Monday, December 21, 2020

KUALA TERENGGANU - KAMPUNG BUDAYA TERENGGANU - DAY 02 - PART 06

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Ok, jom kita habiskan jalan-jalan kita dalam Kampung Budaya Terengganu ini. Setakat ini kita sudah pun jalan-jalan di perkarangan Muzium Negeri Terengganu, lawat 2 buah perahu besar (Perahu Besar Kemajuan dan Perahu Besar Sabar), lawat 3 buah galeri (Galeri Pelayaran dan Perdagangan, Galeri Perahu dan Galeri Perikanan), stop di Jeti Muzium dan lawat sebuah rumah nelayan tradisional.  

Next kita tengok rumah-rumah tradisional pula.


Arah ke rumah-rumah tradisional Terengganu. 

Suasana Kampung Budaya Terengganu yang redup dan nyaman.

Ehh... ada Akuaria pula di sini. Let's check it out.


Kecil je Akuaria ni tapi menarik.


Unfortunately tiada sebarang info tentang ikan-ikan dalam akuarium di sini. Adakah ikan-ikan ini ikan yang biasanya ditangkap oleh nelayan di Terengganu? 








Ok, jom ke rumah-rumah tradisional.


Masa berjalan tu kami ternampak buah ni. Ini pokok buah labu kayu. Saya baca buah ni banyak khasiat dan kegunaannya. More of this fruit later.

Rumah tradisional yang pertama kami temui ialah sebuah rumah tradisional yang grand. Namanya Rumah Bujang Berserambi atau Rumah Tele. Tele bermaksud suasana dan ruang yang luas.

Rumah tradisional Terengganu yang besejarah ini dibina pada tahun 1888. Pembinaannya diketuai oleh seorang tukang rumah dan perahu yang terkenal iaitu Haji Derahman Haji Endut dengan di bantu oleh 2 orang tukang melayu Terengganu yang berkemahiran tinggi dalam seni ukiran kayu serta tukang emas. Rumah ini dibina menggunakan kayu cengal.

Maklumat tentang Rumah Bujang Berserambi (Rumah Tele).

Rumah ini pernah menjadi tempat persinggahan sementara King Chulalongkorn (King Rama V) dari Thailand dan pembesar-pembesarnya yang datang melawat Terengganu pada tahun 1888 dalam siri ziarah Diraja Thai ke negeri-negeri Tanah Melayu. 

Dari lokasi asalnya di kawasan Istana Maziah, rumah ini (ketika itu dikenali sebagai Istana Tengku Nik) dipindahkan ke Padang Negara, Kuali Ibai kerana kerja-kerja pembesaran Kompleks Istana Maziah pada tahun 1966. Tambahan pula rumah ini pada masa itu sudah tidak berpenghuni. Asalnya rumah ini hendak dirobohkan tetapi telah diselamatkan dengan usaha Mubin Sheppard seorang pegawai Kolonial British ketika itu yang meminati warisan seni bina Melayu bersama Muzium Negara serta sumbangan kewangan dari Eastern Mining and Company Ltd (EMCO).

Pada Januari 1970, dengan Mubin Sheppard sebagai pengurus projek dan sokongan operasi dari Mr. Lewis (EMCO), kerja-kerja meroboh, memindah dan membina semula rumah ini dilakukan dengan bantuan dari seorang tukang kayu Melayu berkelayakan iaitu Haji Wan Sulong Wan Ahmad yang pernah terlibat dalam membaikpulih Masjid Kampung Laut di Kelantan. Beliau dibantu oleh Wan Muda Nik Mat bersama 3 orang tukang dan 9 orang buruh. Usaha ini melibatkan kos sebanyak RM6,500.

Ada saya baca kerja-kerja mengumpil struktur binaan begini adalah tidak terlampau sukar kerana rumah-rumah tradisional dibina dengan tanggam dan pasak dan tidak menggunakan paku. Tambahan pula rumah-rumah begini cukup tahan kerana kayunya yang keras dan utuh contohnya seperti kayu cengal. Walau pun sudah berusia lebih 100 tahun ia hampir tidak terjejas oleh serangan anai-anai.

Pada Julai 1987, Kerajaan Negeri Terengganu bersetuju menempatkan Istana Tengku Nik di dalam Kompleks Muzium Negeri di Losong dan di bawah seliaan penuh Muzium Negeri Terengganu.

Lokasi-lokasi perpindahan Istana Tengku Nik ~ Dari Kompleks Istana Maziah ke Padang Negara dan akhirnya ke Kompleks Muzium Negeri Terengganu.

Bila baca tentang memindah rumah, teringat saya masa kecil dulu, rumah di sebelah rumah arwah atok saya dipindahkan beberapa meter dengan cara diangkat the whole house beramai-ramai oleh orang kampung secara bergotong-royong. Itu cuma beberapa meter. Kalau relocation jauh berkilometer seperti Istana Tengku Nik ini, then bagaimana pula caranya? Kerana saiznya yang besar dan relocation ke tempat yang jauh, tentulah mesti dilakukan disassemble and reassemble. 

Cerita pasal memindahkan rumah ini juga mengingatkan saya pada percutian kami ke Manado, Sulawesi Utara di mana pembina-pembina Rumah Panggung Minahasa di sana akan membongkar rumah-rumah yang telah mereka siapkan (which were on display on their plots and purchased by buyers), dihantar dan dipasang semula di tanah pembeli yang lokasinya ada yang berada di Eropah. 
Rumah Panggung Minahasa, Desa Woloan, Woloan Satu Utara, Kota Tomohan, Kecamatan Tomohan Barat, Sulawesi Utara, Indonesia.

Disassembled parts of Rumah Panggung Minahasa being loaded onto a truck to be transported and reassembled at a new location.

Sebagai sebuah rumah yang grand ia dibina tinggi di atas tiang-tiang dengan ruang bawah rumah yang besar dan luas.

Oh ya, kami decided untuk tidak masuk/naik ke rumah-rumah tradisional di sini dan cuma melihat dari luar sahaja kerana nak jimat masa. Tambah lagi masa tu sudah pun nak dekat pukul 12 tengahari. Lepas ini kami nak masuk pula ke dalam Muzium Negeri Terengganu dan macam yang kita semua tahu, muzium itu sangat besar dan ada banyak galeri. So we had to really manage our time well.

Di laman-laman di kawasan rumah-rumah tradisional di sini ada disediakan gazebo dan kerusi untuk pelawat berehat dan menikmati keindahan suasana kampung. 

Buaian pun ada. 

Kemudahan tandas awam juga disediakan.

Seterusnya kami ke Rumah Limas Belanda / Potong Belanda pula.

Ini maklumat tentang Rumah Limas Belanda. 

Rumah Limas Belanda berasal dari Rumah Limas Bungkus tetapi diubahsuai oleh tukang Melayu bagi memberi imej Melayu dengan menambah bukaan atap kecil seperti V terbalik di sebelah atas supaya udara dapat masuk ke dalam rumah. Bahagian bukaan ini dikenali sebagai tebar layar dan dipasang padanya pemeleh.

Seperti Rumah Bujang Serambi (Rumah Tele) yang kami lawat tadi, Rumah Limas Belanda ini juga lokasi asalnya adalah di kawasan Istana Maziah. 

Rumah ini juga dibina tinggi di atas tiang-tiang memberikan ruang bawah rumah yang luas dan nyaman. Keindahan rumah tradisional ini terserlah oleh ukiran kayu pada atas pintu masuk hadapan, pada daun-daun tingkap serta pagar tingkap dan bumbung yang berpapan pemeleh lengkap dengan buah buton. 

Di tangga depan dihias pula dengan replika batu bersurat.

Juga diletakkan tempayan-tempayan lama serta tempayan berisi air bersama penyedok tempurung untuk membasuh kaki sebelum naik ke rumah.

Ukiran atau jejaring di atas pintu masuk dan tingkap-tingkap bukan sahaja dibuat sebagai hiasan tapi juga untuk pencahayaan dan pengudaraan di dalam rumah. Tidak seperti Rumah Bujang Serambi Selasar, papan pemeleh Rumah Limas Belanda dipasang tidak sampai ke penghujung atau cucuran atap.

Ok, rumah tradisional seterusnya ialah Rumah Bujang Berpeleh.

Reka bentuk Rumah Bujang Berpeleh adalah yang paling popular di Terengganu. Bentuk bumbungnya yang melintang dan panjang biasanya dipasang dua pemeleh yang besar di hujung perabung. Maka ia juga dikenali sebagai Rumah Berpeleh. 

Keindahan seni bina rumah ini terserlah dengan dinding yang dibuat dari buluh yang dianyam dengan corak Siku Keluang dan diselang-seli dengan dinding Kayu Kembung.
Corak Siku Keluang.


Ini maklumat tentang Rumah Bujang Berpeleh yang disediakan oleh pihak muzium.

Jika Rumah Bujang Berpeleh ini dibina di atas enam tiang, ia dipanggil 'Rumah Bujang' atau 'Rumah Berpeleh Tiang Enam'. Bila dua Rumah Berpeleh Tiang Enam digabungkan, ia dipanggil 'Rumah Tiang Enam Berkembar'.

Rumah Bujang ini telah didaftarkan sebagai 'Warisan' di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2015.

Laman rumah ini turut dihiasi dengan tempayan-tempayan lama. 

Di bawah rumah ini pihak muzium telah mempamerkan beberapa activiti-activiti tradisional dan permainan-permainan lama. Ini permainan Baling Selipar.

Permainan Baling Tin.

Tentang permainan Baling Tin. 
Info dari Muzium Dunia Melayu Dunia Islam, Melaka.

Siling kolong rumah ini dihiasi Batik Terengganu yang cantik.

Juga ada dijual barangan anyaman yang sangat cantik buatannya dan berwarna warni. 

Rasanya pada waktu-waktu tertentu akan diadakan demonstrasi menganyam mengkuang dan atap nipah.

Rasanya ini adalah kuih keria Sira Gula Melaka.



Atap rumbia.

Kakak ini sedia membuat demo dan menerangkan proses membuat atap rumbia.


Turut dipamerkan di bawah rumah ini adalah tong padi yang digunakan untuk memisahkan buah padi dari tangkainya. Juga ada pengandar semai yang digunakan untuk mengangkut semai padi dari tapak semaian ke bendang untuk kerja-kerja menanam padi. 

Sebuah tong padi dilengkapi dengan sehelai layar yang diperbuat daripada tikar dan sebuah tangga kecil di dalamnya berserta dengan kayu (buloh) yang mencekangkan layar yang dikenali sebagai "turus layar" akan digunakan. Kedap-kedap padi akan dipukul ke dalam tong padi dan buah padi akan terlerai masuk dan terhimpun di dalam tong tersebut. Buah padi kemudiannya akan diisikan ke dalam guni (karung).

Ini action for the camera ja.. hehehe... 😄.

Kalau dua belas tiang digunakan untuk mendirikan rumah ini, ia dipanggil Rumah Serambi atau Rumah Tiang Dua Belas. Bagi yang berkemampuan, selalunya ditambah empat tiang lagi bagi menambah ruang dan dipanggil Rumah Berserambi Tiang Enam Belas. 

Ini adalah beberapa gazebo buluh yang disediakan untuk pengunjung berkumpul dan berehat. Di sebelahnya, yang seperti rumah kecil, adalah binaan yang dipanggil Baloh Padi. Ia digunakan sebagai tempat menyimpan padi. Ia juga dikenali sebagai Tepas Padi atau Rumah Padi. 

Dahulu hasil tanaman padi adalah hanya untuk tujuan kegunaan sendiri dan keluarga. Maka perlulah ada tempat menyimpan padi. Kebiasaannya baloh padi dibina di sebelah rumah pesawah supaya mudah dijaga. 

Ada pokok yang pada kami buahnya nampak menarik sebab kami berdua tidak pernah lagi lihat buah bulat licin berkilat begini. Jenuh meneka, akhirnya kami tanya kakak yang ada di bawah rumah tadi. Dia kata ini pokok Labu Kayu yang buahnya selalu dibuat minyak urut. Tidak boleh dimakan tambah kakak tu sebab beracun.

Teringat pula masa saya yang juga masa itu pertama kali melihat buah Melaka masa jalan-jalan di Melaka dulu 😄.
Pokok Melaka dan Buah Melaka.

Bercerita pasal pokok, saya baca dulu-dulu rumah-rumah tradisional Melayu sering diperbesarkan bila jumlah ahli keluarga bertambah. Masyarakat Melayu ketika itu bila dapat new baby sebatang pokok kayu keras seperti balau dan cengal akan ditanam di laman rumah supaya bila nak buat extension rumah untuk menambah ruang dalam rumah, bekalan bahan binaan sudah pun ada.  

Ok, rumah tradisional seterusnya ialah Rumah Bujang Berserambi Selasar.

Maklumat tentang Rumah Bujang Berserambi Selasar.

Rumah ini kebiasaannya dibuat daripada kayu cengal. Lantainya berpasak dan berselak dibuat dari kayu seraya. Lantainya dibuat jarang untuk memenuhi keperluan seperti membasuh lantai, memandikan mayat, menyapu habuk, selain menyejukkan. Ia juga bertiang dua belas. Bumbungnya panjang, berpapan pemeleh dan beratap singgora.

Ia mempunyai ruang selasar, rumah ibu dan dapur. Ruang rumah ibunya luas dan tidak berbilik, sesuai dengan nama 'bujang'. Dibuat begitu kerana masyarakat Melayu mementingkan perjumpaan atau berkumpul untuk majlis keramaian dan keagamaan.

Rumah ibu arasnya tinggi, boleh dilalui dan boleh melakukan aktiviti harian di bawahnya. Selasarnya rendah sedikit dan berfungsi sebagai ruang untuk mengajar mengaji, menjahit pukat atau jala dan aktiviti santai yang banyak membabitkan golongan lelaki.

Dinding ruang rumah ibu dibuat bersaluran angin sebagai ganti tingkap untuk pengudaraan dan pencahayaan. Tangga dibuat untuk menghubungkan selasar dengan tanah dan selasar dengan ruang ibu. Bumbungnya rendah pada pintu supaya sesiapa yang masuk akan perlu menunduk sebagai tanda hormat kepada tuan rumah.


Jom sambung explore sikit lagi di Kampung Budaya Terengganu ini.

Di kawasan rumah-rumah tradisional ini juga ada padang luas yang boleh digunakan pelawat untuk aktiviti-aktiviti berkumpulan. 

Di tepi padang ini adalah Rumah Limas Bungkus atau juga dikenali sebagai Istana Tengku Long. Memang grand rumah/istana ini.


Maklumat tentang Rumah Limas Bungkus (Istana Tengku Long).

Diceritakan istana ini merupakan lambang cinta Tengku Long kepada isterinya Tengku Wook yang merupakan salah seorang kerabat Diraja Terengganu.

Seperti yang tercatat pada papan maklumat tadi, struktur istana ini dibina berasaskan jenis 'Limas Bungkus' atau 'Perabung Lima'. Rumah jenis ini mempunyai lima batang perabung. Ciri-cirinya mudah dikenali berdasarkan kepada bumbung yang menggunakan satu perabung lurus mendatar dan empat buah perabung menurun ke cucuran atap. 

Sesetengah orang berpendapat bumbung jenis ini berasal dari reka bentuk yang terdapat di Belanda. 

Pada mulanya rumah jenis ini diperkenalkan di Melaka dan Johor kemudiannya berkembang di Riau dan Terengganu serta beberapa buah negeri lain. 

Di Terengganu rumah perabung lima dikenali dengan nama Rumah Limas Bungkus. Kebiasaannya juga, seperti rumah-rumah tradisional Terengganu yang lain, atap Rumah Limas Bungkus dibuat daripada atap tanah dan atap genting singgora. 

Sebahagian besar rumah ini dibina menggunakan kayu cengal. Pada Rumah Limas Bungkus biasa yang lain, jenis-jenis kayu lain juga digunakan seperti kayu meranti dan kapur. 



Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk daripada bentuk panjang dan bersegi empat tepat. 


Berjalan-jalan di kawasan rumah tradisional ini mengingatkan saya pada rumah-rumah tradisional kedah yang juga dipindahkan dari lokasi asal mereka ke lokasi sekarang yang memudahkan mereka di lawati oleh generasi sekarang. Kedua-dua rumah Melayu tradisional itu adalah Rumah Seri Banai dan Rumah Tok Su yang telah dipindahkan dari lokasi asalnya dan diletakkan di dalam Taman Jubli Perak, Alor Setar, Kedah.
Rumah Seri Banai.

Rumah Tok Su.

Dengan lawatan luar Rumah Limas Bungkus / Istana Tengku Long tadi, maka berakhirlah lawatan Rumah-rumah Tradisional Terengganu kami di Kampung Budaya Terengganu dalam Kompleks Muzium Negeri Terengganu ini. Seterusnya kami akan masuk ke dalam Muzium Negeri Terengganu pula. 
Ada sebuah jambatan yang cantik di kawasan Kampung Budaya Terengganu ini. Reka bentuknya menggunakan bentuk dan ukiran bangau perahu tradisional Terengganu seperti Bangau Payang atau Bangau Sekoci.

Di laluan keluar dari Kampung Budaya ini menuju ke bangunan muzium negeri ada deretan gerai menjual pelbagai snek.


Ada disediakan tempat duduk berbumbung untuk pengunjung makan dan minum dengan selesa. Cantik gerai, pangkin, kerusi dan meja dibuat dari buluh. 

Di hujung outdoor food court ini ada sebuah pentas di mana diadakan pelbagai persembahan kebudayaan dan demonstrasi lain seperti pencak silat, main gasing dan sebagainya. Kami diberitahu pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad ada persembahan kebudayaan di sini pada pukul 3 petang. Jadi kalau kawan-kawan nak ke sini, rancanglah on any of the said dates and time. 

Satu shot untuk kenangan.. hehe 😊.

Adakah kami recommend lawat ke Kampung Budaya Terengganu ini? Most definitely! Pada saya personally, being there, standing in front of the historic and beautifully crafted traditional Malay houses, yang sudah berusia lebih 100 tahun, is something that should be experienced. 

Warisan kita. Sejarah kita. Kebanggaan kita. 

Syukur Alhamdulillah.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment