Assalamualaikum w.b.t.
Ke Genting Highlands kami kali ini. Entah tak ingat bila kali pertama saya ke Genting Highlands. Rasanya about 3 decades ago. I think it was like a day trip with friends satu matrikulasi.
www.georesort.my
Di depan hotel ini, just across the road ada banyak restoran. Lega, senang la jalan kaki saja kami nak cari makan.
Pemandangan depan hotel dari lobi.
Hotel ini 4 bintang, nampak mewah. Jadi rate semalam memang mahal walau pun kami buat booking melalui Agoda's special offer rate. Kalau tidak kerana event office my wife dibuat di sini, very likely kami tidak menginap di hotel begini.
Masa isteri check-in, saya jalan-jalan keliling lobi. Masa malam, siling lobi ini nampak macam bintang-bintang.
Ada kolam bulat waterfall. Bunyi air yang cukup menenangkan.
The main entrance. Opulent.
The reception with 3 beautiful spiral chandeliers.
Saya suka dekorasi dinding belakang reception ini di mana bentuk parallelogram disusun menjadi bentuk-bentuk bunga dan tumbuhan. Teringat pulak masa kecil suka main Tangram 😄.
Ruang lobi di depan convention halls.
Cozy and very inviting.
Suasana Genting Highlands sejuk, jadi ruang depan lobi ini dibiar terbuka luas.
Kami sampai hotel ini awal, belum masa check-in. Jadi kami tinggalkan beg-beg kami di hotel dan terus ke Genting SkyWorld Theme Park. Kami minta reception panggilkan teksi.
On the way to Awana SkyWay.
Iklan Genting SkyWorlds Theme Park. Rides yang extreme macam ni memang kami tengok dari jauh sahaja... hihi 😄😅.
Stesen SkyWay Awana lokasinya bersebelahan dengan Genting Highlands Premium Outlets.
Genting Highlands Premium Outlets. Agaknya since the theme park closes at 6:00 pm, lepas spent time di situ, pengunjung boleh la turun dengan cable car untuk shopping pula di premium outlets ini. Shopping mall ini tutup pukul 10 malam. Kalau gitu la acaranya, ooiii... banyak pakai duit tu, sebab tiket masuk theme park tu pun sudah beratus ringgit seorang.
Genting Highlands Premium Outlets di sebelah kiri dan Stesen SkyWay Awana di sebelah kanan.
The cable cars. They call them Gondolas.
Teringat saya pada masa saya naik beberapa jenis kenderaan naik bukit dan gunung seperti chairlift, gondola, funicular dan inclined lift ketika percutian-percutian dulu. Here are the photos.
Chair lift up the Janus Hill, Budapest, Hungary |
Gulmarg Gondola in Gulmarg, Jammu and Kashmir |
Titlis Rotair, the world's first revolving cable car, Mount Titlis, Engelberg, Switzerland |
Chairlift at Yaoshan Scenic Spot, Henan, China |
Skyline Rotorua, Rotorua, New Zealand |
Funicular, Penang Hill |
Funicular, Mount Titlis, Engelberg, Switzerland |
Inclined lift, Kek Lok Si Temple, Air Itam, Penang |
Ok, sambung semula cerita naik gondola Awana SkyWay Genting Highlands.
Kalau memandu dari Stesen Awana ke Stesen SkyAvenue akan ambil masa lebih kurang 20 minit dengan jarak sejauh 9 km.
Dari sudut pandangan ini kelihatan macam ada banyak gondola yang bergantungan rapat-rapat pada satu masa. Baguslah ada banyak, sebab kalau tidak berjam kena beratur nak naik gondola. Awana SkyWay ini mempunyai 99 Standard Gondolas yang boleh membawa 10 penumpang/gondola dan 10 glass-floored gondolas yang boleh membawa 6 penumpang/gondola.Sistem gondola ini juga dilengkapi dengan peralatan elektronik berteknologi tinggi dan dibina mengikut peraturan Swiss yang ketat. Ia juga mempunyai litar keselamatan berganda yang bebas sepenuhnya.
Saya teringin juga nak melawat kuil ini kerana ia unik berbentuk pagoda tapi cancel sebab Stesen Chin Swee terletak jauh di atas dari kuil ini. Pelawat perlu turun tangga begitu jauh ke bawah menuju ke kuil ini. Bila habis lawatan, hendak balik semula ke Stesen Chin Swee, mestilah panjat naik tangga yang panjang tadi. Tak larat pak cik 😅.
Bangunan pagoda ini memang nampak cantik di tengah kehijauan Genting Highlands.
At the left bottom corner dalam foto di bawah ini adalah laluan bertangga untuk pelawat turun ke Kuil Chin Swee dari Stesen Chin Swee yang berada masih jauh lagi di atas dari point ini.
Trying to compose Awana SkyWay, Chin Swee Temple, Genting Permai and Titiwangsa mountainous range all in one frame 😃.
Sistem 109 gondola dengan kabel sepanjang 2,400 meter ini disokong oleh 22 tiang pylons yang mampu menyokong beban menegak sebanyak 4,000 tan berbanding beban menegak maksimum 150 tan daripada sistem kereta kabel.
Tiba di Stesen Chin Swee.
Kelihatan bangunan Resort World Genting.
Landskap pergunungan yang sungguh indah.
Passing through landing tower.
Pemandangan dari ketinggian ini lagi mesmerizing.
Resort Hotel, Arena of Stars (colorful roofed building) and Genting SkyWorld Theme Park.
Eagle Mountain.
Arena of the Stars.
First World Hotel.
Genting SkyWorlds Theme Park. There are 8 worlds in the theme park.
Locations of the 'Worlds'.
Locations of the the 'Worlds'.
Eagle Mountain. View of a man-made mountain with Titiwangsa mountainous range as backdrop.
Pemandangan ke arah belakang gondola.
Selamat tiba ke Stesen SkyAvenue.
Masa di Stesen Awana, ada camera person yang offer untuk ambil gambar pelawat dalam gondola. Bila sampai ke Stesen SkyAvenue ini, foto yang diambil tadi boleh dibeli.
Tiada camera person Awana SkyWay yang offer ambil gambar kami, so tak ada la foto kami 😐.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment