Wednesday, March 15, 2023

HAPPY BEE FARM & INSECT WORLD - INSECTS MUSEUM

Assalamualaikum.
Seterusnya kami ke bahagian Insects Museum di Happy Bee Farm & Insect World ini.

Masuk ke entrance Insects World di sebalik air terjun ini.

Ada replika seekor Horned Rhinoceros Beetle (chalcosoma caucasus) bersaiz giant di entrance Insects Museum ini.


Apa ada dalam balang-balang ini?

Ada water scorpions. 

Iguana.




Ada giant Ladybird and butterflies replicas. 

There are many picture frames with mounted insects. 

Cantik sungguh rama-rama dalam frames ini!

These are the Real blue Morpho butterfly.

Rama-rama ini adalah antara rama-rama terbesar di dunia, dengan sayap menjangkau dari lima hingga lapan inci. Warna biru terang berkilau pada sayap-sayap adalah hasil daripada sisik mikroskopik di belakang sayap rama-rama ini, yang memantulkan cahaya.


Yang ini pula kalau tak silap adalah spesis Sulkowsky's morpho.

Besar juga saiz muzium serangga ini. 

Ada banyak lagi rama-rama dalam bingkai foto yang dipamerkan di sini. 

There are just too many so saya pilih-pilihlah yang mana cantik dan menarik untuk dikongsikan di sini... hihi 😄.

Rama-rama peniru.

Di tengah adalah rama-rama original dengan corak dan warna sayap tersendiri. Di sekelilingnya adalah rama-rama peniru. Sangat hampir sama corak-corak dan warna-warnanya!








Ruang pameran yang dibuat seperti dalam lorong gua/batu.

Strange Insects section.



Caligo Placidianus and Spotted Wood Owl.


SubhanAllah... so amzing and unique! Macam lukisan! Namanya Diaethria. Juga dikenali sebagai 'eighty-eights' kerana pada sayapnya ada corak seperti nombor lapan.

Yang ini Man Face Beetle atau Man-faced stink bug atau Hitler bug. Kumbang ini boleh melakukan kerosakan pada pokok dengan menghisap getah pucuk muda, merosakkan daun dan menyebabkan buah-buahan reput.

Memang betul-betul macam topeng muka! 
Man Face beetle (Catacanthus Incarnatus) and Iron Man (Tony Stark) 😄.

This is Alligator Fly (Fulgora laternaria). 

Serangga ini mempunyai tonjolan di kepalanya sepanjang 10–15 milimeter, kelihatan seperti kacang tanah dan mempunyai mata palsu yang menyerupai cicak atau ular. Apabila diserang, ia melindungi dirinya dengan mempamerkan mata palsu yang besar berwarna kuning, pada sayap belakangnya untuk menakutkan pemangsa, dan ia juga mengeluarkan bahan berbau busuk.

Mormolyce phyllodes, biasanya dikenali sebagai kumbang biola, ialah spesies kumbang tanah.

Kumbang ini mempunyai badan berbentuk daun, rata dan pipih, berwarna hitam atau coklat berkilat dengan elytra lut cahaya berbentuk biola. Ciri-ciri ini melindungi mereka daripada pemangsa, manakala badan berbentuk rata membolehkan mereka tinggal di celah tanah atau di bawah kulit kayu dan daun pokok. Kepala dan pronotumnya sangat panjang, dengan antena dan kaki yang panjang. Kedua-dua kumbang dewasa dan larvanya adalah pemangsa, dengan memakan larva serangga-serangga lain. Untuk elak serangan pemangsa, ia boleh merembeskan asid butirik beracun.

Yang ini pula adalah Pulchriphyllum giganteum, biasanya dikenali sebagai serangga Daun Gergasi Malaysia. 

Serangga ini biasanya ditemui paling banyak di kawasan tropika barat Malaysia. Yang betina biasanya mempunyai elytra besar dan biasanya tidak mempunyai sayap belakang menjadikan mereka biasanya tidak boleh terbang. Yang jantan mempunyai elytra yang lebih kecil. Ia membiak melalui proses parthenogenesis bermakna yang betina adalah aseksual. Ia menjadi warna hijau selepas memakan daun-daun.

🔶Acrocinus longimanus atau harlequin beetle ialah kumbang bertanduk tropika. Nama spesies longimanus ialah perkataan dari Latin yang merujuk kepada kaki depan (manus) jantan yang sangat panjang, yang biasanya lebih panjang daripada seluruh badannya.
🔶Euchirus longimanus berasal dari Indonesia di Pulau Maluku dan Sulawesi. Penduduk tempatan di situ menggunakan santan untuk menangkap kumbang ini. Lagi panjang tanduk si jantan, ia akan jadi lebih menarik pada yang betina.

Camourflage insects.




More butterflies and other insects.



Bahagian rama-rama di Malaysia.


So colorful... cantik sungguh... subhanAllah.




























Dalam Insects Museum juga ada dipamerkan serangga/kumbang yang hidup. 











Baik, selesai sudah lawatan kami di Happy Bee Farm & Insects World. Dan sudah tentulah the exit akan lalu di kedai farm ini. 

Ada berbagai spesis rama-rama dan serangga-serangga lain dalam picture frames yang boleh dibeli oleh pengunjung. Kami diberitahu pelancong-pelancong dari luar negara memang sangat gemar membeli souvenir begini. 


Agaknya ini paperweight. 

Dan tentunya madu juga ada dijual di sini.


Tongkat Ali Honey.


Honeycombs pun ada. 


Kami pun call our taxi driver untuk bawa kami ke tempat lawatan seterusnya. 




Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment