Friday, February 8, 2019

MELAKA - DAY 02 - PART 01 - PINTU GERBANG SANTIAGO

Hari kedua kami di Melaka ni sarat dengan aktiviti berjalan sana sini melawat historical sites and buildings. Tapi kami lakukan dengan santai la, sesuai dengan umur.. hehe. And must drink a lot of water to stay well hydrated. Super important. 

View pagi Selat Melaka dari tingkap hotel. Alhamdulillah cuaca nampak baik sekali. All day today outdoor activities belaka. 





Apa-apa pun, sarapan dulu. Ramai guests so kami kena beratur sekejap. Tak lama, tak sampai pun 5 minit. I must add that I agree with my wife when she observed that pelayan-pelayan di restoran ini (dan juga keseluruhan pekerja di hotel ini) sangat attentive dan profesional. 

Hatten Place juga nampaknya sangat menjaga keselesaan its guests. Restoran sarapan kami tidak ada seorang pun guests dari Tanah Besar China sebab pihak hotel telah menyediakan untuk mereka dewan makan lain with their own breakfast spread. Siap ada staff hotel yang iring mereka ke dewan tu. Is that excellent service or what?! Bukan sahaja the Mainland China guests selesa, the rest of the guests also tentu la lagi selesa. 

So how's the food you asked? Uwaa... sedapppp! Memang saya recommend pada sesiapa sahaja untuk menginap di hotel ini. Attentive professional staff, bilik nice dan selesa dan makanan pun sedap! Also got skydeck yang guests can go anytime secara percuma. 

Alhamdulillah. Kenyang. 

Ok dah fully energised, kami dah sedia nak continue explore Bandaraya Bersejarah Melaka. 

Terus ambil Grab ke Dataran Pahlawan.


Dari Dataran Pahlawan boleh nampak tiang Menara Taming Sari. Masa ni belum beroperasi lagi.

Walking across Dataran Pahlawan menuju ke Jalan Parameswara.

Kami plan nak panjat pelan-pelan bukit tu to visit the ruins on top of the hill. 'Panjat pelan-pelan'... hehe.. udah macam tua sangat bunyinya.. hehe. Well, it is what it is 😊. 

Di Jalan Parameswara.

Sekolah Kebangsaan Sacred Heart atau nama ringkasnya SK Sacred Heart. Juga dikenali sebagai Sacred Heart Canossian Convent.
It was in Malacca that the Malaysian Canossian Daughters of Charity religious ministry, or fondly known as the Canossian Sisters community, was first established in 1905. History also records that it was from the historic state that this religious community (founded in Italy by St. Magdalene of Canossa in 1808), spread its wings, setting up convents, learning centres and religious communities in Kluang in 1950, Segamat (1956), Jinjang (1961 and Sungai Siput (1984). Source: www.thestar.com.my

Ini pula bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Ia dibina untuk memperingati sejarah kemerdekaan Malaysia. 

Bangunan ini yang dibina pada tahun 1911 adalah pada asalnya Kelab Melaka. Ia digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan British. Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai. Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Both of us love information macam ni. 

Juga ada this super helpful map.

Dan kalau dah di kawasan ini sure ramai yang tahu tentang kota A Famosa ni yang dibina oleh Portugis pada masa dahulu. Kota A Famosa yang menjadi simbol permulaan sejarah penjajahan bangsa asing di Malaysia. 

Like seriously, thank you to Kerajaan Negeri Melaka kerana meletak banyak maklumat tentang historical landmarks di sini.

Informasi tentang Pintu Gerbang Santiago.




Walaupun tembok Kota Melaka telah dirobohkan oleh British, ada beberapa bangunan yang dulunya terletak di dalam tembok kota yang masih berdiri sehingga sekarang.

Pokok Melaka.

Ini adalah Pintu Gerbang Santiago, salah satu dari 4 pintu gerbang masuk ke Kota A Famosa. 

A Famosa, sebuah kota yang dibina oleh Alfonso de Albuquerque sebab asyik kena serang oleh pengikut-pengikut Sultan Mahmud Shah. Begitulah hebatnya penentangan dan serangan orang Melayu ketika itu melawan penjajah. Seterusnya kota ini juga diserang oleh pihak Aceh dan Johor selama lebih seabad.

Buruh paksa digunakan Portugis untuk membina kota ini dengan lebar 3 meter keliling Bukit Melaka. Bahan binaan diambil dari sisa runtuhan istana, masjid dan makam-makam. 

I will never look at this pintu gerbang the same way again, after knowing dibina dari masjid, makam dan istana. Dengan guna buruh paksa pula. Satu simbol yang mencerminkan sikap angkuh dan kejam and disrespect penjajah pada masa itu.


Ia kini satu warisan kebangsaan.


Pemandangan Porta de Santiago dari tepi.


A Famosa adalah antara tinggalan binaan Eropah yang tertua di seluruh Asia. 

Sekitar tahun 1790, Belanda telah menyerahkan Melaka kepada British secara sementara. Ini adalah kerana Belanda sedang berperang dengan dengan Perancis yang dipimpin oleh Napoleon Bonaparte dan kedudukan mereka tidak menentu di Eropah. Penyerahan Melaka dibuat atas persefahaman bahawa ia akan dipulangkan semula kepada Belanda oleh British apabila perang di Eropah tamat.

Pusat pentadbiran dan rumah-rumah pembesar Belanda terus digunakan oleh pemerintah British. Pada masa yang sama Francis Light telah membuka Pulau Pinang pada tahun 1786. Bimbang akan kebangkitan Melaka apabila diserahkan semula kepada Belanda disebabkan kota pertahanan dan pelabuhannya yang baik, pihak British di bawah pimpinan William Farquhar bertindak memusnahkan keseluruhan kota pertahanan Melaka. Teguran daripada Lord Minto dan Sir Stamford Raffles dapat mematahkan usaha ini, namun hanya pintu kota dan rumah-rumah di sekitarnya sahaja yang sempat diselamatkan.

Sebahagian batuan asal binaan A Famosa masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Bergambar di dalam A Famosa.

Lantai A Famosa.



Sebelum Portugis mendirikan A Famosa, ada sebuah kubu Melayu berdiri di sini. Kubu ini telah dimusnahkan oleh Portugis dan digantikan dengan kota yang dinamakan Fortaleza de Malacca. Kota ini memakan masa 76 tahun untuk disiapkan (1512-1588). Alfonso de Albuqurque amat berbangga dengan kota ini dan menggelarkannya sebagai 'A Famosa' yang bermaksud 'Terkenal (Famous)'.

Binaan kota A Famosa dibuat menggunakan batu laterit yang merupakan sejenis batu yang banyak terdapat di pinggiran pantai dan pulau-pulau di negeri Melaka. Selain kota pertahanan, Portugis turut menggunakan batu laterit untuk membina gereja milik mereka.





Kiri jalan kanan pun jalan
Sama tengah pokok mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu

Surat ku layang untuk berkata
Penyampai hasrat kata di hati
Kalau sungguh kasihkan saya
Jangan dibuang sampai ke mati

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan Tuan

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. amboi..

    jual ya ..
    meh saya beli ..
    :)

    Kapal dagang dari seberang;
    Sarat muatan kayu meranti;
    Dari jauh tuan puan datang;
    Orang Melaka sentiasa menanti.

    ReplyDelete
  2. hehhehehhe..
    copy paste je kat atas tu ...

    saya kan.. kalau pergi tempat tempat bersejarah gini .. mesti saya akan letak tangan .. pejam mata
    and wishing I have psychometry , picturing the past events

    hehhehe..
    good odea separating the cina bukits!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too.. hehehe...

      Oh is that what it's called? Psychometry? Interesting.
      Wouldn't it be nice if we can get a glimpse of the past? Tu la saya suka old paintings and dioramas :).

      Kan. We were so pleasantly surprised that the hotel mgnt had the foresight and care enough to do such thing.

      Delete