Wednesday, October 9, 2019

KUANTAN - DAY 03 - PART 07 - KOMPLEKS PENGEMBANGAN TENUN PAHANG DIRAJA SULTAN HAJI AHMAD SHAH

Seterusnya kami ke Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah. 

Rumah burung.

Tiba di Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak di Kampung Soi, Kuantan.

Alamat penuh: 
Kompleks Pengembangan
Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah,
Kg. Soi, Jalan Kempadang Perdana 1,
25150 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Waktu Perniagaan : Isnin hingga Sabtu (08.00 am - 5.00 pm)

Bangunan ini adalah Bangunan Pemasaran di mana ada Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah, Galeri, Galeri Jualan dan Galeri DiRaja.

Kedatangan saya dan En. Badrul disambut oleh 2 orang staff dan diberikan folder yang mengandungi maklumat tentang kompleks ini.


Kain tenunan Pahang masih dihasilkan secara tradisional untuk mengekalkan keaslian warisannya. Ciptaan-ciptaan indah tradisional ini terus hidup, dengan itu mendapat pujian tinggi kerana reka bentuk yang rumit dan menarik yang telah menarik hati para pecinta tekstil dan peminat fesyen di seluruh dunia.

Produk-produk yang dijual di kompleks ini ialah kain Tenun untuk Sarong, sampin, baju dan selendang, kasut dan clutch bag, pelbagai beg, tali leher, bingkai deco, beg duit syiling dan keychain, fancy mugs, notepad/notebook/penanda buku, kotak pelbagai guna dan soft toys.
Kain tenun tangan Pahang digunakan untuk membuat sarung, sampin, skaf dan selendang serta pakaian tradisional lain, produk untuk hadiah korporat, perabot rumah dan juga aksesori. Setiap helai kain tenunan tangan Pahang adalah abadi dan unik dalam ciri khasnya.

Sumber teks: link
Kain Tenun Pahang dipercayai berasal dari Riau Atau Sulawesi. Dibawa ke Pahang pada abad ke 16 Masihi. Diperkenalkan oleh seorang Pembesar Bugis yang dikenali sebagai Tuk Tuan (Keraing Aji).

Fabrik Tenun Pahang Diraja telah menjadi sebahagian daripada kebudayaan rakyat Malaysia yang digunakan terutama dalam upacara kehormatan dan rasmi. 

Tenun Pahang Diraja dihasilkan mengikut kaedah tradisional dengan mengekalkan kehalusan seni dan mendapat pujian serta perhatian penggemar barangan tradisi dalam dan luar negara.

Kain Tenun Pahang Diraja yang biasanya digunakan untuk kain sarong, sampin dan selendang, kini diaplikasikan dalam rekaan fesyen moden selari dengan trend dan cita rasa terkini. Dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri juga ada mereka corak kain-kain Tenunan Pahang seperti yang ditenun oleh penenun dari Penjara Penor dan Penjara Bentong.

Ia turut digunakan oleh pereka fesyen tempatan dan luar negara terutamanya untuk majlis rasmi kerajaan, perkahwinan dan adat istiadat diraja.

Antara produk yang dijual di kompleks ini. Cute!

Bermula dari tahun 1995 sehingga kini PKNP (Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang) telah mengambil inisiatif untuk memaju dan membangunkan semula Tenun Pahang Diraja bagi memastikan Kain Tenun Pahang Diraja sentiasa kekal sebagai Warisan Seni Negeri Pahang.

Hari ini, Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak di Kampung Soi, Kuantan merupakan usaha PKNP untuk meningkatkan pengeluaran dan kualiti serta memartabatkan produk Tenun Pahang Diraja di persada busana antarabangsa.

Selain dari kain tenunan, ada banyak lagi produk-produk lain yang menarik yang dijual di sini. 


Bukan sahaja untuk dibuat pakaian, kain tenunan juga boleh dibuat sarung cushion yang cantik ini. 


The 4 S: Sarong, Sampin, Shirts and Shawls. Cantik betul kain-kain tenunan ini with its bright colors and beautiful intricate patterns. Nampak lux dan eksklusif and one of a kind. 

Sejarah Tenunan Pahang.

Sebelum saya meneruskan lawatan ke bahagian pameran dan Galeri Diraja, saya request dahulu untuk melihat bagaimana kerja-kerja tenunan dibuat. Kami pun dibawa oleh staff tadi ke bangunan Blok B ini.

Ini adalah bangunan Pusat Kecemerlangan Tunku Azizah Iskandar. Ia adalah bangunan R&D. 

Pusat Kecemerlangan (Center of Excellence - COE) Tenun Pahang Diraja Tunku Azizah Iskandar bertanggungjawab terhadap penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam industri tenunan untuk meningkatkan pengeluaran produk yang lebih inovatif dan bermutu tinggi di pasaran antarabangsa.

The reception. Kenapa pulak ada patung perempuan terbaring atas meja tu?

Ruang pameran. 

Kami terus dibawa oleh staff tadi ke bahagian menenun. Ada laman / courtyard dalam kompleks ini. Nice.

Dewan tempat menenun yang luas dan sunggh selesa. Mesin bingkai kayu ini adalah alat tenun yang dipanggil 'kek tenun'. 

Saya sangat berterima kasih kepada staff-staff yang mengiringi kami kerana membenarkan saya mengambil gambar. Photos are so integral in my blog writing as it helps saya bercerita.. hehe. 

Di kompleks tenun ini ada alat-alat tenunan seperti kek tenun, mesin menerai dan mesin menggulung alat menganing. Juga ada bahagian mewarna benang.

Kelengkapan Kei / Loom Equipment.


Rahat - alat ini digunakan semasa menggulung benang.


Kedudukan Bahagian Kelengkapan Kei / The Parts of the Loom.

Kek Tenun / The Malay Frame Loom.

The demo started and though I had seen such a demo before (tenun songket di Kota Bharu) it was all still very fascinating to me. 


Staf yang mengiring kami pun memberikan penerangan. The arduous and intricate steps that are needed just to set up this kek tenun before the weaving starts is already, like, mind boggling to me.  

Peralatan menenun yang digunakan.

Alat ini namanya peleting - buluh/kayu penggulung benang.

Saya perasan kain yang sedang ditenun ini nampak berkilat dan menarik. Staf tadi terangkan itu kerana ada benang berkilat (foto kanan) ini digunakan dalam tenunan. 

Kami diberitahu nak siapkan kain sepanjang 4 meter ambil masa selama sebulan atau lebih sebulan bergantung pada corak. 

Kain tenunan yang ditenun selain dengan benang biru (the major color) juga ditenun dengan benang berkilat berwarna magenta dan light blue ini. Kalau tak silap saya rasanya ini adalah corak jalur menegak. Corak-corak lain adalah corak jalur melintang, corak berikat dan corak berpetak.

Satu fakta yang menarik tentang penenun di Pahang ialah dahulu cuma ada 15 orang penenun sahaja di bandar Pekan ini. Sekarang overall di seluruh Pahang sudah ada lebih dari 200 orang. 

Pertambahan bilangan penenun adalah hasil dari pelbagai usaha yang dilakukan termasuk penubuhan Institut Kemahiran Tenun Pahang DiRaja Tengku Ampuan Besar Meriam. 

Satu lagi fakta menarik tentang penenun di Pahang, mereka juga terdiri dari banduan di penjara Penor dan Penjara Bentong. Dan mereka adalah penenun lelaki. Mereka semua telah dilatih dan kini mampu menghasilkan kain tenun yang berkualiti tinggi dengan corak yang eksklusif. 

Contohnya, di Penjara Bentong, ada 73 banduan lelaki yang pandai menenun kain. Jualan hasil kain tenun mereka telah mencapai lebih dari RM300,000 pada tahun 2018.

Di penjara-penjara itu ada 7 bengkel kemahiran untuk banduan dan salah satunya ialah kemahiran menenun. 

Banduan yang terpilih adalah mereka yang sedang menjalani hukuman lama dan seumur hidup. Tapi banduan lain yang ada potensi juga diberi peluang. Selepas keluar dari penjara mereka boleh terus melakukan kerja-kerja menenun. Dan beberapa orang dari mereka yang memiliki sijil kemahiran tenunan telah di hantar ke Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja dan bekerja di sana.

Jika anda nak lihat keindahan hasil tenun yang dibuat oleh banduan-banduan dari kedua-dua Penjara Penor dan Penjara Bentong, silalah ke instagram account Tenun Pahang Diraja (@tenun_pahang_diraja). Selain ada ditunjukkan keindahan hasil tenunan banduan-banduan di penjara-penjara itu, turut diupload videos yang menunjukkan proses-proses yang terlibat dalam menghasilkan kain tenunan. Dan yang paling menarik ialah kita dapat mendengar suara Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri very casually membuat liputan dan bertanya soalan-soalan pada banduan-banduan semasa mereka sedang menenun. I love it! 😊. 

Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pernah menghadiahkan kain Tenun Pahang yang direkanya sendiri yang ditenun oleh banduan dari Penjara Penor kepada anak saudaranya puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah yang dipakai ketika istiadat persandingan diraja.

Melihat kek tenun yang ada di kompleks ini mengingatkan saya pada pameran Tenun Pahang yang saya lawati ketika pameran Hari Kraf Kebangsaan 2015 di Kuala Lumpur. Here are some of the photos.





Selesai dengan demo tadi kami dibawa semula ke bangunan utama. Dan saya sambung semula lawatan di bahagian pameran dan Galeri Diraja.

Ok, now let's have a look at the beautiful Tenun Pahang that are on display here. 

















‘Kajang Sangga warna dewangga, Corak Tengku Ampuan dahulukala, Menyerlahkan wajah nan ayu, Anggun menawan gadis Melayu’.
Kajang Sangga bagi wanita ialah sejenis kain tenunan yang diperbuat dari bahan benang sutera asli.

Seterusnya ke Galeri Diraja. 

Ini buku-buku masakan bertajuk "Air Tangan Tengku Puan Pahang Masakan Tradisional Pahang" dan "Air Tangan Tengku Puan Pahang Manisan Tradisional Pahang" oleh Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di mana all proceeds from the sales of the books will be donated to Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF).

More information about these books can be read at this link and this link. Sila ke link tu ya, very very interesting read about how the books came about, tujuan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menulis buku-buku ini dan bagaimana research yang dibuat oleh Tunku sendiri. 

Suasana di dalam Galeri Diraja.




Inilah staf-staf Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah yang mengiringi kami semasa lawatan ini. Both of them are attentive, friendly yet professional and very knowledgeable. Tapi saya lupa pula nama-nama mereka. Dah tua gini, selalu lupa la. 

Saya suka ruang dan cara barangan dipamerkan di sini. Rasa luas dan selesa, dengan flow yang bagus. Ia tidak terlalu sarat dengan exhibits. 

Dan yang saya paling suka bila ada maklumat begini. Tidaklah sekadar melihat and admire the beautiful textiles sahaja tapi tahu juga tentang apa yang dipamerkan. Definitely will make visitors lebih appreciate.

Sampin dengan 'Corak Orang Kenamaan'. 

Nampak tak all the info boards? I like! 😊. Terima kasih kepada the curator/s dan kepada semua yang terlibat in designing this beautiful gallery.


Now, let's have a closer look at the Proses Pewarnaan Asli. 

Semua bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai warna di pusat tenun ini adalah 100% menggunakan bahan alam. Per this info board, kobis ungu digunakan untuk mendapatkan warna hijau muda dan biru muda. Ya, bukannya warna ungu. 


Maklumat tentang bahan-bahan yang digunakan untuk mendapatkan pelbagai warna. 

Daun, kulit kayu, bawang dan kunyit digunakan.

Warna-warna yang dihasilkan dari bahan-bahan mentah.

Benang-benang yang sudah diwarnakan, digunakan untuk menenun kain Tenun Pahang.


Innovasi baru dalam tenunan juga menggunakan sabut kelapa dan serat nenas.


Contoh sabut kelapa yang digunakan dalam tenunan. Ini cuma prototype dan belum lagi the actual product.


Bahan-bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan warna.

Daun ketapang, kulit bawang merah dan daun inai. 

Kulit kayu merbau dan bunga telang.

Pewarnaan Asli Dalam Tenunan Melayu.






Rahat (kiri) dan guwing (kanan) yang digunakan semasa proses menerau (spinning). 

Peralatan menenun: di lantai - dari kiri: torak, peleting dan benang spun silk.

Peralatan Menenun.


Kek Tenun.

Jenis-jenis Kek.

Kek Tenun Biasa.

Kek Tenun Siam.

Produk-produk yang dihasilkan incorporating tenun Pahang. 

Beli ni je for my wife 😊.

With that, maka selesailah lawatan saya ke Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah yang terletak di Kampung Soi, Kuantan. 

Dengan itu juga berakhirlah program jalan-jalan saya pada hari ke 3 di Kuantan dan sekitarnya. Tempat-tempat yang sempat saya lawati pada hari ke 3 adalah:
1) Pantai Sepat
2) Jeti Tun Teja Kuala Pahang
3) Muzium Sultan Abu Bakar
4) Galeri Pengangkutan Air (tutup)
5) Muzium Masjid Sultan Abdullah
6) Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah dan Pusat Kecemerlangan Tunku Azizah Iskandar.

Dan tentunya saya sangat berterima kasih pada En. Badrul (Grab Car driver) kerana bersetuju membawa saya jalan-jalan sekali lagi pada hari ke 3 ini setelah melakukan yang sama pada hari ke 2 semalamnya. Dia adalah seorang yang cukup peramah, mudah nak sembang dengan dia dan yang penting juga dia faham apa yang saya cari dalam program jalan-jalan saya ni. 

Alhamdulillah.

Sampai ke Kuantan, saya terus pergi makan tengahari. Lapar sungguh masa tu sebab dah nak dekat pukul 3 petang.

Malam tu saya dan isteri keluar makan. 

Kami ke restoran yang sama seperti malam semalam sebab masakannya sedap dan lokasinya just across the road from our hotel.

Restoran Sup Ayam Kampung, Jalan Besar, Kuantan.




Sedap! Alhamdulillah.

Sebelum balik ke bilik, jalan-jalan kejap di water front tepi hotel ambil gambar. 



Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. agak agak berapa rm sehelai kain tenun tu ya?
    yang mampu milik...

    eh'
    lupa nak tanya
    baju tie dye tu dah luntur tak warnanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak silap saya harganya antara RM300 hingga RM5,000 semeter.
      Kalau buat maju kurong perlu berapa meter ya doc?

      Ok lagi, tak luntur pun doc. Sayang nak pakai selalu.. sister I yg bagi tu... hehehe..

      Delete
  2. heheehhee..
    still tak luntur?
    berjaya jugak hasil eksperimen saya tu !!

    baju kurung 4 meter sepasang en syed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, tak luntur. Doc still ada buat tie dye lagi ke?

      4 meter. Meaning kalau RM300/meter dan total RM1200. Mahal tu!

      Delete