Friday, April 18, 2025

SOUTH KOREA - BUSAN - CHEONGSAPO DARITDOL SKYWALK

Assalamualaikum
Selepas Sarah tiba, kami terus dibawa menuju ke Cheongsapo Daritdol Skywalk yang ada kami nampak semasa naik Haeundae Beach Train earlier.

🔵Busan, secara rasminya Busan Metropolitan City, ialah bandar kedua paling ramai penduduk di Korea Selatan selepas Seoul, dengan populasi lebih 3.3 juta pada 2024.

🔵Dahulunya dikenali sebagai Pusan, ia adalah pusat ekonomi, budaya dan pendidikan di tenggara Korea Selatan, dengan pelabuhannya menjadi yang paling sibuk di Korea Selatan dan yang keenam paling sibuk di dunia.




🔵Tiba di Cheongsapo.




🔵Nun di sana ialah Cheongsapo Daritdol Skywalk.

🔵Pemandangan Cheongsapo Daritdol Skywalk dari tempat parking kereta.


🔵Keindahan East Sea (Sea of Japan).
🔵Di Korea Selatan, Sea of Japan biasanya dirujuk sebagai East Sea. Korea Utara menggunakan nama "East Sea of Korea". 
🔵Walaupun "Sea of Japan" adalah nama yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Korea Selatan dan Korea Utara telah memperjuangkan penggunaan "East Sea" dalam peta dan dokumen antarabangsa.

🔵Berjalan menuju ke Cheongsapo Daritdol Skywalk.


🔵Pemandangan Cheongsapo Daritdol Skywalk dari Cheongsapo-ro.




🔵Untuk ke laluan ke Cheongsapo Daritdol Skywalk, pengunjung akan masuk ke bangunan ini, naik lift ke bahagian atas jalan. 
🔵Ada kedai cenderamata di dalam bangunan ini.


🔵Kedai cenderamata.

🔵Di tingkat atas.

🔵Laluan ke Cheongsapo Daritdol Skywalk.



🔵Laluan ke Cheongsapo Daritdol Skywalk ini adalah selari dengan trek Haeundae Beach Train yang kami naiki earlier.


🔵The Operations Office.

🔵Instead of using locks as in 'Love Locks' like at other places/countries e.g at bridges, here tourists can hang their wishes, hopes and prayers on a piece of fish-shaped thin wood. 
🔵I think kepingan kayu nipis bentuk ikan ini dipanggil 'Hope fish' or 'Wish fish'.

🔵Definitely a much better idea than using metal locks.

🔵Among the many wishes, hopes and prayers.
🔹"You want to be a person who can be free in the world and become what you like most. Travel around the world".
🔹"We all live the way we want. Wish my dear and me well".
🔹"Please keep our whole family healthy".
🔹"Wish fish our family's father. Please make sure everything goes well and stays healthy on the day they want to do it".
🔹"Wish fish. A world without school".
🔹"Please give me the luck I deserve. I additional house purchased. Please give me a pretty baby".

🔵Information on the Cheongsapo Daritdol Skywalk.


🔵Laluan keluar dari skywalk ini.


🔵Pengunjung mesti pakai sarung kasut ini kerana sebahagian dari lantai skywalk ini adalah dibuat dari kaca.


🔵Siap! Ok jom kita jalan!


🔵Lagi maklumat tentang skywalk ini.

🔵Here's the translation, lebih kurang le. 

🔵Mari kita mulakan. Untuk kawal crowd movements, laluan skywalk ini adalah sehala. Masuk ikut entrance ini dan keluar at the other end.

🔵Busan mempunyai beberapa skywalks dan observatories terutamanya untuk tarikan pelancong, menyediakan pemandangan panoramik kawasan sekitarnya. 
🔵Sesetengah skywalks/observatories mempunyai tujuan yang lebih khusus, seperti Cheongsapo Daritdol Observatory ini dan Haewol Observatory, yang memfokuskan pada pemandangan lautan dan terumbu karang.




🔵Di skywalk ini pengunjung boleh menyaksikan pemandangan pesisir pantai dan keindahan laut biru East Sea yang sungguh memukau.
🔵Nun di sana adalah coast of Sirang-ri, Dongbaek Island dan Haeundae Beach.

🔵Di seberang sana, laluan keluar dari skywalk ini.

🔵Ok, jom kita saksikan keindahan pemandangan-pemandangan yang sempat kami berdua rakam semasa di Cheongsapo Daritdol Skywalk ini.


🔵Pemandangan ke arah entrance.

🔵Kelihatan tebing tinggi tepi laut ini dikukuhkan dengan penopang konkrit untuk menyokong kestabilannya dan mencegah hakisan.
🔵Selain itu, tumbuh-tumbuhan pantai, terutamanya spesies yang tahan dengan kemasinan yang tinggi, mengukuhkan tebing dengan sistem akarnya, yang boleh menyumbang dengan ketara kepada kestabilan cerun.

🔵Ini bahagian lantai berkaca. 


🔵Isteri ok je, tak gayat pun dia 😄.

🔵Pemandangan panorama dari laluan masuk.

🔵Pemandangan panorama ke arah laut.

🔵Wanita dengan beg merah itu adalah Sarah, tour guide kami di Busan. She was using a very nice white lace decorative umbrella which I think was quite popular in South Korea.


🔵Saya sebenarnya gayat nak berjalan atas lantai kaca ini 😅😆.


🔵Observatory/skywalk ini dapat namanya dari batu-batu di tengah lautan berhampiran yang dinamakan sebagai Daritdol.

🔵About Cheongsapo Daritdol.

🔵Bukit di hujung sana, di entrance/exit skywalk ini, namanya Dalmaji Hill.



🔵Di lantai laluan paling tengah, paling ke laut skywalk ini, adalah kaca sepenuhnya. Kalau di laluan earlier saya boleh elak dan jalan atas solid floor, di sini saya tiada pilihan. Nak patah balik tak boleh sebab sehala. Actually boleh je tapi rasa rugilah kalau tak teruskan jalan till the end of this skywalk... hehe 😄😅.

🔵Beranikan diri dan terus melangkah, sambil berdoa. 

🔵Pandang saja ke depan dan sibukkan diri dengan mengambil gambar. Jangan pandang bawah! 😄😅.


🔵Laluan hujung/keluar dari skywalk ini.


🔵Di sebelah kanan adalah laluan masuk. Yang kiri adalah laluan keluar.



🔵Dari observatory/skywalk ini kita juga boleh nampak sebuah pelabuhan kecil yang dipanggil Cheongsapo Village yang terkenal kerana di situ terdapat rumah api berkembar, a well-known landmark.

🔵Bila zoomed-in, boleh nampak dua lighthouses iaitu Cheongsapo Twin Lighthouse (White) dan Cheongsapo Twin Lighthouse (Red).
🔵They are also called Husband-and-Wife Lighthouse or Couple Lighthouse.
🔵Rumah Api Berkembar di Cheongsapo ini berfungsi sebagai panduan navigasi dan tarikan pelancong yang popular.

🔵Busan mempunyai banyak rumah api kerana peranannya yang penting sebagai bandar pelabuhan utama dan pantainya yang panjang dengan banyak rangkaian batu dan terumbu karang berbahaya. 
🔵Rumah api dibina secara strategik untuk memandu kapal masuk dan keluar Pelabuhan Busan dan untuk memberi amaran kepada kapal tentang potensi bahaya, terutamanya selepas bandar itu ditubuhkan sebagai pelabuhan antarabangsa.
Cheongsapo Twin Lighthouse (White)

🔵Kepentingan Sejarah: Status Busan sebagai pelabuhan penting, terutamanya selepas dibuka kepada perdagangan antarabangsa pada akhir abad ke-19, membawa kepada peningkatan keperluan untuk bantuan navigasi seperti rumah api.
🔵Faktor Geografi: Pinggir pantai Busan mempunyai banyak tanjung berbatu, terumbu dan perairan cetek, menjadikan rumah api penting untuk navigasi yang selamat.
🔵Kepentingan Strategik: Rumah api diletakkan secara strategik untuk memandu kapal masuk dan keluar dari Pelabuhan Busan, memastikan laluan selamat kargo dan kru.
🔵Evolusi Rumah Api: Walaupun rumah api awal adalah suar api (fire beacons), rumah api moden telah dibina untuk memberikan panduan yang lebih berkesan dan boleh dipercayai kepada kapal.

🔵Dari Cheongsapo Daritdol Skywalk ini, pengunjung juga boleh nampak satu lagi observatory/skywalk iaitu Cheongsapo Haewol Observatory.



🔵A view at the bottom of the skywalk.













🔵Pemandangan panorama Cheongsapo Daritdol Skywalk.





🔵Busan terkenal dengan landskap pantai yang pelbagai, termasuk pantai berbatu dan pebble beaches.
🔵Dramatic rocky cliffs, a lush forest and a stunning sea with varying shades of blue. 

🔵Cheongsapo's rocky coastlines. 






🔵Jelas sekali pesisir laut di Busan ini sangat berbatu seperti yang kita lihat dari atas Cheosapo Doritdal Skywalk earlier. 

🔵Pinggir pantai berbatu di Busan sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh sejarah geologi rantau itu dan hakisan gelombang batuan gunung berapi dan sedimen yang berterusan.
🔵Tebing pantai dan pembentukan batu unik di kawasan ini adalah hasil daripada proses semula jadi selama berjuta-juta tahun.

🔵Sejarah Geologi: Pinggir pantai Busan terutamanya dibentuk oleh batuan gunung berapi dan batuan sedimen tuffaceous yang berusia kira-kira 80 juta tahun. Batuan ini telah terdedah kepada berjuta-juta tahun tindakan ombak. 
🔵Hakisan Ombak: Dentuman ombak yang berterusan telah membentuk garis pantai, mengukir tebing dan mencipta formasi batu yang unik.
🔵Tapak Geologi: Beberapa kawasan pantai di Busan, seperti Oryukdo dan Igidae, diiktiraf sebagai tapak geologi dalam Busan National Geopark, menonjolkan ciri geologi unik kawasan itu.

🔵Pantai berbatu di Korea Selatan sebahagian besarnya disebabkan oleh rupa bumi yang bergunung-ganang dan pengaruh hakisan dan tindakan ombak di sepanjang pantainya. 
🔵Pergunungan Taebaek, yang merentasi di sepanjang pantai timur, telah membentuk bentuk muka bumi sepanjang masa. 
🔵Selain itu, pantai barat, menghadap Yellow Sea, mengalami proses pasang surut yang menyumbang kepada pembangunan bentuk muka bumi berbatu.

🔵Kawasan Pergunungan: Landskap pergunungan Korea Selatan, termasuk Pergunungan Taebaek dan Sobaek, menyumbang kepada kekasaran garis pantainya. 
🔵Hakisan: Proses hakisan, terutamanya oleh tindakan ombak di sepanjang pantai, menghakis tanah dan membentuk ciri berbatu seperti tanjung dan tebing. 

🔵Proses pasang surut dan ombak: Pantai barat lebih dipengaruhi oleh proses pasang surut, manakala pantai timur mengalami aksi ombak yang lebih kuat, kedua-duanya menyumbang kepada pembentukan bentuk muka bumi berbatu. 
🔵Rintangan batuan dasar: Jenis batuan dasar juga memainkan peranan. Batuan dasar yang tahan membentuk gunung yang tinggi dan lasak, manakala batuan yang kurang tahan lebih terdedah kepada hakisan, mewujudkan tanah pamah dan lembah, termasuk kawasan pantai. 

🔵Sejarah Geologi: Geologi Korea Selatan termasuk batuan dari pelbagai zaman, termasuk batuan Pracambrian seperti granit dan gneiss, yang menyumbang kepada topografi yang kompleks dan ciri pantai.

To be continued.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment