Monday, July 10, 2023

ITALY & SWITZERLAND - ITALY: VENICE - PIAZZA SAN MARCO

Assalamualaikum.
Dari Bologna ke Venice, naik bas. Lepas itu dari Tranchetto ke San Marco, kami naik waterbus pula. Sesampai di San Marco ini kami pun memulakan walking tour Venice kami. Tidaklah pusing satu Venice kerana pastinya tak akan cukup masa. But we did cover kawasan Venice yang popular. Sempat juga kami gondola cruise. 

Ada info board tentang Piazza San Marco dan larangan-larangan yang perlu dipatuhi pelancong. Looks like the board had been badly vandalised. 

Kelihatan Campanile di San Marco atau St Mark's Campanile (bell tower). Di belakang deretan gerai-gerai ini adalah Giardini Reali atau Royal Gardens, which is a community garden with walkways and park benches. It's location is beside San Marco ferry terminal.

Street artist paintings of Venice with oil colors.

On sale are handmade water colors paintings of Venice on cotton paper.

Pemandangan Venetian Lagoon dari Giardini Ex Reali. 

Kelihatan sebuah gereja Katolik, Chiesa del Santissimo Redentore atau Church of the Most Holy Redeemer.
Wikipedia: Chiesa del Santissimo Redentore is a 16th-century Roman Catholic church located on Giudecca (island) in the sestiere of Dorsoduro, in the city of Venice, Italy. It was designed by Italian Renaissance architect Andrea Palladio and built as a votive church to thank God for the deliverance of the city from a major outbreak of the plague.

Beautiful turquoise water of the Venetian Lagoon.

Wonderful spot for a selfie.

Ada sebaris gerai-gerai cenderemata di sini. 

Syukur cuaca begitu elok sekali, membuatkan walking tour kami rasa selesa dan nyaman.

Bangunan di kiri itu adalah Biblioteca Nazionale Marciana, sebuah perpustakaan. 

Wah... ramainya pelancong. Masa peak season lebih dari 100 ribu pelancong datang ke Venice, jumlah yang lebih ramai dari total penduduk Venice sendiri iaitu seramai 55 ribu.

Bila nampak crowd macam ni, terus teringat amaran-amaran yang kami nampak earlier di waterbus stop (foto kiri) dan di Stazione La Spezia Centrale (foto kanan). 
Penyeluk saku merupakan ancaman terbesar kepada pelancong di Venice. Mereka terutamanya memilih mangsa di tempat awam yang ramai pelancong dan juga dalam pengangkutan awam seperti bas, trem atau waterbuses. 

Betul, nampak macam panas terik tapi actually nyaman-nyaman je. Bert'shirt saja, tidak perlu pakai jaket. Saya baca it is cooler here than on the mainland sebab di sini lokasinya di tepi laut. 

Ada sebaris tempat makan/minum bawah payung-payung besar di sini. Outdoor seatings for restaurants and cafes seperti ini adalah sesuatu yang tipikal di bandar-bandar Eropah. Kalau sempat sekali pun, kami tidak ada plan nak santai lepak sambil minum-minum di tempat begini kerana sangat mahal. Saya baca harga sebotol air di cafe ini ialah €14 atau RM71 !!

This is Traghetto Gondole Molo or Ferry Gondolas Pier at Bacino di San Marco/ San Marco Basin.

Facade Biblioteca Nazionale Marciana (Marciana National Library).

After just a short walk, kami pun sampai di jalan masuk ke Piazzetta San Marco (San Marco Square). Di sini ada 2 tiang-tiang besar bersejarah. Colonna di San Todaro/Column of San Todaro (kiri) dan Colonna di San Marco/Column of San Marco (kanan). Kedua-dua tiang marmar dan granit ini terletak antara Doge's Palace dan Marciana National Library, didirikan menghadap ke lagun dan di atasnya ada patung-patung dua penaung bandar: patung singa bersayap yang merupakan simbol St. Mark the Evangelist dan patung St. Tòdaro, Byzantine St. Theodore of Amasea, pelindung pertama bandar ini. 
Pada sekitar abad ke-18 banyak hukuman mati awam dilakukan di antara tiang-tiang ini. Atas sebab ini, ramai orang Venetian masih mengelak daripada berjalan melewati antara kedua-dua tiang ini. 

Berlokasi di sebelah Doge's Palace, Column of San Marco ada patung singa bersayap di atasnya yang merupakan simbol San Marco, santo penaung dan simbol bandar dan negara Venetian sejak 862. Ia adalah arca gangsa Yunani atau Syria yang sangat purba, mungkin pada asalnya adalah patung seekor 'chimera', yang kemudiannya ditambah dengan sayap. Menurut legenda abad ke-16, singa San Marco diletakkan memandang ke arah timur untuk melambangkan peranan Venice sebagai pelindung agama Kristian di Timur. 

Column of San Todaro pula terletak di sebelah Marciana National Library. Di atasnya ada patung santo dan pahlawan Byzantine St. Tòdaro, pelindung pertama kota Venice, yang digambarkan sedang membunuh seekor naga. Patung itu berasal dari patung klasik maharaja Rom, manakala kepala, lingkaran cahaya, lengan dan kaki yang terletak pada naga yang terbunuh adalah dari Zaman Pertengahan. Arca itu adalah replika asal yang ada dipamerkan di pintu masuk ke Doge's Palace. Patung St. Tòdaro diletakkan menghadap ke arah barat untuk melambangkan sikap defensif Serenissima terhadap tanah besar.

Ini Palazzo Ducale atau Doge's Palace. Dahulu Doges' Palace adalah kediaman rasmi doges di Venice, yang merupakan pemimpin yang dipilih di bekas republik Venetian. Struktur mengagumkan ini, dibina di sekeliling halaman dan dihias dengan mewah, merupakan tempat pertemuan majlis pemerintah dan kementerian republik itu. Kini, istana Gothic berhias ini adalah sebuah muzium yang menganjurkan lawatan-lawatan ke ruang-ruang pameran, bilik duke dan penjara dan senjata untuk pelancong. 
Nota: 'Doge' adalah pegawai tertinggi republik Venice selama lebih daripada 1,000 tahun (dari abad ke-8 hingga ke-18) dan merupakan simbol kedaulatan negara Venetian.

Ok, jom kita tengok peta tempat yang kita nak lawat ini. 

Peta menunjukkan apa yang ada di St. Mark's Square serta lokasi-lokasinya.

Laluan biru dalam peta di bawah menunjukkan perjalanan kami dari Waterbus stop San Marco menuju ke St. Mark's Square. 

Doge's Palace adalah simbol Venice dan karya agung seni bina Gothic. Istana gaya Gothic Venetian ini adalah salah satu mercu tanda utama bandar Venice. Ia dibina pada 1340 dan ditambah dan diubah suai pada abad-abad berikutnya. Ia menjadi muzium pada tahun 1923 dan merupakan salah satu daripada 11 muzium yang dikendalikan oleh Fondazione Musei Civici di Venezia.

Seterusnya kami masuk ke sebuah dataran namanya Piazzetta San Marco/San Marco Square. Dataran ini bersama St. Mark's Square dikira sebagai sebuah kawasan dataran utama di Venice ini yang membentuk pusat sosial, agama dan politik Venice. Napoleon memanggilnya “the world's most beautiful drawing room”. 

Dikatakan Piazza San Marco adalah salah satu dataran yang paling menakjubkan di seluruh dunia. Republik Venetian memperoleh kuasa pada penghujung Zaman Pertengahan dan Piazza San Marco yang mengagumkan itu berkembang bersamanya, akhirnya menjadi salah satu dataran paling terkenal di seluruh dunia.
Kubah di hujung sana itu adalah kubah Basilica di San Marco / Saint Mark's Basilica.

Piazzetta di San Marco ialah ruang terbuka yang menghubungkan bahagian selatan Piazza ke lagun. Ia terletak di antara Palazzo Ducale (Istana Doge) dan Biblioteca Marciana (perpustakaan St. Mark). Ia dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai 'La Piazza'.
Saint Mark's Basilica and St Mark's Campanile (bell tower)


Piazza ini dibina pada abad ke-11, yang ketika itu kawasannya terbahagi dua oleh terusan. Seabad kemudian, terusan itu ditambak, mencipta bentuk asas yang wujud hari ini. Projek bangunan utama telah dijalankan pada abad ke-16, dan penurapan batu baharu menggantikan batu bata lama pada awal 1700-an.
Saint Mark's Basilica and Doge's Palace


Caffè Chioggia. 

Marciana Library / Library of Saint Mark ini ialah perpustakaan awam di Venice. Ia adalah salah satu perpustakaan awam dan repositori terawal yang masih ada untuk manuskrip di Itali dan menyimpan salah satu koleksi teks klasik yang paling penting di dunia. Ia dinamakan sempena St Mark, santo penaung bandar itu.

Marciana Library, St Mark's Campanile (bell tower), Saint Mark's Basilica and Doge's Palace.

St Mark's Campanile (bell tower).

Ramai pelancong di San Marco Square ini.


Doge's Palace.

Caffè Chioggia, Marciana Library and Column of San Todaro.


Saint Mark's Basilica.

Papan info yang ada di San Marco Square ini. 


Venice City Police Regulations.



Next kami dibawa Amar ke Piazza San Marco / St. Mark's Square. Piazza San Marco ialah dataran awam utama di bandar ini. Bangunan terkenal di piazza ini ialah: Saint Mark's Basilica, Doge's Palace, Museo Correr dan Campanile (menara loceng Basilika) dan Torre dell' Orologio. Piazza San Marco terletak di tengah-tengah Venice. Ia adalah 180 meter panjang dan 70 meter lebar, dan merupakan satu-satunya "piazza" di Venice, kerana yang lainnya adalah dataran-dataran yang dipanggil "piazzales" atau "campos". Ia ditubuhkan pada abad kesembilan, siap dalam saiz dan bentuk semasa pada 1177, dan telah diturap seratus tahun kemudian.

Dataran ini adalah titik terendah di Venice. Oleh itu, apabila terdapat Acqua Alta (air tinggi), ia adalah kawasan pertama yang dinaiki air. Apabila ini berlaku, pihak berkuasa meletakkan jambatan kayu untuk penduduk tempatan dan pelancong. 

Ini adalah menara Torre dell’ Orologio (Clock Tower), sebuah menara Renaissance dari tahun 1499, yang mempunyai jam mekanikal dengan hiasan simbolik. Jam menara ini telah dijadikan sebagai official timekeeper Venice seawal tahun 1858. Ia bukan sahaja memberitahu masa tetapi juga merupakan bantuan kepada astrologer, untuk memadankan tanda zodiak dengan kedudukan matahari.

Above the clock’s face, against a field of golden stars, you can see a winged lion of St Mark, symbol of Venice found practically everywhere around the city. Beneath the lion is a statue of the Virgin Mary and Baby Jesus who also seem to be watching over Piazza San Marco.

In the Renaissance-style top balcony of the Torre dell’ Orologio (Clock Tower), two bronze figures representing Moors strike the hour. During Ascension week and Epiphany, statues of the Three Wise Men emerge from the clock tower and are presided over by an angel every time the little figures strike the hour.

Bangunan-bangunan panjang mengelilingi St. Mark's Square ini ialah Ala Napoleonica / Napoleonic Wing (kiri) dan Procuratie Vecchie (kanan).


Bangunan-bangunan yang dibina pada awal abad ke-16 ini dipanggil Procuratie Vecchie dan merupakan rumah dan pejabat pegawai tinggi negeri semasa zaman Republik Venice. Hari ini, di aras bawah arkednya ada kedai dan restoran termasuk Café Lavena yang terkenal.

Procuratie Vecchie.

Ok, bangunan paling terkenal di St. Mark's Square ini ialah Saint Mark's Basilica. Basilica di San Marco atau Patriarchal Cathedral Basilica of Saint Mark, biasanya dikenali sebagai St Mark’s Basilica, ialah gereja katedral Catholic Patriarchate of Venice; ia menjadi episcopal seat of the Patriarch of Venice pada tahun 1807, menggantikan katedral San Pietro di Castello yang terdahulu. Ia didedikasikan untuk dan menyimpan peninggalan Saint Mark the Evangelist, santo penaung bandar itu.

Basilica di San Marco dibina pada 832 AD untuk menempatkan jenazah penaung bandar, Saint Mark. Mayat itu dibawa keluar dari Alexandria, Mesir oleh dua saudagar Venetian yang menyeludupnya dengan menyembunyikan mayat itu di dalam tong berisi daging babi, untuk mengelak tong itu diperiksa oleh pengawal-pengawal beragama Islam ketika itu. 

200 tahun kemudian, sebuah kuil yang mewah dibina di atas asas gereja terdahulu, dan disucikan (consecrated) apabila mayat St Mark dikebumikan di bawah altar tinggi gereja itu. Basilika baru itu dimodelkan selepas Church of the Apostles yang terkenal di Constantinople. Untuk meningkatkan kemewahannya, struktur itu kemudiannya dihias marmar dan mozek yang menggambarkan kisah dari Old and New Testaments, serta kehidupan Christ, Virgin Mary dan St Mark.

Banyak daripada mozek-mozek itu kemudiannya telah diubah suai atau dibuat semula, kerana citarasa artistik berubah dan mozek yang rosak terpaksa diganti. Jadi mozek-mozek yang ada pada masa ini mewakili 800 tahun gaya-gaya artistik. Sebahagian daripadanya berasal daripada Byzantine tradisional dan merupakan karya agung seni Zaman Pertengahan manakala yang lainnya adalah berdasarkan lukisan yang dibuat oleh artis Renaissance terkemuka dari Venice dan Florence, seperti Paolo Veronese, Tintoretto, Titian, Paolo Uccello, dan Andrea del Castagno.


Fasad hadapan basilika ini sangat berhias dengan pelbagai simbol dan perincian agama, yang meliputi hampir setiap bahagian fasad.

Jom kita tengok beberapa lukisan/mozek yang ada pada basilika ini. 

Last Judgment (1836) - Christ is depicted as the Pantocrator, ruler of the universe. The Pantocrator theme is common in the Byzantine tradition. Jesus in this 'Last Judgement' is flanked by the Virgin Mary and John the Baptist. The mosaic here is a 19th Century replacement of the original which had been destroyed in a fire.

The Deposition Mosaic. This is one of the four mosaics that depicts the Life of Christ.

The Resurrection - another scene from the Life of Christ.

Descent into Limbo - This is the third of the four Life of Christ mosaics.


The Stolen Body - Mozek ini menggambarkan bagaimana mayat Saint Mark, yang tersembunyi di dalam bakul besar yang berisi daging babi, telah dicuri oleh pedagang Venetian dari Iskandariah. Mozek ini bertarikh sekitar 1660 dan dilukis oleh Pietro Vecchia.

Kisah yang diceritakan ialah pada tahun 828, dua saudagar Venetian telah mencuri dan menyeludup keluar mayat St Mark dari Alexandria selepas putera Muslim Saracen di bandar itu telah memusnahkan chapel yang mempunyai kubur-kubur saints. 


Inilah gambaran bakul yang diisi dengan daging babi yang dikatakan digunakan untuk menyeludup mayat St. Mark keluar dari Mesir. 

This mosaic depicts a scene when St. Mark's body was welcomed in Venice after being smuggled out of Alexandria, Egypt. 

St Mark's Body Arrives in Venice - St Marks body arrives in Venice and was received and venerated by the Doge and nobles.

Procession receiving the body of St Mark to the basilica - Mozek itni bertarikh dari abad ke-13 (tahun 1260 atau 1270), dan merupakan mozek tertua, dan mungkin juga paling penting, yang ada pada fasad hadapan basilika ini. It illustrates the transition of Saint Mark’s body to the original basilica.
The inscription over the mosaic, COLOCAT HUNC DIGNISPLEBS LAUDIBUS ET COLIT HYMNIS UT VENETOS SEMPER SERVET AB HOSTE SUOS, roughly translates as “The people have place him here with praises, reverence and hymns that he always protect Venice from her foes.”

At the highest point of the front facade of the Basilica di San Marco, stands the Apostle and Venice's Patron Saint Mark, flanked by six golden winged angels. Below the saint is a golden winged lion, symbol both of the saint and the city. The Lion holds open a book with the inscription: Pax Tibi Marce Evangelista Meus or "Peace to You, Mark My Evangelist".





Ada 4 patung kuda di anjung depan basilika ini. Ia adalah replika patung-patung kuda copper mercury gilded yang ada disimpan di dalam basilika ini yang dibawa ke Venice selepas penjarahan Constantinople semasa Perang Salib Keempat tahun 1204. Empat patung-patung kuda ini secara sejarahnya menjadi simbol kuasa besar Venice.

Mengikut ceritanya, pemerintah Venice berbalah dengan pemerintah Constantinople sewaktu Perang Salib. Kerana itulah pemerintah Venice mengarahkan tenteranya untuk mencuri apa saja harta karun yang mereka temui di Constantinople dan dibawa balik ke Venice.


Ala Napoleonica / Napoleonic Wing and Procuratie Vecchie.

Dilarang makan dan minum di Piazza San Marco. Tidak dibenarkan membuang sampah atau memberi makanan kepada burung merpati.


Lelaki ini tidak memberi makan pada burung-burung di sini. Dia cuma mahu burung-burung itu mendekati untuk ditunjuk pada anaknya 😁😍. 


Ini St Mark's Campanile (bell tower). Menara loceng tertinggi di bandar ini pada asalnya dibina pada abad ke-12, sebagai gabungan rumah api dan menara loceng, dan terus diubah suai sehingga abad ke-16, apabila patung golden angel dipasang di puncaknya. Pada masa itu, setiap lima loceng di sini mempunyai fungsi yang berbeza: loceng terbesar menandakan permulaan dan penghujung hari bekerja; loceng lain berbunyi tengah hari; dua loceng lain sama ada mengisytiharkan sesi Senat atau memanggil ahli Majlis Besar ke mesyuarat; manakala loceng terkecil memberi notis tentang pelaksanaan yang akan datang. Tingginya 99 meter dan ada elevator untuk naik ke atas.

Ala Napoleonica / Napoleonic Wing. 


Ok, selesai sudah lawatan kami di St. Mark's Square. Kami terus dibawa Amar ke tempat naik gondola kerana ramai ahli kumpulan kami yang sudah tidak sabar dan super excited nak naik sampan ikonik Venice itu 😄. 

Dan kami pun sampai di sini di mana ada perkhidmatan Gondola Bacino Orseolo. Lokasinya betul-betul sebelah Hard Rock Cafe, di terusan Rio Orseolo o del Coval.

Unfortunately, tiada seorang pun gondolier yang ada di situ. Melihat jam pukul 1:40 pm, so perhaps they were on lunch break and perhaps too might be back 2:00 pm. 

Memandangkan timing yang tidak pasti dan kelihatannya sudah ada ramai pelancong lain yang sudah beratur nak naik gondola di sini, maka kami berdua pun tak mahu membuang masa beratur dan menunggu dan decided nak pergi cari makan tengahari dahulu. Lepas tu baru consider nak naik gondola atau sebaliknya i.e to perhaps explore Venice on foot instead. 
Hard Rock Cafe di simpang jalan Ramo del Salvadego dan Fondamenta Orseolo

Pemandangan di terusan Rio Orseolo o del Coval. Bangunan kuning sebelah kanan itu adalah Hotel Cavalletto & Doge Orseolo 4 bintang, RM600 semalam (Aug 2023). Kalau hotel 4 bintang di tepian Grand Canal, boleh sampai beribu RM semalam ratenya.  

Di Gondola Bacino Orseolo dan di setiap stesen gondola ada terpapar papan info ini about the Gondola Service. Caj untuk Personalised and Standard Daytime Tour selama 30 minit ialah €80 (RM409) dan untuk Night Tour selama 35 minit ialah €100 (RM512). Jadi caj yang dikenakan adalah fixed dan tidak boleh tawar menawar. Jadi tiadalah kejadian pelancong kena scam. Eloklah begitu, pelancong selamat dan nama baik persatuan gondolier juga terjamin. 


Ok, lepas kami beritahu Amar kami akan jalan-jalan sendiri dan confirm dengan dia di mana dan pukul berapa nanti kami akan berkumpul, kami pun berjalanlah di tepian terusan Rio Orseolo o del Coval ini melalui jalan Fondamenta Orseolo mencari restoran untuk makan tengahari.

Jambatan Ponte Tron o ponte della piavola (Tron bridge or Piavola bridge) di terusan Rio Orseolo o del Coval. Ia adalah salah satu daripada lebih 400 jambatan yang menghubungkan 118 pulau yang terpisah oleh kira-kira 150 terusan dan sungai sempit di lagun Venice yang cetek.

Jambatan yang dibina pada 1840 ini juga dipanggil la piavola, yang bermaksud "doll's bridge" dalam bahasa Venice, kerana saiznya yang kecil.


Kelihatan seorang gondolier sedang lunch break agaknya. Haa... di gondola ini nampaknya ada topi jerami. Saya baca gondoliers di Venice ini tidak suka memakai topi itu sebab ia sebenarnya bukanlah sebahagian dari pakaian seragam mereka. Topi ini mula dipakai bila ada sebuah filem tahun 1955 yang watak si gondolier dipakaikan topi jerami berreben merah itu. Jadi selalulah gondolier di Venice diminta oleh pelancong untuk memakainya.

Di laluan ini ada macam-macam establishments like bar (Bar Chiaranda), grocery store (Tartufi Dioniso by Dioniso Spirits), holiday apartments (Cà alle Gondolette), hotel (Hotel Ca‘ Della Loggia) and library (Biblioteca del Consiglio Regionale del Veneto). 

Ponte Goldoni / Goldoni bridge.

A view of Rio Fuseri from Goldoni bridge. On the left is Boggi Milano (Men's clothing store) and on the right are Corte Grimani (Grimani Court) and Banca della Marca - Credito Cooperativo (a bank, white building).

Pemandangan terusan Rio Scoacamini dari Goldoni bridge. Di sebelah kiri ialah Ristorante La Terrazza (Venetian restaurant) and Hotel Bonvecchiati Venice (4 star). Di sebelah kanan ialah Casa Carlo Goldoni.

That's the bridge that we passed by earlier, the Tron bridge.

Kadang-kadang tu terasa macam kami jalan-jalan dalam movie set pulak, padahal ini memang the original Venice bukan replika 😄.

Masuk ke jalan Calle Goldoni. 

Hotel Bonvecchiati Venice (red building).

Berjalan di lorong-lorong kecil begini dengan bangunan-bangunan lama di kiri kanannya, mengingatkan saya pada walking tours kami di kota-kota bersejarah di negara-negara Balkan. Saya baca di Venice ini ada 2,650 lorong yang kalau semuanya dicantumkan adalah sepanjang 157 km. Lorong terkecilnya berukuran hanya 52 cm.

Di sebelah kiri ini adalah Hotel Serenissima. Di atas pintu masuk utamanya ada dipasang satu bendera merah, bendera Republik Venice.
Wikipedia: The Flag of the Republic of Venice, commonly known as the Banner or Standard of Saint Mark, was the symbol of the Republic of Venice, until its dissolution in 1797. Its main charge was the Lion of Saint Mark, symbolizing Mark the Evangelist, the patron saint of Venice.

Kami terus berjalan di lorong Calle Goldoni ini mencari restoran.

Sebenarnya earlier ada Amar beritahu ada restoran di kawasan berdekatan di sini, tapi kami tak jumpa pula. So kami gunalah Google Maps. Garu kepala dibuatnya sebab banyak sungguh lorong-lorongnya.. hahahaha 😄.

Clothing stores. 

Jalan punya jalan, we came upon dataran ini. Namanya Campo San Luca. Dataran bandar kecil (campos) seperti ini boleh ditemui di seluruh kawasan kejiranan Venice dan merupakan pusat kehidupan tempatan di Itali. Setiap satunya mempunyai daya tarikan tersendiri dan menjadi tempat yang sesuai untuk berehat dan menikmati kopi. Campo San Luca ialah tempat kepada pelbagai kafe, restoran dan kedai. Ia juga merupakan tempat pertemuan yang popular untuk memulakan lawatan berjalan kaki ke Venice.

Di dataran ini terpacak tiang bendera yang mengibarkan Flag of the Republic of Venice. 

Flag of the Republic of Venice.

Masa tengah tercari-cari restoran, ketika berjalan di sini, kami terbau makanan yang sedap. Eh.. tapi mana restorannya? Tak nampak pun sebarang signboard restoran. Pelik. Rupanya, inilah restoran yang kami cari, di lorong/jalan Rio Terrà S. Paternian, di sebelah  kedai ItaloSport ini, di Campo Manin (dataran).  

SKK Mediterranea Halal nama restoran ini. Memang tak ada signboard, kami kena jengok-jengok ke dalam to confirm... hihi 😄. 

Suasana di dalam restoran.

Ada banyak pilihannya. 

The receipt. Total €18 (RM92).

Menu yang ada pada pamphlet restoran ini.


Ini yang kami order.

Chicken wings with fries and chicken burger with fries plus drinks. Alhamdulillah, sedap dan mengenyangkan. 



Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. wahh, seronoknyaa berjalan. melampau air sebotol rm71. mahalnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Seronok jln2 tgk negara orang especially yg unik macam Venice ini.
      Indeed. Mahal giler! Kami bawa je air botol dari hotel yg complimentary tu :).

      Delete
  2. Alhamdulillah cuaca terang, foto semua cantik2. Ya betul, Venice ni memang berlorong2 jalannnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Betul tu, bila cuaca terang, tidak mendung, foto-foto jadi elok2 belaka.
      Yes, itulah keistimewaan Venice. Rasa macam jln2 dalam maze pun ye jugak :).

      Delete
  3. Teringin nak gi sini insyallah one day :D
    Dgr citer sini level air makin naik so kene planning cepat
    Btw seronok bila travel cuaca dlm keadaan baik amik gmbr pun seronok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadang pergilah ke sana bulan May (spring) macam kami. Cuaca ok dan tak sejuk. Saya diberitahu tourists di Venice masa spring tidaklah seramai masa summer.
      Betul sangat sebab banyak foto-foto kami yang menjadi... hihi :)

      Delete