Assalamualaikum.
Semalamnya kami sudah ke Genting SkyWorlds Theme Park where we had such an amazing time. Pada hari kedua ini since my wife's event hanya akan bermula lewat petang, maka masa pagi/tengaharinya kami pun buat plan untuk jalan-jalan di sekitar hotel penginapan kami di Genting Highlands ini iaitu Geo Resort & Hotel.
Dari peta Geo Resort & Hotel ini, nampaknya ada juga beberapa tempat menarik yang pengunjung boleh lawat semasa di Genting Highlands selain Genting SkyWorlds Theme Park. Kami pun decided untuk ke Happy Bee Farm dan Genting Strawberry Leisure Farms.
Balkoni di lobi Geo Resort & Hotel.
Ok, jom kita sarapan dulu.
Geo Resort & Hotel, Genting Highlands.
Fortunately kami tidak perlu jalan jauh nak bersarapan sebab restoran tempat kami makan malam semalam juga buka pada waktu pagi for breakfast. Lokasinya betul-betul di seberang jalan dari hotel penginapan kami.
Dinner kami malam semalamnya di restoran ini memang sedap. Buffet sarapan paginya juga sedap. Alhamdulillah.
Makan kenyang-kenyang sebab jauh nak berjalan-jalan di, bukan satu, tapi dua buah ladang pagi ni 😄.
Selesai sarapan, naik ke bilik sekejap, then terus turun ke lobi untuk tunggu teksi yang dipanggilkan oleh staff di reception hotel ini. Kami guna khidmat teksi untuk bawa kami kedua-dua Bee Farm dan Strawberry Farm.
Tiba di Happy Bee Farm. Tak jauh dari hotel, cuma 800 meter atau 5 minit naik teksi.
Kami pun turun di sini. Selesai jalan-jalan nanti, kami akan call the taxi driver to come pick us up to go to the Strawberry Farm.
Pastinya tempat-tempat begini ada kedai menjual produk-produk dari madu lebah. Macam-macam jenis madu ada dijual di sini. You will be spoilt for choice, for sure.
Kami tidaklah membeli apa-apa sebab kami sudah ada madu pilihan kami sendiri di rumah. Rasanya tak eloklah makan campur-campur jenis madu.
Ini peta Happy Bee Farm untuk rujukan pengunjung. Ok, mula-mula kami ke Butterfly Wonderland atau Butterfly Garden. Lepas itu ke Bee Farm dan akhir sekali ke Insect Museum.
Sebelum masuk ke Butterfly Garden, pengunjung akan lalu dulu a Bee Farm section. Di sini ada rumah-rumah lebah kelulut dan lebah madu.
Staff yang bertugas di Bee Farm ini kata pada kami supaya jangan cemas sebab lebah-lebah di sini tidak menyengat orang.
Jom masuk ke Butterfly Garden.
Sekali pandang saya ingatkan bahagian tengah kepak rama-rama ini transparent... hihi 😃.
Rama-rama ini namanya Polyura hebe plautus (Plain Nawab) |
Cantik taman kecil dalam Happy Bee Farm ini. Rimbun dengan tumbuh-tumbuhan hijau dan bunga-bunga.
Ada kami nampak rama-rama berterbangan tapi susah nak rakam gambarnya... hihi 😅. Kebanyakkannya juga ada di bumbung greenhouse ini. Very likely rama-rama tu baru lepas their feeding time and were resting.
We spotted a few on the floor.
Kesian. Rajah Brooke's Birdwing (kiri) dan Papilio helenus @ Red Helen (kanan) ini sudah hampir masa agaknya 😔.
Suasana hijau dengan suhu Genting Highlands yang sejuk nyaman. Very nice.
Ada this beautiful mini waterfall. Bunyi deruan air terjun ini cukup menenangkan.
Di taman kecil ini juga ada jambatan kecil yang merentasi sebuah kolam panjang kecil yang cantik ditutupi tumbuhan air hijau.
Aviary/greenhouse roof yang menjadikan kawasan taman kecil ini teduh dan nyaman.
Ada kura-kura dalam kolam ini.
Ada info tentang 'Butterfly Life Cycle' and 'Metamorphosis Process'.
Rama-rama Pachliopta aristolochiae asteris (Common Rose) yang baru keluar dari kepompong.
So delicate and fragile, and so beautiful.
Great Eggfly (Hypolimnas bolina).
I thought it'd be nice to share some of the butterflies photos from my archive here as well 😃. Here they are...
Plain Tiger Butterfly (Danaus chrysippus) |
Plain Tiger Butterfly (Danaus chrysippus) |
Common Four-Ring (Ypthima huebneri) |
Blue Pansy (Junonia orithya) |
Malay Viscount (Tanaecia pelea) |
Blue Glassy Tiger (Ideopsis vulgaris) |
Euploea mulciber |
Rajah Brooke's Birdwing (Trogonoptera brookiana) |
Tiny Grass Blue (Zizula hylax) |
Rustic (Cupha erymanthis) |
Malayan Lacewing Butterfly (Cethosia hypsea) |
Common Faun (Faunis canens) |
Chinese peacock butterfly |
Rajah Brooke's Birdwing (Trogonoptera brookiana) |
Plain Tiger Butterfly (Danaus chrysippus) |
False Tiger Moth (Dysphania militaris) |
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment