Thursday, September 7, 2023

ITALY & SWITZERLAND - SWITZERLAND - LAUTERBRUNNEN

Assalamualaikum.
Selepas lebih kurang 2 jam lebih perjalanan kami pun selamat tiba di Lauterbrunnen dari Rümlang. 

Perjalanan kami di Lauterbrunnen ini terus dihidang dengan pemandangan landskap Swiss yang cukup indah.


Jalan raya yang kami lalui ini menyusuri sungai Lütschine (Weisse Lütschine) dan trek kereta api. 

Tiba di Lauterbrunnen pada pukul 11:06 pagi. Sejuk masa itu at 14℃.

Kelihatan pekan Lauterbrunnen.

Wikipedia:
🔹Lauterbrunnen is a village and municipality in the Interlaken-Oberhasli administrative district in the canton of Bern in Switzerland. 
🔹The municipality comprises the other villages of Wengen, Mürren, Gimmelwald, Stechelberg, and Isenfluh, as well as several other hamlets. 
🔹The municipality comprises the Lauterbrunnen Valley (German: Lauterbrunnental), located at the foot of the Bernese Alps. It is notably overlooked by the Eiger, Mönch, and Jungfrau and many other high peaks. 
🔹The valley includes several glaciers. Together with the adjacent valley of Grindelwald, the Lauterbrunnen Valley forms part of the Jungfrau Region of the Bernese Oberland, between Interlaken and the main crest of the Bernese Alps.
🔹Similarly to Grindelwald, Lauterbrunnen has become a major tourist destination and is connected to Interlaken by the Bernese Oberland Railway and is the start of the Wengernalp Railway, leading to Kleine Scheidegg. The latter resort is the start of the Jungfrau Railway, the highest railway in Europe and a gateway to the Jungfrau-Aletsch protected area.
🔹Most famous waterfalls in Lauterbrunnen: Staubbach Fall, Trimmelbach Falls, Mirrenbach Fall, Spissbach Falls, Sefinen Fall, Staldenbach Falls, Holdri Falls and Talbach Fall.
🔹Bäckerei Stefan von Allmen - Bakery Stefan von Allmen.
🔹Warenanlieferung bergbahn lauterbrunen-mürren - Delivery of goods to the Lauterbrunen-Murren cable car.

Lauterbrunnen adalah sebuah perkampungan kecil di Bern Canton di Switzerland, terletak dalam lokasi yang cukup indah. Lembah Lauterbrunnen adalah antara rizab alam semula jadi terbesar di Switzerland. Terdapat lebih 72 air terjun di kawasan itu dan beberapa darinya boleh dilihat dari Lauterbrunnen sendiri. 

Nama 'Lauter Brunnen' atau 'many springs' menunjukkan kehebatan landskap ini dengan air terjunnya. Yang paling terkenal ialah Air Terjun Staubbach. Mengalir turun hampir 300 meter dari permukaan batu yang menjulang, ia adalah salah satu air terjun-bebas tertinggi di Eropah. Sehingga 20,000 liter air sesaat dari sepuluh glasier jatuh dari ketinggian keseluruhan kira-kira 200 meter.
Bianca`s Spiegelsaal - hair salon

Lauterbrunnen adalah apa yang kebanyakan orang bayangkan apabila mereka memikirkan Switzerland. Bayangkan pemandangan menakjubkan Swiss Alps yang terkenal di dunia, dikelilingi oleh air terjun yang menderu dan lembah yang penuh dengan tempat penginapan yang menawan. Ia adalah bandar Switzerland yang klasik.

Bandar lembah Lauterbrunnen yang terletak 795 meter di atas paras laut ini adalah titik permulaan untuk beberapa destinasi persiaran yang paling terkenal di wilayah Jungfrau. Trek kereta api menghubungkan Lauterbrunnen dengan teres Wengen di sayap timur Lembah Lauterbrunnen dan Kleinen Scheidegg, stesen tempat menukar kereta api untuk perjalanan seterusnya ke Jungfraujoch.

Kedudukan Lauterbrunnen di tengah-tengah pergunungan Alps menjadikannya tempat yang ideal untuk menikmati pelbagai aktiviti alpine dan keindahan semula jadi pada musim sejuk dan musim panas. 
Valley Hostel

Landskap Lauterbrunnen dihiasi dengan hotel, hostel, apartment, rumah penginapan dan rumah-rumah gaya chalet dan dikelilingi oleh padang hijau dan gunung yang menjulang tinggi yang dilitupi salji. 

Lauterbrunnen adalah salah satu lokasi kegemaran untuk pengembara dan pencinta alam semula jadi yang datang ke Switzerland. Ia menawarkan pemandangan padang rumput alpine yang menakjubkan, puncak yang megah dan lagun glasier yang tiada tandingannya.

Bilakah masa yang paling sesuai untuk ke Lauterbrunnen? Musim panas (Jun - Ogos). Musim panas ialah musim pelancongan kemuncak di Lauterbrunnen. Cuaca panas dan cerah, dan siang yang lebih panjang menyediakan banyak masa untuk meneroka dan menghargai keindahan kawasan ini.

Di Lauterbrunnen dan kawasan sekitarnya, bahasa yang paling biasa dituturkan ialah bahasa Jerman Switzerland (sangat serupa dengan bahasa Jerman, hanya beberapa perbezaan dalam dialek). Penduduk tempatan berkemungkinan besar memahami dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, terutamanya jika mereka terlibat dalam pelancongan.
Metzgerei Fuchs - Butcher shop

Ferienwohnung Bahnhöfli - Holiday apartment Bahnhofli

Air terjun Lauterbrunnen adalah ciri sebenar bandar ini dan merupakan tarikan pelancong yang tersendiri. Jalan utama kampung ini dipenuhi dengan hotel, restoran, kafe, kedai dan pasar raya. Kalau berjalan-jalan di sini pun pada saya sudah cukup menarik sekali. 
Hotel Restaurant Schützen

Hotel Jungfrau. Sudah kelihatan salah satu air terjun yang ada di Lauterbrunnen ini.

Hotel Staubbach


Cantik sungguh air terjunnya.

Seperti yang ada saya tuliskan dalam blog sebelum ini, di dalam kelompok rumah-rumah seperti ini yang sering kita nampak di landskap Switzerland, ada yang bukan rumah tapi merupakan tempat menyimpan peralatan survival dan senjata sebagai langkah-langkah survival dan keselamatan penduduk sekitarnya jika berlaku peperangan atau perang nuklear. 

Bus kami park di kawasan parking yang besar ini namanya Parkplatz Lauterbrunnen (Lauterbrunnen car park).

It is so nice lah mereka buat tempat parking untuk pelancong berhampiran dengan lokasi air terjun. Jalan ke air terjun juga nampak landai dan tidak mendaki.

Luas sungguh tempat parking ini. Maklum sajalah, Luaterbrunnen ini cukup popular di kalangan tourists.

Yang tengah tu Hotel Horner. Next to it is Angies Apartment (a holiday apartment). So there are lot of lodgings in this tranquil town for visitors who wanted to stay here for long periods. 

This is Staubbachfall Wasserfall or Staubbach Waterfall. 
Wikipedia:
Staubbach Falls is a waterfall in Switzerland, located just west of Lauterbrunnen in the Bernese Highlands. The waterfall drops 297 metres from a hanging valley that ends in overhanging cliffs above the Weisse Lütschine.

Lauterbrunnen ialah sebuah perkampungan yang indah yang terletak di antara lembah yang dalam dan dikelilingi oleh beberapa air terjun dan pemandangan yang indah. Kampung ini agak kecil dan cara terbaik untuk melihat kawasan ini adalah dengan berjalan-jalan. Lauterbrunnen terkenal terutamanya untuk mountain biking and hiking.


Peta Lauterbrunnen yang menunjukkan lokasi-lokasi air terjun yang ada di sini. 

Wikipedia:
Staubbach Waterfall's 
stream, on reaching the verge of the rocky walls of the valley, forms a cascade so high that it is almost lost in spray before it reaches the level of the valley. 

After rain, and early in the season when fed by melting snow, Staubbach Falls is very striking. The force of the stream above the fall at such times is sufficient to carry the water clear of the precipice, and the whole mass descends in a condition of liquid dust, between spray and cloud, that sways to-and-fro with the gentlest breeze. In a dry summer, when the supply of water is much reduced, the effect is comparatively insignificant.

Air Terjun Staubbach mungkin adalah yang paling terkenal daripada 72 air terjun di lembah Lauterbrunnen. Air terjun ketiga tertinggi dengan ketinggian 297 meter ini mudah dikunjungi dengan hanya berjalan kaki dari tempat letak kenderaan ini dan tidak perlu naik gondola atau mendaki. Pengunjung boleh juga mendaki laluan tanah pendek ke sudut pandangan yang lebih dekat, kemudian melalui terowong untuk melihat bahagian belakang air terjun ini.



Dengan ketinggian hampir 300 meter, bila kami berada sedekat ini di kaki air terjun ini, kami tidaklah jadi basah kerana bila air jatuh dari ketinggian ini, ia tersebar ditiup angin. Jadi bila sampai bawah percikan airnya tidaklah kuat.

Apa yang membuatkan Air Terjun Staubbach begitu menarik ialah kedudukannya. Dari dalam bas tadi, sebelum parking, kami sudah boleh nampak air terjun besar dan tinggi ini. Dan bila sampai tempat parking, kami terus dihidang dengan pemandangan air terjun yang cukup indah ini.

Dari tempat parking ini boleh nampak Staubbach Waterfall, Spissbach waterfall dan Mürrenbach Waterfall.

Pemandangan tebing gunung bersetentangan dengan Staubbach waterfall.


Pada musim menghampiri summer, angin berputar di sekitar, sehingga air dari air terjun ini tersebar ke semua arah. Titisan percikan air ini memberikan nama air terjun itu iaitu 'Staub' yang bermaksud 'dust'.


Saya juga zoom dekat-dekat untuk capture puncak Air Terjun Staubbach ini. 

Banyak airnya. Saya baca pada musim-musim selain winter, glasier mencair menjadikan air terjun ini kelihatan lebih hebat dan dramatik berbanding ketika musim sejuk. 


Air Terjun Staubbach melengkapkan pemandangan landskap yang cukup hebat ini, yang termasuk dinding lembah berbentuk U yang curam dan berglasier serta puncak ikonik Swiss Alps Eiger, Mönch dan Jungfrau.



Kelihatan di tebing gunung sebelah kiri itu Hasenbach Waterfall.

Hasenbach Waterfall (kanan) dan Mürrenbach Waterfall (kiri).

Kalau tak silap gunung di tengah dalam foto ini adalah gunung Schwarzmönch (Black Monk). 

Wikipedia: The Schwarzmönch is a mountain of the Bernese Alps, overlooking Lauterbrunnen in the Bernese Oberland. It forms a huge buttress on the north-west side of the Jungfrau, to which it is connected by the ridge named Ufem Schwarzen Grat. East the summit is located the Silberhorn Hut.



Kirche Lauterbrunnen (Lauterbrunnen Church).

Jom kita jalan-jalan di tepi air terjun.

Bergambar kenangan.

Pemandangan air terjun dari sini adalah lebih awesome.









Ini Cimetière de Lauterbrunnen (Cemetery of Lauterbrunnen) atau Friedhof Lauterbrunnen (Lauterbrunnen Cemetery). 

Batu nisan di sini adalah unik dalam bentuk dan pembinaannya; seperti hewn rock, granite slab atau kayu dengan struktur bumbung kecil. Beberapa batu nisan diukir dengan gambar rumah dalam landskap pergunungan.

Tanah perkuburan ini adalah untuk pengebumian bagi mereka yang tinggal di Wengen, Mürren, Gimmelwald, Stechelberg, dan Lauterbrunnen. Selalunya bandar asal mereka diukir pada batu nisan.

Friedhof Lauterbrunnen dibentangkan dalam deretan yang kemas dengan laluan batu dengan setiap satu plot kubur mempunyai taman bunganya sendiri.


Di tanah perkuburan ini terdapat batu nisan yang terukir dengan helikopter, bas, trak, trem, dan juga perahu layar yang memberi kita gambaran tentang kehidupan dan hobi mereka.


Suasana tenang dan nyaman sekali. Tiada kesesakan pelancong ketika ini.

Kadang-kadang saya rasa macam kekok pula bila tiada pelancong yang berpusu-pusu kerana selalunya bila ke tempat-tempat tarikan pelancongan selalunya akan ada berbondong-bondong pelancong.

Ada sebuah dataran kecil di sini yang saya rasa dibuat khas untuk pengunjung bergambar dengan berlatarbelakangkan Air Terjun Staubbach dan lembah Lauterbrunnen.


So beautiful! SubhanAllah.





Info tentang Air Terjun Staubbach.






Di dataran ini juga ada fountain minuman. 


100 jahre wasserversorgung Lauterbrunnen - 100 years of Lauterbrunnen water supply.






Dari sini pula kami dapat lihat dua air terjun; di sebelah kanan adalah Buchenbach Falls dan Mürrenbach Falls.

Buchenbach Falls (kiri) dan Mürrenbach Falls (kanan).

 Dari kanan: Staubbach Fall, Mürrenbach Falls dan Buchenbach Falls.

Kelihatannya ada lembu di bawah pokok di sana. Excited kami 😃. Jom kita zoom-in.

Ini baka lembu simmental yang diternak untuk kedua-dua susu dan dagingnya.
Wikipedia: The Simmental or Swiss Fleckvieh is a Swiss breed of dual-purpose cattle. It is named after the Simmental – the valley of the Simme river – in the Bernese Oberland, in the canton of Bern in Switzerland. It is reddish in colour with white markings, and is raised for both milk and meat.



Baka Swiss Holstein.
Wikipedia: The Swiss Holstein is the Swiss variant of the international Holstein-Friesian breed of dairy cattle. The Swiss Holstein is a dedicated dairy breed.

Simmental cattle.

Zoom-in untuk nampakkan tingkat-tingkat air terjun ini. SubhanAllah, cantik sangat!

Berikut adalah beberapa foto-foto lembu-lembu Swiss sedang bersantai dan meragut di padang hijau dengan latarbelakang air terjun Lauterbrunnen.




Pernah dulu saya ada baca adalah penting untuk para penternak menjaga kesihatan mental haiwan ternakan, selain menyediakan makanan yang cukup dan berkhasiat serta penjagaan kesihatan fizikal ternakan mereka. Ia adalah untuk memastikan, contohnya penghasilan dan pengeluaran susu oleh lembu tenusu adalah maksima dan berkualiti. Jadi melihat pada lembu-lembu di sini nampaknya mereka cukup sihat mentalnya berada dalam kawasan indah sebegini 😃😄.




Beginilah rupa lembu Swiss yang sihat fizikal dan mentalnya 😃😄.


Jom jalan sedikit lagi ke dalam. Kami tidaklah sampai ke hujung sana sebab limited time. 


Ada juga biri-biri di sini 😀. 

Terdapat tiga jenis biri-biri utama di Switzerland: Swiss White, European Brown, dan Alpine. Swiss White adalah jenis biri-biri yang paling biasa di Switzerland. Ia adalah baka dwi guna, yang diternak untuk daging dan bulu. Terdapat lebih kurang 469,000 ekor biri-biri di Switzerland.

Di Switzerland, loceng digantung pada lembu dan biri-biri sebagai tanda bahawa haiwan itu adalah haiwan ternakan yang bermilik. Hari ini bunyi loceng yang berkumandang di padang rumput Switzerland menandakan kehadiran haiwan yang meragut dan membolehkan gembala mengesan kawanan mereka dalam kabus, pada waktu malam dan jauh di dalam lembah.

Petani memakaikan loceng pada ternakan mereka mungkin lebih kerana tradisi daripada keperluan sebenar. Kini terdapat alternatif kepada loceng, seperti pagar elektronik dan loceng elektronik yang dilengkapi dengan GPS.
This adorable sheep is wearing a beautiful vintage Gusset Uetendorf handmade Swiss bronze bell with leather belt.

Kenapa la anak biri-biri ni nampak macam tengah tersenyum sampai terpejam mata dia! Cute sangat! 😊😍

Gunung Schwarzmönch (Black Monk). Saya baca ada orang lokal yang buat beer (black lager) guna nama 'Schwarz Mönch' sempena nama gunung ini. Pengusaha bir itu dapat idea nak buat bir sebab kata dia pada zaman dulu monastery di Interlaken (tidak jauh dari Luaterbrunnen ini) adalah pembuat bir. 


Mürrenbach Falls.

Buchenbach Falls.


Eh... ada pula bunga tulip. Jom kita ambil gambar 😄.

Dapat juga kami tengok bunga tulip 😄😃.

Inilah kali pertama I'm seeing actual tulips 😃. Sebelum ini tulip plastik je 😄.



So lovely. 










Terdapat banyak kawasan penternakan biri-biri di Switzerland. Swiss Alps ialah tempat yang bagus untuk menternak biri-biri kerana mempunyai banyak lembah dan dataran yang sesuai untuk penternakan biri-biri. 

Iklim di Switzerland juga sesuai untuk menternak biri-biri. Ini memungkinkan untuk menternak biri-biri sepanjang tahun. Kambing biri-biri hidup sihat di Switzerland kerana udara yang bersih dan rumput yang sihat yang tumbuh di sini.

Penternakan biri-biri di Switzerland bermula pada Zaman Pertengahan apabila gembala membawa ternakan biri-biri mereka untuk meragut di padang-padang rumput di tanah tinggi pada bulan-bulan musim panas. 

Di Switzerland, biri-biri diternak terutamanya untuk bulu dan dagingnya. Ia merupakan bahagian penting dalam ekonomi pertanian negara.
 
Kebanyakan biri-biri Switzerland adalah daripada baka Eropah yang dikenali sebagai Merino. Ia sangat sesuai dengan iklim dan rupa bumi Alpine dan menghasilkan bulu yang berkualiti tinggi. Penternak biri-biri Switzerland sangat menekankan pengeluaran bulu berkualiti, yang digunakan dalam pelbagai aplikasi.

Penternakan biri-biri juga memberi kesan positif kepada alam sekitar. Kambing biri-biri meragut di padang rumput, yang membantu memastikan kawasan padang dataran ragut sihat dan produktif. Selain itu, baja kambing biri-biri adalah baja semulajadi yang sangat baik yang boleh meningkatkan kesihatan tanah.

Sheep and cow predators here in Swiss are wolves, lynx, bears and golden jackals. So herd protection dogs are needed, in addition to fences and night pens to protect the livestock.

Ok, sampai di sini sahaja jalan-jalan kami. Jom kita patah balik ke tempat parking. 









Friedhof Lauterbrunnen (Lauterbrunnen Cemetery). 




Ada kerja-kerja maintenance di sini. 


This maintenance company does pipe cleaning, sewer cleaning, clogged drain cleaning, sewer renovation, sewer maintenance and other services.




Friedhof Lauterbrunnen (Lauterbrunnen Cemetery). 





Super adorable Easter window decorations. 

Tradisi Swiss Easter yang unik melibatkan pembuatan pokok berpasu kecil yang dibuat dari daripada ranting-ranting pokok sebenar yang kemudiannya digantungi dengan Easter eggs yang dihias. Tradisi ini dikenali sebagai Osterbaumli (Easter tree), dan ia juga berkaitan dengan meraikan ketibaan musim bunga.







Ada banyak juga hotel, rumah penginapan dan holiday apartments di sini.



Saya ternampak ada bintik merah di tebing gunung sana, di anak panah merah dalam foto di bawah. Curious, saya pun zoom-in. 

Rupanya ada bendera Switzerland pada satu gua kecil.




Banyak betul rumah-rumah di atas gunung. 





Kelihatan tren ke Jungfraujoch sedang lalu. 

The Lauterbrunnen-Mürren mountain railway. Kelihatan juga biri-biri di lereng gunung ini.

Kelihatan juga Evangelisch reformierte Kirche Wengen / Evangelical Reformed Church in Wengen. Di belakangnya ialah Hotel Palace, Wengen.
Wikipedia: Wengen is a mountain village in the Bernese Oberland of central Switzerland. Located in the canton of Bern at an elevation of 1,274 metre above sea level, it is part of the Jungfrauregion and has approximately 1,300 year-round residents, which swells to 5,000 during summer and to 10,000 in the winter. Wengen hosts the classic Lauberhorn ski races of the FIS Alpine Ski World Cup in January.








Beautiful cherry blossoms. 




Sebuah rumah penginapan dengan mural air terjun di terrace. 

Ini Kirche Lauterbrunnen (Lauterbrunnen Church). The church building, built in 1831/32, is a hall church in the classical style, attached to which is the tower with an octagonal helmet in the local style, which was redesigned in 1955. 
Penganut agama Kristian adalah majoriti di sini terdiri dari Roman Catholic, Swiss Reformed Church, Orthodox church and other Christian Church. Juga ada Muslims, Buddhists dan agnostic or atheist.

Trek kereta api Lauterbrunnen-Mürren mountain railway.

Tiada masjid di Lauterbrunnen. Juga tiada restoran halal di pekan ini. Terdapat beberapa restoran di Lauterbrunnen yang menyajikan hidangan vegetarian seperti di Hotel Oberland, Hotel Silberhorn dan Kileysmom's point.

Ada bakery shop jual waffle, donut dan minuman. 


Kampung Lauterbrunnen.





Beautiful tiny droplets on Alchemilla micans.






Ada sesuatu yang menarik pada depan chalet im rohr itu. Jom kita zoom-in.


Ooo.. rupanya loceng-loceng lembu tradisional.
















Ada pula Lauterbrunnen meow ni! 😃😄😍

Terus teringat Tam Tam, kucing kami. Dah la same species. 

Manja pulak tu!

Bye love... 😍.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.


No comments:

Post a Comment