Monday, January 26, 2015

KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

Bersambung dari entry sebelumnya...

Selepas akad nikah, kedua-dua mempelai dan semua hadirin berjalan semula ke rumah pengantin perempuan untuk acara selanjutnya. 

Ni kek perkahwinan yang diletak di sebelah pelamin. Saya pun ambik la a couple of shots.

Pasangan mempelai menuju ke pelamin sambil dipayungi oleh ponggawa utama. 

Untuk acara seterusnya, kedua-dua ibu bapa-ibu bapa pengantin duduk di pelamin. 

Bangku utama di tengah pelamin, diduduki oleh ibu kedua-dua pengantin dengan ibu pengantin lelaki duduk di sebelah kanan dan ibu pengantin perempuan duduk di sebelah kiri. 

Bapa pengantin lelaki pula duduk di bangku sebelah kanan pelamin dan bapa pengantin perempuan di sebelah kiri pelamin.  

Acara seterusnya dipanggil Sembah Sungkem. Sembah Sungkem bermaksud memohon restu kepada kedua-dua ibu dan bapa oleh mempelai kerana mereka akan memulai kehidupan berumahtangga. Pohon restu ini dibuat dahulu oleh kedua mempelai kepada ibu masing-masing. Kemudian mempelai memohon restu pula kepada ibu mertua masing-masing.  

Semasa acara sembah sungkem ini berlaku, Mamah Yeyet bersama alunan musik gamelan menyanyikan sebuah lagu yang cukup sayu dan syahdu yang sangat mengesankan hati pengantin dan ibubapa mereka juga semua hadirin. Suasana waktu ini sangat pilu dan keempat-empat mereka berlinangan airmata dengan ibu memeluk anak-anak mereka dengan penuh rasa kasih dan sayang. Saya nampak hadirin juga begitu terharu menyaksikan acara ini.

Saya sedih juga ke? Eh... saya tak boleh sedih-sedih, kena cekal hati dan rakam moments yang indah ini. Actually, tergenang-genang la jugak mata saya tapi masa tu kebetulan ada habuk masuk mata... :).


Selepas ibu, mempelai pohon restu pula pada bapa masing-masing dan kepada bapa mertua mereka. Sedih sungguh saya tengok bila pengantin lelaki dipeluk oleh bapa mertua dia. 


Selesai Sembah Sungkem, majlis diteruskan dengan acara Saweran.

Acara Saweran ini adalah salah satu adat yang sering dibuat di majlis-majlis perkahwinan masyarakat Sunda. Ia telah ada sejak turun temurun lagi dan merupakan acara yang penting juga. Acara ini melambangkan mempelai dan keluarga adalah orang yang berkongsi rezeki dan kebahagian. 

Perkataan 'sawer' berasal dari kata 'panyaweran' yang dalam bahasa Sunda bermaksud tempat jatuhnya air dari atap rumah atau hujung genting bahagian bawah. Dikatakan perkataan 'sawer', ini diambil dari tempat berlangsungnya upacara adat tersebut iaitu di halaman rumah.  

Untuk acara ini ibu bapa pengantin berapa di pentas pelamin memegang dulang dan mempelai pula duduk bersama di depan pelamin dengan dipayungi panggowo utama. Pada waktu ini Mamah Yeyet dan bapak pengacara memulakan acara dengan nyanyian pantun dan syair yang berisi petua-petua dan utusan-utusan ibu bapa pengantin perempuan.  


Sempat saya mengambil foto Mamah Yeyet dan salah seorang penyanyi juga penari kumpulan kesenian. 

Mempelai duduk bersama di bawah payung. 

Mamah Yeyet berpantun dan bersyair dengan begitu merdu :). 

Tentunya saya mesti dapatkan shot ni :)

Dan acara diteruskan dengan ibu bapa pengantin 'menyawer' mempelai dengan menabur dari dulang beberapa items yang setiapnya mempunyai simbol makna-makna tertentu. 

Barang-barang yang ditabur adalah:
1) Beras: simbol kemakmuran. 
Maksudnya: Mudah-mudahan setelah berumahtangga pengantin akan hidup makmur aman damai.

2) Duit syiling: simbol kemakmuran dan murah hati.
Maksudnya: bila kita ada rezeki lebih maka elok jika disedekahkan kepada fakir miskin secara ikhlas.

3) Gula-gula [manisan]: simbol kemanisan bersuami isteri.
Maksudnya: semoga dalam hidup bersuami isteri pengantin mendapatkan kemanisan hidup berumahtangga.

4) Kunyit: simbol kejayaan.
Maksudnya: mudah-mudahan rumahtangga pengantin akan meraih kejayaan.

Meriah! Hadirin berebut-rebut nak sambut barangan yang ditabur ibu bapa pengantin :). 

Acara seterusnya dipanggil Huap Lingkung atau Suapan. 

Mula-mula, pasangan mempelai disuap oleh kedua ibu bapa yang dimulai oleh ibu mereka dan diikuti oleh bapa mereka. Ini melambangkan suapan terakhir dari ibu bapa mereka kerana setelah berkeluarga, kedua anak-anak mereka mestilah mencari sendiri sumber rezeki hidup mereka. Ini juga membawa maksud bahawa kasih sayang kedua ibu bapa terhadap anak dan menantu itu sama besarnya.

Sementara tu saya sempat minta isteri saya ambik gambar saya bersama Mamah Yeyet :).
Hehe... bila saya tengok balik foto ni, ada ke patut saya buat macam tu. Dah la Mamah Yeyet tu tengah bertugas, tengah nyanyi pulak tu...hahaha... 
Seronok dapat berfoto dgn dia actually...hehe...

Kemudian kedua mempelai saling menyuapi. Kalau di Malaysia ni dibuat di masa makan beradap. 

Acara seterusnya dipanggil 'Pabetot Bakakak' atau maksudnya menarik ayam bakar. 

Kedua mempelai duduk mengadap each other atas pelamin dan diberi seekor ayam bakar [whole chicken]. Dengan berpegang pada peha ayam, once isyarat diberi, mereka akan menarik ayam bakar tu serentak sampai terbelah dua. Siapa yang mendapat bahagian terbesar, harus berkongsi dengan pasangannya dengan cara ayam itu digigit bersama. Ini melambangkan bahawa berapa banyak pun rezeki yang akan didapati, harus dibahagi berdua dan dinikmati bersama.

Selepas itu para hadirin akan beratur naik pentas pelamin dan bersalaman sambil mengucapkan tahniah kepada mempelai dan ibu bapa mereka. Pada masa ini juga mempelai dan ibu bapa mereka akan mengucapkan rasa terima kasih mereka pada semua tetamu kerana hadir ke majlis.

Pengantin lelaki dan adik ipar. 

Ehh.. foto Mamah Yeyet lagi...hehe...

Dengan itu maka berakhir la acara-acara adat majlis perkahwinan ini. Diteruskan dengan makan! Punya la saya dah lapar masa tu...hihi...
Ada saya bertanya dengan mak cik-mak cik ni apakah nama masakan-masakan ni tapi saya dah lupa pulak nama-namanya. Lagi pun dah lapar sangat, mana nak ingat. Yang saya ingat saya diberitahu lauk pauk ni dimasak oleh 3 orang chefs. 
Sedap ke? Sedappp... udah lapor... hehe... Tapi memang sedap lah! :)

Ada juga bakso. Tapi saya tak try sebab nak makan satay.

Khemah hadirin. Di sana tak disediakan meja makan. So once makanan dah diambil di bahagian buffet, hadirin akan duduk dibangku dan makan memegang pinggan. 

Ada juga ais krim as one of the dessert. Tak pasti perasa buah apa tapi sedap. Macam laici pun ada gak rasanya.

Ada 2 jenis satay, satay ayam dan satay kambing. Ada kuah kacang dan cili kicap. Hmm... Malaysian punya is way spicy in comparison.

Dessert table. Woo hoo.. that jelly yang dituang dgn a white cream sauce is sooooo sedap! 

Dan majlis terus dimeriahkan dengan persembahan2-persembahan kesenian pimpinan Mamah Yeyet. 

Akak ni memang la hebat menari :).





Nak tengok tarian akak ni sila click sini.

Dan adik-adik ni juga membuat persembahan tarian.





Videonya di sini

Pose istimewa dari Mamah Yeyet :)

Seterusnya saya kongsikan juga foto-foto para pemusik. 







Dan berakhirlah sudah liputan majlis perkahwinan masyarakat Sunda yang telah saya hadiri pada bulan December 2014 yang baru lepas. 

Pada saya ianya adalah suatu pengalaman yang sangat menarik dan istimewa kerana saya dapat menyaksikan suatu adat kebudayaan serta kesenian masyarakat Sunda di Indonesia dalam satu majlis kahwin. Walau pun saya diberitahu bahawa majlis ini telah dibuat dalam versi ringkas kerana ada lagi beberapa acara yang tidak dibuat, saya tetap rasa beruntung dan gembira. 

Ok lah, selepas ini saya akan kembali dengan catatan percutian saya :).

Di bawah ni saya senaraikan links untuk semua entries KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO saya:
1. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 01 - THE DEPARTURE

2. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 02 - THE WEDDING PART 01

3. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 03 - THE WEDDING PART 02

4. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 04 - THE WEDDING PART 03

5. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 05 - SARI ATER

6. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 06 - DARI KOTA SUBANG KE BANDUNG

7. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 07 - DARI BANDUNG KE SURABAYA

8. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 08 – COBANRONDO

9. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 09 - WISATA PETIK APEL

10. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 10 - LUNCH-BRAWIJAYA-RAMAYANA-SUNSET

11. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 11 - SUNRISE DI KOTA MALANG DAN CANDI SINGOSARI

12. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 12 - PASAR NONGKO JAJAR

13. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 13 – BROMO

14. KOTA SUBANG, MALANG DAN BROMO - PART 14 - PERMATA TANGGULANGIN AND GOING HOME

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

8 comments:

  1. Auwwwww...seksi mamah yeyet dari belakang...a simple weeding tapi penuh dgn acara2 yg melambangkan kasih sayang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi... tu yg saya noticed dia pakai shawl masa nyanyi depan pelamin tu....hihi...
      Betul. Just nice and finished around noon. Not too long.
      Ya, penuh penghormatan kepada kedua ibu dan bapa....

      Delete
  2. penuh gambar mamah yeyet ye
    tapi mama yeyet ni saya kagum la
    body dia maintain
    kulit dia cantik
    at her age, cantik mamah yeyet ni

    wow pentas tu nampak kecik
    tapi menghimpunkan ramai penari dlm satu masa
    pastu derang menari dlm kawasan yang terhad
    tapi tetap kelas menari!

    acara yang whole chicken tu sangat kelakar
    hahahahhahahaha
    mau comot baju pengantin kalau tak kena gaya

    sembah sungkem
    tetiba mata saya masuk habuk juga

    acara menyawer
    keluarga saya ada buat acara macam ni
    masa tepung tawar
    selalu baling beras/bunga rampai/air mawar kan
    masa saya kecik2 kalau makcik atau pakcik kawin, inilah acara yang ditunggu
    sebab ada duit, gula2 yang dibaling
    berebut2 kutip duit sebab nak beli jajan
    hahahahhaa
    kadang2 baling duit tu kena kepala sakit gak

    cuma sekarang dah tak buat selalu camtu
    biasa kalau baling pun, paling kuat ada beras, bunga rampai, gula2

    eh
    kek tu
    tak potong ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya...hihi.. saya akui suka Mamah Yeyet :)
      I guess dalam profession cam ni, Mamah Yeyet kena sgt jaga penampilan. Tu yg dia nampak muda dan penuh tenaga tu :)

      Betul. At one time I noticed nak dekat 10 orang atas pentas kecik tu termasuk para pemusik serta alat2 musik mereka.
      Area untuk menari pun kecik je tapi stil menari dgn bestnya...hihi. Dah biasa kot. Tapi nice la sebab tak kan nak pentas lagi besar dari pelamin kan...haha...

      Kan. Pakaian dah la all putih. Kot terpercik sikit rempah kan dah kotor. Tapi tak la kotor sebab mereka gigit2 sikit je cukup sekadar lengkap adat istiadat. Actually masa tu saya rasa kedua2 mempelai tu dah lapar tu sebab dari after breakfast tak makan lagi. Penat tu nak tunggu, lalui adat2 tu, gi nikah [nerve wrecking!] etc etc. Masa kami balik mereka [dan kedua2 ibu bapa mereka] masih belum makan lagi! Tak tau eventually mereka makan pukul berapa. So kalau I jadi pengantin lelaki tu mau I took a HUGE bite off the chicken! Hahahaha....

      Sembah Sungkem tu elok juga kalau buat kat sini. Kalau tak depan orang ramai pun, elok kalau dapat buat privately. Sayu je ibu dan bapa nak lepaskan anak kesayangan mereka kan. Ini juga sebagai penghormatan anak2 kepada ibu dan bapa.

      A'aa... betul tu. Masa saya kecik2 dulu kat kampung pak cik kawin ada tabur2 benda2 tu. Of course nak rebut duit dan gula2 juga la...hihi.
      Tapi untuk keselamatan saya pakai songkok... hahaha... Actually mak yg pakaikan... hihi..

      Kek tu potong rasanya but after we left. Setahu saya acara potong kek tu bukan salah satu adat perkahwinan orang Sunda.

      Delete
  3. rasa-rasanya besar belanjanya bat acara perkahwinan gini kan..?
    dengan tarian , mamah Yeyet .., Ki Lengser dan sebagainya..

    ha ahhhhh..
    seksi Mamah Yeyet tu!! hehheheeee..
    body masih mantap lagi !!
    i suppose sebab being in Pulau Jawa yang penuh dengan supply jamu ..? :)

    pengantin mesti pakai make up yang water proof !!
    kalau takkk... hancur... meleleh-leleh maskara dan foundation !! :)

    bunga melur yang kat kepala pengantin tu asli eh?
    mesti wangi!!
    saya suka bunga melur ni..
    kalauletak dalamkereta..pehh...
    nyamannn aje..
    tapikalau malam-malam .. serrremm jugak!!

    sawrean tu ada di acara persandingan di Johor, macam Elly kata..
    tapi pengantin yang baling benda-benda tu dari atas pelamin
    beras.. gula-gula.. duit syiling..
    saya pun ada buat gitu masa saya kawin dulu .. :)

    dah klik dah semua viedo!!
    :)
    thanks!!
    tapi pendek sangatlaaa.... !!!
    :)

    kat Johor juga ada acara Lafaz Sakinah..
    lepas akad nikah..
    pernah dengar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang doc besar belanjanya. Saya tak la tanya berapa kosnya but from what I read memang begitu. Dari anggota2 kesenian hingga la ke MC, semua boleh sampai 20 ke 30 orang kalau yang acara yang lebih elaborate.

      I adore Mamah Yeyet! Hahahaha…
      Dalam foto saya ni tak jelas sgt tapi kulit dia cantik dan nampak muda. Geri geri teratur dan penuh sopan. Like seorang wanita yang berbudaya tinggi dan respectable. Dan suara kelas!
      Kemungkinan besar juga tu kan doc…hihi…

      I think so doc cause lepas nangis2 tu, tak de pun mak andam datang touch up mekap ke apa ke…hihi….

      Betul. Semua tu bunga asli. I dah check..hihi.. sebab I also curious… hihi.
      Saya dalam kereta letak pewangi serai nak halau serangga…haha…

      Doc pun! Waaa… ada tak fotonya lagi? Share2 le…hihi…

      Hihi.. sorry video pendek cause sambil2 tu kena bahagi masa untuk ambik gambar also. Ada once tu tangan kanan saya ambik gambar while tangan kiri saya rakam video. Bayangkan betapa lenguhnya tangan kanan saya…hahaha….

      Lafaz Sakinah? Wooo… tak pernah pun doc.
      Ok, I dah google. Panjang proses nya doc. Sedih pulak baca yg pesanan ibu kepada anak perempuan. Doc masa kawin dulu ada buat ke?

      Delete
  4. masa saya kawin dulu .. tak ada buat Lafaz Sakinah tu..
    saya pun tak tau pasal tu..
    parents saya pun tak tau rasanya..
    mungkin akhir-akhir ni yang ada lafaz tu ..

    saya tau pun masa baru-baru ni , sepupu husband saya kawin , dengan orang Kedah , tapi biras dia orang johor , anak ex mufti johor , maka mereka buat Lafaz Sakinah tu jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok sebenarnya buat lafaz tu. Ibarat ikrar untuk melakukan yang terbaik dalam membina rumahtangga yang aman damai dan bahagia mengikut ajaran Islam. Hadirin yg dengar pun tentu dapat diperingatkan.

      Delete