Friday, July 14, 2023

ITALY & SWITZERLAND - ITALY: VENICE - RIALTO BRIDGE & SAN GIACOMO DI RIALTO

Assalamualaikum.
Lepas selesai gondola cruise masih lagi ada masa sebelum waktu berkumpul dengan group. Rendezvous point adalah di Rialto Bridge, maka ke sanalah kami.  

Kami pun berjalan dari Campo Manin menuju ke Grand Canal berdekatan Rialto bridge. Sambil itu terus merakam foto.

Masa berjalan tu kami perasan ada banyak dinding-dinding bangunan yang with exposed bricks. Dari apa yang saya baca, kebanyakkan bangunan-bangunan di Venice ini sudah berusia lebih seribu tahun. Adakah exposed bricks yang kami nampak ini seusia itu? 


Melihat exposed bricks ini mengingatkan saya pada yang sama yang saya nampak di Malaysia. Contohnya, di bawah ini adalah foto batu-bata Belanda dari tahun 1641 yang ada pada bangunan lama di tepi sungai Melaka.

Yang ini pula dinding bangunan yang memang dibiarkan exposed yang ada di Hotel Puri, Melaka, sebuah boutique hotel.

Yang ini adalah arch di Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak.

Ini di Ah Quee Street, Penang. 

Ini Pintu Gerbang British di Muzium Kota Kuala Kedah.

Kami pun sampai ke Grand Canal. Kelihatan sebuah jambatan putih. Itulah Rialto Bridge. Kawasan tepi Grand Canal ini dipanggil Riva del Ferro.
 
Riva del Ferro (iron bank) ialah salah satu promenade di tepi Grand Canal yang menjadi tumpuan pelancong kerana lokasinya yang bersebelahan dengan Rialto Bridge yang ikonik itu. Terdapat juga waterbus stop Rialto di sini. 
Kami nampak ada water taxi di sini and was wondering how much it'll be to go for a short tour on the Grand Canal with the water taxi. Tidak seperti Gondola Service, tiada sebarang papan maklumat tentang such tour service. Nak tanya, pemandunya tiada pula. Anyway, we're pretty sure it'll cost a bomb 😅. 

Promenade ini bersama Riva del Vin  (bank of wine) di bahagian yang bertentangan di seberang Grand Canal sana adalah dipenuhi dengan restoran/cafe, bar dan hotel. Ia juga lokasi  yang bagus untuk melihat dan merakam foto Rialto Bridge. The place to be to enjoy the magic of the Grand Canal and Venice.

Kelihatan juga sedang berlabuh sebuah bot hijau ini. That's a garbage collection boat. 

Di spot popular macam ini tentulah ada restoran dan cafe with outdoor seatings for tourists to relax and have food and drinks.

Di sinilah tempat pertemuan dengan group members lain nanti. 

Ini bot-bot water taxi dan persendirian (penduduk lokal sahaja). 
🔹Kebiasaannya water taxi Venice menawarkan perkhidmatan penghantaran peribadi untuk orang perseorangan atau kumpulan dari sekitar pusat bandar, ke lapangan terbang M. Polo, tempat letak kereta, Stesen Kereta Api S. Lucia dan terminal pelayaran. 
🔹Boleh juga disewa untuk melawat Islands of the Lagoon (Murano, Burano dan Torcello). 
🔹Kalau tadi naik gondola cajnya €80, saya baca perjalanan di dalam pusat bersejarah Venice ini dengan water taxi cajnya adalah €40 hingga €70, bergantung pada jarak, waktu dan sama ada kita dapatkan water taxi itu di jeti atau buat booking secara online. 
🔸Adakah penduduk di Venice mempunyai bot? Ya, kerana ramai penduduk Venice memerlukan bot untuk bekerja. Satu dalam dua keluarga di Venice memiliki bot riadah.
🔸Bolehkah pergi ke Venice dengan bot sendiri dan melalui Grand Canal? Jika bot kurang daripada 10 kuasa kuda, ya boleh. Jika tidak, perlu membeli lesen sementara dari pihak perbandaran. Dan tentulah juga perlu mengetahui undang-undang lalu lintas bot di Venice atau berisiko dikenakan denda yang berat.

Di seberang sana ialah Riva del Vin. Deretan bangunan-bangunan di situ ada historical landmark, restoran-restoran, hotel-hotel dan Consulat de France.

Rumpai lagun di Grand Canal. Saya baca memang ada ikan dalam terusan ini tapi kami tiada pula nampak orang memancing. Mungkin sebab Grand Canal ni sibuk dengan banyak bot-bot yang lalu lalang. Dua ikan tempatan yang paling penting di sini ialah sardele (pilchards) dan sardon (ikan bilis), kedua-duanya terdapat di Venetian lagun ini sendiri. Ikan-ikan ini ada banyak dan murah harganya.

Hmm... ada pulak botol plastik. Begitulah kalau tempat tourists attraction begini yang dilawat oleh ribuan pelancong, maka susahlah nak be 100% clean. But generally, memang saya perhatikan persekitaran di Venice ini adalah bersih, which is quite impressive exactly given the fact that, like I stated, it is flocked by so many tourists on daily basis. Plus the many rules and regulations di sini pun sangat ketat dengan denda sebanyak antara €25 ke €500 boleh dikenakan pada pesalah.

Bila tiada banyak bot-bot lalu lalang, suasana Grand Canal ini nampak begitu tenang.

Ok, jom kita ke Rialto Bridge.

Jambatan Rialto (Ponte di Rialto) adalah yang tertua daripada empat jambatan yang merentangi Grand Canal. Menghubungkan sestieri San Marco dan San Polo, ia telah dibina semula beberapa kali sejak pembinaan pertamanya sebagai jambatan pontun pada tahun 1173, dan kini menjadi tarikan pelancong yang penting di bandar ini.

Jambatan gerbang batu ini dibina merentasi lokasi kelebaran Grand Canal yang paling sempit. Dibina pada tahun-tahun penutup abad ke-16, Jambatan Rialto terkenal sebagai pencapaian seni bina dan kejuruteraan zaman Renaissance. Ia direka dan dibina oleh Antonio da Ponte dan anak saudaranya, Antonio Contino, berikutan pertandingan reka bentuk di bandar.

Jambatan Rialto telah memberi inspirasi kepada ramai artis. Jambatan ini muncul dalam beberapa lukisan oleh artis yang diilhamkan oleh gerbang marmarnya.

Nama Rialto berasal dari "RIvo Alto", yang bermaksud "high channel" tetapi secara beransur-ansur menjadi Rialto (exchange, marketplace).
Untuk duduk minum-minum di tepi Grand Canal sebelah Rialto Bridge sambil melihat boats passing by and people watching rasanya adalah 'cita-cita' yang ingin dicapai oleh ramai pelancong barat bila ke Venice.

Jambatan pertama di lokasi ini, dikenali sebagai Ponte della Moneta, ialah jambatan pontun kayu yang direka pada tahun 1178 oleh Nicolò Barattieri. Struktur itu telah dibina semula pada 1255 dan 1264 dan, berikutan beberapa keruntuhan, akhirnya digantikan oleh Jambatan Rialto untuk menyediakan akses yang lebih baik ke Rialto, pusat kewangan utama Venice. Jambatan itu berfungsi sebagai satu-satunya struktur tetap yang melintasi terusan sehingga tahun 1850-an; sebelum itu, lintasan pejalan kaki di lokasi lain dilakukan dengan feri gondola.

Ini pemandangan Grand Canal dari separuh tangga naik ke puncak jambatan.

Di jambatan ini juga ada 2 baris kedai-kedai yang kami perhatikan kebanyakkannya menjual souvenirs. Kedai-kedai ini sudah ujud sejak jambatan ini dibina dan ketika itu sewanya adalah yang termahal di Venice kerana lokasinya yang sangat strategik. 

Pemandangan Hotel Rialto (Rialto Unique Venice Experience), sebuah hotel 4 bintang di tepi Grand Canal bersebelahan Rialto Bridge. 

Kawasan di sekitar jambatan ini adalah salah satu bahagian pertama Venice yang dibina. Sutera, rempah ratus dan batu berharga diniagakan di pasar Rialto.

Inilah pemandangan Grand Canal dari puncak Rialto Bridge. Sungguh epik dan ikonik!

Satu lagi shot untuk memasukkan bot-bot yang sedang lalu lalang.

Pada masa lalu, versi lama jambatan ini boleh dinaikkan dari dua sisi, supaya kapal-kapal boleh melaluinya.


Puncak gerbang Rialto Bridge. Jambatan ini kini sudah berusia lebih 400 tahun.

Plak di jambatan ini.

Dari titik paling timur di daerah San Polo, pelancong boleh berjalan melalui jambatan ini ke titik paling utara daerah San Marco.

Ada banyak gereja di Venice. Ini baru seorang nun yang kami nampak.

Di kiri kanan adalah dua barisan kedai-kedai yang ada di jambatan ini. Mostly jual souvenirs. 

Down these stairs, di hujung sana ada sebuah gereja lama, Campo (dataran) dan lebih banyak lagi kedai-kedai.

On the opposite side of this bridge ada banyak lagi kedai-kedai untuk shopping dan juga hotel-hotel dan restoran. Memang touristic sungguh tempat ini.

Ini pemandangan dari Rialto Bridge menghala the opposite side. Di deretan bangunan sebelah kanan ini ada bangunan Polis Venice, hotel-hotel, historical landmarks (istana) seperti Palazzo Bolani Erizzo dan Palazzo Dolfin (Cannaregio) dan restoran-restoran. Menara tinggi itu adalah menara gereja Catholic Parish Church of the Holy Apostles. Bangunan putih sebelah kiri pula ialah Palazzo dei Camerlenghi juga sebuah istana.

Kalau ada tiang-tiang dengan spiral berwarna hitam dan kuning seperti di dalam foto di bawah ini, itu adalah bangunan polis. Bangunan putih kuning itu adalah Palazzo Civran - Guardia di Finanza Comando I Gruppo Venezia - Guardia Di Finanza Police. 

Menara gereja Chiesa Cattolica Parrocchiale dei Santi Apostoli (Catholic Parish Church of the Holy Apostles).
Wikipedia: The Chiesa dei Santi Apostoli di Cristo, commonly called San Apostoli, is a 7th-century Roman Catholic church located in the Cannaregio sestiere of the Italian city of Venice. It is one of the oldest churches in the city and has undergone numerous changes since its foundation.


Kelihatan menara Church of San Giovanni Elemosinario.
Wikipedia: San Giovanni Elemosinario is a church of Venice, northern Italy, dedicated to Saint John the Almsgiver. This church was founded in 1071, and was completely destroyed by the disastrous Rialto fire in 1514. The church was rebuilt by Antonio Abbondi called Scarpagnino.

Ok, masih ada lagi masa untuk kami explore this popular spot a bit more Jom.

Turun tangga jambatan ini ke seberang sini.

Pemandangan Rialto Bridge dari bawah.

Ponte de Rialto.

Di jalan Ruga dei Oresi. Ada lebih banyak lagi shops di jalan ini. 

Kami ke tepi jambatan dulu untuk ambil gambar Rialto Bridge dari tepi Grand Canal di jalan Riva del Vin. Rialto Bridge and at the background is the tower of Church of San Bartolomeo di Rialto (built in the 12th century and restored many times, this church once served Venice's German community).

Agak susah nak dapatkan foto jambatan ini tanpa banyak 'obstuctions' sebab waterfront di sini agak sempit. Ketika ini kami berada di depan sebuah holiday apartment - Venezia Rialto Bridge Apartment.

Ada kedai yang menjual pakai seragam gondoliers (baju belang biru/putih dan merah/putih) siap dengan topi-topi jerami berreben which, by the way, bukanlah part of the gondolier's uniform.

Covered walkway di depan kedai-kedai yang silingnya dihias dengan lukisan-lukisan. 

Siling walkway ini direka seperti bentuk inner dome dan berwarna warni. Cantik.

Ada lukisan-lukisan di inner dome ini. Tak tahu portrait siapa, mungkin saints mereka.

Ini ialah Chiesa di San Giacomo di Rialto (Church of San Giacomo di Rialto) - Gothic church dating to circa 1071 CE, with a large, iconic 15th-century clock on its facade.

Berjalan di jalan Ruga dei Oresi. Ramai tourists di sini. 

Deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai touristic items. 

Suasana dalam salah satu kedai yang ada di sini. Kelihatannya tiada tanda harga dipaparkan. So maknanya kenalah pandai tawar menawar ya.


Isteri beli ini je 😄. Truth be told, kami berdua memang sudah tak berminat nak beli souvenirs masa bercuti. We used to buy, sometimes banyak juga, especially masa kami berdua mula-mula start bercuti-cutian. But now no more la sebab most times belian tu tidak pun dipakai/guna. Admittedly, juga sebab nak jaga budget sebab these souvenirs can be quite expensive. Jadi sekarang kami tidaklah lagi nak berkenang-kenangan dengan memiliki belian begitu, sebaliknya kalau nak reminisce, kami baca je balik blog-blog kami... hihi 😄.

Banyak kedai-kedai di dataran ini. Memang spoilt for choice lah.

Ok, inilah salah satu campo atau dataran kecil yang ada di Venice, Namanya Campo San Giacomo di Rialto. Dataran ini adalah telah selama berabad-abad merupakan tempat di mana perdagangan di Venice dijalankan. Rujukan tertua tentang lokasi perniagaan ini ditemui dalam dokumen dari tahun 976. Di sini juga dibuat pengumuman-pengumuman penting dibuat ketika itu.

Bangunan yang mengelilingi dataran ini dipanggil Sottoportego del Bancogiro dan dibina untuk menghubungkan pelbagai kedai, gedung serbaneka dan pejabat yang berkembang pesat di kawasan ini. 

Ini gereja Chiesa di San Giacomo di Rialto. Gereja San Giacomo (lebih dikenali sebagai Gereja San Giacometo) ialah salah satu gereja tertua di Venice, yang asasnya mungkin dikaitkan dengan kelahiran pasar Rialto pada tahun 1097. Ia terletak di Campo San Giacomo di Rialto, dahulunya nukleus aktiviti komersial dan kewangan bandar dan masih menjadi pusat pasaran. Portico (serambi) bangunan asal masih dipelihara yang merupakan contoh struktur yang kerap ada di gereja-gereja Venice yang pertama. 

Fasad depan gereja ini adalah dibuat dengan terracotta dan mempunyai jam besar di tengah yang dibina pada separuh pertama abad ke-15, di atasnya, di dalam tabernacle, terdapat patung Madonna and Child.

Menara loceng.

Jam besar ini unik sebab hanya mempunyai satu tangan dan muka jam dibahagikan dalam 24 jam yang meletakkan tengah hari di sebelah kiri dan tengah malam di sebelah kanan.



Menurut info yang ada di papan maklumat di depan gereja ini, tangan kanan St. James The Apostle ada disimpan di dalam gereja ini.




A fountain at Campo San Giacomo di Rialto. 




Di Campo San Giacomo ada satu patung, namanya, Gobbo di Rialto atau 'The Rialto Hunchback'.

Gobbo di Rialto adalah patung lelaki berlutut yang menyokong tangga. Ia dibuat pada tahun 1541 oleh Pietro da Salò. Dari atas tangga ini pengumuman rasmi, ordinan dan hukuman dibacakan kepada orang Venetian.

Pada asalnya, patung ini adalah tempat penamat bagi laluan penjenayah berjalan dari Basilika San Marco. Di sepanjang jalan, si penjenayah berada dalam keadaan berbogel dan disebat. Mengikut tradisi ketika itu, si penjenayah tidak perlu masuk penjara sekiranya berjaya menempuh jarak perjalanan itu dalam masa tertentu.



Ada satu lagi dataran di sini. 

This is Campo Cesare Battisti formerly of the Bella Vienna. In the past it was called Campo della Bella Vienna from the name given to honor Vienna, capital of the Austrian empire, to a café that existed here at the beginning of the 1800s.



Kami pusing lagi ke arah tepian Grand Canal dan lalu ke satu lagi dataran ini, Campo Erberia namanya.

This is a wine and pastries shop. There are cannoli (Sicilian pastries) with fillings like chocolato (chocolate), cream, tiramisu, pistachio, amaretto (sweet Italian liqueur), fragola (strawberry) and limone (lemon). Others includes dolci del doge (cake), pesto, risotto and many kind of sauces for pasta and alcoholic beverages (vino, bellini and prosecco). 
I also noticed that a small bottle of water here is only €1 (RM5), unlike the ones sold at the hotspot restaurants and cafes that charges €14 (RM71) a bottle. 

Ok, jom jalan balik ke Rialto Bridge dan menuju ke tempat berkumpul dengan other group members.

Nampaknya anjing dibenarkan di sini. Saya baca Venice agak 'dog-friendly'. Anjing dibenarkan dibawa naik vaporetto (waterbus) tanpa tiket. Anjing kecil harus dipegang atau bawa dalam dog carrier dan anjing besar leashed and muzzled.  

Anjing dibenarkan di kebanyakan kawasan awam di Venice, tetapi mesti leashed sepanjang masa. Ada mall, kedai-kedai, cafe, restoran dan hotel yang pet-friendly di Venice ini. Anjing tidak dibenarkan berada di beberapa taman awam dan beberapa kawasan pantai. Kalau anjing berak, najisnya mesti dikutip and disposed properly.

View of Ruga dei Oresi from Rialto Bridge.

A tourist and her fluffy friend. 

Rialto Bridge.

Pemandangan dari jambatan Rialto. Ada pula sekuntum mawar merah di tembok jambatan ini. Di Itali mawar merah adalah simbol semangat dan cinta, putih mewakili kesucian manakala mawar kuning adalah simbol cemburu. Mawar biru juga telah menjadi sangat popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini: ia mewakili misteri, tetapi ia sering diberikan kepada lelaki kerana warnanya yang lebih maskulin.

Menurut legenda, pada abad ke-8 seorang lelaki yang mempunyai kedudukan sosial yang rendah, Tancredi, jatuh cinta dengan Maria, seorang wanita cantik dari keluarga bangsawan Partecipazio. Ayahnya tidak merestui cinta mereka lalu Maria mencadangkan kekasihnya itu untuk menyertai Perang Salib dan kembali dengan penuh kemenangan untuk mendapatkan kepercayaan bapanya. Bagaimanapun, Tancredi cedera parah dalam pertempuran. Tetapi sebelum dia meninggal dunia dia mengambil putik bunga mawar lalu dibasahinya dengan darahnya sendiri dan meminta rakan seperjuangannya untuk menghantar putik mawar merah itu kepada kekasihnya Maria di Venice. Sehari selepas menerima mawar itu, Maria ditemui tidak bernyawa di dalam biliknya dengan sekuntum bunga mawar merah di dadanya. 25 April adalah kejadian itu. Sejak itu, pada Hari St. Mark di Venice, semua lelaki memberikan putik mawar merah kepada kekasih mereka sebagai ikrar cinta mereka. 



Ada masa lagi, jom gelato. 


Yang di atas itulah cannoli, a Sicilian dessert commonly known as cannoli siciliani.

Perasa pistachio dan manggo. Satu scoop €2 (RM10). 

Tempat kami menunggu ini ada this bust of Giuseppe Mazzini berhampiran Stesen Vaporetto (waterbus) Rialto.

Wikipedia: Giuseppe Mazzini was an Italian politician, journalist, and activist for the unification of Italy and spearhead of the Italian revolutionary movement.

Selepas semua ahli Group dah berkumpul, kami menaiki Vaporetto (waterbus) kembali ke Tronchetto tempat parkir bas. Ini tiket waterbus.

Menunggu di waterbus stop Rialto.


Di dalam waterbus.








Addio Venezia. 

Tiba di Stesen Vaporetto Tronchetto Mercado.

Berjalan ke tempat parking bas.

Pemandangan Venetian Lagoon dari pulau buatan Tronchetto.


Dari  Tronchetto, kami menaiki bas menuju ke hotel penginapan kami, Hotel Crowne Plaza yang terletak di tanah besar Venice.




Liberty Bridge.















Ok, dah sampai hotel Crowne Plaza Venice. 

Hotel Crowne Plaza Venice terletak di sebuah kawasan bernama Quarto D'Altino kira-kira 30 minit perjalanan dari kota Venice. Hotel ini 4 bintang.


Reception.

Lobby.




Bilik kami. Luas, jadi selesalah untuk solat dan letak dan buka beg-beg besar kami.


Ada cerek letrik, which is quite a nice surprise sebab most hotel yang pernah kami inap di Eropah selalunya tiada disediakan electric kettle. 



Hotel ini lokasinya dalam kawasan perumahan. 

Bilik air.

Ada bidet.


Dinner kami malam itu ialah masakan Melayu yang disediakan oleh katering dari luar dan dihantar ke bilik. Habis licin kami makan sebab sedap dan kelaparan... hihi 😋. Alhamdulillah.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment