Friday, February 21, 2025

SOUTH KOREA - FROM SEOUL TO BUSAN

Assalamualaikum.
Dari Incheon International Airport kami pun tiba di stesen tren untuk sambung perjalanan ke Busan. Lega rasanya since earlier kami risau tidak sempat untuk sampai ke stesen tren on time kerana tiada wakil travel agent hadir untuk sambut kedatangan kami di airport. 

Tapi masa kami nak masuk ke parking stesen ini, saya ternampak sign "Seoul Station". Oh no! Kami bukannya nak ke Seoul Station. Kami sepatutnya dibawa ke Stesen Gwangmyeong. Kami pun tunjukkan tiket tren kami pada uncle pemandu dan dia terkejut. Terus dia call office dia. Kami pun hairan macam mana berlaku kesilapan stesen. Kesian uncle tu since dia cuma ikut arahan saja.

Dengan menggunakan Google Translate uncle itu beritahu yang dia akan cuba menukar tiket KTX kami supaya kami boleh bertolak ke Busan dari Seoul Station ini. 

Dan tentulah kami terpaksa call Rebecca sekali lagi. Dan sekali lagi dia terkejut. Baru saja dia tolong selesaikan insiden tiada wakil travel agent sambut kami di airport dan dapatkan pemandu baru untuk bawa kami ke stesen tren, terjadi pula kami dihantar ke stesen yang salah. Rebecca sekali lagi bertindak pantas. Beliau beritahu agensi di Seoul akan menukar tiket supaya kami dapat bertolak ke Busan dari Seoul Station ini.

Kami pun berurusan di kaunter Information ini. Mencabar sungguh kerana ketiga-tiga petugas yang ada di kaunter ini ketika itu tidak boleh berbahasa Inggeris. Kemudian kami diberitahu yang mereka telah membatalkan tiket kami dari Stesen Gwangmyeong dan membuat refund kepada agensi di Seoul. Jadi kami pun belilah saja tiket KTX baru untuk ke Busan. The earliest available departure adalah pada pukul 1:18 tengahari. Which means kami akan bertolak lewat 2 jam dari itinerari/jadual asal. Harga tiket adalah KRW 119,600 (RM 381) bagi dua orang. 

Kami pun beritahu Rebecca yang tiket asal kami sudah dibatalkan dan kami sudah pun beli tiket baru. Terus dia atur supaya seorang petugas dari agensi di Seoul datang menemui kami di Seoul Station ini untuk membuat cash refund kepada kami untuk tiket KTX yang kami beli. Rebecca juga arrange supaya petugas itu bawa kami untuk lunch dan terus berada bersama kami di stesen ini sehingga kami selamat naik tren. Diaturkan Rebecca hingga sebegitu mungkin kerana dia kesian pada kami yang baru saja sampai Korea sudah mengalami bukan satu, tapi dua kejadian 'panik'. 

Kira-kira 20 minit kemudian, datanglah petugas tersebut. Nama dia Kim. 

Suasana dalam Seoul Station.

Next, Kim tolong kami cari lunch yang sesuai di Seoul Station kerana Seoul Station tidak mempunyai restoran Halal.

Rata kami pusing cari restoran.


Akhirnya, kami decided untuk makan di Burger King ini. Ada Prawn Burger, so we went for that. It was lunch time and it's in a train station, jadi restoran ini sesak, penuh dengan people partaking in their midday meals. Kim siap tolong carikan meja untuk kami, beratur dan belikan lunch kami dan duduk di seats di luar restoran ini jaga bagasi kami sementara kami makan tengahari dalam restoran. Dan lunch kami gratis, ditaja oleh travel agent di Seoul ini. Berangan kami, seolah-olah dapat VIP treatment dengan personal chaperone... hihi 😊.

Kami perhatikan di sini bila customers masuk, mereka terus cari meja. Dah jumpa, mereka letak beg atau handbag atau handphone di meja (to reserve the table) dan pergi beratur order makanan. Macam di Dubai, selamat je kalau tinggal begitu.



Selepas lunch, kami duduk berbual dengan Kim. 
🔵Kim memberitahu kami yang nama keluarganya (Kim) adalah family name yang paling common di Korea. 
🔵Lebih 20% penduduk di Korea memiliki family name sebagai Kim. 
🔵Nama keluarga yang kedua terbesar di Korea pula adalah Lee yang digunakan kira-kira 15% penduduknya.

Saya baca:
🔵Nama keluarga biasa di Korea Selatan termasuk Kim, Lee dan Park. Nama keluarga lain termasuk Choi, Cho, Jeon dan Han. 
🔵Nama keluarga yang common di Korea Selatan:
🔹Kim: Nama keluarga diraja yang berasal dari dinasti Silla dan konfederasi Gaya. 
🔹Lee: Nama keluarga biasa di Korea Selatan. 
🔹Park: Nama keluarga biasa di Korea Selatan. 
🔹Choi: Dihubungkan dengan puak Choi Gyeongju, yang mungkin diasaskan oleh seorang Silla scholar. 
🔹Cho: Nama keluarga diraja yang menjadi kebiasaan di Korea. 
🔹Jeon: Nama keluarga dengan asal usul Baekje. 
🔹Han: Nama tertua di Korea, yang diterjemahkan kepada "Raja", "Kerajaan", "negara" dan/atau "orang Korea". 

🔵Tradisi penamaan Korea 
🔹Wanita Korea mengekalkan maiden names mereka selepas berkahwin dan tidak mengambil nama keluarga suami mereka.
🔹Kanak-kanak mengambil nama keluarga bapa mereka.
🔹Nama keluarga ialah nama klan tradisional yang berasal dari kampung.
🔵Penggunaan nama keluarga
🔹Amalan menggunakan nama keluarga menjadi lebih biasa selepas sistem kelas dimansuhkan pada tahun 1894 dan penjajah Jepun memaksa orang Korea untuk mengambil nama keluarga.

Masa di Seoul Station ini, kami nampak ramai anak muda lelaki Korea yang memakai army uniform. Jadi kami tanyalah pada Kim.
🔵Mereka sedang mengikuti khidmat ketenteraan yang diwajibkan kepada semua lelaki warga Korea Selatan. 
🔵Khidmat ketenteraan ini perlu dilalui selama 3 tahun dan mereka boleh memilih untuk menyertainya pada bila-bila masa di antara usia 18-35 tahun. 
🔵Ramai warga Korea termasuk Kim sendiri yang memilih untuk mengikuti khidmat ketenteraan ini di awal usia 20-an.
🔵Khidmat ketenteraan wajib ini adalah sebenarnya persediaan Korea Selatan jika tiba-tiba perang meletus dengan negara jiran mereka, Korea Utara. 
🔵Oleh yang demikian, ramai tentera muda ini yang ditempatkan di kem tentera berdekatan sempadan Korea Utara. 
🔵Kebanyakan tentera yang kami lihat di Seoul Station ini sebenarnya sedang dalam perjalanan untuk pulang bercuti ke kampung halaman mereka dari sempadan Korea Utara.

Saya baca:
🔵Perkara utama mengenai perkhidmatan tentera Korea Selatan:
🔹Wajib untuk semua lelaki: Semua warganegara lelaki dikehendaki berkhidmat dalam tentera. 
🔹Julat umur: Biasanya antara 18 dan 28 tahun. 
🔹Tempoh perkhidmatan: Berbeza mengikut cawangan, dengan Tentera Darat dan Kor Marin memerlukan sekitar 18 bulan, Tentera Laut sekitar 20 bulan, dan Tentera Udara sekitar 21 bulan. 
🔹Sebab kerahan tenaga: Terutamanya disebabkan ancaman berterusan dari Korea Utara. 
🔹Perkhidmatan wanita: Walaupun tidak wajib, wanita boleh menjadi sukarelawan untuk berkhidmat sebagai pegawai, pegawai waran atau pegawai bukan bertauliah.

Since masih ada masa lagi sebelum bertolak ke Busan, Kim cadang kami jalan-jalan di Seoul Station ini. Meanwhile, dia kata dia akan tolong jagakan beg-beg kami. Baik sungguh Kim! 

Ada dek di luar stesen ini, di tingkat 2. Juga di sebelah dalamnya ada Lotte Outlets. 





🔵Seoul Station ialah sebuah stesen kereta api utama di Seoul, ibu negara Korea Selatan. Stesen ini terdapat laluan Korail Intercity Lines dan kereta api komuter di Seoul Metropolitan Subway.
🔵Seoul Station ialah stesen kereta api utama untuk kereta api berkelajuan tinggi (KTX) ke bandar-bandar popular seperti Busan, Jeonju, Gyeongju, Gangneung dan bahagian lain di Korea. 

🔵Kereta api ekspres terus (AREX - Airport Railroad Express) dari Incheon Airport juga berhenti di Seoul Station di City Airport Terminal. 
🔵Seoul Station bersambung terus ke Seoul Subway Station dan dikelilingi dengan pelbagai pilihan tempat membeli-belah, kafe dan restoran yang hebat.
🔵Selain mempunyai khidmat kereta api KTX (Korea Train Express) yang popular, tren ITX (Intercity Train Express), Saemaeul dan Mugunghwa yang lebih perlahan juga beroperasi dari Stesen Seoul.
🔵Seoul Station juga disambungkan ke tiga Seoul Subway Lines (line 1, 4 & Gyeongchun Line) untuk kemudahan pengembara ke Seoul.





Men of Seoul - office and streetwear.



Masih lagi ada masa, jadi kami pun keluar ke bahagian depan Seoul Station ini. 


Dari kiri: Yonsei University (one of the best private universities in Korea), Seoul Square (23-storey prime office building), Seoul City Tower and Byucksan building.


Seoul Station.



Bangunan kubah hijau itu ialah Culture Station Seoul 284 - sebuah stesen kereta api lama berusia berabad dengan hiasan dalaman, kini pusat kebudayaan dengan pameran seni dan acara.

About Seoul Station.

Ok dah, jom masuk semula ke dalam stesen kerana sudah hampir masa untuk bertolak ke Busan.

Kami akan berjumpa Kim berdekatan dengan departure gate.






Bergambar kenangan bersama Kim, a respectful, pleasant and mild mannered young man. We were so thankful to him for all that he has done for us albeit it being his job. 

Berjalan masuk untuk ke platform. Kim ikut kami sekali. Ingatkan we will be on our own from there onwards. 

Turun ke platform.

Tren KTX kami ke Busan ada di Platform 5.

Ingatkan Kim akan hantar sampai ke pintu kereta api saja, tapi tidak. Dia siap tolong bawa beg-beg besar kami masuk ke dalam kereta api, letakkan elok-elok di tempat simpanan bagasi dan bawa kami sampai ke tempat duduk kami. Wah! Service Kim memang 5 ⭐!! 

Agaknya, disebabkan dua kejadian-kejadian 'panik' yang berlaku pada kami earlier, pihak travel agent di Seoul dan juga Rebecca (PIC di Malaysia) telah mengarahkan Kim supaya memastikan yang kami tidak lagi mengalami sebarang 'kejadian panik' sehingga kami selamat duduk di seats kami dalam tren ini 😊.

To recap, Kim telah:
🔹Tiba ke Seoul Station within 20 minutes lepas kami lapor kejadian salah stesen.
🔹Terus dia beri kami cash refund for the tickets that we had to buy because the earlier tickets had already been cancelled.
🔹Dia tolong carikan restoran for our lunch.
🔹Dia carikan meja kosong di restoran dan dia beratur belikan lunch kami yang ditaja oleh pihak travel agent Seoul.
🔹Tolong jaga beg-beg kami di luar restoran masa kami makan. Restoran tu sempit dan tengah ramai customers.
🔹Cadang pada kami untuk jalan-jalan di stesen ini sementara dia jagakan beg-beg kami.
🔹Bawa kami sampai ke tren, tolong bawa beg-beg besar kami naik masuk ke dalam tren dan letak di tempat simpan bagasi dan tunjukkan seats kami.

Syukur Alhamdulillah.


Korea Train Express.


Beg-beg besar kami yang diletakkan di tempat simpanan bagasi.

Tempat duduk kami adalah dalam koc 'Cabin for free conversation & passengers with infant'.

Suasana dalam tren.




Tren KTX 33 Seoul - Busan kami berlepas tepat pada pukul 1.18 tengahari mengikut jadual.



🔵Perjalanan kereta api KTX dari Seoul ke Busan ke arah selatan adalah sejauh kira-kira 417 kilometer dan mengambil masa sekitar 2 jam 15 minit. 
🔵Kalau naik kapal terbang ambil masa cuma 1 jam, tapi mestilah ada di airport beberapa jam sebelum departure. 
🔵Kalau drive, ambil masa antara 4 ke 5 jam bergantung pada keadaan trafik.
Peta perjalanan KTX Seoul - Busan dan stesen-stesen perhentian

KTX Train Line Maps : Gyeongbu Line to Busan.

Di Korea Selatan ada 4 High Speed Railways (as at 2016) seperti dalam imej di bawah.
Blue: Gyeongbu High Speed Railway 
Red: Honam High Speed Railway 
Orange: Suseo High Speed Railway 
Green: Wonju - Gangneung Railway 

Next stop: Gwangmyeong Station - Arrival 1:35 PM.

Unfortunately, bagi kami yang suka ambil gambar and were looking forward to capturing beautiful sceneries while on this Seoul - Busan KTX journey, tingkap tren ini kotor pulak 😂😅. Rakam tetap rakam, tapi jenuh la edit to make them 'tolerable' for blogging... hihi 😅.

Masa kami bersembang dengan Kim, dia kata selain KTX, ada juga khidmat keretapi biasa yang dinamakan Mugunghwa. Kata dia, perkhidmatan Mugunghwa ini tidak popular di kalangan orang Korea sendiri kerana ia bergerak jauh lebih perlahan berbanding KTX. Kalau dengan KTX perjalanan dari Seoul ke Busan ambil masa cuma 2 jam, dengan Mugunghwa pula ambil masa 5 jam.


Ok lah, begini sajalah foto-foto yang mampu kami rakam, edit dan share di sini 😄.








The stops.



Ulsan Station.

Hampir tiba Busan.

Selamat tiba di Busan Station. Alhamdulillah. 

Tour Guide kami di Busan, Sarah Park, telah sedia menanti kami di platform tren.

Suasana Busan Station.

Busan station ialah stesen kereta api di Busan, Korea Selatan. Ia adalah perhentian selatan Gyeongbu Line & Gyeongbu high-speed railway, laluan kereta api paling penting di negara Korea Selatan, yang menghubungkan Busan dengan Seoul dalam masa kira-kira dua setengah jam dengan KTX, kereta api berkelajuan tinggi Korea.









To be continued.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment