Assalamualaikum.
Hari ini hari kedua kami di Pulau Pangkor ini. Nak balik KL dah. Maka percutian singkat kami di Pulau Pangkor berakhir hari ini. Walaupun tak lama, banyak tempat-tempat menarik di pulau ini sempat kami lawat dengan membuat 'Pangkor Island Day & Night Tour' menaiki Pangkor Island Pink Taxi with the driver as our tour guide.
Sarapan pagi disediakan di Suria Beach Resort bermula pada pukul 8 pagi. Pilihan makanan dari bufet sarapannya pelbagai dan sangat menyelerakan. Paling best bagi kami, ada Ikan Bilis Mata Biru disediakan dalam sarapan pagi ini bersama Nasi Lemak. Ikan Bilis ini memang sedap.
My favourite, mee goreng ada. Me so happy lah 😃. Roti canai pun ada. Also nasi lemak and nuggets.
Tiba di Pantai Teluk Nipah. Masih awal pagi, jadi suasana agak tenang.
Kami terus disapa oleh boat ride operator ini. Di sini dipanggil 'Boat Trip'. Disebabkan kami cuma berdua, kami menyewa sebuah bot kecil dengan harga RM 100.
Dari poster ini, khidmat yang disediakan termasuk snorkeling, watersport games, banana boat, jetski dan kayaking. Kami minta pusing-pusing pulau je... hihi 😄.
Alhamdulillah cuaca pagi itu cukup baik sekali.
Fyi, bot ini diluncurkan dengan begitu laju sekali! Pada kami la 😅. Dengan kuat saya kepit tepi bot ini sambil tangan kanan pegang camera stick 😄.
Sudah dari awal saya memang bercita-cita nak rakam foto kami berdua dari sudut depan begini ketika dalam bot 😃.
Itu Monkey Beach. Sedemikian namanya sebab ada banyak kera di situ dan pengunjung dinasihatkan menjaga barang.
Kami tak nak singgah dan turun di Monkey Beach sebab kami cuma nak bersiar-siar. Jadi kami pun meneruskan saja pelayaran. Di penghujung tanjung pantai Monkey Beach kami ditunjukkan formasi sebuah batuan menarik yang dinamakan Batu Tapak Kaki.
Sewaktu perjalanan ke sana, angin bertiup agak kuat sampai topi saya tercabut dan jatuh ke dalam laut. Dengan baik hatinya pemandu bot kami patah balik dan dapat mengambil semula topi saya. Sebenarnya saya nak kata pada pemandu bot kami untuk membiarkan saja topi itu tapi bila memikirkan yang topi saya itu akan menjadi sampah yang akan mencemar alam sekitar, maka saya pun batalkan niat untuk bersuara saya itu 😄.
Kami pun tiba di Turtle Bay. Kata pemandu bot kami, ini adalah lokasi snorkeling. Tapi hari itu, tambah dia lagi, air di sini agak keruh jadi tidak begitu sesuai untuk menyelam melihat dasar. Keruh sebab air sedang pasang, jadi kelodak dari tanah berdekatan masuk ke laut.
Daripada berjemur dan berjalan kaki di pantai hinggalah kepada berenang, snorkeling, berkayak dan juga selam skuba, terdapat pelbagai pilihan untuk pengunjung menikmati persekitaran teluk ini dan juga pantainya.
Teluk ini dinamakan sempena penyu laut yang kadangkala bersarang di kawasan pantai berdekatan, menjadikannya tempat penting untuk usaha pemuliharaan penyu.
Maka, salah satu tarikan yang ada termasuk Pusat Pemuliharaan Penyu Pulau Pangkor, di mana pengunjung boleh mengetahui tentang pemuliharaan penyu dan menyaksikan anak-anak penyu dilepaskan ke laut.
Makanan yang diberikan ialah kepingan roti. Dari bot boleh nampak ada begitu banyak ikan yang datang berkerumun.
Yang paling jelas kelihatan adalah dua spesis ikan ini.
🔵Yang kuning belang itu adalah Sergeant fish. In Malay, "sergeant fish" is called "ikan gombing jalur lima".
🔵"Gombing jalur lima" specifically refers to the "Five-banded Sergeant Major" fish, a type of damselfish commonly found in the Indo-Pacific region.
🔵Abudefduf vaigiensis - Damsel Fish - Damsel Fish (English), Gombing Jalur Lima (Malay), Betuk (Malay), Bombin (Malay), Kepal Batu (Malay) dan Kepal Laut (Malay).
Uwaaaa.... berebut makan roti. Kesian pulak tengok, macam tengah sangat kelaparan.
Pada penglihatan kami, air di sini tidaklah keruh sebab kami boleh nampak ikan-ikan dengan jelas. Mungkin yang dimaksudkan oleh pemandu bot kami tadi ialah tahap kejernihan berdekatan dasar laut di sini yang mempengaruhi jarak penglihatan semasa aktiviti snorkeling.
Seronok pulak tengok ikan-ikan datang berebut-rebut sewaktu kami mencampakkan kepingan roti ke laut.
Selepas memberi ikan makan, kami ditunjukkan sebuah lagi formasi batuan menarik yang berhampiran. Batu ini macam 'dua alam'. Dari sebelah Turtle Bay, ia kelihatan seperti buaya. Dari sebelah sana pula, ia kelihatan seperti penyu.
🔵Pengunjung boleh ke Pulau Giam dengan perkhidmatan bot yang ada di Pantai Teluk Nipah dan Coral Beach.
Kami pun turun dari bot ke Pulau Giam ini. Kami pun ditinggalkan di sini dan diberi masa untuk jalan-jalan explore pulau ini sementara pemandu bot kami akan pick up kami semula dalam masa lebih kurang 30 minit.
🔵Pulau Giam terletak kira-kira 500-700 meter dari Teluk Nipah, dan 500 meter dari Pantai Coral, Pulau Pangkor.
🔵Pulau Giam adalah tempat popular yang patut dilawat oleh setiap pelancong apabila berkunjung ke Pulau Pangkor.
🔵Ia adalah salah satu daripada 2 pulau kecil yang popular di Teluk Nipah yang terkenal sebagai perhentian snorkeling.
🔵Pulau berdekatan yang lain ialah Pulau Mentangor. Ia sangat popular untuk snorkeling, berenang dan juga berkelah untuk keluarga.
🔵Terdapat ramai pelancong merentasi pulau dengan tujuan untuk mencari karang yang menakjubkan, berwarna-warni dan hidupan akuatik termasuk rumpai laut dan gamat.
🔵Bagi pencinta alam semula jadi, inilah masa yang sesuai untuk merakam beberapa gambar dekat makhluk dasar laut di sini ketika paras air masih rendah.
🔵Selam skuba berhampiran pulau ini menawarkan pengalaman yang hebat apabila mendekati beberapa hidupan marin yang menarik seperti ikan badut, penyu dan terumbu karang berwarna-warni.
Yang seronoknya pada kami ialah pada masa itu hanya kami berdua sahaja yang ada di pulau ini 😃. Tiada kelihatan pengunjung lain. Mungkin sebab masih awal pagi lagi ketika itu.
🔵Majoriti hotel dan resort di Pulau Pangkor menawarkan pakej percutian termasuk island hopping dan snorkeling ke Pulau Giam.
🔵Resorts itu biasanya menyediakan peralatan snorkel dan, kadang-kadang, malah makanan untuk makan tengah hari.
🔵Mr. Kobu (pemandu teksi pink Pulau Pangkor dan juga tour guide kami semalam) dan pemandu bot kami kata setiap tahun, ramai pengunjung pergi ke Pulau Giam untuk menyaksikan fenomena air laut surut yang unik pada awal Februari.
🔵Fenomena air surut itu membolehkan orang ramai menyeberang dari Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam dengan hanya berjalan kaki.
🔵Jarak antara Pantai Teluk Nipah ke Pulau Giam adalah kira-kira 400 meter, hanya mengambil masa 10 hingga 15 minit sahaja berjalan kaki.
🔵Ketika berjalan merentasi tebing pasir itu, pengunjung berpeluang melihat hidupan akuatik seperti gamat emas, timun laut dan sebagainya.
🔵Disebabkan popularitinya, Jabatan Laut dan Polis akan turut berkawal sepanjang laluan untuk memastikan keselamatan orang awam yang menyertai aktiviti ini.
🔵Teruja kami mendengar cerita dari Pemandu Bot. Macam kena datang ke Pangkor sewaktu Chinese New Year tahun depan untuk menyaksikan fenomena ini.
Beginilah ariel view penyeberangan laut dari Pantai Teluk Nipah/Coral Beach ke Pulau Giam.
Suasana di Pulau Giam memang tenang. Air laut yang jernih juga turut mendamaikan. Memang kami tidak menyangka suasana sebegini ada di Pulau Pangkor.
Ada sebuah kedai di atas Pulau Giam ini tetapi kedai ini tidak dibuka ketika itu. Kata Pemandu Bot kami tadi, kedai ini cuma dibuka sewaktu peak season pengunjung ke Pulau Pangkor seperti pada waktu cuti sekolah.
Pemandu bot menunjukkan kawasan pantai tempat bermulanya pengunjung berjalan kaki ke Pulau Giam ketika air surut.
Memandangkan ini adalah the end of our boat ride journey, maka pemandu bot kami kasi thrill dan pandu bot dengan begitu laju sekali sambil membuat selok belok yang membuat kami mencengkam tepi bot dengan kuat 😅.
Cemas tapi best giler! 😄😀
🔵Ketika kami sudah hampir sampai ke pantai, pemandu bot kami meminta kami menyimpan kamera-kamera kami dan berpegang kuat pada bot. Ehhh?!! Cemas!!
🔵Ketika itu bot kami sedang masih laju walau pun sudah dekat nak sampai pantai!
🔵Rupanya pemandu bot kami nak buat "lurching to land a boat", hendak naikkan bot kami itu terus ke darat dengan meluncur dengan laju!! Waaaa... hahahaha...😅😆.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment