Assalamualaikum.
Destinasi terakhir dalam Pangkor Night Tour kami adalah Masjid 1000 Selawat yang terletak di Kampung Telok Gadong. Masjid ini mula dibina pada 7 Mac 2014 dengan kos bernilai RM11.7 juta dan siap sepenuhnya dalam bulan Oktober 2016. Ia telah dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah pada 8 Jun 2017.
Bagus kalau dapat lawat masjid ini pada waktu malam kerana ia dipancar dengan cahaya yang berwarna warni.
Sewaktu Mr. Kobu membawa kami balik ke Teluk Nipah, kami meminta beliau menurunkan kami di tepi jalan besar untuk membolehkan kami dinner di kedai-kedai di sana.
Selepas makan, kami bersiar-siar dulu di sepanjang jalan Teluk Nipah sebelum pulang ke hotel. Memang bagus pilihan kami untuk menginap di kawasan Teluk Nipah kerana ada banyak gerai makanan yang tidak jauh dari hotel di sini.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment