Blausee ialah sebuah tasik di Bernese Oberland, Kandergrund, Switzerland. Ia terletak berhampiran sungai Kander. Tasik ini mempunyai ketinggian 887 meter dan keluasan 0.64 hektar.
myswitzerland.com: The eyes of the beautiful maiden who died of a broken heart were deep blue. The Blue Lake is also deep blue, in eternal memory of the love of the maiden, which persists beyond death. The small Blausee, steeped in legend, is located in the midst of a small nature park.
Wah... ada kisah lagenda beautiful maiden bermata biru...
Mungkin warna biru turquoise dipilih untuk sign 'Blausee' ini sempena lagenda beautiful maiden bermata biru. Or perhaps simply because Blausee literally means blue lake 😄.
Peta Blausee.
Jalan masuk ke Blausee dari jalan utama.
Tempat parking Blausee. Di bangunan hujung sana itu ada kemudahan locker dan cycle parking.
Information boards about Blausee.
Jom kita baca.
The Blausee Shop.
Maklumat waktu lawatan dan info kemudahan yang ada di nature park ini.
Willkommen.
Di Blausee Shop juga adalah kaunter jual tiket untuk masuk ke Blausee Nature Park. Amar, our tour guide tolong belikan tiket. Oleh kerana Blausee adalah tasik persendirian, ada tiket yang dikenakan untuk masuk melawat. Harga tiket sebenar adalah CHF 11 (RM 57) seorang. Walau bagaimanapun kami mendapat diskaun Group Ticket CHF 9 (RM 47) seorang.
Tasik persendirian? Siapakah pemilik Blausee?
oaklins.com: Philipp Hildebrand, a former head of the Swiss National Bank and currently Vice-Chairman of BlackRock, André Lüthi, Chairman and CEO of Swiss tour operator Globetrotter Group, and Stefan Linder, co-founder of the Swiss Economic Forum, jointly acquired 75% of the shares of Blausee AG via the newly founded (SPV) Lakus Holding AG.
Blausee AG owns and operates a property at the famous Blue Lake in the Kander valley in the Bernese Oberland with a hotel & Spa, two restaurants and a trout farm.
blausee.ch: Blausee shop
Our new Blausee shop is situated next to the car park/Blausee entrance. In addition to many fine Blausee products, you can also find high-quality souvenirs, candles, crystals, Blausee lucky charms, chocolate, fish and meat products from the local region and a hand-picked range of products and gifts. Fresh organic trout, trout mousse and other products can also be purchased during opening hours. It is well worth a visit.
blausee.ch: Trout Shop
Our rainbow and salmon trout grow in the crystal-clear mountain spring water of the beautiful Blausee for around 24 months. They have the “Bio Suisse" seal of approval and are certified by “Bio Inspecta. Our alpine organic trout products are a delight for gourmets and connoisseurs - premium-quality with a unique taste. They are available to purchase in the shop, online, in the restaurant or by post.
Frische forellen - fresh trout.
Bio-regenbogenforelle - organic rainbow trout |
Ok, jom ke masuk ke nature park ini.
Dari entrance kami pun berjalan kaki ke tasik. Tidak jauh, cuma lebih kurang 200 meter sahaja.
Indah sungguh pepohonan yang mempesona dan batu-batuan yang dilitupi lumut. Teringat masa kami ke Mossy Forest, Cameron Highlands.
Beautiful and unspoiled moss.
Saya baca promo nature park ini:
"Immerse yourself in an enchanting world of gnarled trees and moss-covered rocks and recharge your batteries at this unique source of power and inspiration. Whatever the season, Lake Blau is always worth a visit".
Berjalan melalui taman alam semula jadi yang pristine ini rasa macam dalam surroundings that are reminiscent of a fairytale.
Laluan yang kami guna ini dipanggil Hauptweg atau Main Path. Ianya laluan yang terdekat untuk ke tasik. Ada 2 laluan lain iaitu Waldweg (Forest Path) dan Schluchtenweg (Gorge path) yang laluannya lebih jauh lagi.
Ada juga bahagian laluan ini yang menurun bukit tapi tidaklah terlalu curam. Cumanya masa itu sedang hujan renyai, maka perlulah berhati-hati.
Bila jalan menurun begini, mulalah terfikir masa balik nanti kena memanjat... hihi 😅. Maklum la usia begini mestilah be aware of such conditions.
Memang cantik sungguh hutan di nature park ini.
Dengan suhu belas-belas dan sedikit hujan renyai, suasananya cukup nyaman dan mendamaikan.
Sudah kelihatan tasik Blausee, tasik yang dikatakan terkenal di dunia dengan airnya yang jernih berwarna biru yang paling indah. Blausee secara literal bermaksud tasik biru. Airnya benar-benar cantik dan biru dan katanya bergantung kepada keadaan cahaya pada hari-hari tertentu ia boleh kelihatan lebih kebiruan berbanding dengan hari-hari lain.
Ada banyak kerusi meja disediakan di tepian tasik ini untuk pengunjung berehat santai sambil menikmati keindahan tasik, kehijauan alam dan kawasan pergunungan sekitarnya.
Dengan warna airnya yang sangat istimewa dan sejernih kristal, yang mempunyai sumber di mata air bawah tanah, Blausee ialah salah satu tasik gunung yang paling terkenal di Switzerland.
Tasik ini terletak di tengah-tengah taman alam semula jadi seluas 20 hektar dengan landskap yang dibentuk oleh gelongsor batu yang membawa kepada penciptaan tasik ini. Blausee telah dibentuk lebih 15,000 tahun yang lalu oleh kejatuhan batu (rock fall), di dalam serpihan di mana tasik itu kini terletak.
Since tasik ini kecil sahaja saiznya, maka boat cruise ini tidaklah lama. Ada la dalam 15 minit sahaja.
Memandangkan satu trip bot ini boleh muat 14 orang sahaja, maka kumpulan kami split to 2 groups.
Tasik dan hutan pergunungan istimewa ini telah sudah lama menarik minat penduduk tempatan dan pelancong. Pada tahun 1885 Blausee dipuji dalam travel guides sebagai "a gem of a landscape immersed in the silence of a magical forest". Hari ini, nature park ini sangat mudah diakses dengan beberapa laluan pejalan kaki yang sangat scenic, dan disediakan pula tempat berkelah dan tempat unggun api. Terdapat juga sebuah hotel dengan spa di tepi tasik, dan di sebelahnya terdapat ladang ikan trout organik.
Walaupun tasik biru-pirus ini hanya 17 meter jaraknya dari sungai Kander, airnya berbeza dari sungai itu. Sumber air Blausee adalah dari air bawah tanah yang mengalir dari lembah Kander. Warna airnya yang luar biasa adalah faktor kejernihannya di mana hanya bahagian biru spektrum cahaya yang diserap dan ini adalah warna yang kelihatan pada mata manusia. Jernihnya air tasik ini hingga batang-batang pokok dan batu-batu besar di dasarnya sedalam 12 meter ke bawah boleh kelihatan seperti berada di bawah permukaan air.
Dari tebing tasik ini kami boleh nampak beberapa air terjun kecil yang cukup indah sekali. Jom kita zoom-in.
Wow... cantiknya. SubhanAllah.
Zoom lagi dekat.
Apakah jenis ikan yang ada di Blausee? Blausee menjadi habitat yang sangat ideal untuk ikan trout dan salmon. Air Blausee yang kaya dengan mineral, yang juga digunakan di trout farm di sini, adalah air mata air gunung yang jernih dan bersih dengan kualiti yang sangat baik. Bolehkah memancing di Blausee? Boleh tapi mestilah membayar mengikut berat kilo tangkapan.
Kelihatan Blausee Hotel & Spa, a 3-star hotel. Rate RM1.4k semalam.
Bolehkah berenang di tasik Blausee ini? Sepanjang tahun, tasik ini kekal suhunya antara 6 hingga 8 darjah. Oleh kerana statusnya yang dilindungi, berenang dan mandi di tasik ini adalah dilarang.
Papan amaran 'Please do not feed trouts'.
Tasik indah ini juga ada kisah lagendanya sendiri. Lama dahulu, tasik kecil yang menawan di atas lembah Kander ini kelihatan berbeza dengan apa yang dilihat hari ini. Airnya hampir sama dengan semua tasik-tasik gunung kecil yang lain.
Al kisah di tebing tasik ini tinggal seorang gadis yang telah jatuh cinta pada seorang pengembala muda. Pada malam terang bulan, mereka berdua akan pergi ke tasik alpine yang dikelilingi oleh pokok cemara purba dan duduk di atas rakit yang dibuat oleh pemuda itu untuk menghabiskan masa bersama. Sambil terapung di atas air tenang tasik, mereka mencipta banyak masa bahagia bersama dengan mengimpikan impian masa muda mereka.
Kemudian pada suatu hari si pengembala itu terjatuh dari tebing tinggi ketika dia sedang mengumpul jerami sebelum membawanya ke bawah gunung, dan terbunuh. Si gadis itu tidak dapat ditenangkan sejak saat itu. Pada tengah malam, dia akan pergi ke tasik kecil yang tersembunyi itu dan meratapi cintanya yang hilang.
Sedikit demi sedikit, dia mula hilang akal. Dia tidak menghiraukan ibu bapanya apabila mereka merayu supaya menghentikan lawatan setiap malamnya itu. Si gadis bagai terus 'ditarik' ke tasik oleh suatu kuasa misteri.
Pada suatu pagi, si gadis dan rakitnya ditemui di dasar tasik dan air tasik telah berubah warna menjadi biru tua sejak kejadian itu. Kata orang, ia disebabkan oleh air mata cinta si gadis yang sangat kesedihan, airnya sebiru mata si gadis yang malang itu.
Jernih air tasik ini kita boleh nampak ikan trout dan salmon berenang-renang.
Then, giliran kumpulan kami pula naik bot. Walau pun service boat cruise sudah berakhir iaitu pada pukul 4:45 petang, uncle ini bersetuju bawa kami since half of our group members sudah pun dibawanya cruising earlier. Bot kami riuh rendah masa itu. Gelak ketawa memecah kesunyian suasana tasik indah ini. Ini menjadikan uncle bot terhibur. Ada seorang akak cukup berminat pada uncle memuji si uncle kerana dia bermata biru. Mata si uncle ni memanglah sungguh biru sekali. Maka berlakulah usik mengusik antara mereka. Kami yang lain apa lagi, lagilah menggalakkan mereka... hahaha
Di interview, uncle bot bercerita dia berusia 68 tahun dan anak sulungnya sudah berusia 38 tahun. He seemed jovial and genuinely happy interacting with us. Terhibur dia layan telatah akak-akak dalam group kami ini 😄. Sebelum beredar kami ucapkan terima kasih pada uncle bot sebab dia sudi buat overtime bawa kami cruise. To show our appreciation, kami semua juga beri uncle tips. Gembira dia 😊. He is truly a very nice person!
Itu brucke mit magd atau bridge with maiden.
Hujan semakin lebat, jadi kami pun terus beredar, berjalan semula ke tempat parking. Maka tidaklah sempat untuk explore bahagian lain sekitar tasik. Tapi kami berpuas hati walau pun lawatannya tidak lama.
Sampai di entrance/exit.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Cantik Tasik Blausee, cantik semua foto. Kami tak sempat ke tasik ni dulu. Moga dapat ke Switzerland lagi. Aamiin.
ReplyDeleteThanks Mulan.
DeleteAminnn...