium Negeri Terengganu adalah serambi. 

Mengikut jumlah tiang yang digunakan, Rumah Bujang Serambi Selasar juga dikenali sebagai, contohnya, rumah berserambi tiang enam belas. Ciri ini juga diterap dalam reka bentuk muzium ini dengan Muzium Utama dibina di atas enam belas tiang-tiang konkrit.

Features yang ada pada facade Muzium Negeri Terengganu.

Susun Atur Blok Bangunan
Muzium Negeri Terengganu mempunyai 4 blok yang bersambung yang mencerminkan aturan rumah-rumah satu keluarga yang besar di mana blok utama adalah untuk keluarga asas dan blok-blok lain untuk the extended families. 

Sususan blok begini menggambarkan keadaan kekeluargaan yang akrab antara setiap ahli keluarga. Jalinan erat antara keluarga juga digambarkan oleh jambatan-jambatan yang menghubungkan antara blok utama dan blok-blok lain. 

Susun atur blok-blok dan sistem jambatan-jambatan ini direka sedemikian untuk memberikan pengunjung keselesaan ketika berjalan dari satu blok ke blok-blok lain.  

Selain keselesaan bergerak antara blok, perjalanan di jambatan-jambatan dan di dalam blok-blok juga boleh memberi pengunjung mengalami dua keadaan yang berbeza. Ketika di jambatan mereka dapat menikmati suasana luar muzium yang indah dan menenangkan fikiran. Manakala ketika di dalam muzium pula pengunjung dapat berada dalam keadaan selesa berhawa dingin meneliti pelbagai pameran barangan dan maklumat bersejarah. Berada di luar, fikiran jadi tenang. Di dalam muzium the mind is stimulated and filled with general and wonderful historical information.  

Lokasi muzium
Bangunan Muzium Negeri Terengganu ini juga dibina menghadap Sungai Terengganu. Ia dibina begitu kerana sungai pada satu ketika dahulu adalah laluan pengangkutan yang sangat penting. Mengikut sejarah, keujudan bandar waterfront seperti Kuala Terengganu bermula di tepi sungai kerana jalan air adalah laluan perdagangan yang secara langsung menyumbang kepesatan pembangunan Kuala Terengganu. Sebuah jeti juga ada dibina di dalam kawasan kompleks muzium ini. 

Sehubungan dengan lokasinya di tepi sungai, kolam buatan juga telah dibuat di pekarangan muzium ini bagi tujuan pengindahan dan mengimbangi kehadiran struktur bangunan konkrit muzium agar kelihatan lebih alami. 

Ok, jom kita jalan di perkarangan muzium ini.

Ada banyak attractions di sini seperti yang tertera pada papan info di bawah ini. Jadi kalau nak ke sini dan rancang nak cover all the attractions, maka eloklah allocate sufficent time, at least for half a day. 
Ada Muzium Utama, Muzium Maritim, Muzium Perikanan, beberapa buah rumah tradisional, taman botani dan herba, bot-bot lama dan jeti di tepi Sungai Terengganu.

Selamat Datang ke Muzium Negeri Terengganu.

Ada peta menarik. Let's have a closer look shall we.

As you can see, kompleks muzium ini adalah luas sekali. So many places that can be visited with so many exhibits to see. Muziumnya sendiri pun sudah besar dengan pelbagai galeri dan pameran, ditambah pula dengan pameran di kawasan luar bangunan muzium. Jadi memang worth it sangat kalau lawat muzium ini. 

Jadi kami rancang untuk jalan-jalan ambil gambar dahulu di depan bangunan muzium utama ini, then baru masuk ke dalam muzium. 

Keindahan seni bina rumah Melayu tradisional yang diterapkan dalam design bangunan serta landskap perkarangan yang menenangkan pada saya menjadikan Muzium Negeri Terengganu ini antara muzium yang paling indah di Malaysia yang pernah saya lawat.

Just to recap, below are the museums in Malaysia that I had visited thus far.





Tenang je rasanya menyaksikan ikan-ikan ni berenang. 

Penyu pun ada.

Ada plants covered wooden bridge. Nice.

Beautiful garden bridge.


Ada jambatan atas kolam yang menghubungkan main entrance ke pintu masuk bangunan muzium utama.


Juga ada man-made cascading waterfall. But it was switched off pulak. 


Berjalan mendaki ke pintu masuk utama. 

Tersergam indah. I think the strategically planted coconut trees complete this wonderful view.

Pemandangan dari jambatan. Selain penyu, meriam-meriam lama juga ada.

Pemandangan ke arah atas dan ke arah bawah jambatan.

Tak ramai pengunjung masa ini. Mungkin masih awal pagi.


Bila sampai atas.. laaa... belum buka lagi. Sudah kami check di internet waktu buka muzium ini ialah pukul 9 pagi. Di kaunter tiket pun stated opening time is at 9:00 am. Kami diberitahu ia akan dibuka pada pukul 10 pagi. 

Jadi kami sambung la lagi ambil gambar.


Di perkarangan muzium ini juga ada diletakkan beberapa meriam-meriam lama.  

Unfortunately tiada sebarang maklumat yang kami jumpa pada meriam-meriam lama ini. 

Ada saya baca pernah dijumpai pada tahun 2015 sepucuk meriam lama yang dianggarkan berusia lebih 200 tahun di Kampung Tanjung, lebih kurang 20 km dari Bandar Kuala Terengganu. Meriam lama tersebut disimpan di muzium ini tapi tidak pasti samada meriam itu adalah salah satu dari meriam-meriam lama yang dipamerkan di perkarangan ini. 

Then kami ternampak ada khemah yang dilawat pengunjung muzium. Rupanya ada kaunter promosi Kampung Budaya Terengganu di situ. Kampung Budaya ini baru sahaja dibuka pada orang ramai pada 3 September 2020 yang lalu.

Seperti biasa semasa pandemik ini kita kena scan MySejahtera dan imbas suhu. 

Petugas senior ini sangat knowledgeable on everything about the Kampung Budaya Terengganu. Seronok kami mendengar penerangan yang dia beri kepada pengunjung-pengunjung yang datang. Kata petugas itu sudah lebih 13 ribu pelawat datang ke kampung budaya ini selama 2 minggu sejak ia dibuka.

Kami juga ditunjukkan sebuah buku bertajuk 'Kampung Budaya Terengganu' yang penuh dengan maklumat dan foto-foto yang sangat menarik tentang kampung budaya ini. Terus saya kata saya hendak beli satu. 

Petugas itu beritahu yang sebenarnya buku itu diberikan percuma pada pelawat but unfortunately mereka sudah kehabisan stok. Sedih sungguh saya rasa pada masa itu sebab the book was so amazing 😞😔. 

Di kaunter promosi itu juga ada peta Kampung Budaya Terengganu. 

Ada banyak yang boleh dilawat di kampung ini. 

Lokasi Kampung Budaya Terengganu ini adalah di dalam kompleks Muzium Negeri Terengganu. Kena jalan turun tangga ke bawah sikit di Bukit Losong ini. Since baru launched maka tiada sebarang caj untuk masuk ke sini. Selepas tempoh yang ditetapkan bayaran masuk yang akan dikenakan adalah RM15 untuk orang dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Inilah lebih kurang kawasan Kampung Budaya Terengganu di Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang terletak di tepi Sungai Terengganu.

🔹Kampung Budaya Terengganu yang berkonsepkan muzium hidup itu merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk mewujudkan 'one stop centre' yang menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan dari seluruh daerah di Terengganu.
🔹Menjulang kembali kegemilangan warisan seni budaya masyarakat Melayu, ia mengingatkan generasi muda akan pentingnya mengetahui asal usul sejarah peradaban Melayu.
🔹Menonjolkan peranan muzium negeri sebagai pusat rujukan tamadun masyarakat Terengganu.
🔹Berlatarbelakangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama, kampung budaya ini memberi kesempatan pelawat merasai pengalaman percutian bersejarah.
🔹Kampung Budaya Terengganu ini juga merupakan platform terbaik untuk anak-anak muda mengenali sebahagian dari tradisi nenek moyang mereka kerana selain dapat merasai kepelbagaian suasana masyarakat di Terengganu, terdapat juga permainan dan peralatan tradisional yang tidak pernah dilihat oleh generasi hari ini.
🔹Lapan elemen penting dalam warisan sejarah Melayu Terengganu dipamerkan iaitu Rumah Bujang Berserambi atau Istana Tengku Nik; Rumah Limas Belanda; Rumah Bujang Berpeleh; Rumah Bujang Berserambi Selasar; Rumah Limas Bungkus atau Istana Tengku Long; Galeri Pelayaran; Rumah Nelayan dan Laman Warisan.
🔹Kampung Budaya Terengganu turut menempatkan dua perahu besar tinggalan sejarah.
🔹Setiap elemen tersebut, mempunyai identiti yang sinonim dengan setiap daerah di Terengganu dan diuruskan oleh pejabat daerah masing-masing.


Jom kita explore kampung budaya ini dulu since Muzium Utama cuma akan buka pada pukul 10 pagi nanti. 

Cantik sungguh gazebo buluh beratap rumbia ini. Saya suka sangat bumbung gazebo ini yang dihias dengan buluh dalam corak crisscross. 

Sungai Terengganu dapat dilihat dari kampung budaya ini.

Dua perahu besar lama ada dipamerkan di sini. 

Sebatang saliran air merentasi kampung budaya ini melengkapi landskap kampungnya. 

Ada pula sepasang angsa. How cute lah 😃.


Kami pun ke perahu besar lama yang pertama.


Maklumat tentang Perahu Besar. 

Bayangkan betapa jauhnya orang dulu-dulu berlayar dengan perahu bersaiz begini dari Kuala Terengganu hingga ke Hanoi dan Ujung Padang (Makassar) untuk berdagang. 

Maklumat tentang Perahu Besar Kemajuan T.65.

Bahagian belakang perahu. 

Bergambar dulu sebelum naik ke atas 😄. Suka kami ambil gambar begini kerana ia dapat memberi gambaran saiz sebenar perahu ini. 



Di geladak (dek) atas perahu besar. 

Di geladak (dek) perahu besar ini ada struktur binaan bilik berbumbung separuh bulat (jerombong) yang dipanggil 'kup'.

Jom kita tinjau ke dalam kup ini. 

Kup dibina pada bahagian belakang perahu untuk kegunaan nakhoda (shipmaster) dan awak-awak (boat crew) sebagai tempat tidur dan berteduh selama perlayaran. Kup adalah juga tempat untuk menjaga kemudi. Tempat kargo adalah di dek bawah.

Bahagian depan perahu besar. 

Ini pula adalah dapur yang digunakan oleh krew untuk memasak. 

Pada bahagian tengah geladak ada bahagian terbuka (tanpa geladak) yang dipasang tataban (papan lantai mudah alih). Mungkin dari bukaan itulah muatan kapal dibawa masuk dan keluar dari perahu. 

Perahu Besar Kemajuan T.65 ini disusun atur menghadap ke arah Sungai Terengganu. Di sungai itulah dulu ia pernah belayar ketika beroperasi dalam pelayaran-pelayaran perdagangan. Kini ia telah 'bersara' dan hanya mampu melihat sahaja bot-bot lain menyusuri sungai di depannya. Waa.. so touching pulak kan 😌.

Kelihatan di seberang Sungai Terengganu ini Masjid Kampung Pulau Sekati (menara masjid kuning) dan jeti kecil di Pulau Sekati. 

Ok, jom kita turun and go to the next perahu. 

Berbual sekejap dengan petugas Kampung budaya ini. 

Ok, next kami ke Perahu Besar Sabar T.82 ini.


Jom kita baca maklumat tentang perahu besar ini. Oh by the way, terima kasih kepada pihak Muzium Negeri Terengganu dan semua pihak yang terlibat dalam menyediakan maklumat-maklumat begini. 




Jom kita naik atas perahu besar ini. 



Di perahu besar ini juga ada binaan struktur kup di atas geladak seperti perahu besar yang kami lawat earlier.




Meninjau ke dalam kup.

Seperti yang tercatat pada papan maklumat tadi, perahu besar in telah dibaikpulih beberapa kali termasuklah selepas ia dijual kepada Muzium Negeri Terengganu. Ini Tiang Layar Agong. Kedudukannya adalah di tengah perahu besar. Ia lebih tinggi dari Tiang Layar Topan.

Ini Tiang Layar Topan. 

Kedudukkan Tiang Layar Topan adalah di bahagian hadapan perahu besar.

Pemuliharaan turut ditandakan pada perahu ini.

Tataban, Tiang Layar Agong, dapur dan kup.

Binaan struktur kup ini berbumbungkan daun nipah. 

Ok, jom turun. Di depan jambatan naik ke Perahu Besar Sabar T.82 ini ada props yang boleh digunakan oleh pelawat untuk bergambar. 



Maka bergambarlah kami.. hehe. Oh why not... 😄.



Ehhh.... 😄.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. bang !!
    air kelapa satu ! tak nak kelapa. tak nak air ...
    :))

    Raja kamarul tu kan yang dulu kawin dengat mat saleh , then anak dia di bawa lari oleh mat saleh tu ke Australia kot .. then dia belayar naik kapal ke sana ambik lari anak dia balik...

    angsa itu adalah gangster kampung ! berani kacau lah !!

    saya kan , terpikir .. kat mana , macamana diaorang pergi toilet kat atas kapal/ sampan tu kan?
    untuk bekalan air minum, masak , mesti kena bawak banyak air kan, sepanjang pelayaran ,kena bawak bekalan makanan lagi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha...
      Actually doc, the whole thing is very heavy. I mean very heavy. Buluh carrier tu itself is very heavy. Tu baru letak 2 biji kelapa. If letak more mau sakit bahu, pinggang bagai.. hehehe...

      Yes, that's him doc. I wonder how are they doing now. I mean in the end what happen?

      Angsa are fierce!! Approach at your own risk! :D

      Hmmm... since buangan manusia adalah organik, maka dispose ke laut la kot.
      Yes, biasanya kalau bot laut dalam mereka ada tangki air besar atas bot for their daily use. The smaller boats biasanya mereka tak lama di tengah laut so I guess they'll bring just enough water for use for the duration they are at sea.

      Delete