Assalamualaikum.
Pada hari ke 6 ini kami dibawa melawat ke Muzium Abubekr Alamoudi dan Masjid Hudaibiyah. Seperti Masjid Jaaranah, Masjid Hudaibiyah juga adalah Miqat Umrah bagi penduduk Makkah.
Waktu Solat Subuh pada hari itu di Makkah adalah pada pukul 5:39 pagi. Jadi seperti biasa kami ke Masjidil Haram 1 jam awal.
Walau pun sampai masjid 1 jam awal, jemaah sudah ramai begini. Tapi jangan risau sebab further in ada banyak lagi tempat kosong. Cuma jauh sikit la nak jalan. However, for the jemaah wanita memang harus tiba ke masjid awal kerana ruang solat wanita adalah terhad.
Suasana sejuk kerana suhu di waktu subuh di Makkah ketika itu 18℃. Maka saya sudah siap berjaket dan pakai face mask.
Juga pakai stokin. Saja standby bawa stokin dalam poket in case sejuk. Memang sejuk pun 😆.
Seperti semalamnya, bas kami menunggu di atas puncak bukit berhampiran Safwah Tower.
Di Makkah terdapat 381 jalan utama dan lebih daripada 18,000 jalan subsidiari, dengan jumlah jarak lebih daripada 5,600 kilometer. Terdapat juga 58 terowong dengan panjang keseluruhan kira-kira 35 km. Kota ini mempunyai kira-kira 60 jambatan dengan panjang dan reka bentuk yang berbeza dan rangkaian saliran banjir dengan jumlah panjang 540 kilometer dan memanjang di bawah tanah yang berbeza seperti saluran kotak, saluran tiub, saluran saliran permukaan dan lain-lain.
Kawasan At Taysir.
Berdekatan dengan Masjidil Haram, At Taysir terkenal dengan banyak hotel-hotelnya, yang terletak di tengah-tengah beberapa bangunan kediaman lama. Terdapat beberapa masjid-masjid yang lebih kecil di seluruh kawasan ini, di samping kedai cenderamata dan kedai runcit. Agensi-agensi pelancongan dan restoran-restoran gaya kafeteria ringkas di situ memenuhi keperluan para jemaah.
Humanizing Makkah...an innovative approach to improving the urban landscape and enhancing the quality of life |
Al-Baqarah: 196
"And complete the Hajj and umrah for Allah. But if you are prevented, then [offer] what can be obtained with ease of sacrificial animals".
Makkah Chamber of Commerce, Makkah - Jeddah Expy.
Dan kami pun tiba di Abubker Alamoudi Museum. Tak jauh muzium ini dari hotel, cuma 27 km atau lebih kurang 30 minit perjalanan bas.
Muzium ini terletak di daerah El Shimeisi, sempadan Jeddah-Makkah.
Bas kami. Ketika itu hanya group kami yang baru tiba. Later, so many groups came as well.
From the outside, the Al Amoudi Museum is built like an old Arab fort and is brown like most of the buildings here. Reportedly, the walls of this museum are built traditionally which is a mixture of mud, palm oil frond straw and milk, just like the traditional Arab houses of the past.
Muzium ini memaparkan pelbagai pameran yang menggambarkan kehidupan di Saudi pada awal 1900-an dengan paparan, gambar dan banyak artifak untuk pengunjung terokai. Ia adalah Muzium Warisan Budaya Saudi milik persendirian Abu Bakr Al-Amoudy.
Deretan beberapa mud houses yang di dalamnya dipamerkan barangan yang menggambarkan gaya hidup orang Arab, saya rasa, sebelum penemuan minyak pada tahun 1938.
Sumber air ketika itu dan sepertinya di kebanyakkan tempat di Arab adalah dari telaga.
Antique style hand cranked manual water well pump device |
Posing with an Arab scarecrow. Well, because I've never seen one before and most probably will never see one again... hihi 😄.
Ada acuan petak kayu, bata lumpur yang sudah siap, tanah yang digunakan dan juga dulang/jaring mengayak tanah. Bata lumpur ini dikukuhkan lagi dengan penggunaan jerami.
Bahan kulit haiwan juga digunakan untuk membuat buai bayi.
Wonderful antique memorabilia, giving visitors a peek of the yesteryears.
Alat timbangan tradisional yang menggunakan pemberat besi.
Kawasan muzium ini tidaklah besar tapi ia cukup selesa dan mempunyai beberapa inner courts kecil seperti ini.
Ok, jom kita masuk ke dalam bangunan ini melihat the indoor exhibitions.
Reka bentuk bangunan ini dibuat ringkas mirip bangunan rumah-rumah pada zaman Arab silam.
Bangunan ini hanya mempunyai hiasan atas yang ringkas lengkap dengan lubang-lubang ventilasi dan corong-corong air.
Ada bendera Arab Saudi di atas pintu masuk bangunan muzium ini. Bendera kebangsaan Arab Saudi, juga dikenali sebagai al-Alam, adalah latar belakang hijau dengan tulisan Arab dan pedang berwarna putih.
Inskripsi tersebut adalah syahada: "لَا إِلٰهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله"
Suasana di dalam bangunan muzium ini. Ada pelbagai artifak yang dipamerkan di sini. Jom kita saksikan.
Contoh benang yang digunakan untuk menenun kelambu Kaabah.
Ada beberapa lagi bilik-bilik yang mempamerkan barangan yang menggambarkan gaya hidup orang Arab pada suatu ketika dahulu.
Kepingan daun tingkap dan pintu yang masih disimpan di muzium ini. The door has beautiful traditional patterns.
Pameran peralatan mengisar seperti lesung tumbuk dan penggiling batu serta periuk belanga pelbagai saiz.
Senapang mesti ada. Juga selalunya mereka akan ada floor sofa dengan hamparan karpet di ruang tamu.
Actually masa saya masuk ruang tamu ini, I was alone. Punya la terkejut bila ternampak patung berabaya hitam tu!! Actually, it wasn't just me, tapi pengunjung lain juga terkejut sampai ada yang terus keluar tak jadi masuk bilik ini... hihi 😄.
Terdapat satu blok kayu dengan ukiran yang sangat cantik yang turut diselamatkan dari masjid asal dan dipamerkan di muzium ini.
Masjid dulu dibina dengan menggunakan campuran tanah liat, jerami pelepah kurma dan susu serta tiang-tiang kayu bagi membentuk dan mengukuhkan struktur masjid yang dibina.
Pada dinding masjid dibuat tempat meletak Al Quran dan buku-buku serta pelita dan bekas membakar wangi-wangian.
Bumbung dibuat dengan tiang-tiang kayu yang ditutup dengan pelepah pokok kurma dan lain-lain pokok.
Group photo.
Selesai lawat muzium kami ambil gambar sekitar kawasan gurun di sini pula.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment