Monday, August 29, 2016

SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 04 - PACU JAWI

Maka tibalah masanya saya kongsi foto-foto acara yang dapat saya hadiri, yang dah lama saya idamkan, iaitu acara Pacu Jawi. 

Fyi, entry ini adalah sangat panjang kerana ada baaaanyak gambar.. hehe. 

Ok, bila Pa'unchu announced next nak bawak saya tengok pacu jawi, saya jadi super excited. Sungguh pun Pa'unchu dah dapat confirmation dari kawan dia yang pada hari itu akan ada acara pacu jawi tu dan dah confirm juga di mana tempatnya, saya remain hopeful kerana kita hanya boleh merancang.



Then dalam perjalanan tu ternampak lembu-lembu ni dengan the owners. Kata Pa'unchu mereka ni nak ke tempat pacu jawi tu. Excitednya saya masa tu.. hehehe...

Arena pacu jawi ni berlangsung di hamparan Sawah Talimun, Nagari Parambahan, Kecamatan Limo Kaum, Tanahdatar, Sumatera Barat.  Lokasi ini terletak di kaki Gunung Marapi. 

Lokasi Parambahan, Tanah Datar.

Pemandangan cantik semasa jalan masuk ke dalam kawasan pacuan. 

Kami tiba di lokasi ini lebih kurang pukul 11:00 pagi. Acara akan bermula pukul 1:00 tengahari atau lepas Zohor. Ok, saya ada 2 jam untuk explore the place before the races start :). 


Dari jauh dah nampak barisan panjang khemah-khemah warung. 

Berjalan di tepi sawah. Panas terik tengahari tu.

Masa tengah jalan tu, tiba-tiba datang lembu-lembu dan tuannya berjalan menuju ke arena. Saya pun ke tepi bagi mereka jalan dulu dan untuk mengambil gambar :).

Lembu-lembu ni cantik berselimut dengan kain berwarna warni dihias dengan bunga-bunga.

Di kepala lembu-lembu tu juga dipakaikan hiasan kepala bunga-bungaan. 



Menuju ke gelanggang.


Alhamdulillah cuaca cukup baik sekali.

Trail jalan menuju ke tempat acara. Di sebelah kiri tu ialah meja pendaftaran. 


Perjalanan lembu-lembu dan tuan-tuannya diiringi dengan bunyi-bunyian alat muzik talempong yang merupakan alat musik tradisional Minangkabau dimainkan oleh pak cik-pak cik ni.

Penduduk-penduduk setempat berduyun-duyun menuju ke lokasi pacu jawi.

'Tourism' dan 'Fhotografer' perlu mendaftar. Ada register book di mana saya tulis 'nama', 'dari mana' dan 'fotografer'. Juga dikenakan bayaran, tak ingat, about Rp.2000. I think they should charge more especially since pacu jawi ni dah jadi event yang popular bukan sahaja di Indonesia tapi juga di seluruh dunia. Dengan kutipan duit tu boleh la digunakan oleh pihak organizer for more future pacu jawi events.  I mean, Rp.2000 cuma RM0.60 sahaja. Murah sangat for such an amazing event.

Berjalan ke arah lokasi acara. 

Waaa... rupanya lembu-lembu tadi dibariskan di situ dan boleh ambik gambar dan bergambar :). Jommm!!

Owner proudly showing his sapi :). 

Nama sapinya Lela :).

Pengunjung boleh bergambar bersama lembu-lembu yang berhias tu :).


Jom berfoto sama jawi :).

Tengah saya bergambar dengan lembu '46' ini, tetiba datang adik manis ni bergambar bersama.. hehe. 



Dan tentunya acara sebegini ada ramai fotografer dari dalam dan luar negara.   




Ok, jom tengok apa yang ada di khemah-khemah dan warung-warung di situ. 

Yang ini adalah khemah utama acara ni. Bapak-bapak ni sedang bermain alat musik talempong. 

Ada banyak gerai menjual pelbagai makanan dan minuman.





Chocolate fountain pun ada :).

Ada ketupat.



Saya berhenti sembang kejap dengan cik ni :). Yang macam sate tu ialah tauhu lumur kuah kacang. 

Borak juga dengan akak ni nak tengok dengan lebih dekat apa yang dia jual. Tapi tak lama sebab dia tengah lunch :).



Warung besar ni ada, antara lain, makanan spesifik gulai kambing dan kopi daun.

Lepas tu saya turun ke kawasan lembu-lembu dikumpulkan, berada betul-betul di sebelah barisan gerai-gerai tadi cuma di tanah yang lebih rendah. 

Pengunjung dah makin ramai sampai.

Tu meja pendaftaran tadi.


Gunung Marapi di horizon.

Tuan punya lembu dan joki-joki.

Foto kiri: Itulah alat pembajak sawah yang dibuat dari bambu yang akan dipasang pada lembu dengan hujung belakangnya jadi tempat joki berpijak semasa lembu-lembu memecut. 


Masa tu saya bercadang nak berkenalan dengan mana-mana tuan punya lembu dan juga jokinya untuk mendapat some insights about this event. Bagus rasanya kalau dapat info macam tu dari peserta sendiri :).

Dan saya nampak bapak ni bersama lembu dia. 

Terus saya memberi salam, perkenal diri dan berbual dengan dia. Minta kebenaran untuk ambik gambar ni tentunya :). Apparently, dia dah biasa dengan kehadiran photographers masa di acara pacu jawi ni. Yang bertopi tu anak dia dan juga joki. 

Cuba-cuba ambik gambar style sikit... nak frame si ayah, si anak, lembu mereka dan gunung Marapi.... tapi tak berapa jadi la.. hehehe. 

Saya berbual lebih dengan si anak, kerana saya tak berapa faham bahasa pertuturan si ayah. Sikit-sikit tu faham la. Also si anak lebih talkative :).

Unfortunately saya dah terlupa nama dia. Jadi untuk bercerita ni saya refer dia as Mr. Jockey :). 
- Lepas saya kenalkan diri dan beritahu tujuan ke acara ni, Mr. Jockey kata memang selalu masa pacu jawi ni ada ramai photographer dari pelbagai negara. Ramai juga dari Malaysia kata dia.
- Nama lembu putih mereka ialah 'Badai' yang membawa maksud 'laju'.
- Masa Mr. Jockey bercerita tentang 'Badai' it was with passion and proudness. It was amazing to hear him cerita about his and his father's involvement in this sport.
- Agaknya dia perasan saya ke sana sini ambik gambar lembu-lembu, Mr. Jockey menasihati saya supaya berhati-hati dengan lembu-lembu berwarna hitam. Bahaya lembu tu sebab generally ianya garang and will kick if agitated. Good advice!

Seronok bila dapat penerimaan baik dari mereka ni. Tu yang sampai mencangkung berbual-bual.. hehehe... 
- Saya tanya Mr. Jockey apakah persiapan-persiapan untuk menyertai pacu jawi ni? Like, ada training lembu tu ke? Bila training? Pada umur berapa lembu tu? Siapa yang latih si Badai? Dah macam reporter pulak saya ek.. hehehe...
- Mr. Jockey pun bercerita:
+ Yang akan berlumba hari tu ialah dia.
+ Dia dan ayah dia sendiri yang melatih lembu-lembu untuk acara ni di sawah dia selepas selesai menuai.
+ Buat masa ini Badai adalah lembu lumba mereka. Mereka ada 3 ekor lagi lembu yang sedang dalam training, bakal dijadikan lembu lumba juga.
+ Di sawah mereka juga, mereka menerima kunjungan pelancong. Pernah ada seorang lelaki Belanda dan seorang wanita dari Korea yang mencuba pacu jawi. Wow! :)
+ Saya tanya nak jadi joki perlu badan kecil dan kurus ke? Mr. Jockey dan ayah dia terus gelak dan kata badan macam saya ni pun boleh! Hahahaha...
+ Mr. Jockey juga cerita yang lembu-lembu yang memasuki acara ini, some of them akan jadi popular dan naik nilai harganya terutama jika lembu-lembu tu menang atau mempamerkan fizikal yang kuat. According to him pernah seekor lembu yang menang dapat offer nak dibeli dengan harga Rp 75 juta tapi pemilik lembu tu tidak mahu jual. Fyi, harga biasa seekor sapi adalah Rp. 7 juta.
+ Mr. Jockey sendiri pernah mendapat offer dan jual lembu dia dengan harga Rp. 33 juta! Wah!! Hebat!!
+ Pemilik lembu yang menang lumba ni tak banyak dapat hadiah. Sekadar menerima piala, kain sarung atau baju.  Tetapi harga sapinya akan jadi 3 kali ganda atau lebih.
+ Saya juga bertanya adakah betul joki akan mengigit ekor lembu semasa memecut? Betul kata dia. Lepas tu saya tanya tak ke tercabut gigi joki tu masa tu? Ye la, kan kulit  lembu keras and tambah pulak masa tu dengan memecut. Terus mereka gelak dan kata tak pernah pulak berlaku sampai tercabut gigi :).
+ Paling sesuai berlumba setelah lembu berusia 10 tahun ke atas. Yang below 10 yo pun boleh juga berlumba. 

Bergambar kenangan bersama si ayah dan Badai :).

Hari makin terik. Masa tu saya agak masih ada lagi lebih kurang sejam sebelum acara bermula. Kepanasan dan rasa sedikit letih saya mencari tempat nak rehat dan berteduh. Pengunjung dah ramai sungguh masa tu. Jadi saya pun naik ke bukit sebelah tempat acara ni. Ini foto dari Bukit tu.

Ingat nak berehat, tapi pemandangan dari atas ni cantik pulak. Maka sibuk la ngambik gambar. 

Seorang pak cik sedang menbawa alat pembajak sawah yang akan dipasang pada sapi.

Masih ada lagi owners dan lembu-lembu mereka yang datang. 

Tak boleh jadi, memang kena rehat jugak. 

Then dah masuk waktu solat Zohor. Kelihatan beberapa orang sedang bersolat. 


Alhamdulillah dapat rehat. Ok, jom ke lokasi semula. 

Makin ramai penonton. Makin banyak juga lembunya. Saya diberitahu ada lebih kurang 300 ekor lembu dan semuanya akan berlumba. Wah! Begitu ramai peserta! 
- Acara pacu jawi akan berakhir hingga lewat petang.
- Pernah acara ini disertai dengan 800 ekor lembu! Sempat ke habis semua lembu berlumba? 


Setiap tahun, acara ini diselenggarakan secara bergiliran selama empat minggu di empat kecamatan di kabupaten Tanah Datar, iaitu kecamatan Pariangan, kecamatan Rambatan, kecamatan Lima Kaum, dan kecamatan Sungai Tarab.



Pemilik sapi dan joki.

Since acara belum start lagi saya pun approach owner/joki ni pula dan bersembang. 
- Saya bertanya pasal gigit ekor sapi masa pacuan. Dia kata untuk buat sapi tu lari lebih kencang.
- Joki akan berpegang pada ekor sapi sambil memukul bontot sapi tu bertujuan yang sama, untuk buat larian lebih laju.
- Saya tanya ada tak lembu yang cedera? Dia kata kebiasaan tidak kerana lariannya tak jauh. Moreover, sawah tu berlumpur dan berair setinggi paras lutut so tapak larian adalah lembut dan selamat. Juga di garisan penamat, betul-betul lepas satu batas, ada kawasan berlumpur, providing soft landing bila lembu-lembu tu melompat batas tu dan mula berhenti memecut. Cuma boleh cedera kalau sapi berlari off course dan melanggar batas sawah di kiri atau kanan. Itu pun selalunya lembu-lembu tu akan selamat melompat batas tu ke petak sawah sebelah yang juga berair.
- Bagaimana dengan joki pula? Tak kata dia kerana semua joki adalah sangat berpengalaman.
- En. Joki ni juga beritahu tiada perlumbaan antara pasangan lembu. Bukan pasangan lembu mana yang sampai dulu ke garisan penamat. Cuma sepasang lembu sahaja yang akan berlari. Penilaian adalah samada lembu-lembu lari lurus atau menyimpang. Juga tempoh larian. So kalau pasangan lembu lari lurus dengan tempoh yang cepat, itu yg terbaik. Jadi secara filosopinya, manusia mesti la juga mengambil jalan yang lurus dalam kehidupan dan tidak menyimpang ke arah yang tidak elok. 

Dan ini sapi milik dia.

Dan saya ajak dia berselfie.. hehehe... Sebelum beredar saya mengucapkan terima kasih sangat-sangat for all the information he had imparted :). 

Inilah gelanggangnya. Petak sawah dengan jarak lebih kurang 100 meter. Bermula dari hujung sana, memecut ke arah saya. Sebab nak dapatkan shots dari depan maka terpaksa la saya berdiri di bahagian depan ni. Alhamdulillah ada zoom lens jadi boleh shoot masa lembu-lembu dan joki tu masih jauh. Bila dah dekat, cepat-cepat la lari. Yes, saya banyak berlari hari tu, di bawah terik matahari lagi... hehehe... Kena gigih! :).
Semasa di spot ni saya nampak ada beberapa fotografer Indonesia. Saya memilih lokasi depan ni juga kerana atas nasihat salah seorang dari mereka. Fotografer tu kata elok shoot dari depan kerana saya mesti cuba rakam ekspresi muka joki semasa memacu tu. Fokus pada muka joki kata dia. Dia kata inilah salah satu daya tarik memotret pacu jawi. Then he asked what is my camera setting? Saya tunjukkan kamera saya dan dia suggested ditukar to continuos shooting at high speed mode. Baik betul fotografer tu. Of course la saya sangat berterima kasih pada dia. 



Dan acara pun bermula! Excited sungguh.. hehehe. Apa-apa pun saya mulakan dengan Bismillah. Bahaya kecederaan jika tidak berhati-hati boleh dilanggar lembu. 
Sapi-sapi sedang disiapkan untuk berlari.

Haaaa... dapat shot yang joki tengah nak gigit ekor lembu! 

Dan yang sedang menggigit ekor lembu! Syukur Alhamdulillah....



Local photographers. Berani mereka ni duduk so near the batas di garisan penamat. I prefer to be mobile, senang nak lari.. hehehe...

Baiklah, seterusnya saya kongsi di sini foto-foto yang sempat saya ambil semasa acara pacu jawi berlangsung, satu acara yang, seperti saya catat awal tadi, begitu lama sekali saya teringin nak saksikan. 
Syukur Alhamdulillah.





Pak cik ni nampak tenang je :).



Joki ni sedang memukul bontot lembu-lembu dia :).

Lepas pukul punggung lembu-lembu tu, digigit pulak ekornya! :)

Kuat betul rupa menggigitnya!

Lepas tu dia gelak pulak.. hehehe... penonton pun turut ketawa sama :).


Di garisan penamat. Sapi-sapi akan melompat batas to slow them down sementara joki telah lebih awal melepaskan pegangan pada ekor lembu dan get off the alat pembajak yang dipasang pada lembu-lembu. 

Di sebelah gelanggang ada satu petak sawah berair khas untuk para joki membersihkan diri dan sapi-sapi mereka. 

Saya perhatikan tuan-tuan sapi begitu menjaga dengan baik lembu-lembu mereka. 


Dan yang paling best tentang acara ni ialah penonton tidak perlu lama menunggu antara setiap larian. Habis je satu larian, the next was set off. Never a dull moment I tell you lah :). 




Dalam proses saya memilih foto-foto untuk dikongsi di sini, selain ekspresi muka joki jadi tumpuan, saya juga cuba pastikan sapi-sapi tu kelihatan 'powerful' dan 'strong'. Saya juga pilih foto-foto yang percikan air lumpurnya paling cantik :).   


Juga foto-foto yang ada aksi begini, joki sedang cuba grab ekor lembu :),

Joki got splashed by mud :).





Saat joki melepaskan ekor lembu... 

Joki/pemilik lembu sedang melepaskan alat membajak dari lembu-lembu mereka. 

Seekor lembu terlepas semasa sedang disiapkan untuk larian :). Nakal lembu ni.. hehehe... 




Saya suka ekspresi muka joki ni! :)

Yes, di depan saya ada ramai penonton dan fotografer lain. Tak berani saya nak berdiri terlalu dekat dengan petak sawah gelanggang tu.. hehehe... Petak kanan tu ialah petak tempat bersihkan diri dan lembu-lembu.

Seekor lembu yang tersasar dari larian yang lurus. 

Sapi-sapi yang baru lepas berlari sedang dimandikan oleh pemilik-pemilik. Saya perhatikan lembu-lembu di acara ni nampak begitu sihat, tegap dan larian mereka cukup hebat bertenaga. Jelas pemilik lembu-lembu ni menjaga lembu-lembu mereka dengan cukup baik sekali. 

Haaa... ini lah pak cik yang saya jumpa awal tadi, yang dengan anak dia tu. Si Badai baru selesai dimandikan :). 

To me it was just so awesome to watch how dedicated and caring tuan lembu pada lembu mereka.

Anak-anak pemilik lembu juga turut membersihkan sapi-sapi mereka. 

Letting go bila dah nak reach garisan penamat. 

Penonton adalah sangat ramai. Event ni memanglah salah satu event yang cukup dinanti dan amat diminati oleh the locals. Kecik besar tua muda lelaki perempuan semua ada.

Joki ni sampai terseret! 

Setelah bertungkus lumus, joki ni finally let go :).



Mesti dah banyak pengalaman joki ni. Cool je dia :).



Susah bila sapi-sapi ni mula menjarak.Terkangkang joki tu..hehe. 

Elok kalau tutup mulut masa ni, ye tak? Hehehe... 


Bila percikan lumpur tinggi macam ni, memang tempias pada penonton yang di tepi tu. Saya noticed ada penonton yang bawak payung sebagai protection dari percikan lumpur.. hehehe..


Tengok la lembu kanan tu, besar, tegap dan powerful!



Perasan tak lembu-lembu foto di atas, bagaimana kepala kedua-dua sapi tu mengadap tegak ke depan. Itu bererti larian mereka lurus dan tidak menyimpang. Tapi tidak sapi-sapi dalam foto bawah ni, yang kelihatan seperti mahu melepaskan diri, yang akhirnya berlari ke arah tepi petak gelanggang. Mungkin sapi-sapi ni masih belum cukup terlatih. 


Pada saya gambaran seperti ini juga penting dirakam, seorang joki sebaik sahaja selepas pacuan :). 

Ini adalah antara foto yang saya suka. Jelas kelihatan kegigihan seorang joki dalam usaha memastikan pecutan terpantas dengan memukul punggung sapinya sambil menjerit.


Sedang nak gigit ekor!

Dapat gigit!!! 

Dan terus tak lepas gigitan!



Fuhh... memang best tengok actions joki ni! Terbaik!! :)



Joki juga perlu memastikan kedua-dua sapi berlari bersebelah dengan jarak yang membolehkan joki berpijak pada kedua-dua alat pembajak yang terpasang pada sapi-sapi tu.

Kalau terlalu jarak, inilah jadinya! Tapi saya noticed pasangan sapi-sapi lain, kedua-dua sapinya terikat dengan satu tali to each other. Pasangan yang in tak diikat pulak. Tapi rasanya ada ikatan, cuma mungkin tercabut agaknya.

Dah dekat macam tu, memang la penonton terkena percikan.. hehehe. 




Dapat satu lagi foto joki sedang mengigit :). 

Cool je pak cik ni :).


My favourite shot of a sapi :). 

Ingatkan joki wanita tadi! Hehehe... A'aa kan, kenapa tak de joki wanita ek?

Sebenarnya lelaki baju merah tu tengah menjerit supaya laluan pacuan dikosongkan. Actually, memang saya heran la kenapa ada photographers yang berdiri di depan laluan betul-betul di tengah-tengah garisan penamat??! Hishh... kot ye pun nak ambik gambar jangan sampai membahayakan diri! Imagine if someone got hurt, akan menyusahkan organizer dan pihak pemerintah mungkin akan membatalkan acara ini or put this event on hold until safety measures are put in place. Fyi, fotografer tu bukan fotografer locals. Yang satu group entah dari negara mana, walau pun tour guide mereka dah beritahu berkali-kali supaya jangan terlalu ke depan, mereka buat tak endah je. Dah kena sondol and ran over dengan sapi-sapi tu baru nak patuh warning ke?



Saya suka shot lembu melompat macam ni :).


Di hujung sana, sapi-sapi sedang disiapkan.



Joki ni tak gave up walaupun dia dah terlepas ekor-ekor sapi dia, dan dah pun terjatuh dari tempat pijakan. Dia tetap terus berpegang pada kedua-dua buluh alat pembajak tu dan terseret dalam lumpur! Awesome or what!! :)




Tak semua sapi 'rela'. Nak siapkan mereka bukanlah mudah. 4 atau 5 orang atau lebih diperlukan untuk bawa kedua-dua sapi next to each other dan untuk memasang alat membajak. Dan sapi-sapi ni badan besar dan kuat so bila memprotes adalah ganas!

Dan dapat satu lagi shot gigit ekor! :)

Lepas ambik gambar dari arah depan, saya bertukar lokasi shooting ke bahagian tepi petak gelanggang. Tapi tepi tu punya la ramai orang, terpaksa la saya menyelit-nyelit.. hehehe. 

Bila dapat shots macam ni, rasa berbaloi susah-susah berasak dengan orang ramai nak ambik gambar.. hehehe.


Situasi di mana joki mungkin tak sempat nak mount alat pembajak. Maka terlepaslah sapi-sapi berlari tanpa joki.. hehehe... 

Shooting dari lokasi ini membolehkan saya frame sekali keindahan background. 



Big, strong and powerful cows!

Tengoklah how awesome the mud splash was!




Terlepas lagi.. hehehe..




Haaa... dapat shots pacuan tepi tebing tempat saya berdiri bersama dengan ramai penonton lain. 


Memang kena percikan lumpur tu pada tangan, kaki dan muka saya! Kamera pun kena gak.. hehehehe... cepat-cepat lap. Lap kamera dulu la.. hehehe...







Area di mana sapi-sapi disiapkan. Saya pun ke situ pulak. 


Membuat persiapan.

Kedua-dua lembu dibawa dekat bersama. Lembu coklat tu meronta-ronta! Kepala lembu putih pula dipegang kuat. 

Kuat sungguh protes si lembu coklat sehingga hampir terlepas. 

Mujur dapat segera ditenangkan. Joki mula mengambil tempat dan berpijak pada alat pembajak. 

Larian dimulakan!

Dan terus meluncur laju! 


Kalau awal tadi shots adalah dari depan, yang ni dari belakang pulak. Tapi kena hati-hati kerana percikan lumpur adalah dahsyat! Hehehehe.... Btw, di hujung sana tu la saya ambik shots dari depan.


Dalam sesak-sesak tu dapat jugak saya abadikan satu shot dengan gunung Marapi. Alhamdulillah.

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh tentang acara Pacu Jawi ini, saya pun pergi pula ke bahagian permulaan di petak gelanggang ini. 

Terpaksa julang kamera tinggi-tinggi nak dapatkan shot ini.. hehe.

Sapi-sapi dibawa pemilik melalui lorong ini ke kawasan persediaan di petak gelanggang.


Beberapa lagi shot suasana acara Pacu Jawi.

Tengoklah ramainya penonton di tepi gelanggang. Memang susah nak menyelit.. hehehe... At one time tu, masa saya tengah cari ruang, saya ternampak seorang fotogafer Indonesian sedang mencelah-celah. Kami bertukar pandangan, saling memahami cabaran berfotografi di acara macam ni dan terus bersama-sama ketawa... hehehe. I thought I was the only one having difficulties.. hehehe. 


Dari bahagian permulaan, saya zoom ketat-ketat to get these dari belakang shots. 

Haaa... nampak photographers tu! Tak ke merbahaya tu??!!



Lepas tu saya pun berjalan semula ke arah bahagian garisan penamat. Kelihatan joki dan pemilik bersama sapi-sapi mereka berjalan semula ke bahagian permulaan for second round. Dengan ada 300 ekor lembu yang masuk acara ni, sempat ke nak buat 2nd round? 



Joki dan sapi. 

Masa ni saya ingat nak le sembang sikit dengan joki ni. Tapi tak jadi sebab takut dengan lembu tu.. hehehe... Kan lembu tu baru je lepas lari, kot dia tengah hyper lagi ke. Actually, organizers, joki dan pemilik semua sentiasa memberi amaran kepada pengunjung acara ini supaya menjauhi lembu-lembu yang baru sahaja lepas berlari.  Agaknya masa tu sebab sapi-sapi tu punya 'excitement' belum subside lagi. 



Beberapa lagi shots dari depan. 



Boleh nampak how 'focused' sapi-sapi ni, tegak ke depan je kepala mereka berlari dalam garisan yang lurus. Saya noticed lembu-lembu macam ni larian cukup pantas!


Aaaa... satu lagi shot joki gigit ekor sapi! :).








Ok, puas dah saya ambik gambar di acara pacu jawi ni. Sebelum beredar saya berehat sekejap sambil menyaksikan beberapa lagi larian tanpa mengambil gambar :).

Masa tu saya nampak beberapa photographers Indonesia. Saya pun tegurlah salah seorang dari mereka, the guy in the left photo. Baik sangat dan peramah orangnya. Seronok berbual dengan dia.  
- Nama dia Dani, orang Padang. Dia di situ kerana membawa seorang kawan dia yang ingin mengambil gambar Pacu Jawi.
- Ayah Dani suka fotografi, so dia pun jadi suka jugak. Dani adalah seorang wedding photographer. Penat kerja tu kata dia.
- Dia kata dia dan rakan-rakan photographer sebelum ke acara pacu jawi ni baru sahaja lepas shooting di satu event organized by local photographers. Di event tu ada persembahan Silat Lanyak (bersilat dalam lumpur) dan tarian piring. Wah! Bestnya! Tak pernah saya tahu pasal Silat Lanyak tu. Dalam lumpur pulak tu! Sure hebat!!
- Lepas tu Dani perkenalkan saya pada Pak Fauzi (foto kanan berbaju biru) yang kebetulan sedang lalu di depan kami. Kata Dani Pak Fauzi ni seorang expert dalam photography. Otai. Dia dan kawan-kawan banyak belajar dari Pak Fauzi.
- Masa berbual dengan Dani tadi ada saya beritahu Dani yang saya ke Sumatera Barat ni kerana nak fotografi tempat-tempat menarik. Langsung Dani beritahu pada Pak Fauzi tujuan saya tu. Terus Pak Fauzi memberitahu saya beberapa lokasi yang bagus. Malangnya saya tak tahu di mana tempat-tempat tu. Masa tu pulak Pa'unchu entah ke mana. Dari masa mula acara pacu jawi tadi saya tak nampak pun Pa'unchu.
- So anyway, Pak Fauzi pun meminta email address saya dan akan hubungi saya for further discussion. Fyi, Pak Fauzi ni sangat humble orangnya, cukup sederhana, berbudi bahasa dan ramah. Bertuah rasanya dapat jumpa dia, Dani dan kawan-kawan mereka yang lain.  

Baik, sudah masanya saya beredar. Masa lalu di khemah ni ada pula persembahan tarian piring dengan iringan musik tradisional. Terpaksa la berhenti kejap ambik gambar.. hehehe.


Masa saya berjalan keluar tu, masih lagi ramai orang yang baru datang. Memang acara ni berlangsung hingga lewat petang.  


Maka selesailah perkongsian foto-foto yang saya ambil ketika di acara pacu jawi. Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya tercapai juga cita-cita saya untuk menghadiri dan mengambil gambar di acara ini setelah sekian lama teringin. Syukur juga kerana saya dapat hadir dari permulaan acara, cuaca cukup baik sekali, berpeluang mengambil gambar dari beberapa sudut, dapat rakam moments yang menarik imho, dapat berkenalan dengan beberapa pemilik sapi dan juga joki dan dapat berkenalan dengan local photographers.  

Syukur Alhamdulillah. 

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang pacu jawi boleh la ke link ini:  http://www.pacujawi.com/ .

Perjalanan balik ke guest house di Bukittinggi.

Berhenti seketika di Mesjid Jami'.



Tiba di Padang Panjang.





Singgah makan tengahari di Padang Panjang. Masa tu dah hampir pukul 4:00 petang.




Having lunch sambil tengok Agnes Monica nyanyi :).


Pa'unchu kata ni kedai lemang sepanjang tahun dan lemangnya cukup popular. 

Foto kiri: Masjid Jami' Darussalam Koto Baru.
Foto kanan: Taman Kanak-kanak Islam.

Pa'unchu tanya nak ke Bika ni? Tak, jawab saya sebab dulu dah pernah. 

Dah malam masa kami sampai ke Bukittinggi. Lebih kurang pukul 7:40 malam masa tu.  


Kami terus makan malam. Pa'unchu tanya makan mee boleh? Ok je :).   

Malam tu Pa'unchu bawa saya makan di rumah makan Mieso Pak Sariman. Terkenal restoran ni kata Pa'unchu. Saya noticed memang tak henti pelanggan datang ke restoran ni dari mula kami sampai hingga kami beredar.  


Inilah Mieso. Mee hoon dan mee kuning dalam sup. Cukup berperisa. 2 thumbs up! :)  


Seperti biasa, at end of each day saya buat summary. Inilah ringkasan Jalan-Jalan Fotografi Sumatera Barat Hari ke 04 saya:

1) Koto Laweh
2) Shooting sunrise over Gunung Marapi
3) Ganting Singgalang
4) Sawah di Padang Panjang
5) Pacu Jawi

Bersambung....

Berikut adalah senarai links untuk semua entries Jalan-jalan Fotografi Sumatera Barat saya:
1) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 01 - MASJID RAYA - MUARA PADANG - JAMBATAN SITI NURBAYA - TELOK BAYUR
2) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 02 - TELUK KABUNG - KAMPUNG LUNDANG - JAMBATAN GANTUNG
3) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 03 - PUNCAK MANDEH - JAMBATAN AKAR - PASAR SORE
4) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 01 - PART 04 - PANTAI CAROCOK PAINAN - PUNCAK BUKIT LANGKISAU
5) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 01 - KAMPUANG BATU DALAM DANAU DIBAWAH
6) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 02 - MASJID UMMI - LADANG TEH
7) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 03 - LADANG BAWANG
8) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 04 - DANAU SINGKARAK
9) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 05 - SUNGAYANG - PUNCAK PATO
10) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 06 - KABUPATEN TANAH DATAR DAN LIMA PULUH KOTA
11) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 02 - PART 07 - LEMBAH HARAU DAN ABDI HOMESTAY
12) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 01 - ABDI HOMESTAY
13) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 02 - AIR TERJUN AKA BARAYUN DAN KENAGARIAN HARAU
14) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 03 - JEMBATAN KELOK 9 - LAPANGAN LUBUK AMBACANG - KENAGARIAN GADUT TILATANG KAMANG
15) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 04 - DANAU TARUSAN KAMANG
16) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 03 - PART 05 - KAMPUNG BARU KAMANG MUDIK
17) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 01 - MARAPI SUNRISE
18) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 02 - GANTING SINGGALANG
19) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 03 - PADANG PANJANG
20) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 04 - PART 04 - PACU JAWI
21) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 01 - TABEK PATAH
22) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 02 - PUNCAK ALAI - PASAR KELOMPOK TANI NAGARI KOTO TINGGI
23) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 03 - PASAR BAWAH BUKITTINGGI
24) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 05 - PART 04 - WISATA ALAM BUKIK TAKURUANG
25) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - DAY 06 - BUKITTINGGI - NAGARI MALALAK - GOING HOME

26) SUMATERA BARAT - JALAN-JALAN FOTOGRAFI - SUMMARY

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. banyaknya award winning shots en syed!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks GB. You're too too kind :).

      Delete
  2. wahhhh...
    ternganga saya nengok gambar-gambar pacu jawi tu !!!
    almost every angle en syed dapat! depan.. tepi.. belakang..
    [ bawah je tak .. hehehheee]
    love the facial expression of the jockey and the lembu!!
    dan percikan lumpurnya..
    peh..
    macam dalam nat geo !!
    :)

    but i cringed when en syed kata depa gigit ekor dan tarik ekor lembu-lembu tu!!
    kesiannnn !!
    sakit tak lembu-lembu tu rasanya..
    kuat sungguh gigi joki tu !!
    risau saya nengok..:)

    dapat gambar dengan joki .. dengan Marapi..
    saya kagum .. [ dan jeles]

    alhamdulillah trip en syed dapat sinkron dengan pacu jawi ni..
    tercapai cita -cita en syed akhirnya..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih doc for the wonderful comments.

      Saya pun tak sangka boleh dapat shots macam ni. Yang pastinya fotografer Indonesia yang tolong saya buatkan setting pada kamera saya tu adalah penyebab utama. Dengan continuos high speed setting, saya dapat shots yang berterusan and moment by moment. Lepas habis shooting di acara tu saya cuba cari fotografer to nak ucapkan terima kasih lagi sekali tapi tak jumpa pulak. Ramai orang masa tu.

      Hehehehe... yang angle dari tepi tu kan doc, ada yang saya shoot dari celah-celah kaki orang tau.. hahahaha.... Dah masa tu ramai benor orang, so kena la 'creative' sikit.. hehehe.

      A'aa... after a while dok shoot dari depan, teringin la pulak nak mempelbagaikan sudut tembakan. Maka saya pun bertukar ke beberapa lokasi :). Tapi yang juga saya pentingkan masa tu ialah memastikan saya ambik gambar sekadar secukupnya sahaja. Once dah dapat a few shots yang pada saya nampak ok, dah cukup, and move on to the next location. Mesti buat macam ni sebab selain orang ramai, panas masa tu.

      Kan. Ekspresi muka joki tu macam penting dan merupakan salah satu cirteria penting yang perlu dicapai kalau shoot di acara ini. At least itulah yang diberitahu pada saya oleh fotografer Indonesia tu.

      Oh yes, the lumpur... wooo... saya memang teruja tengok lumpur berpercikan macam tu! :)

      Mmmm... saya rasa lembu-lembu tu tak cedera kena tampar bontot, ditarik ekor dan digigit ekor. Saya rasa actions tu lebih nak buat lembu tu terkejut dan supaya berlari dengan kencang. Lagi pun kulit lembu adalah tebal dan gigitan mulut manusia rasanya tak la boleh mengakibatkan luka pada lembu-lembu tu. Moreover, joki-joki tu sayang betul pada lembu-lembu mereka tu so I'm sure mereka tak cederakan lembu mereka :).

      Alhamdulillah dapat shot joki/Marapi tu doc. Jenuh nangkapnya pun sampai berpeluh-peluh.. hehehe...

      Alhamdulillah, sinkron doc. Fyi, masa bermesej dgn Pa'unchu awal2 sebelum saya ke sana, Pa'unchu masa tu belum boleh confirm saya dapat hadir ke acara ni. Saya faham kerana acara ni sungguh pun dah ada jadualnya ia masih ada kemungkinan dibatalkan atau ditukar tarikhnya. Tambah pulak lokasi acara tu bertukar-tukar. Jadi dalam kita bercita-cita, di samping berusaha, sudah semestinyalah kita berserah pada ketentuanNya.

      Delete
  3. saya suka nama kampung tu..
    tigo niniek
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Mesti ada cerita menarik di sebalik nama tu :).

      Delete