Wednesday, July 26, 2023

ITALY & SWITZERLAND - ITALY - GALLERIA VITTORIO EMANUELE II

Assalamualaikum.
Lepas selesai lawat Milan Cathedral, kami ke bangunan sebelahnya pula iaitu Galleria Vittorio Emanuele II. 

Beratur di sini untuk naik ke bumbung Milan Cathedral.

Ada water fountain di sini. Selamat ke minum air itu? I read, yes, it is safe. Ramai pelancong yang refill water bottle mereka di fountain begini ini Milan.

Berjalan ke Galleria.

Ok, di kiri Milan Cathedral dan di kanan itulah Galleria Vittorio Emanuele II.


Ada stesen Milan Metro di bawah tanah di sini. 




Galleria Vittorio Emanuele II ialah galeri beli-belah aktif tertua Itali dan mercu tanda utama Milan di Itali. Terletak di dalam arked berkembar empat tingkat di tengah bandar, Galleria dinamakan sempena Victor Emmanuel II, raja pertama Kerajaan Itali. Ia direka pada tahun 1861 dan dibina oleh arkitek Giuseppe Mengoni antara 1865 dan 1877.

Galleria Vittorio Emanuele II, yang kadangkala digelar "il salotto di Milano" (Milan’s drawing room), ialah arked beli-belah abad kesembilan belas yang elegan. Ia menempatkan beberapa butik paling mewah di Milan.




Ok, jom kita masuk ke dalam.

This grand glass-enclosed arcade is one of the oldest shopping centres in the world. 

Di dalam Galleria Vittorio Emanuele II ini ada butik-butik berjenama mewah seperti Prada, Gucci dan Louis Vuitton, serta high-end boutiques lain.

Ia juga menempatkan banyak restoran yang dihias dengan cantik, termasuk beberapa cafe/restoran tertua di Milan seperti Café Biffi, yang diasaskan pada tahun 1867. Dulu di dalam ini juga ada McDonald's. Tapi sudah tutup sebab McDonald's tak prestige. Lokasinya sudah diambil alih oleh Prada.

Selain butik-butik jenama dan aksesori pakaian mewah, ada juga kedai buku, galeri seni, kedai topi dan kedai cenderamata di sini. Malah hotel pun ada. Galleria ini bukan sahaja sebuah pusat membeli belah tapi juga merupakan tempat pertemuan ahli-ahli perniagaan. 

Butik-butik mewah yang ada di sini. Semua level flagship stores.

Galleria Vittorio Emanuele II dibuka 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Walaupun bagaimana pun kedai dan restoran di sini beroperasi mengikut jadual mereka sendiri. Ia paling sibuk pada hujung minggu, terutamanya pada hari Sabtu, dan juga pada hari bekerja antara 12 dan 6 p.m.

Sejak dari mula ia dibina, Galleria Vittorio Emanuele II ini sentiasa menampilkan kemewahan dan kemegahan dengan bahagian dalamannya dihiasi dengan mozek dan lukisan dinding yang cantik.


Pada tahun 1861, pertandingan telah diadakan untuk memilih arkitek yang akan mereka Galleria ini. Pertandingan itu menarik ramai arkitek terkenal. Akhirnya, reka bentuk yang dikemukakan oleh Giuseppe Mengoni telah dipilih sebagai pemenang. Malangnya, Giuseppe mati semasa pembinaan Galleria ini apabila dia jatuh dari kubah tengah, sejurus sebelum bangunan itu siap. Tapi ada yang percaya dia meninggal dunia akibat serangan jantung, sementara yang lain membuat spekulasi bahawa dia lebih sanggup membunuh diri daripada menghadapi kritikan teruk terhadap kerjanya.

Selama bertahun-tahun, Galleria ini telah menyaksikan banyak detik penting dalam sejarah Milan. Ia telah menjadi hab untuk intelektual, artis dan ahli politik. Ia juga berfungsi sebagai tempat pertemuan untuk tokoh-tokoh penting semasa Risorgimento, tempoh penyatuan Itali. Ia telah rosak teruk dalam Perang Dunia II apabila Milan terjejas teruk dalam pengeboman, tetapi telah dipulihkan secara meluas.
Kini galleria ini menjadi tumpuan antaranya oleh pelancong dan instagrammers/influencers.

Pada akhir 1960-an, fungsi galleria ini berubah secara drastik di mana ia didominasi oleh demonstrasi pelajar radikal, perhimpunan, perdebatan dan pertempuran dengan polis.

Ini bahagian tengah galleria. 



Pengunjung boleh mengakses teres atas bumbung Galleria ini, yang menawarkan pemandangan panoramik Milan yang menakjubkan. Dari situ, boleh dilihat mercu tanda terkenal seperti Katedral Milan (Duomo) dan Istana Diraja. Ia adalah tempat yang sesuai untuk menghargai keindahan bandar dari perspektif yang berbeza.




Butik Louis Vuitton.

Butik Prada yang dulunya adalah restoran McDonald's.

Di lantai di tengah galleria ini ada empat mozek yang mewakili lambang coats of arms empat bandar Itali: Florence (the lily), Milan (red cross), and Rome (she-wolf with Romulus and Remus), and Turin (the torino - bull). Bandar-bandar ini sangat penting pada tahun-tahun pertama selepas penyatuan Itali ketika ibu kota Itali itu masih diperdebatkan. 

Coat of arms Rome.

Coat of arms Milan.

Butik Dior.






Ini pula coat of arms Turin (the torino - bull). Pada mozek ini ada gambar seekor lembu jantan. 

Ikut lagendanya, kalau someone letak tumit kaki kanan pada testicles lembu jantan itu dan berpusing counterclockwise 3 kali sambil menutup mata, orang itu akan dapat tuah. 

Kalau buat begitu pada tengah malam 31 Disember, katanya boleh dapat tuah sepanjang tahun.

Jadi, apakah cerita di sebaliknya? Saya baca kebanyakan orang, terutamanya penduduk tempatan Milan sendiri mengatakan bahawa tradisi ini hanyalah tradisi pelancongan, dan tak ada orang Milan buat benda ni. Tapi ada yang kata orang Milan pun ada yang terikut buat juga sebab percaya pada superstition.

Tengok tu, sampai dah lekuk dan berlubang bahagian testicles lembu jantan ini.

Butik Swarovski.




Pada facade bahagian atas gerbang ini ada coat of arms Milan dan lukisan-lukisan designed by Angelo Pietrasanta.





Di facade bahagian atas bangunan dalam galleria ini ada lukisan-lukisan yang menggambarkan 4 benua yang diketahui ketika itu: Asia, Eropah, Afrika dan Amerika.

Lunetta Asia.

Lunette mosaic representing Africa by Pagliano with sculptures of eagles.

Eropah.

Selepas melawat Galleria Vittorio Emanuele II, kami pun berjalan menuju ke restoran halal yang telah ditunjukkan oleh Tour Leader kami Amar pada awal-awal tadi. 

Ini restorannya.

Ok, jom kita lunch. 

Macam-macam ada.


Kami order Doner Kebap Box.

Dan juga Pizza Bufalina.

Jom makan.

Harga setiap order sudah termasuk 1 drink.


Both pun sedap! Kenyang sungguh sebab portion besar. Alhamdulillah.


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Wah best best. Kami belum sampai Milan, tak sempat dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, satu hari nanti sampai la tu :).
      Fyi, you dah pergi to so many countries yg saya dan isteri tak pergi lagi. Semoga ada rezeki.

      Delete