Assalamualaikum.
Seterusnya Mr. Kobu bawa kami ke salah satu peninggalan bersejarah di Pulau Pangkor ini iaitu Dutch Fort atau Kota Belanda dan Batu Bersurat Pangkor.
🔵Kubu Belanda ialah sebuah kubu di Pulau Pangkor, Daerah Manjung, Perak, Malaysia.
🔵Runtuhan tersebut merupakan peninggalan pos Belanda dari percubaan mereka untuk mengawal perdagangan di Semenanjung Tanah Melayu.
🔵Dalam bahasa Melayu, kubu itu dipanggil Kota Belanda. Belanda memanggilnya Fort Dindingh, sempena Sungai Dinding, di tanah besar Perak.
Terdapat sebuah meriam lama di sini. Tak jumpa apa-apa source to indicate what cannon this is. Kemungkinan besar ianya sebuah meriam Belanda.
Ada maklumat di sini tapi sudah pudar dan susah untuk dibaca. Mungkin juga sebab masa itu sudah malam.
🔵Kubu Belanda di Pangkor ini telah ditubuhkan pada 1670 dan dikawal sehingga 1690, dan sekali lagi dari 1745 hingga 1748.
🔵Terdahulu pada 1650 Belanda telah membina kubu di Sungai Perak, tetapi ini telah ditawan oleh orang Melayu pada tahun berikutnya.
🔵Dari Melaka dan dengan kubu-kubu yang dibina, Belanda cuba mengekalkan sekatan di pantai Perak dan memaksa semua kapal bersinggah ke Melaka dengan menggunakan skuadron kapal kecil.
🔵Belanda menyerahkan Melaka dan tanggungannya kepada British pada tahun 1795.
Sumber: https://www.orangperak.com/sejarah-kota-belanda-di-pulau-pangkor.html
🔵Kota yang dikenali sebagai Kota Belanda ini asalnya dibina oleh Belanda pada tahun 1670 sebagai gedung untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari Negeri Perak.
🔵Kota ini terletak di sebuah teluk di Pulau Pangkor yang dikenali sebagai Kampung Teluk Gedung yang mana, kawasan tersebut adalah sebuah perkampungan nelayan pada waktu itu.
🔵Pembinaan Kota ini oleh Belanda mempunyai perkaitan rapat dengan tujuan kedatangan orang-orang Belanda ke Tanah Melayu pada permulaan abad Ke-17 Masihi. Pihak Belanda yang membuat hubungan baik dengan Perak telah berjaya dalam urusan perdagangan bijih timah.
🔵Syarikat Hindia Timur Belanda berjaya mendapat kuasa monopoli ke atas perdagangan bijih timah di Negeri Perak. Kubu yang terdapat di Pulau Pangkor lebih dikenali sebagai Kota Belanda (Dutch fort) oleh penduduk Melayu dan ianya terletak di kawasan yang dipanggil Teluk Gedung.
🔵Negeri Perak merupakan kawasan pengeluaran bijih timah yang utama di dunia ketika itu dan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) sememangnya mahu untuk mengawal serta memonopoli hasil dagangan tersebut.
🔵Disebabkan itu, kapal-kapal perang Belanda mengepung Perak dikebanyakan waktu dalam kurun ke 17 dan 18 masihi. Antara beberapa sebab utama pengepungan ini ialah, Perak pada waktu itu merupakan negeri naungan Acheh dan pihak Belanda pada masa tersebut sedang berperang dengan negeri-negeri Sumatera termasuk Acheh.
🔵Diatas alasan ini pihak Belanda membina sebuah pengkalan di Teluk Gedung pada 1670 untuk membantu pengepungan ini serta untuk menghalang pihak Inggeris daripada menduduki pulau tersebut.
🔵Pihak Inggeris merupakan pedagang yang aktif dan pesaing terkuat Belanda di wilayah sekitar nusantara.
🔵Menurut laporan dari Gabenor Belanda di Melaka iaitu Balthasar Bort pada 1678 menyatakan bahawa “pada masa kini, terdapat 59 orang Belanda di Perak yang terlibat dengan pengepungan ini dan ditempatkan di Pulau Dinding yang telah berada dibawah taklukan kompeni.
🔵Mereka menduduki kubu kayu bersegi empat dan telah disediakan dengan sembilan meriam besi.
Sumber: https://www.orangperak.com/sejarah-kota-belanda-di-pulau-pangkor.html
🔵Berdasarkan rekod penjelajah British, William Dampier menyatakan pada tahun 1689:
“Hanya orang-orang Belanda yang menghuni di kubu ini dan mempunyai kubu dibahagian timur (pulau tersebut) dan ianya berhampiran dengan laut. Di bahagian teluk pulau tersebut, dibina sebuah jeti kecil untuk kapal-kapal berlabuh. Kubu tersebut dibina dengan bentuk segi empat tanpa menara dan ianya lebih kepada sebuah rumah.
🔵Setiap sisi berukuran kira-kira 10 atau 12 ela. Dindingnya mempunyai ketebalan yang baik, diperbuat dari batu dan menyokong ketinggian kira-kira 30 kaki. Di situ terdapat kira-kira dua belas hingga empat belas meriam dan masing-masing mengawal di setiap sudut.
🔵Meriam ini ditempatkan diatas asas yang kukuh yang dibuat di dinding dan berada kira-kira enam belas kaki tinggi. Di sini terdapat seorang gabenor dan kira-kira dua puluh hingga tiga puluh orang askar”.
🔵Menurut sejarah Melayu Perak, ‘Misa Melayu’ menyebut bahawa Belanda mengukuhkan gudang batu di Pangkalan Halban di Tanjung Putus. Kubu baru ini didirikan pada 18 Oktober 1748 dan kemudian Van Imhoff mengarahkan agar tentera yang berkawal di Kubu Pulau Dinding mengosongkan kubu tersebut untuk mula berkawal di kubu baru di Pangkalan Halban.
🔵Berikutan itu pemerintah Belanda di Betawi mengarahkan supaya gedung lama yang terletak di Pulau Pangkor itu ditinggalkan. Akibat tiada penjagaan, gedung ini telah mengalami kerosakan sehinggalah pada tahun 1973 apabila pihak Muzium Negara memulihkan kembali gedung ini.
🔵Kubu atau gedung yang dibaiki semula ini mengikut bentuk serta ukurannya yang asal iaitu 3 x 5 meter persegi. Manakala tembok batunya setinggi 6 hingga 7 meter.
🔵Bagaimana pun bumbungnya tidak dapat dibina kerana bentuk asalnya tidak diketahui oleh pihak Muzium Negara. Kota Belanda ini telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam Seksyen No. 247, Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 31 Mac 1970.
🔵Kemudian pada 1997, kerajaan negeri Perak telah memajukan lagi kawasan ini sebagai kawasan pelancongan negeri Perak. Beberapa rumah limas tradisional negeri Perak telah dibina di sini.
Yang kami nampak ada 9 buah tingkap yang pernah menempatkan meriam-meriam di dalam kubu ini.
Di tepi kota/kubu ada sebuah rumah. Mungkin replika rumah gabenor Belanda.
Kami rasa seram sebenarnya nak pergi dekat sebab di situ agak gelap dan di belakangnya pula adalah hutan 😅😟.
Dari Kota Belanda, kami dibawa pula melawat ke Batu Bersurat Pangkor yang juga mempunyai perkaitan dengan sejarah pendudukan Belanda di pulau ini.
Sumber: https://www.orangperak.com/sejarah-kota-belanda-di-pulau-pangkor.html
🔵Berhampiran dengan Kota Belanda ini terdapat satu Batu Bersurat Belanda. Batu Bersurat ini letaknya di tepi pantai kira-kira 100 meter dari Kota Belanda.
🔵Tulisan pada Batu Bersurat ini dipercayai dipahat oleh askar-askar kompeni Belanda sewaktu mereka mendiami gedung atau Kota Belanda kira-kira dalam tahun 1743.
🔵Ia juga dipercayai sebagai tanda peringatan pada anak seorang pembesar Belanda yang hilang ketika sedang bermain-main berhampiran dengan batu tersebut.
🔵Orang-orang Belanda percaya bahawa budak tersebut telah dimakan oleh binatang buas. Sebagai mengingati peristiwa itu, orang-orang Belanda telah membuat batu tersebut dengan menggambarkan seekor binatang buas (dipercayai harimau) sedang menangkap budak.
🔵Lain-lain pahatan mungkin merupakan nama-nama pemahat yang dinyata secara huruf ringkas seperti IK, R.O. dan lain-lain dan terdapat pahatan bertulis V.O.C. iaitu singkatan nama Verenidge Oon Stindische Company – Syarikat Hindia Timur Belanda.
Pahatan gambar harimau pada batu ini mempunyai banyak kisah.
🔵Sumber tempatan pertama menyatakan bahawa gambar ini dibuat oleh orang Belanda pada tahun 1743 sebagai tanda peringatan kepada anak seorang pembesar Belanda yang hilang ketika bermain berhampiran dengan batu itu. Orang Belanda percaya bahawa binatang buas telah memakan budak itu.
🔵Dalam versi kedua pula, Orang Bugis dan orang Melayu telah menculik dan membunuh anak pembesar Belanda untuk membalas dendam di atas kekejaman Belanda melayan penduduk tempatan. Apabila askar Belanda mencari budak tersebut, penduduk tempatan telah mereka cerita dengan menyatakan mereka nampak harimau telah melarikan budak itu. Namun, penduduk Pulau Pangkor yang lain percaya bukan harimau yang melarikan budak tersebut tetapi pembesar Melayu yang tidak berpuas hati dan ingin membebaskan Pangkor dari Belanda. Oleh sebab itulah askar Belanda melukis gambar harimau yang melambangkan ‘orang Melayu’. Batu ini juga dikenali sebagai ‘Tiger Rock’ kerana adanya gambar harimau tersebut.
🔵Versi ketiga pula menceritakan Orang Belanda mengatakan anak kepada pembesar Belanda hilang dan dipercayai dibaham harimau. Walau bagaimanapun mengikut sumber penduduk tempatan, kisah ini merupakan rekaan semata-mata oleh Belanda untuk menutup malu yang sebenarnya anak pembesar Belanda dilarikan oleh lanun.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment