Monday, November 26, 2018

EGYPT - DAY 06 - PART 03 - GARBAGE CITY

Dari Masjid Amru Al 'As kami sambung perjalanan ke tempat lawatan seterusnya. 

Dalam perjalanan, macam biasa, saya terus ambil gambar capturing Cairo. Ternampak satu kawasan ini dengan timbunan sampah sarap yang sangat banyak. Ini adalah menurut Ustaz salah satu dari banyak trash recycling centers yang ada di Kaherah ni. Terus saya teringat dokumentari yang pernah saya tengok di TV tentang satu komuniti di Kaherah yang menyara hidup mereka dengan memungut dan mengitar semula sampah. 

Memang la kami tak pergi buat lawatan ke kawasan tempat tinggal komuniti ini yang dipanggil 'Garbage City'. Mana la ada travel agent yang buat pakej ke Mesir nak bawa pelancong Malaysia ke bandar sampah ini. Ada ke pun yang nak melawat ke sana? Maklum la kan, isu keselamatan dan kesihatan mestilah diambil kira. Pada saya ia macam 'an elephant in the room', macam kena dicerita sikit tentang mereka dalam my blogging kerana mereka adalah sebahagian dari masyarakat Kaherah. So here goes...

Tapi sebelum saya cerita lebih lanjut lagi tentang Garbage City, tahukah anda yang bandar Kaherah pernah satu ketika dahulu diisytiharkan sebagai bandar tercantik di dunia. Pada tahun 1925, Kaherah memenangi gelaran bandar paling indah di dunia, walaupun bandar-bandar Eropah seperti Berlin, Paris dan London juga bersaing. Pada masa itu, Mesir masih unggul dalam daya tarikannya.

Tapi sekarang Kaherah terkenal dengan bandar-bandar seperti Garbage City dan City of the Dead. Seperti City Of the Dead, Garbage City juga terletak di Cairo's slum area. Lokasi Garbage City ini adalah dalam kawasan petak dalam peta di bawah ini. 
 

Lebih tepat ia berada dalam kawasan Mansheya Nasir. Slum area Garbage City terletak di hujung selatan Mansheya Nasir, di kaki bukit Mokattam di pinggir Kaherah. Majoriti pekerjaan penduduknya ialah pengumpulan dan mengitar semula sampah bandar. Walaupun Mansheya Nasir mempunyai jalanraya, kedai dan pangsapuri seperti di kawasan lain di Kaherah, ia tidak mempunyai infrastruktur dan sering tidak mempunyai air, pembentung dan elektrik.

Siapakah penduduk di Garbage City ini? Mereka dipanggil Zabbaleen. Zabbaleen (زبالين‎) literally bermaksud "garbage people/orang sampah". Atau dalam pengunaan kontemporarinya bermaksud "pemungut sampah". 

Dalam konteks budaya pula, perkataan itu merujuk kepada remaja dan orang dewasa yang telah berkhidmat sebagai pengumpul sampah tidak rasmi Kaherah sejak kira-kira tahun 1940-an. Juga dikenali sebagai Zarraba yang bermaksud "pengendali babi". Eh.. babi? Kenapa babi? Teruskanlah membaca 😊.

Berlokasi di 7 penempatan yang berbeza di sekitar kawasan Greater Urban Cairo, jumlah populasi Zabbaleen adalah antara 50,000 hingga 70,000 orang. Pemukiman terbesar adalah di perkampungan Mokattam, yang dikenali sebagai "Garbage City" terletak di kaki bukit Mokattam, di Mansheya Nasir. Masyarakat Zabbaleen di Mokattam ini ada sekitar 20,000 hingga 30,000 orang, lebih 90% daripadanya adalah Coptic Christians. Lebih 700,000 zabbaleen telah menetap di 'bandar' ini sejak 1980, mewujudkan komuniti zabbaleen terbesar di Mesir.

Selama beberapa generasi, Zabbaleen menyara hidup dengan mengambil sampah dari rumah ke rumah penduduk Kaherah tanpa sebarang caj kepada tuan rumah. Kerja memungut sampah bermula seawal pukul 2 atau 3 pagi. 


Biasanya, lelaki Zabbaleen, kadang-kadang disertai oleh anak-anak lelaki mereka, yang pergi memungut sampah dari rumah ke rumah. Jarang kanak-kanak perempuan dibawa sama memungut sampah. Kalau ada pun hingga mereka berusia 10 tahun sahaja.

Kemudian, lebih kurang pukul 10 pagi, kutipan sampah itu dibawa dengan kereta beroda yang ditarik oleh keldai/kuda atau trak balik ke rumah mereka untuk diasingkan antara barang buangan yang boleh dikitar semula dan dijual seperti barangan kertas, cardboards, tin, gelas, kain dan plastik dan bahan organic yang tidak dibuang tapi diberi sebagai makanan kepada babi. Kerja pengasingan ini biasanya dilakukan oleh ahli keluarga wanita dan boleh ambil masa dari 10 hingga 12 jam setiap hari. 

Setiap satu keluarga specialize dalam mengitar semula barangan tertentu. Mula-mula, sampah diasing ke dalam 16 kategori utama, seperti kertas, plastik, kadbod, tin dan lain-lain. Kemudian setiap barangan kategori utama diasingkan lagi kepada sub-kategori, sebagai contoh, kategori utama kertas akan disusun ke dalam sub-kategori kertas putih, kertas kuning, kertas tebal, surat khabar, kertas nipis, dan sebagainya. Barangan kitar semula ini kemudiannya akan dijual kepada orang tengah yang seterusnya dijual kepada kilang-kilang di Mesir.

Walau bagaimanapun, jualan semula bahan-bahan yang dipungut bukanlah satu-satunya aktiviti yang dilakukan oleh Zabbaleen dari segi penggunaan semula bahan-bahan ini. Mereka juga membuat bahan-bahan baru dari bahan yang dipungut. Contohnya, plastik PT, yang merupakan plastik yang digunakan untuk membuat botol plastik untuk air mineral/drinking water dan minuman-minuman lain, adalah salah satu bahan yang paling dicari. Selain menjual semula botol-botol plastik ini secara terus dalam bentuk ia dijumpai, Zabbaleen juga menggunakan granulators untuk menukar plastik PT kepada plastic pellets. Dari plastic pellets ini, pelbagai produk plastik lain boleh dibuat seperti beg sampah plastik dan penyangkut baju. Oleh itu, sistem Zabbaleen adalah sistem pelbagai peringkat yang tidak terhad kepada pengumpulan sampah sahaja tetapi juga merangkumi penciptaan bahan-bahan baru dari bahan kitar semula yang dijumpai.
Plastic pellets.

Moqattam Garbage City sahaja mengendalikan 5,000 tan sampah setiap hari, 90 peratus darinya dikitar semula di bengkel-bengkel di dalam bandar itu sendiri dan diintergrasi semula ke dalam ekonomi melalui lebih 7,000 kilang-kilang dan perusahaan tempatan dan juga dieksport ke China.

Hebatnya proses kitar semula sektor tidak rasmi Zabbaleen ini ia mampu memungut 2.5 juta tan sisa setiap tahun dan mengitar semula lebih 80% daripada apa yang dikumpulkannya, menjadikan jualan tahunan sehingga 197.5 juta pound Mesir. Manakala sektor formal sebaliknya hanya mampu memungut 810,667 tan dan mengitar semula hanya 45% daripada sisa yang terkumpul, menurut kajian 2007 study by GTZ (German Technical Cooperation) and CWG (Collaborative Working Group on Solid Waste Management in Low and Middle Income Countries). 

Malah keberkesanan cara Zabbaleen mengurus sampah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa berdasarkan peratusan kitar semula mereka yang mencapai 80% berbanding dengan pencapaian negara barat yang hanya kira-kira 20% hingga 25% sahaja. 

Kecekapan dan cara mesra alam kitar semula Zabbaleen ini menerima pengiktirafan antarabangsa di Rio Earth Summit 1992 di mana digalakkan sistem pengumpulan dan kitar semula sisa Zabbaleen ini digunakan sebagai model di bandar-bandar lain yang sedang membangun seperti Manila dan Mumbai. Sistem pengumpulan sisa Zabbaleen ini juga telah menerima pembiayaan antarabangsa dari Bank Dunia, Yayasan Ford dan Oxfam untuk projek-projek khusus untuk menaik taraf dan meningkatkan pengkitaran semula sisa pepejal.

Mesir adalah negara majoriti Muslim. Walau bagaimanapun, lebih daripada 90% masyarakat Zabbaleen di kampung Mokattam adalah orang Kristian Koptik. Komuniti di mana hampir semua orang beragama Kristian adalah sangat jarang ditemui di Mesir. Kebanyakkan Zabbaleen mengatakan walaupun mereka boleh tinggal di luar kampung Mokattam atau membeli rumah di tempat lain, mereka tidak akan berbuat demikian kerana mereka lebih gembira untuk hidup dalam komuniti agama mereka sendiri dan bebas mengamalkan agama mereka.

Langkah permulaan dan sangat penting untuk mengasingkan sampah pepejal dan sampah organik adalah tanggungjawab anggota masyarakat Zabbaleen yang memiliki babi di mana babi-babi mereka digunakan untuk memakan sisa organik tadi. Dari 6,000 tan sampah sarap yang dipungut, 60% adalah sisa makanan dan sampah organik yang dimakan oleh babi mereka. Selepas sisa organik telah dimakan oleh babi, sisa sampah lain diasingkan ke dalam kategori yang berbeza seperti plastik, kertas, logam dan lain-lain. Disebabkan penggunaan babi ini maka orang Kristian Koptik diberi status monopoli dalam sistem pemungutan sampah dan mengitar semula sampah. 

Selain digunakan untuk memakan sisa organik, babi merupakan sumber pendapatan yang penting bagi Zabbaleen. Setiap 6 bulan, Zabbaleen menjual 5 hingga 15 babi dewasa kepada pedagang untuk LE7 setiap kilogram (US$1.25 sekilogram) atau LE450 (US$80) seekor. Pedagang kemudian menjual babi-babi itu ke rumah penyembelihan, di mana satu kilogram dijual dengan harga LE30-35 (US$5-6.25). 

Dalam kehidupan yang miskin, Zabbaleen tinggal dalam kawasan perumahan yang sering tidak ada bekalan air, kumbahan dan elektrik. Di perkampungan Mokattam ini juga pada awalnya tidak mempunyai perkhidmatan asas; tiada pusat kesihatan, farmasi dan sekolah. Kawasan ini penuh dengan sampah sarap yang diletak di tepi jalan, rumah, bumbung rumah dan di mana sahaja ada ruang. Mereka juga tinggal bersama binatang ternakan seperti lembu/kambing dan ayam yang kandang dan rebannya di dalam rumah. Mereka juga tinggal hampir dengan kepungan babi yang mereka gunakan untuk memakan sisa organik dan mendapat pendapatan dari jualan babi. Ini semua menyebabkan suasana di tempat tinggal mereka berbau busuk dan banyak lalat. 

Udara di kawasan ini juga adalah sangat tercemar oleh asap yang dihasilkan dari pembakaran yang sama ada dilakukan secara sengaja untuk membakar sisa sampah yang tidak diingini, atau hasil daripada pembakaran spontan (spontaneous combustion) sisa organik. Akibatnya sering berlaku kebakaran yang teruk di Garbage City ini sekitar tahun 1970an. 

Disebabkan keadaan hidup begini, komuniti Zabbaleen dikategorikan mempunyai tahap kesihatan rendah dan kadar penyakit yang tinggi terutama pada mereka yang terlibat dengan kerja-kerja berkaitan dengan sampah sarap. Walau bagaimanapun, keadaan hidup penduduk perkampungan Mokattam telah bertambah baik selepas menerima pembiayaan dari Bank Dunia, dalam program peningkatannya yang dikenali sebagai Zabbaleen Environmental Development Program (ZEDP) pada tahun 1981 dan dari penderma antarabangsa lain.

Kerana Zabbaleen menggunakan kenderaan yang ditarik binatang, maka ini sering menyebabkan kesesakan jalanraya. Lebih teruk lagi bila kenderaan mereka ini rosak di tengah jalan. Ini menyebabkan selalu berlaku konflik antara Zabbaleen dan penduduk setempat/pengguna jalanraya yang lain. Kadang kala, konflik-konflik ini took on religious overtones kerana majoriti penduduk di Mansheya Nasir adalah umat Islam, sedangkan penduduk pemukiman Mokattam kebanyakannya orang Kristian Koptik. Usaha kerajaan Mesir to phase out kenderaan sebegini pernah dibuat dengan memberikan Zabbaleen pinjaman untuk membeli kenderaan bermotor. Tapi program ini tidak berjaya kerana Zabbaleen adalah miskin dan tidak mampu untuk membayar balik pinjaman. Juga sebab kenderaan bermotor adalah susah untuk dibawa masuk ke jalan-jalan sempit di kebanyakkan kawasan perumahan di Kaherah. Kos minyak untuk kenderaan ini juga adalah isu besar pada Zabbaleen. Tambahan pula ada Zabbaleen yang buta huruf maka sukar untuk mendapatkan lesen memandu.

Cabaran pada Zabbaleen yang seterusnya adalah usaha berterusan kerajaan Mesir menggunakan pihak ketiga to handle their waste management. Pada tahun 2003, Presiden Hosni Mubarak telah membuat percubaan untuk meliberalisasikan sektor pengurusan sisa dengan menyerahkannya kepada syarikat multinasional. Ini pastinya menjejas pendapatan harian Zabbaleen. Program ini telah gagal kerana pendekatan baru ini memerlukan penduduk Kaherah untuk mengubah tabiat pengasingan dan pembuangan sampah mereka yang menyebabkan efficiency of the entire process dikompromi. 

Satu lagi program kerajaan yang dipanggil 'Sell Your Garbage' juga menjejas pendapatan Zabbaleen. 'Sell Your Garbage' adalah satu projek yang dilancarkan oleh Gabenor Kaherah pada awal bulan Mac 2017, bertujuan untuk menubuhkan kiosk di kawasan yang berbeza di mana orang ramai digalakkan untuk menjual tin, botol plastik, kertas dan cardboards daripada membuangnya. Inisiatif ini telah menimbulkan banyak kontroversi dan ketidakpastian. Zabbaleen yang telah melakukan kerja memungut sampah dan mengitar semula sampah sejak lebih dari 70 tahun, berkata program ini sangat menjejas mata pencarian mereka kerana selama ini sampah yang mereka pungut dari rumah ke rumah adalah percuma dan mereka sendiri tidak caj tuan rumah kerana beri khidmat pungut sampah mereka. On the other side, kerajaan dan perintis program ini menegaskan ia menguntungkan dari segi sosial, kewangan dan alam sekitar dan tidak akan membahayakan sesiapa pun.

Satu lagi cabaran Zabbaleen: relocation. 7 kawasan kediaman (Ein El Sira, Moatamadia, El Baragil, Tora, Ezbet El Nakhl, Helwan dan Muqattam) kini telah menjadi kawasan yang dipertikaikan, di mana pertambahan penduduk dan urbanisasi di Kaherah telah mendorong usaha untuk memindahkan Zabaleen. Tambahan pula kawasan-kawasan ini telah meningkat nilai harta tanahnya sejak beberapa dekad yang lalu. Ini telah melibatkan pelbagai skim penempatan semula yang telah memindah masyarakat Zabaleen ke pinggir kota Kaherah, menempatkan mereka jauh dari sumber sampah yang merupakan hasil pendapatan mereka. 

Pada bulan April 2009, kes pertama influenza H1N1 dijumpai di Mexico. Menjelang akhir bulan itu, dianggarkan sehingga 169 orang mati akibat wabak tersebut. Semua kematian, kecuali satu, berlaku di Mexico. Kerajaan Mesir bertindak dengan memusnahkan populasi babi yang mempunyai kesan buruk terhadap kehidupan 70,000 keluarga Zabbaleen.

Garbage City terletak di kaki bukit Mokattam, yang terbukti lokasi geografinya tidak selamat setelah berlakunya kejadian rockslide pada tahun 1993 dari bukit Mokattam. Rockslide ini berlaku berhampiran kawasan sempadan penempatan Zabbaleen, mengakibatkan kematian 40 orang. Pada tahun 2008 pula, satu lagi rockslide dari bukit-bukau Mokattam berlaku membunuh lebih daripada 100 orang di kawasan El-Duweiqa, dalam Mokattam District. Sesetengah pihak berpendapat rockslides ini berlaku disebabkan oleh pelbagai aktiviti pembangunan dan pembinaan di dataran tinggi Mokattam di mana terletaknya daerah perumahan kelas atas Mokattam City.

Truck sampah overload macam ni adalah pemandangan biasa di Kaherah. Like anytime boleh tumbang kan. Also ni dah macam 10 kali berlebih kapasiti ni. Amazing sungguh truck ni masih boleh jalan even though sarat like that. Unless dalam beg-beg besar tu adalah botol-botol plastik, so tak la berat sangat kot.

Zabbaleens sedang memungut sampah di tepi jalan. Apa yang saya perhatikan mereka ini tidak mengambil semua sampah tapi mencari-cari sampah tertentu sahaja seperti tin dan botol minuman serta barangan kertas/cardboards. Saya juga perasan mereka melakukan pencarian itu dengan cermat dan kemas dan tidak menyelerakkan sampah yang sudah dikumpul dengan elok di dalam beg plastik tu atau dibiarkan bertaburan di jalanraya. Dalam Waste Management terminology di Cairo, Zabbaleem dikenali sebagai the informal sector.

Selain Zabbaleen, sampah sarap di Cairo juga dipungut oleh Cairo Cleanliness and Beautification Authority (CCBA) known as the formal sector.

Sampah yang dikutip oleh pekerja-pekerja ini adalah sampah yang disapu dan dikumpul ke dalam guni-guni besar dan diletakkan di tepi jalan oleh pekerja-pekerja menyapu.

Sampah dibuang ke dalam lori sampah yang ada compactor. 

Pekerja-pekerja bandaraya sedang menyapu di tepi jalan bandar Kaherah.


And on a somewhat related matter, Ustaz Faiz juga bercerita ada Malaysian Medical Students yang belajar di Alexandria, Egypt melakukan pembersihan stesyen dan laluan tram di Alexandria yang sering sahaja kotor dengan sampah sarap. Kerja pembersihan ini dilakukan mereka sekali setiap 2 minggu.

Foto laluan tram ini sempat kami rakam semasa kami baru sampai ke Alexandria. Lawatan kami ke Alexandria akan saya cerita in coming blog entries.

Kerja-kerja pembersihan ini dilancarkan melalui kempen pelajar-pelajar tersebut yang dinamakan 'For the Sake of Egypt' atau 'Demi Mesir' in honor of Egypt. Dan tentunya the locals were very surprised sampai usaha ini masuk suratkhabar mereka.

Hampir 100 tahun yang lalu Kaherah dianugerah dengan gelaran Bandar Paling Cantik. Tapi sekarang kalau kita berada di bandar ini, it was quite the opposite. I can't help but think what had went wrong? Still a lot can happen in 100 years. There are wars, kerajaan dan pucuk pimpinan bertukar ganti, revolusions, keadaan ekonomi negara dan ekonomi dunia yang berubah-ubah, pertambahan penduduk dan banyak lagi faktor-faktor lain yang boleh merubah sesuatu negara. Jadi yang paling cantik boleh bertukar menjadi yang paling tidak cantik, as in the case of Garbage City. I know Garbage City forms only a part of Cairo, still its very existence undermine the efforts taken by the Egyptian Government in improving and beautifying the image of Al Qahirah. 

Still when I was there I did see the beauty. The grandeur of the 100's year old mosques and buildings, the juxtaposition of the old and new, the energy of the city and its people, the wonderful and often amazing histories, the culture, the ancient civilization and abundance of ancient artifacts and of course the history of Islam in this Land of Prophets.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment