Tuesday, February 25, 2025

SOUTH KOREA - BUSAN CITY - SONGDO SKY PARK

Assalamualaikum.
Kami pun tiba di Songdo Skywalk. Dari tempat parking, kena panjat tangga naik ke atas. 

Pemandangan tempat parking Songdo Sky Park dan Sea of Japan.

Lepas panjat tangga (yang tinggi!), kami kena pula jalan menaik bukit yang agak curam. Fyi, semasa percutian kami di Korea ini, kami memang kena banyak panjat bukit 😅.

Tiba di puncak. Di sini ada entrance masuk ke Songdo Skywalk.

Inilah Songdo Skywalk. 
🔵Unfortunately kami tak dapat masuk kerana skywalk ini tutup pukul 5 petang. Sarah, our tour guide, was visibly upset kerana kami tak dapat masuk. 
🔵Sarah sedar bahawa kelewatan kami tiba di Sky Park ini adalah kerana apa yang berlaku kepada kami di Incheon Aiport dan kejadian di mana kami dihantar ke stesen keretapi yang salah yang menyebabkan kami terlewat selama 2 jam bertolak (dari jadual asal) dari Seoul ke Busan.
🔵Auntie Sarah membebel sampai dia kata, "The Seoul people really made a big mistake". Amboi, gitu sekali rasa kecewa dia... hihi 😁. Kami angguk-angguk kepala je la.

Actually, kami pun rasa agak kecewa jugalah kerana kami fikir tentunya pemandangan dari skywalk itu cantik. Sudah bukan rezeki kami. Dapat ambik dari entrance ini pun jadi la.

Tapi bila tengok tangga turun ke jambatan di bawah tu, kami rasa ok juga la kami tak dapat masuk kerana memikirkan kelelahan nak panjat naik balik ke entrance ini. Tadi panjat tangga dari tempat parking plus jalan kaki naik jalan curam pun kami sudah mintak nyawa... hihi 😅😂.

Songdo Yonggung Suspension Bridge.


Mujurlah saya ada bawa compact camera Canon saya. Dapatlah juga zoom-zoom masa ambil gambar dari entrance ni. 



Songdo Skywalk ini juga dikenali sebagai Songdo Yonggung Cloud Bridge.

Bergambar kenangan.



Pemandangan lautan berserta kapal-kapal besar yang berlabuh atau yang sedang berlalu adalah sangat menarik. Alhamdulillah cuaca cukup baik petang itu di Busan.

Dari pemandangan laut, kami beralih ke pemandangan kawasan tanah tinggi. Di atas sana ada Amnam Park, a family friendly hiking park. Selain itu juga ada beberapa lagi denai mendaki lain dan juga sebuah anjung tinjau.


Kelihatan cable cars to/from Songdo Base Station and Songdo Sky Park.



Cable cars coming from and going to Songdo Base Station.




Ada papan maklumat tentang Songdo. 

Jom baca.

Information on Legend of Songdo Turtle Island.


Information on Busan Geopark.



Tempat bergambar.


Nothing much to do up there since we were not able to enter the skywalk. So we just head on back to the car park.

Turun tangga yang tinggi tadi.


Kelihatan cable cars.

Stalwart aerial tram, with glass-bottom cars.

Songdo Marine Cable Car menawarkan pemandangan indah Songdo Beach dan Pulau Yeongdo kepada pengunjung dalam perjalanan selama 15 minit yang menawan dari Songdo Base Station ke Songdo Sky Park.



Skywalk dilihat dari tempat parking. Di sini juga terdapat Amnam Park Sukine’s Grilled Clams, sebuah restoran makanan laut yang popular.

Sebelum beredar kami jalan-jalan sekejap dan ambil gambar di waterfront Amnam Park Public Parking ini. 

Apparently this waterfront is a popular fishing spot. 

Pemandangan Songdo Marine Cable Car dan Amnam Park Embankment.

Amnam Park ialah tempat memancing harian yang penuh dengan orang ramai walaupun pada hari bekerja. Kereta kabel atas air dan Busan Air Cruise beroperasi di atas kawasan ini, dan terdapat denai yang indah di sepanjang tebing pantai Amnam Park, menjadikan tempat itu hebat untuk memancing beserta aktiviti trekking ringan.

Dikatakan di sinilah terdapat banyak ikan-ikan horse mackerel dan whitespotted conger dalam kumpulan besar sekitar waktu matahari terbenam.

Kelihatan bangunan pencakar langit (101 tingkat) tepi laut Songdo Beach, Haeundae LCT The Sharp.

Bukan lelaki sahaja, pemancing wanita juga ramai yang kami nampak.


Songdo Yonggung Suspension Bridge.





Pemandangan Songdo Bay di Sea of Japan, tapi dipanggil orang Korea sebagai East Sea kerana Korea dan Jepun bermusuhan ketika zaman perang.

🔵Orang Korea memanggil Sea of Japan sebagai "East Sea" terutamanya kerana mereka percaya nama "Sea of Japan" adalah peninggalan pemerintahan penjajah Jepun dan dikaitkan dengan sejarah penindasan dan untuk menguatkan dominasi Jepun ketika itu. Korea berada di bawah pemerintahan penjajah Jepun untuk tempoh yang lama iaitu selama 35 tahun dari 1910 hingga 1945.
🔵Orang Korea menggunakan nama "East Sea" kerana berpendapat nama itu dengan tepat menggambarkan kedudukan geografi perairan itu iaitu di semenanjung Korea, sama seperti nama "North Sea" yang terletak di utara Eropah.
🔵Hujah balas mengatakan bahawa nama "Sea of Japan" telah pun digunakan sejak sebelum zaman penjajah lagi dan merupakan nama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. International Hydrographic Organization (IHO) pada masa ini mengiktiraf perairan itu sebagai "Sea of Japan" yang merupakan nama yang paling kerap digunakan di peringkat antarabangsa.

Suasana sana senja di Songdo Bay.


Songdo Bay ini dalam, membolehkan kapal-kapal besar melaluinya.




Nun di sana adalah Songdo Beach. 
🔵Songdo Beach yang terletak di Songdo Bay ialah sebuah pantai buatan manusia di Busan, Korea Selatan. Ia adalah pantai awam pertama di Korea.
🔵Pantai Songdo telah dicipta pada tahun 1913.
🔵Nama "Songdo" bermaksud "Island of Pines" kerana hutan pain tebal yang pernah menutupi pulau itu.
🔵Songdo Amusement Co., Ltd. membangunkan Songdo Beach.

Dari Amnam Park Embankment ini juga boleh nampak Busan Tower.

🔵Busan Tower ialah sebuah menara setinggi 120 meter di Yongdusan Park, terletak di Jung-gu, Busan, Korea Selatan.
🔵Ia telah dibina pada tahun 1973. 
🔵Ia hanya digunakan untuk tujuan hiburan dan tidak mempunyai sebarang peralatan pemancar. 
🔵Dek menara ini mempunyai pemandangan panorama dan kafe kecil, hanya boleh diakses semasa waktu bekerja melalui dua lif berkelajuan tinggi. 
🔵Pangkalan menara itu saling bersambung dengan beberapa galeri dan kedai cenderamata. 
🔵Menara ini biasanya disebut sebagai tempat yang baik untuk mendapatkan pemandangan pelabuhan bandar.





To be continued.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment