Assalamualaikum
Seterusnya Sarah bawa kami ke Haedong Yonggung Temple. Kuil itu terletak bersebelahan dengan National Institute of Fisheries Science.
🔵Tiba di Haedong Yonggung Temple atau Hae Dong Yong Gung Temple.
🔵Laluan masuk ke Haedong Yonggung Temple.
🔵Ketika kami tiba di tempat letak kereta, kelihatan di sekelilingnya terdapat banyak gerai makanan dan juga kedai serbaneka 24 jam untuk pengunjung kuil.
🔵"Report taxi inconvenience".
🔵Seterusnya, kami menyusuri jalan sempit menuju ke kuil, yang dibarisi di kedua-dua sisi dengan gerai makanan, penjual herba dan buah-buahan, dan gerai souvenirs.
🔵Antara souvenir yang dijual ialah Buddhist Golden Temple Bells.
🔵Buddhist golden temple bells, selalunya diperbuat daripada gangsa atau loyang, adalah ciri biasa dalam kuil Buddha dan digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk menandakan permulaan atau tamat upacara dan mewujudkan suasana meditasi.
🔵Ia boleh dipegang tangan atau digantung, dan boleh sama ada bersaiz kecil atau besar.
🔵There are also Buddhist wooden beads in verying sizes.
🔵Dalam Lazada patung-patung Buddha miniature ini are described as "Solar Maitreya Buddha Decoration With Solar Power Auto Shaking Hand Buddha Statue Monk Figurine For Home Office Car Ornaments gifts".
🔵Gerai menjual cookie meringue dan National Snack Busan Fish Cake.
🔵Ok, jom kita masuk ke kawasan Haedong Yonggungsa Temple ini.
🔵Dengan gabungan lokasinya yang berdekatan dengan Pantai Haeundae dan berada di sebelah timur Busan, kuil ini popular di kalangan pelancong, terutamanya semasa sambutan Hari Lahir Buddha apabila kompleks ini dihiasi dengan tanglung kertas.
🔵Kuil ini juga merupakan tempat yang sangat popular ketika bunga sakura mekar sekitar bulan April.
🔵Di entrance terdapat patung ukiran batu putih bentuk makhluk mitologi Cina.
🔵Agak menghairankan bila ada pula aunties menjual sayur-sayuran di kompleks kuil yang popular di kalangan pelancong ini. Di entrance pulak tu. Mungkin dibenarkan oleh pihak kuil untuk membantu masyarakat setempat.
🔵Haedong Yonggungsa Temple ialah sebuah kuil Buddha yang terletak pantai Sirang-ri, Gijang-gun, Busan, Korea Selatan.
🔵Haedong Yonggungsa Temple terletak di pantai bahagian timur laut Busan.
🔵Tarikan pelancong ini menawarkan pengunjung penemuan kuil yang jarang ditemui di sepanjang garis pantai kerana kebanyakan kuil di Korea terletak di pergunungan.
🔵Terdapat deretan patung-patung haiwan zodiak (sebelah kiri) menyambut pengunjung di kuil.
🔵Statue of a guard, guarding the Twelve Zodiac deities - rat, ox and tiger.
🔵Pemandangan di sebelah kanan laluan masuk
🔵Pada deretan patung-patung 12 dewa haiwan zodiak ini pengunjung boleh mencari haiwan tahun kelahiran mereka dan mengambil gambar.
🔵Mereka percaya 12 dewa-dewa ini melindungi tanah dalam 12 arah, menghalang pencerobohan roh jahat, dan bertindak sebagai fairy godmothers that wish for the five blessings.
![]() |
Twelve zodiac deities - rat, ox, tiger, rabbit and dragon |
🔵Kuil Haedong Yonggungsa mula dibina pada 1376 oleh the great Buddhist teacher yang dikenali sebagai Naong Hyegeun semasa dinasti Goryeo.
🔵Kuil ini mendakwa ia mula dibina pada 1376, walaupun perakuan itu telah dipertikaikan.
🔵Kuil ini pada asalnya dipanggil Kuil Bomun.
🔵Sebahagiannya Kuil Bomun musnah dalam kebakaran semasa pencerobohan Jepun ke Korea dari 1592 hingga 1598, dan kemudian ditinggalkan dan terbiar.
🔵Beberapa struktur/binaan yang boleh dilihat di kuil ini pada hari ini telah ada sejak 1930-an, apabila kuil itu didirikan semula oleh sami dari Tongdosa, dan banyak daripadanya telah ditambah dalam 20 tahun yang lalu dan kelihatan sangat baru.
🔵Sehingga tahun 1974, Kuil Bomun dinamakan semula sebagai Haedong Yonggungsa, yang bermaksud "Korean Dragon Palace Temple." Nama itu berasal dari 'visions' yang dialami oleh Jeong-am, ketua sami pada masa itu, tentang Goddess of Mercy yang menunggang naga, semasa meditasi.
🔵Pillars with inscriptions, perhaps about Buddhism or about the temple.
🔵Statue of Bodhidharma Monk.
🔵Bodhidharma ialah seorang sami Buddha separa legenda yang hidup pada abad ke-5 atau ke-6 CE. Beliau secara tradisinya dikreditkan sebagai penghantar Chan Buddhism ke China, dan dianggap sebagai patriark Cina pertamanya.
🔵Relief batu Gwanseeum-bosl (The Bodhisattva of Compassion) di pintu masuk kawasan kuil.
🔵Haedong Yonggungsa Temple adalah salah satu daripada tiga tempat suci yang berkaitan dengan Dewi Buddha Korea Selatan.
🔵Kuil ini dibina sebagai menghormati Haesu Gwaneum Daebul (Sea Goddess Buddha of Mercy), yang merupakan aspek Guanyin.
🔵Ada satu lagi info board.
🔵Batu bertulisan di sebelah belakang kiri:
한기지소원을꼭이루는 - 해동 용궁사 : Make your wish come true - Haedong Yonggung Temple.
🔵Motto kuil ini ialah 'at least one of your wishes will be answered here through sincere prayers'.
🔵The history of Haedong Yonggung Temple.
🔵Di dataran kecil ini terdapat 7-Tier Pagoda yang tinggi yang dipanggil 'Traffic Safety Prayer Pagoda'.
🔵Pagoda ini telah dibina oleh pemandu-pemandu teksi di Busan untuk mendoakan keselamatan mereka sewaktu bekerja memandu teksi.
🔵Di bahagian bawahnya terdapat car wheel shrine, tempat pemandu-pemandu teksi dan orang ramai boleh berdoa untuk mengelakkan kemalangan kereta.
🔵Car wheel shrine.
🔵Terdapat beberapa batu-batu bertulis begini dalam kompleks kuil ini.
🔵It's a prose by Chunwon Lee Kwang-soo.
🔵Chunwon Lee Kwang-soo ialah tokoh penting dalam kesusasteraan dan kewartawanan Korea awal abad ke-20.
🔵Beliau dikenali sebagai perintis kesusasteraan Korea moden dan tokoh penting dalam perjuangan negara Korea Selatan untuk kemerdekaan di bawah pemerintahan penjajah Jepun.
🔵Lee Kwang-soo juga berkhidmat sebagai wartawan dan aktivis.
🔵Dari nama asal kuil ini, Kuil Bomun, ia dinamakan semula sebagai Haedong Yonggungsa, yang bermaksud "Korean Dragon Palace Temple."
🔵Nama itu berasal dari 'visions' yang dialami oleh Jeong-am, ketua sami pada masa itu, tentang Goddess of Mercy yang menunggang naga, semasa meditasi.
🔵Ilustrasi "Goddess of Mercy riding a dragon" ada dipapar pada info board ini.
🔵Traffic Safety Prayer Pagoda.
🔵Terdapat satu lagi patung batu ibu dan anak-anak.
🔵Di bawah patung ini ada serangkap puisi bertajuk "Parents are alive".
🔵Ini adalah puisi keempat daripada 16 puisi Hunmin-ga yang ditulis oleh Jeong Cheol pada tahun 1580 (tahun ke-13 pemerintahan Raja Seonjo).
🔵Ketika itu beliau berumur 45 tahun dan berkhidmat sebagai gabenor Gangwon-do semasa pemerintahan Raja Seodu dari Joseonen, dalam perintah untuk enlighten dan mendidik rakyat Joseon.
🔵Puisi adalah tentang menggesa ketakwaan anak terhadap ibu bapa seseorang. Ia menekankan kepentingan untuk bersungguh-sungguh menghormati ibu bapa semasa mereka masih hidup.
🔵Ini satu lagi batu bertulis. It's a quote about life.
🔵Ini Iljumun Gate di Kuil Haedong Yonggungsa
🔵Ia menandakan pintu masuk ke kawasan suci kuil, melambangkan peralihan daripada dunia sekular ke alam rohani.
🔵Semasa pelawat-pelawat Buddhist melaluinya, mereka memulakan perjalanan rohani, memasuki kawasan kuil dan Dewan Buddha utama (Daeungjeon).
🔵Berfungsi sebagai nadi agama Buddha di Korea, kuil-kuil gunung Korea memaparkan bentuk seni bina dan seni tradisional Korea yang tertinggi.
🔵Tujuh kuil-kuil di Korea Selatan telah disenaraikan sebagai UNESCO World Heritage Sites, membuktikan pengiktirafan nilai tingginya bukan sahaja di Korea tetapi juga di seluruh dunia.
🔵Walaupun mempamerkan warna merah dan biru dengan terang, kuil-kuil sebegini sebati dengan persekitaran mereka, dan gabungan harmoni alam semula jadi dan reka bentuk kuil ini adalah intipati yang dipanggil "dancheong".
🔵Dancheong, yang secara literal bermaksud "merah dan hijau," merujuk kepada reka bentuk lima warna yang cantik yang terdapat pada dinding, tiang dan cucur atap bangunan kayu tradisional Korea.
🔵Dancheong merujuk kepada pewarnaan tradisional pada bangunan kayu dan artifak di Korea untuk hiasan dan gaya, seperti yang boleh dilihat pada mural purba dari era Goguryeo Kingdom (37 B.C.E hingga 668 C.E.); ia juga direkodkan dalam buku kuno "Samguk Yusa (Memorabilia of The Three Kingdoms)."
🔵Oleh itu, asal usul reka bentuk dancheong boleh dikesan kembali ke zaman Three Kingdoms of Korea (57 B.C.E hingga 668 C.E.).
🔵Selama berabad-abad, seni ini telah digunakan dalam seni bina, lukisan, arca dan pelbagai kraf.
🔵Kebiasaannya fungsi Dancheong adalah untuk menutup kecacatan reka bentuk dan mengelakkan keretakan pada bangunan kayu, di samping menangkis perosak dan melindungi daripada hujan dan angin.
🔵Warna-warna cerah dan terang juga dipercayai dapat melindungi bangunan daripada roh jahat dan menekankan kewibawaan penduduknya.
🔵Tempat-tempat suci seperti kuil atau istana menggunakan pelbagai corak dancheong dan warna-warna cerah untuk menyerlahkan reka bentuknya.
🔵Gabungan Five Elements Theory ke dalam dancheong melambangkan keinginan orang Korea purba untuk kestabilan dan keamanan dalam kehidupan sekarang dan juga kehidupan akhirat yang bermanfaat.
🔵Dancheong terdiri daripada lima warna asas: biru, merah, hitam, putih dan kuning. Warna-warna asas ini, yang boleh dicampur bersama untuk membentuk banyak warna-warna lain, adalah berkaitan dengan Five Elements Theory tradisional.
🔵Setiap warna-warna yang digunakan mempunyai makna-makna tertentu:
🔹Biru mewakili timur, naga, musim bunga dan unsur kayu dari Five Elements Theory;
🔹merah menandakan selatan, burung, musim panas, dan api;
🔹putih melambangkan barat, harimau, musim gugur, dan emas;
🔹hitam mencirikan utara, hyeonmu (haiwan mitos yang sebahagian penyu dan sebahagian ular), musim sejuk, dan air;
🔹kuning mewakili pusat, tempoh antara musim, dan Bumi.
🔵Korea menggunakan warna-warna biru, merah, kuning, putih dan hitam, lima warna kardinal yang mewakili kayu, api, tanah, logam dan air, masing-masing, berdasarkan yin dan yang dan Five Elements Theory.
🔵Memandangkan dancheong berasaskan yin dan yang dan Five Elements Theory, biru diletakkan di sebelah timur, merah di selatan, kuning di tengah, putih di barat dan hitam di utara.
🔵Penggunan flora dan fauna seperti burung, naga, harimau dan kura-kura hitam juga mengikut prinsip teori tersebut.
🔵Corak-corak pula yang digunakan termasuk teratai yang mewakili agama Buddha, delima untuk kekayaan dan kehormatan, peony untuk kesuburan dan kekwa untuk umur panjang, yang semuanya mewakili keinginan untuk kesejahteraan dalam kedua-dua kehidupan ini dan seterusnya.
🔵Kuil dan istana Buddha yang dihiasi dengan dancheong tidak pudar dalam daya tarikan estetiknya walaupun dengan adanya trend reka bentuk yang sentiasa berubah.
🔵Reka bentuk dan kehadiran dancheong boleh bergabung baik dengan sekitarnya samada jauh di dalam gunung, pusat bandar, hutan atau pencakar langit.
🔵Dari sini, pelawat boleh menuruni tangga batu ini untuk sampai ke platform matahari terbit dan bahagian barat tanah kuil ini, atau terus menuruni tangga untuk sampai ke patung Gwanseeum-bosal di sebelah timur kawasan kuil.
🔵Tangga batu ini (yang terdapat 108 anak tangga, suatu nombor bertuah dalam agama Buddha) turun ke dalam hutan buluh kecil dan dipenuhi dengan tanglung batu dan ukiran lain.
🔵Terdapat juga Podae-hwasang yang gemuk (penjelmaan Mireuk-bul, future Buddha, yang dikenali sebagai Maitreya atau Milefo dalam Chinese Buddhism), yang perutnya boleh pengunjung kuil ini gosok.
🔵Ia adalah 'Buddha of granting a son'. Kata Sarah kalau nak anak lelaki, gosoklah perut patung Buddha ini.
🔵Gosok perut (atau telinga, atau hidung) patung ini untuk nasib baik.
🔵Laluan di Kuil Haedong Yonggungsa.
🔵Menuruni tangga batu dengan 108 anak tangga ini membawa pengunjung melalui sebuah kawasan hutan bamboo yang cantik.
🔵Tangga batu ini dihiasi dengan rock lanterns.
🔵Dikatakan 108 anak tangga itu membawa maksud melakukan 108 prostrations.
🔵Dikatakan juga ada makna yang lebih mendalam iaitu setiap kali naik dan turun 108 anak tangga ini, penderitaan akan terpadam dan mencapai enlightment.
🔵Di Korea, satu-satunya tempat yang mempunyai 108 anak tangga ialah di Kuil Haedong Yonggungsa ini.
🔵Juga dikatakan bahawa jika penganut Buddhism naik dan turun sekali dengan penuh keikhlasan, mereka akan hidup sehingga 108 tahun. Oleh itu tangga ini juga dipanggil "Longevity Steps".
🔵Kawasan kuil utama Haedong Yonggungsa didominasi oleh Daeungjeon Main Hall, yang hanya dibina pada tahun 1970.
🔵Di bahagian hadapannya, terdapat pagoda batu tiga tingkat menghadap ke laut seperti rumah api, manakala bangunan kuil yang lebih kecil berdiri di sebelah barat kuil itu.
🔵Terdapat kuil-kuil dan beberapa sudut pandang yang menawarkan pemandangan sisi klasik picture-postcard side view of Haedong Yonggungsa, manakala jajaran batu-batu besar menawarkan pemandangan kuil yang menghadap ke laut.
🔵Looks like a small cargo boat/ship.
🔵Dari lokasi kami ketika itu, boleh juga nampak binaan-binaan unik ini yang kelihatan seperti stone pagoda atau stone stupa.
🔵Terdapat juga pagoda batu di anjung ini.
🔵Haedong Yonggung Temple terkenal dengan lokasi tepi lautnya yang indah.
🔵"Temple on the Coast" Busan ini juga merupakan tempat yang popular untuk menyaksikan matahari terbit pada hari pertama setiap setahun atau pada mana-mana hari dalam setahun, menjadikannya salah satu day trips paling popular dari Busan di kalangan pelancong.
🔵This is Yaksayeorae-bul, the Buddha of Medicine, and the Buddha of the Eastern Paradise.
🔵Medicine Buddha dikatakan sebagai Buddha yang menyembuhkan penyakit mental dan fizikal makhluk hidup.
🔵Di kedua-dua sisi Buddha berdiri pokok cendana perempuan dan pokok cendana jantan.
🔵Di kuil ini juga ada tempat untuk pasang wishes and prayers yang ditulis atas kepingan golden wish leafs.
🔵Tak ada golden leaf, pada pagar pulak ditulisnya 😄.
To be continued.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment