Wednesday, May 27, 2020

SUMATERA BARAT 2020 - DAY 01 - PART 05 - SAWAHLUNTO HERITAGE TRAIL

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya 😊.

... dan jangan lupa... wash your hands... 😉.

Sambung lagi cerita percutian kami di Sumatera Barat.

Lepas check-in di Parai City Garden Hotel, petang tu kami tak ada sebarang program. Jadi kami berdua decided nak explore Kota Sawahlunto ni on foot. Kakak ipar dan family tak join kerana mereka nak rehat since, unlike for the both of us, the night before lagi mereka dah started their travels.

Suasana Parai City Garden Hotel. 


Bahagian depan bangunan Parai City Garden Hotel ini adalah sebuah bangunan bersejarah Sawahlunto yang disenaraikan sebagai salah satu Cagar Budaya Nasional Kota Lama Sawahlunto oleh Dinas Kebudayaan Peninggalan Bersejarah dan Permuseuman Kota Sawahlunto.

Lokasi Parai City Garden Hotel ni memang strategic sebab turun je tangga ni, di bawah tu dah bandar Sawahlunto. 

Pemandangan bandar Sawahlunto dari tangga.

Sebuah jambatan jalanraya yang merentasi Sungai Lunto menyambungkan Jalan Proklamasi dan Jalan A. Yani.

Jalan Proklamasi.

Pada petang hari pertama kami di Sumbar, we did our own Sawahlunto walking tour. Kiranya macam buat Heritage Trail Walk. Tapi sebenarnya cuma cover kawasan yang kecil sahaja kerana Kota Sawahlunto ni besar dan ada banyak cagar budayanya. Kami pun tak larat la nak jalan jauh-jauh sebab earlier dari KL dah bertolak awal-awal subuh. 

Ada mural di tebing ini. Jom gi tengok.

Ada tugu Pancasila dan peta Indonesia.
Pancasila adalah dasar ideologi-ideologi negara Indonesia. Lima sendi utama penyusun Pancasila adalah: 
🌓Ketuhanan Yang Maha Esa
🌗Kemanusiaan yang Adil dan Beradab
🌓Persatuan Indonesia
🌗Kerakyatan yang dipimpin oleh Hikmat Kebijaksanaan dalam permusyawaratan/perwakilan
🌓Keadilan Sosial bagi seluruh Rakyat Indonesia

Juga ada Mural Pahlawan-Pahlawan Nasional Indonesia. Yang saya recognize adalah Tuanku Imam Bonjol.  

Kantor Pos.

Kota Sawahlunto adalah sebuah bandar yang dikelilingi kawasan bukit bukau hijau. Peaceful and serene.

Kelihatan students SMP 1 Sawahlunto just finished school for the day.

Saya baca pelajar-pelajar sekolah di sini selepas mereka sudah lulus Sekolah Dasar Kelas Lima mereka perlu melakukan khatam Quran. Semasa Kelas Enam, mereka concentrate pada peperiksaan untuk masuk ke SMP. Jadi semua murid di sini bila mendaftar ke SMP sudah pun khatam Quran i.e murid-murid itu sudah dipastikan boleh membaca Al Quran, malah sudah pun khatam.

Ini Batang (sungai) Lunto yang mengalir di tengah bandar Sawahlunto. 

Batang Lunto adalah nama sungai yang berasal dari desa Lunto di provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Aliran Batang Lunto bertemu dengan Sungai Ombilin di Sijunjung.

Semasa era penjajahan Belanda, aliran Batang Lunto menjadi modal utama bagi loji tenaga berkuasa wap (Pem­bang­kit Listrik Tenaga Uap - PLTU) yang dibina pada tahun 1894 di kawasan Mudik Air, Kubang Sirakuak, Sawahlunto.

Aliran air yang berkurangan menyebabkan pemerintah memindahkan loji kuasa stim ke loji janakuasa Salak pada tahun 1924 dan beroperasi sehingga 2010.

Lama kelamaan, kawasan loji kuasa wap itu dijadikan gudang senjata. Kini, loji kuasa wap dan bekas gudang senjata itu telah dijadikan pula Masjid Besar Nurul Islam Sawahlunto.

Memancing di Sungai Lunto.

Ada ramp besar di sungai ini. Saya rasa ramp ini dibina selain untuk mengukuhkan tiang-tiang jambatan di situ tetapi juga untuk melancarkan aliran air ketika berlaku hujan lebat. Saya agak la.

Pemandangan ke arah Jalan A. Yani.

Sebuah lagi jambatan yang menyeberangi Sungai Lunto. Beside it adalah jambatan kereta api lama. Di sebelah kiri tu ialah Masjid Agung Nurul Islam. 

Then we came upon sebuah taman kecil di tepi Jalan Proklamasi. Namanya Taman Koncek Sawahlunto. Koncek tu maksudnya 'katak'.

Hence, ada gambar katak.

Juga ada patung katak. Pada tugu globe kuning itu ada beberapa tarikh penting dalam sejarah Indonesia.
🌓17 Aug 1945: Perisytiharan Kemerdekaan Republik Indonesia.
🌗27 Dec 1949: Hari Kemerdekaan Republik Indonesia (RI) yang Diakui Belanda.
🌓1950: Indonesia menjadi ahli ke-60 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dari Taman Koncek Sawahlunto ini boleh nampak sebuah tugu perjuangan kemerdekaan (lokasinya di Jalan Jend. Sudirman) dan juga big Sawahlunto sign di puncak sebuah bukit. Bukit itu namanya Bukit Polan, salah satu dari bukit-bukit yang memagari Kota Sawahlunto. 

Puncak Bukit Polan ini juga dikenali sebagai Puncak Sugai. Saya baca (Feb 2020) di puncak ini akan ditanam 20 ribu pokok akar wangi untuk hindar tanah runtuh semasa hujan. Ini berikutan terdapat banyak points tanah runtuh dan kejadian pokok-pokok tumbang semasa hujan lebat sejak 16 Februari 2020.

Sebuah ikon mercu tanda Kota Sawahlunto. 
Boleh juga  paragliding dari atas bukit ini.

Berdekatan dengan Taman Koncek Sawahlunto, ada sebuah lagi tugu iaitu Tugu Mohammad Yamin. Beliau adalah seorang Pahlawan Nasional Indonesia yang dilahirkan di Sawahlunto. Tugu ini lokasinya juga di Jalan Proklamasi.

Muhammad Yamin lahir di salah satu kecamatan di Sawahlunto, iaitu di Talawi. Beliau dimakamkan di kota kelahirannya. Jadi didirikan monumen ini untuk mengenang jasa-jasa beliau.

Berdekatan dengan Tugu M. Yamin pula, ada didirikan Tugu Imam Bonjol. Beliau adalah seorang pemimpin terkenal dalam gerakan dakwah di Sumatera. Tuanku Imam Bonjol telah ditangkap oleh Belanda dan diasingkan ke Manado di Sulawesi Utara sehingga meninggal dunia di sana.
Tuanku Imam Bonjol adalah pemimpin yang paling terkenal dalam gerakan dakwah di Sumatera, yang pada mulanya menentang perjudian, laga ayam, penyalahgunaan dadah, minuman keras, dan tembakau, tetapi kemudian mengadakan penentangan terhadap penjajahan Belanda yang memiliki semboyan Gold, Glory, Gospel sehingga mengakibatkan perang Padri (1821-1837). - Wikipedia

Rumah di tepi Sungai Lunto.

Dari Jalan Proklamasi ini, kelihatan Masjid Agung Nurul Islam yang terletak di Jalan Kampung Teleng. Ia adalah bekas bangunan Pembangkit Listrik Tenaga Uap (PLTU) Kubang Sirakuk. 

Dahulu ia adalah kompleks PLTU pertama di Indonesia. Juga dikenali sebagai Electrische Centrale, ia dibina antara tahun 1894 hingga 1898.
Beginilah bentuk asal bangunan PLTU sebelum diubah menjadi sebuah masjid.

Ia bermula sebagai sebuah loji penjana elektrik berkuasa wap yang sumber tenaganya adalah aliran Sungai Batang Lunto. 


Tapi kerana kederasan air sungai itu mula berkurangan, PLTU dipindahkan ke Salak, Talawi.

Dulu bangunan ini juga berfungsi sebagai gudang pembuatan dan penyimpanan senjata pada zaman pemerintahan kolonial Belanda. Ketika zaman Revolusi Kemerdekaan Indonesia, ia terus berfungsi sebagai gudang simpanan senjata seperti hand granade and mortar oleh pejuang Sawahlunto. 

Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1952, bangunan ini telah diubah menjadi masjid kerana majoriti penduduk Sawahlunto adalah beragama Islam. Masjid Agung Nurul Islam adalah masjid terbesar di Kota Sawahlunto.

Bangunan utama Masjid Agung Nurul Iman ini berukuran 60x60 meter. Ia mempunyai satu kubah besar di tengah dan dikelilingi empat kubah ukuran kecil. 

Sehingga kini di bawah bangunan masjid ini masih lagi terdapat lubang perlindungan atau bunker yang dulunya adalah tempat simpanan senjata. Tapi bunker ini hanya dibuka pada waktu tertentu sahaja kerana untuk dibuka memerlukan kebenaran pemerintah. It opens only during special occasions. 

Masjid Agung Nurul Islam adalah merupakan bangunan bersejarah Sawahlunto yang disenaraikan sebagai salah satu Cagar Budaya Nasional Kota Lama Sawahlunto oleh Dinas Kebudayaan Peninggalan Bersejarah dan Permuseuman Kota Sawahlunto.

Masjid Agung Nurul Islam juga adalah merupakan pusat pendidikan agama Islam di Kota Sawahlunto. Earlier saya ada mentioned yang pelajar-pelajar sekolah di sini selepas mereka sudah lulus Sekolah Dasar Kelas Lima mereka perlu melakukan khatam Quran. Di masjid inilah diadakan majlis khatam Quran itu.

Di sebelah Masjid Agung Nurul Islam ada sebuah menara tinggi dengan ketinggian 85 meter. Ia adalah bekas serombong asap PLTU. Kerana itulah ia memiliki ketinggian yang luar biasa bagi sebuah menara masjid.

Menara ini juga bersambung ke bunker di bawah Masjid Agung Nurul Islam.

Kesan peninggalan loji tenaga elektrik ini masih dapat dilihat di perkarangan masjid. Sebuah turbin elektrik lama masih disimpan di perkarangan masjid sebagai bahan pameran bersejarah. 


Ada landasan keretapi lama di depan Masjid Agung Nurul Islam. Landasan ini adalah merupakan sebahagian dari tapak UNESCO Ombilin Coal Mining Heritage of Sawahlunto iaitu dalam 'Area A' of the heritage site.

Pada 2019, Kota Sawahlunto telah diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage Site dengan nama Ombilin Coal Mining Heritage of Sawahlunto yang merupakan sistem perindustrian pada akhir abad ke-19 yang dibina oleh pemerintah kolonial Belanda. Kawasan (site) ini merangkumi 3 Area: 
🌓Area A untuk lokasi perlombongan arang batu di Sawahlunto
🌗Area B untuk jalur kereta api antara Sawahlunto hingga Padang 
🌓Area C untuk tempat penyimpanan batu bara di Emmahaven (Pelabuhan Teluk Bayur) 

Landasan keretapi yang kami encountered di depan Masjid Agung Nurul Islam ini adalah sebahagian dari Ombilin Railway yang digunakan oleh penjajah Belanda pada zaman dahulu untuk mengangkut arang batu ke pelabuhan Teluk Bayur (ketika itu dikenali sebagai Emmahaven) berhampiran Padang.

Lokasi landasan kereta api ini. Kami di point merah pada masa itu.

Ke arah utara, landasan kereta api ini terhubung dengan Museum Kereta Api Sawahlunto, just about 350 meters away.

Nun di puncak Bukit Polan ada bangunan berbentuk Rumah Gadang Minangkabau. Tak pasti kalau itu adalah rumah persendirian/villa atau pun hotel/homestay.

Ada papan maklumat tentang nominasi Ombilin Coal Mining Heritage Sawahlunto sebagai UNESCO World Heritage Site. Sudah pun mendapat pengiktirafan tersebut pada 2019. Submission was back in 2015, so this info board was erected to announce and inform about the efforts and nominations. 

3 area telah dikenalpasti as the nominated sites: Area A, Area B and Area C.



Tentang Warisan Budaya Tambang Batubara Ombilin Sawahlunto serta kriteria-kriteria nominasi.


Baik, jom kita sambung lagi walking tour dalam program buat-sendiri kami, Sawahlunto Heritage Trail Walk 😊. 

Kami terus berjalan ke arah utara and came upon Jembatan Kereta Api Lama Sawahlunto ini.

Jambatan landasan kereta api ini selari dengan Jalan Kampung Teleng (sebelah kanan) dan merentasi Sungai Lunto. 

Saya check jembatan Kereta Api Lama Sawahlunto lama ini tidak pula disenaraikan sebagai salah satu Cagar Budaya Nasional Kota Lama Sawahlunto oleh Dinas Kebudayaan Peninggalan Bersejarah dan Permuseuman Kota Sawahlunto. Mungkin dalam kategori/senarai lain. Atau mungkin juga tidak menepati kriteria cagar budaya. Fyi, untuk dikategorikan sebagai cagar budaya binaan/bangunan mestilah berusia lebih 50 tahun.  Tapi ianya memang part of the Area A in the UNESCO World Heritage Site.



Ingatkan nak jalan menyeberang Sungai Lunto dengan jembatan ni, tapi tak jadi sebab nampak tak selamat.. hehe. Tak nampak sebarang palang/barrier untuk menghalang orang lalu jambatan ini. I know, I know... I such a worrier.. hehe.

Jalan Kampung Teleng. Di kiri tu ialah jembatan Kereta Api Lama Sawahlunto.

Nun di atas bukit tu ialah hotel penginapan kami Parai City Garden Hotel. 




Sungai Lunto yang deras. Very calming pulak dengar dan tengok deruan airnya.

Memancing di Sungai Lunto. 


Ini Pasar Sawahlunto, sebuah pasar tradisional.

Seorang warga Kota Sawahlunto sedang menunaikan solat.

Pemandangan Sungai Lunto, Jalan Proklamasi dan Bukit Polan dengan big 'Sawahlunto' sign di puncaknya.

Pada waktu malam sign Sawahlunto itu akan dinyalakan.

Di hujung sana jalan ini ada Museum Kereta Api. Kami akan stop di muzium itu to take a few photos. Dari luar saja, tak masuk. Btw, kelihatan juga Puncak Cemara yang merupakan lookout point yang cantik untuk melihat Kota Sawahlunto yang dipagari bukit-bukau hijau.

Ini Pasar Sawahlunto yang juga dikenali sebagai Pasar Inpres. 'Inpres' bermaksud 'instruksi presiden'. Presiden itu merujuk kepada Bapak Suharto. Pada tahun 1981, Bapak Suharto telah mengeluarkan instruksi/filosofi pasar yang pada dasarnya bertujuan untuk peningkatan ekonomi masyarakat yang lemah yang mata pencarian hariannya melalui berdagang.

Iklan pakej percutian di Sawahlunto. 

Kota Sawahlunto juga dikenali sebagai Belanda Kecil, Kota Arang dan Kota Kuali. Well, it is pretty obvious kenapa Belanda Kecil (zaman pemerintahan kolonial Belanda) dan Kota Arang (perlombongan arang batu). Tapi kuali? Katanya 'kuali' sebab di Sawahlunto ni ada sebuah lubang besar yang berbentuk seperti kuali kesan dari aktiviti perlombongan arang batu. 

Ada pula yang kata 'kuali' sebab kota ini dikelilingi oleh bukit bukau yang membentuk seperti kuali. Kalau tengok peta bawah ni tak la macam kuali.. hehe. 

But then when you are actually 'inside' the kuali (like we were) and you see hills surrounding yourself, cannot help but feel macam dalam kuali la 😃. Gitu la kot dapat nama Kota Kuali.

Ok, enough about kuali.. hehehehe. Jom nikmati keindahan kota dan alam sekitar Sawahlunto. Rumah-rumah kediaman di lereng bukit. 

Kelihatan bumbung-bumbung bangunan berbentuk gonjong. Terus kami plan nak turun ke sana nanti untuk melihat dengan lebih dekat bangunan di situ.

Dari Jalan Kampung Teleng ini (di tebing atas) melihat ke bawah ada barisan kedai-kedai yang nampaknya adalah bangunan-bangunan lama bersejarah di Jalan A. Yani.

Kelihatannya bangunan-bangunan ini mempunyai ciri-ciri architecture kolonial Belanda. 

Salah satu dari bangunan itu adalah Pegadaian (Rumah Komidi) ini. Rumah Komidi ini mempunyai facade belakang yang menarik seperti foto bawah ini. Bahagian depannya juga mempunyai facade yang sama. 

Pegadaian (Rumah Komidi) ini adalah salah satu dari bangunan tua Sawahlunto. Ia adalah merupakan bangunan bersejarah Sawahlunto yang disenaraikan sebagai salah satu Cagar Budaya Nasional Kota Lama Sawahlunto oleh Dinas Kebudayaan Peninggalan Bersejarah dan Permuseuman Kota Sawahlunto.

Ornamen, motif, dan struktur bangunannya menampilkan corak Tionghoa yang berlainan dengan bangunan-bangunan kolonial sekitarnya.

Ini foto bahagian depan Pegadaian (Rumah Komidi) yang sempat saya rakam earlier before check-in ke hotel.
🌓Bangunan Pegadaian ini dibangun oleh Sian Seng Wong A Lan pada tahun 1817 dengan nama “Roemah Komidi”. Pada zaman Belanda, bangunan ini dijadikan sebagai tempat hiburan komedi. Tujuannya untuk menghibur para pekerja tambang batubara Ombilin.
🌗Pertunjukan komedi kala itu menampilkan komedi stambul (berasal dari Istanbul), suatu pertunjukan yang menggabungkan drama lama dan baru dari kebudayaan Cina, India, Melayu, dan Eropa. Musik yang mengiringi pertunjukan ini menggunakan alat musik tradisional dan Eropa. Komedi ini dipertunjukkan dengan bahasa Melayu. Cerita-cerita yang ditampilkan melalui komedi diambil dari kisah-kisah tradisional romantis “Pangeran Panji”, cerita Timur Tengah seperti “Ali Baba, Sinbad, Cerita Seribu Satu Malam”, cerita Eropa seperti “Pedagang dari Venesia”, atau kisah kontemporer mengenai para nyai Batavia.
🌓Setelah kemerdekaan Indonesia dari tangan penjajah, bangunan ini telah banyak mengalami peralihan fungsi. Bangunan ini pernah dijadikan sebagai Museum Koleksi Pribadi dan Kantor Bank BRI. Saat masih ditempati BRI, gedung dengan arsitektur Indische ini mengalami kebakaran pada 2008. Setelah dilakukan rehabilitasi pada 2011, gedung ini menjadi Kantor Pegadaian sampai sekarang.
- Wikipedia

Terus lagi dengan walking tour kami. Eh.. ada seorang lelaki sedang walk his dogs. Pemandangan begini sebenarnya adalah biasa di Sumbar. Fyi, saya baca kegiatan memburu babi di Sumbar dihentikan buat sementara waktu kerana wabak Covid-19.

Anjing-anjing ini sebenarnya dipelihara untuk memburu babi hutan yang sering merosakkan sawah ladang yang terletak di pinggir hutan. In fact, kami diberitahu ada Persatuan Buru Babi (PBB) di Sumatera Barat. Dan juga ada pertubuhan lain bernama PORBB di sini yang bermaksud Persatuan Olahraga Berburu Babi di mana acara pacu anjing dibuat.

Kami diberitahu babi hutan adalah ancaman besar kepada petani di Sumatera Barat kerana seekor ibu babi boleh melahirkan sehingga 13 ekor anak dalam satu kelahiran. Oleh yang demikian, memburu babi hutan menjadi aktiviti rekreasi yang popular. Babi yang dibunuh walau bagaimanapun hanya ditanam atau dijual kepada orang yang memakan daging babi. Oleh kerana wang hasil jualan babi adalah hasil yang haram, ia tidak digunakan untuk memberi makan ahli keluarga. Ia sebaliknya hanya digunakan untuk kebajikan anjing yang dibela seperti membeli makanan dan perubatan mereka.
Suatu tradisi yang sudah lama di kalangan masyarakat Sawahlunto.

Masjid Agung Nurul Islam dan bekas Serombong Asap Pembangkit Listrik Tenaga Uap (PLTU). 

Di sebelah Jalan Kampung Teleng ini, di atas landasan kereta api lama ada sebuah gerabak kereta api lama yang telah diubahsuai menjadi sebuah restoran. 

Nama restoran ini ialah Kereta Resto Mak Itam dan lokasinya di Kampung Teleng.  

In case you are wondering who Mak Itam is, well, it refers to kereta api Mak Itam, sebuah kereta api wisata kelas ekonomi buatan Jerman. Ia merupakan satu-satunya kereta api wap wisata yang beroperasi di Sumatra, serta merupakan kereta wap wisata ketiga di Indonesia setelah Ambarawa dan Jaladara. Ia pernah beroperasi untuk membawa arangbatu dari Ombilin ke Teluk Bayur. Dan nama 'Mak Itam' itu pula bererti 'Paman Hitam' dalam bahasa Minangkabau.

Restoran ini diadakan sebagai salah satu cara mempromosi dan daya penarik Sawahlunto sebagai vacation destination. Tambahan pula lokasinya betul-betul di sebelah Komplek Museum Stasiun Kereta Api Sawahlunto Kampung Teleng.

Menu Kereta Resto Mak Itam. Ada Gorengan, Aneka Snacks, Aneka Juice dan Aneka Minuman Panas & Dingin.
Kalau kami makan di sini saya akan order.. hmmm... Mie Goreng tambah Sosis, sama Juice Jeruk (kurang manis ya). Kalau isteri, dia pastinya order Ayam Penyet dan Juice Pokat 😊😋.
Oh! Dan pastinya mahu duduk dalam gerbong 😄.

Saya baca waktu malam restoran ini penuh dengan pelanggan sampai tak cukup tempat duduk makan di dalam gerabak. Sebab itu kerusi meja makan juga disediakan di luar gerabak. 

Also katanya makanannya enak dan harganya terjangkau. 

Di sebelah Kereta Resto Mak Itam ialah Museum (Stasiun) Kereta Api Sawahlunto. 


Kami tak masuk. Ambil gambar dari luar sahaja sebab dalam itinerary esok dah ada lawatan ke muzium ini. 

Museum Kereta Api Kota Sawahlunto, Kampung Teleng, Kelurahan Pasar, Kecamatan Lembah Segar, Kota Sawahlunto. 

Stesen Kereta Api yang dibangun pada  tahun 1912 ini, terletak berhampiran Pasar Sawahlunto dan masih digunakan sebagai stesen kereta api Wisata hingga hari ini. Pada 17 December 2005, stesen ini telah dirasmikan sebagai Museum Kereta Api. 



Gembira sungguh saya bila terjumpa peta Heritage Trail Sawahlunto ini yang menunjukkan City Center and the Old Town Area. Tapi malang sekali kerana petanya sudah sangat lusuh kerana cuaca. Frustnya 😞. Memandangkan kami buat sendiri walking tour kami ini, makanya bagus sekali kalau dapat bandingkan laluan walking tour kami dengan peta rasmi ini. 

So tiada pilihan maka saya cuba la edit. Sekadar ini saja editing yang mampu saya lakukan... hahaha. Kesiankan.. hehehe.

Hotel Penginapan kami iaitu Parai City Garden Hotel memang ada di dalam peta ini. Nice! Jadi, setakat ini dari hotel kami telah passed by Masjid Agung dan sekarang berada di Train Museum. Jadi kiranya betul la walking tour buat-sendiri kami ni.. hehe. In fact, later on we did passed by many of the major highlights in this heritage trail map. 

Haaa... papan maklumat ini jelas. Mungkin masih baru lagi. Atau kualitinya lebih bagus. Apa-apa pun terima kasih pada Tourism Sawahlunto. 

Ini adalah senarai Cagar Budaya Nasional Kota Lama Sawahlunto serta peta kawasannya oleh Dinas Kebudayaan Peninggalan Bersejarah dan Permuseuman Kota Sawahlunto. 

Banyak sekali bangunan cagar budayanya di Suwahlunto.

Di luar stesen keretapi ini juga, ada patung Dr Jan Willem Ijzerman yang merupakan jurutera yang bertanggungjawab dalam pembangunan keretapi Hindia Belanda (Indonesia). Dia adalah juga pengasas Institut Teknologi Bandung yang merupakan pusat pengajian teknologi dan kejuruteraan yang terkenal di Indonesia kini.



Ok, jom sambung lagi Walking Tour Sawahlunto.

Kota Sawahlunto dan Bukit Polan. 


Di tebing bawah Jalan Kampung Teleng ini ada sebuah taman. Namanya 'Ruang Bermain Ramah Anak' (RBRA) Selat Karimata. 


Kota Sawahlunto adalah bandar berbukit bukau. Keadaan ini dapat dimanfaatkan untuk mengambil gambar yang indah bila kita berada di tanah tinggi. 
Di bawah tu ialah 'Ruang Bermain Ramah Anak' (RBRA) Selat Karimata.

Earlier tadi kami ada ternampak bumbung bentuk gonjong, seperti rumah gadang. Jadi untuk ke sana kami pun turun tangga ni untuk lalu di celah-celah deretan kedai di bawah tu. 

Jalan dicelah bangunan untuk masuk ke Jalan A. Yani. 

Ikut pemerhatian kami, Kota Sawahlunto adalah bersih. Di lorong belakang kedai ini juga bersih. Kemudahan tandas awam juga ada disediakan. 

Ada sebuah masjid di hujung sana.

Jom lalu lorong ini untuk ke Jalan A. Yani.

Us being touristy.. hehe.

Di Jalan A. Yani.

Di Jalan A. Yani ini ada beberapa bangunan bersejarah yang dikategorikan sebagai cagar budaya Sawahlunto. Earlier I already shared one of them which was the Pegadaian (Rumah Komidi). 

Dan ini satu lagi bangunan cagar budaya Kota Sawahlunto iaitu Roemah Pan Sik Kek. Jika mengikut Dinas Kebudayaan Peninggalan Bersejarah Dan Pemuseuman Kota Sawahlunto, bangunan yang disenaraikan dalam Cagar Budaya Nasional Kota Lama Sawahlunto ini, namanya ialah Rumah Keluarga Pek Sin Kek. Two almost similar names but refers to the same historical building.

Masa kami di sini, pagar merah depan bangunan ini tutup, jadi tak dapat la masuk. Ambil gambar dari luar sahaja lah. 

Di depan bangunan ini ada papan tanda Cagar Budaya Kota Sawahlunto. Rumah Pek Sin Kek ini dibina pada 1916 sebagai rumah kediaman keluarga Tionghoa bernama Pek Sin Kek.

Pada zaman kolonial Belanda, daerah di sekitar rumah Pek Sin Kek ini dahulunya dikenali sebagai Kampung Tionghoa.


Walaupun bangunan ini hampir keselurahannya bergaya seni bina Hindia Baru (Indisch), terdapat juga unsur-unsur hiasan yang dipengaruhi hiasan Cina, seperti pada bahagian mahkota bangunan.

Beberapa tahun yang lalu, ada papan Ù±Ù„سَّÙ„َامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ di atas pintu masuk tengah rumah ini. Dari apa yang saya baca menantu lelaki Pek Sin Kek sekeluarga yang duduk di rumah ini ketika itu telah memeluk agama Islam, hence that signage. 

Ikut papan info ini, rumah ini dibina pada 1906. Ia pernah digunakan sebagai Teater, tempat perhimpunan masyarakat Melayu, kilang ais dan kilang roti. Pada masa papan info ini dipasang, rumah ini adalah sebuah souvenir shop. 

Melihat ke dalam rumah ini, nampaknya ia tidak lagi digunakan sebagai premis perniagaan.

Ciri-ciri architecture asal bangunan ini masih lagi dijaga dan dikekalkan. Semua pemulihan pada bangunan cagar budaya ini adalah dipantau. 

Siling Rumah Pek Sin Kek ini dibuat dari kayu besi, yang juga digunakan untuk membina landasan kereta api. 

Seperti bangunan-bangunan bersejarah lain di Eropah, bangunan ini juga ada iron wrought di depannya yang digunakan untuk menggantung papan tanda nama perniagaan di bangunan ini pada ketika itu.  

Ok, jom sambung jalan lagi.

Baru je beberapa langkah kami jalan dari Rumah Pek Sin Kek tadi, kami came upon bakeri ini pula. Diana Cake Bakery namanya. Makanya haruslah stop.. hehe.

It has nice selections of cakes and pastries 😋. 


Fresh bread loaves and fruits jams juga ada dijual di sini. 

Saya dah berlengas dah pun masa tu. So elok la sangat kami minum petang dan berehat sekejap di sini. 

Pastries yang kami beli. Pineapple tarts tu sedap sangat. A couple of the pastries kami bawa balik ke hotel, malam nanti boleh la makan sambil minum teh tarik. Fyi, kalau duduk makan di bakeri ini, ada disediakan drinking water percuma. Nice. Jadi kalau anda jalan-jalan di Kota Sawahlunto bersejarah ini, stop la sekejap di kedai bakeri Diana Cake ini for a nice short rest. Jangan lupa beli pastries yang sedap-sedap di sini 😊. 

Then sambung lagi program buat-sendiri Sawahlunto Heritage Trail. We came upon another heritage building yang sekarang ini adalah kedai Minang Mart.

Pandangan bangunan Minang Mart dari depan. Seperti bangunan-bangunan Pegadaian (Rumah Komidi) dan Rumah Pek Sin Kek yang kami encounted earlier, bangunan ini juga disenaraikan sebagai salah satu Cagar Budaya Nasional Kota Lama Sawahlunto oleh Dinas Kebudayaan Peninggalan Bersejarah dan Permuseuman Kota Sawahlunto. Bangunan ini disenaraikan dengan nama Koperasi Karyawan PT.BA-UPO (Ons Belang).

Nama koperasi 'Ons Belang' adalah sebuah lembaga ekonomi yang menyediakan kebutuhan masyarakat terutama bagi pegawai dan pekerja tambang batubara Ombilin. Sampai saat ini masih menjadi Gedung Koperasi Ombilin Kota Sawahlunto. 

Pandangan bahagian tepi bangunan Koperasi Karyawan Minang Mart. Ada motif salib pada dinding tingkat 2. Motif ini juga ada di facade depan.

Sebuah kedai oleh-oleh dan souvenir. 

Dan ini pula ialah Gedung Pusat Kebudayaan Sawahlunto (Societeit Gluck Auf), satu lagi bagunan warisan Sawahlunto. Ia terletak di Jalan Ahmad Yani, Sawahlunto. 

Gedung ini dibina pada tahun 1910 dan dinamakan "Gluck Auf" dengan keluasan 870 meter persegi.

"Gluck Auf" - Literally this can be translated with “Luck up” or “Luck open”, but this is meaningless in English, so a better translation would be “Good luck”. Its original meaning was lost during the centuries, but the most reasonable explanation is that it means “the ore veins shall open for the miner”. For a German miner, greeting somebody with this word means that you belong to and care for each other, and that you belong to the same family: the family of all miners in the world. - www.imwa.info

Ketika zaman Kolonial Belanda, bangunan ini merupakan pusat hiburan bagi orang-orang Eropah yang ada di Sawahlunto. Mereka menari dan bernyanyi juga bermain bowling (hence juga dipanggil Rumah Bola) dan billiards di sini. Untuk para buruh didirikan Gedung Pertemuan Buruh pada lokasi-lokasi penambangan dan pusat kota.



Selepas mencapai kemerdekaan, bangunan ini telah digunakan sebagai tempat pertemuan masyarakat Sawahlunto dan pejabat oleh Bank Mandiri. Pada 2006 ia dijadikan Gedung Pusat Kebudayaan Sawahlunto sempena dengan Ulang Tahun kota Sawahlunto ke 118. Sekarang ia adalah Gedung Serba Guna Hotel Parai sejak 2011.

Bangunan ini bercirikan seni bina gaya Eropah, terutamanya pada bahagian atas bangunan utama yang bercantum dengan bumbung bangunan. 

Bahagian teres depan yang mengelilingi separuh bangunan ini adalah ruang menunggu. 

Saya baca bangunan ini sudah melalui beberapa kerja baikpulih namun masih tetap mempertahankan seni bina asalnya.

Ada kolam air pancut di perkarangan gedung ini yang nampaknya kering dan seperti tidak lagi berfungsi.

Are those stained glass? Saya pun tak pasti tapi ianya cantik. Adakah hiasan kaca bentuk arch di atas pintu ini hiasan yang asal? Tidak saya jumpa maklumat itu.

Dekorasi stained glass ini juga ada pada bahagian atas facade depan bangunan warisan ini. So beautiful.



Di seberang jalan dari Gedung Pusat Kebudayaan Sawahlunto ini ada satu lagi bangunan cagar budaya Sawahlunto iaitu Bank Mandiri. Ia adalah dalam kategori 'Rumah Hunian' atau rumah kediaman zaman Kolonial Belanda. Binaan bentuk silinder di belakang itu pula adalah Kawasan Silo Sawahlunto. More of this silo in future entry.

Di seberang jalan dari Gedung Pusat Kebudayaan Sawahlunto ini juga ada Sawahlunto Tourist Information Center. Bergegas kami ke sana untuk mendapatkan maklumat tentang Sawahlunto Heritage Trail. Malangnya center itu sudah pun tutup. 

Kami teruskan lagi walking tour kami di Kota Sawahlunto ini di Jalan Ahmad Yani. Next we came upon Hotel Ombilin Heritage. Hotel ini merupakan bangunan bersejarah yang juga disenarai sebagai salah satu Cagar Budaya Nasional Kota Lama Sawahlunto oleh Dinas Kebudayaan Peninggalan Bersejarah dan Permuseuman Kota Sawahlunto.

Hotel berseni bina rumah gadang di bahagian depannya ini dahulu merupakan wisma bagi tenaga ahli pertambangan Belanda yang bertugas di Sawahlunto. Bangunan ini pernah menjadi kem tentera Belanda pada masa Revolusi 1945 -1949. Ia juga pernah dijadikan pejabat Polis Tentera. Ia telah direnovasi  jadi hotel dan ada 21 bilik hotel, lengkap dengan bilik VVIP.

Hotel ini bersama Parai City Garden Hotel (hotel penginapan kami di Sawahlunto) tidak mampu menampung permintaan dari pelancong. Oleh itu Tourism Sawahlunto bersama penduduk di kota ini telah membuka lebih dari 70 homestay.


Then dari Jalan A.Yani kami belok ke kiri, ke Jalan Imam Bonjol and terjumpa sebuah lagi bangunan heritage iaitu Gereja Katholik Santa Barbara (Kerkje Santa Barbara). 

Ia dibina zaman kolonial Belanda pada 1920 bersebelahan dengan Minang Mart (yang kami encountered earlier) dan Sekolah Santa Lucia. 

Gereja ini dibina oleh orang-orang Belanda yang bekerja di Sawahlunto bagi kegunaan anak-anak orang Belanda dan pekerja lombong arangbatu. 

Pada waktu yang sama di sebelah gereja ini juga dibina asrama tempat tinggal nuns. 

Setelah merdeka hingga sekarang, gereja ini masih dijaga dengan baik dan masih digunakan oleh penganut agama Kristian di Kota Sawahlunto.

Dari Jalan Imam Bonjol, kami masuk pula ke Jalan Yos Sudarso. 

Laksamana Madya TNI (Ant.) Yosaphat Soedarso (lahir di Salatiga, Jawa Tengah, 24 November 1925 – meninggal di Laut Aru, 15 Januari 1962 pada umur 36 tahun) adalah seorang pahlawan nasional Indonesia. Ia gugur di atas KRI Macan Tutul dalam peristiwa pertempuran Laut Aru setelah ditembak oleh kapal patroli Hr. Ms. Eversten milik armada Belanda pada masa kampanye Trikora. Namanya kini diabadikan menjadi nama KRI dan pulau.
- Wikipedia Bahasa Indonesia.
Monumen ini didirikan sebagai penghormatan bagi para pahlawan yang gugur dalam Pertempuran Laut Aru tanggal 15 Januari 1962. Dalam pertempuran yang penuh heroik itu, telah gugur Deputi Kepala Staf Angkatan Laut (KSAL), Komodor Yos Sudarso, Kapten Laut Wiratno, Kapten Laut Memet Sastrawiria, Letnan Muda Tjiptadi dan 21 orang anak buah kapal KRI Macan Tutul lainnya. Di samping itu, pembangunan monumen di ini juga bermaksud untuk mengenang jasa-jasa para pahlawan laut yang telah berjuang di Kota Tegal pada masa Perang Kemerdekaan.

Di sebelah Jalan Yos Sudarso ini adalah Sungai (Batang) Lunto. Juga boleh dilihat dari sini sign 'Sawahlunto' di puncak Bukit Polan. 

Bangunan warisan seterusnya yang kami jumpa adalah Asrama Susteran Santa Barbara (Klooster Santa Lucia). 

Asrama ini dibina bersama Gereja Santa Barbara.

Berada dalam lingkungan gereja, Asrama Susteran dapat dipastikan sebagai tempat tinggal biarawati yang bertugas melayani aktivitas ibadah di gereja. Hingga saat sekarang gedung ini dan masih berfungsi sebagai untuk asrama suster. - situsbudaya.id

Di Jalan Yos Sudarso ini terdapat deretan kedai-kedai yang berbumbung design rumah gadang. 

Ini pula ialah Sekolah Santa Lucia (Europeasche Lagere School). 
ELS (singkatan dari bahasa Belanda: Europeesche Lagere School) merupakan Sekolah Dasar zaman kolonial Hindia Belanda di Indonesia. ELS menggunakan Bahasa Belanda menjadi bahasa wajib dalam proses belajar mengajarnya. ELS dikenal sebagai Sekolah Rendah Eropa diperuntukkan untuk keturunan peranakan Eropa, keturunan timur asing atau pribumi dari tokoh terkemuka.
- Wikipedia Bahasa Indonesia

Bangunan ini dibangun pada tahun 1882 oleh Belanda, yang dipergunakan sebagai sekolah untuk anak-anak Belanda. - kebudayaan.kemdikbud.go.id

Tahun 1920 menjadi sekolah Santa Lucia, juga pernah dipakai untuk Asrama tambang, Sekolah Islam dan Kantor Urusan Agama. - kebudayaan.kemdikbud.go.id

Pada perkembangan selanjutnya bangunan ini beralih penggunaanya antara lain untuk SMP Ombilin pada tahun 1964, tahun 1983 untuk TK kuntum Mekar dan sekarang untuk SD Katholik. - kebudayaan.kemdikbud.go.id


Sungai (Batang) Lunto. Kota ini diberikan nama Sawahlunto kerana di daerah ini ada banyak sawah dan sawah-sawah tersebut diairi oleh Sungai (Batang) Lunto.

Sungai ini kelihatannya bersih dan bebas dari pencemaran.

Kami teruskan lagi walking tour di sepanjang Jalan Yos Sudarso ini. Terdapat deretan rumah-rumah kediaman dan kedai-kedai.


Nampaknya seperti boleh turun ke bawah tu. Tapi kami tak la turun. 



Bumbung kedai-kedai yang berbentuk gonjong.

Saya sangat suka hiasan ukiran kayu pada facade bumbung rumah gadang.

So beautiful.

Atap gonjong adalah simbol yang menunjukkan identiti orang Minang. Contohnya, hanya dengan melihat bentuk atap ini, orang akan segera mengetahui bahawa pemiliknya mestilah orang Minang atau mempunyai keturunan Minangkabau. Bumbung bergonjong juga digunakan untuk menunjukkan status sosial. Bentuk atap yang mirip dengan tanduk adalah gambaran kerbau yang merupakan haiwan yang paling dihormati oleh masyarakat adat. Dikatakan bahawa bentuk tanduk kerbau ini asalnya dari kisah perlumbaan antara kerbau yang dibawa oleh utusan dari Majapahit dan kerbau Minang. Dalam cerita itu, utusan dari Majapahit membawa kerbau besar sementara kerbau dari Minang hanya menggunakan anak kerbau yang kelaparan sengaja tidak diberi makan. Anak kerbau itu kemudian diberi tanduk besi yang terbuat dari enam besi yang tajam. Pertarungan dimenangi oleh kerbau Minang.

Terus lagi berjalan menyusuri Sungai Lunto. Kelihatan SMP 1 Sawahlunto.

Ada banyak gerai-gerai makanan di tepi sungai ini.


Harum sedap bau satenya!

Sate ayam/kambing Madura.

Martabak juga ada. Saya rasa waktu malam akan lebih meriah kawasan ini. 

Monumen Kota Sawahlunto.


Bangunan Bank Nagari Cabang Sawahlunto yang juga beratap gonjong.

Dengan itu maka berakhirlah walking tour kami dalam program Sawahlunto Heritage Trail yang kami buat sendiri. Sebenarnya tidak susah untuk menjejak peninggalan warisan di kota ini kerana mudah untuk mengenali bangunan-bangunan cagar budaya di sini yang sudah ditandakan dengan info boards 'Pemerintah Kota Sawahlunto - Cagar Budaya'. Apa-apa pun elok kalau ke SawahLunto Tourist Indormation Center yang berlokasi di Jalan A. Yani dahulu sebelum membuat heritage trail supaya tidak termiss mana-mana tempat atau bangunan bersejarah.

Ok, jom balik ke hotel. Nak rehat sebelum pergi dinner.

Berjalan balik ke Parai City Garden Hotel.

Sungai (Batang) Lunto.





Panjat semula tangga yang kami turuni awal tadi.

So, pada petang hari pertama kami di Sumbar, we did our own Sawahlunto walking tour. Kiranya macam buat Sawahlunto City Heritage Trail Walk. Sebenarnya kami terfikir, seperti bandar-bandar bersejarah dunia lain, bandar penuh sejarah seperti Sawahlunto ini juga pastinya ada Heritage Trail Walk tersendiri yang boleh dijejak oleh pelancong. Unfortunately Sawahlunto's Tourist Information Center was closed when we got there. Jadi sejujurnya kami cuma berjalan ikut instinct saja. Walaupun begitu we managed to encounter many historic buildings and other interesting aspects of the city. Juga kami cuma sempat cover kawasan yang kecil sahaja kerana Kota Sawahlunto ni besar dan ada banyak cagar budayanya. Kami pun tak larat la nak jalan jauh-jauh sebab earlier dari KL sudah bertolak awal-awal subuh.
🌓Inilah peta Sawahlunto City Heritage Trail Walk kami.
🌗Bermula dari Parai City Garden Hotel, buat satu pusingan, dan berpatah balik ke hotel. 

Selepas berehat, kami turun ke lobi hotel about 7:00 pm untuk pergi makan malam.

Restoran Parai City Garden Hotel ini adalah salah satu dari bangunan bersejarah Sawahlunto yang disenaraikan sebagai salah satu Cagar Budaya Nasional Kota Lama Sawahlunto. 

On the way to the restaurant for dinner. 

Dinner kami pada malam itu adalah di Restoran Lashira  Jl. Soekarno - Hatta, Pd. Batu, Lembah Segar, Kota Sawah Lunto.


Suasana dalam restoran Restoran Lashira.


Kami memilih untuk makan di bahagian duduk bersila.

Sementara menunggu order sampai, kami makan jajan dulu. Sedap.

Mango Juice and Ice Lemon Tea. 

Nasi Goreng Special ditambah sosis. Sedap! Alhamdulillah.  

Selesai makan, balik ke hotel.

Ok ini summary perjalanan kami pada hari pertama di Sumbar, dari airport hingga ke Sawahlunto.

Huii... letih dan mengantuk sungguh kami lepas dinner. Dari awal-awal subuh dah bertolak dari rumah ke KLIA2. Then whole day dalam kereta with 4 stops and a walking tour. So lepas mandi, solat dan back up photos dalam computer, terus lena. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. yeay!!
    buat walking trail sendiri tak guna guide bawak bendela!!! :))

    RBRA tu ingatkan apa lahhh ... playground rupa-rupanya !!

    pernah nengok movie Suster Ngesot ??
    tengok lah !!
    :)

    nengok sungai tu teringat pulak kejadian masa kita dekat Pariangan dulu tu
    nak terkencing sangat . kita orang pergi ke public toiletnya sebelum pergi masjid tu..
    tak tahu lah toilet lelaki macamana .. biasa je kot sebab en Syed tak kata apa apa , tak ada ketawa guling guling ..
    toiletnya kan.. meh nak cerita kot kot En Syed lupa ..
    bawah bangunan tu ada sungai yang mengalir deras
    boleh nampak dari dalam toilet .. maknanya betul betul atas sungai
    ada section yang air panas mengalir keluar dari paip dari dinding . natural hot spring water . untuk mandi mandi
    kita orang jenguk dalam lagi ..
    tak ada bentuk yang macam toilet pun.. yang duduk memanglah tak ada .. untuk mencangkung pun nan ado ..

    yang ada ..
    ada partitions ..belah kiri kanan dinding.. ada several cubicles with partitions gitu ..
    ada batu tempat mencangkung dalam cubicles tu..
    yang menghadap partitions , bukan menghadap dinding ..
    bawah tu sungai mengalir dengan lajunya ..
    so .. kalau nak kencing .. cangkung menghadap partitions and the partitions yang cuma paras dada kita bila kita mencangkung ..
    masalahnya .. kan kita orang 3 orang ..so .. kalau orang belah kanan sekali nak mula membuka segala yang patut dan mencangkung .. orang belah kiri dia akan nampak segalanya !! :))
    hadoiii !! sakit perut gelak mikirin macamana lah aku nak kencing ni ...

    akhirnya ..
    dapat idea
    orang yang belah kiri sekali take off dulu .. bukak dan , cangkung and do her business
    once dia dah hilang dari pandangan sebab dah mencangkung .. baru lah the one yang belah kanan dia pulak ..
    makanya terselamat lah mata kita orang daripada ketumbit !! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. agak dah sure you akan cakap macam tu.. hehehehe...
      Best juga kan jalan-jalan terjah macam tu.

      Masa awal2 dulu saya selalu jadi very confused by all the short forms. Last2 I gave up trying to decipher... hehe.

      Suster Ngesot? Tak pernah doc. Ooo.. cerita seram! Tak nak lah.. hehehe...

      Hahaha.. I ingat !! I ingat !! Hahahaha...
      So open kan! Syabas kerana u all found the way to melepas.. hehehe...
      Nasib baik masa tu tak ada orang lain masuk ! Horror !! Hahaha..

      Belah lelaki pun gitu juga. Tapi saya selamba je la. I just went to the hujung punya cubicle :).

      Delete
  2. tak seram aa
    kelakar ada..
    nengok suster tu ngesot kejar orang..
    mana lah nak dapat!
    slow ! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo... horror comedy la ya. Best gak kalau tgk cerita genre gitu.
      Ngesot.. hahaha..

      Delete