Monday, February 3, 2025

PANGKOR ISLAND TOUR - HORNBILL FEEDING

Assalamualaikum.
Di Pulau Pangkor ini hotel penginapan kami adalah di Suria Beach Resort, room with breakfast. Di pulau ini terdapat many affordable accommodations which I think is super important especially if you are with family or big groups. 

Bilik kami di tingkat 1 jadi terpaksa la carry our big bags naik tangga πŸ˜….

Bilik di resort ini saiznya ok with all the basic amenities. 


Selepas berehat dan solat, kami turun semula ke lobi untuk menunggu Mr. Kobu membawa kami membuat Pangkor Night Tour pula.



Suasana di lobi hotel.




Tepat pada masanya, Mr. Kobu pun tiba. Seperti yang telah dibincangkan earlier bersama Mr. Kobu, kami hendak melihat Hornbill Feeding. Maka ke situlah kami terus dibawa oleh Mr. Kobu. 

Kata Mr. Kobu, Hornbill Feeding ini sememangnya adalah salah satu attractions yang ada di Pulau Pangkor ini. Yang memberi burung enggang itu makan ialah owner Sunset View Chalets, En. Nordin Bakar, di Teluk Nipah ini, di depan chaletnya setiap hari pada pukul 6:30 petang. 

Kami pun tiba di Hornbill Feeding di depan Sunset View Chalets, Teluk Nipah. 

Ketika itu sudah kelihatan beberapa orang pelancong seperti kami. Kata Mr. Kobu, setiap hari memang ada pelancong luar negara yang datang ke sini, fascinated to see wild hornbills being fed. They are even more excited as they get the chance to do the feeding too. 

Ada signboard depan chalet ini.


Hungry birds πŸ˜„πŸ˜.

Sempat saya bertanya pada En. Nordin tentang Hornbill Feeding ini. Antara yang saya tanya, adakah sebarang caj untuk pengunjung menyaksikan feeding ini? En. Nordin kata tiada caj. Cuma beliau menerima donations yang beliau gunakan strictly untuk beli buah-buah untuk burung-burung enggang di sini. 

Sementara menunggu feeding bermula, kami ambil gambar burung-burung enggang yang sudah sedia menunggu untuk diberi makan. Mesti mereka sudah biasa dan tahu bila nak datang sini πŸ˜€.

En. Nordin kata berhati-hati jangan berdiri di bawah tempat burung-burung ini bertenggek sebab takut kena berak πŸ˜„.

Cantik-cantik belaka burung-burung enggang di sini. 








Di kejauhan kelihatan seekor burung helang. So majestic!

Pulau Pangkor mempunyai banyak spesies burung, termasuk burung raptor, burung enggang, dan burung lain. 
Raptors: Brahminy kite, White-bellied sea-eagle, Crested serpent eagle.
Enggang: Oriental pied hornbill, Great hornbill
Spesis lain: Little green-pigeon, Pink-necked green-pigeon, Coppersmith barbet dan lain-lain.




En. Nordin bermula dengan memberi penerangan tentang cara memberi burung enggang makan. Dia juga beritahu aktiviti ini dibuat di sebuah lorong yang sempit jadi pengunjung perlu berhati-hati dengan motorsikal yang lalu.

Buah yang diberi pada burung enggang di sini adalah buah pisang, yang dipotong kecil-kecil. En. Nordin meletakkan seketul pisang di atas kepala pengunjung ini sebab dia pakai topi. Ini cara bagi makan pertama. 

Burung enggang tu tahu je bila nak datang sambar πŸ˜ƒ.

Cara kedua: potongan buah pisang yang ditusuk pada batang lidi mestilah dijulang di atas kepala untuk disambar oleh burung enggang. Di atas kepala, jangan di depan muka, takut terkejut kena kibasan sayap enggang yang besar itu dan mungkin kita tercedera.

Yang datang menyambar bukan seekor tapi boleh mereka berebut 3, 4 ekor sekali! πŸ˜ƒ

Tiba-tiba datang meloncat-loncat seekor burung enggang saiz comel dan dengan sangat gentle diberi makan oleh En. Nordin. Kata En. Nordin it is a baby hornbill.. Awwww..... 😍😊. So adorable! Cuteness overload!!

Pengunjung ikut giliran beri enggang makan.

Pengunjung ke sini, kata Mr. Kobu, datang dari merata dunia.



Then it was our turn πŸ˜ƒ. Angin dari kibasan sayap-sayap besar mereka memang kuat terasa. And I must say these birds swooped down so elegantly and so precisely that I could hardly feel the peck at all. Cuma rasa batang lidi terusik and the banana was gone in a flash... hihi πŸ˜ƒ.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment