Assalamualaikum.
Selepas lawat Hagia Sophia Grand Mosque, kami melawat pula sebuah hamam dan sebuah mausoleum yang lokasinya dalam area Sultanahmet ini, antara Hagia Sophia Grand Mosque dan Sultan Ahmed I Mosque (Blue Mosque).
Hürrem Sultan Hamamı ini direka dan dibina oleh Mimar Sinan, ketua arkitek Empayar Uthmaniyyah. Ia dibina pada abad ke-16 (1556-1557 AD) atas permintaan Hurrem Sultan (Roxelana), isteri Suleiman the Magnificent. Ia dibina di antara Sultan Ahmed I Mosque (Blue Mosque) dan Hagia Sophia Grand Mosque. Ia merupakan lokasi asal mandian Zeuxippus lama (100-200 AD). Kawasan ini juga penting terutamanya sebagai tapak Temple of Zeus suatu ketika dahulu.
Hürrem Sultan Hamamı, salah satu karya terindah di Istanbul, telah dipulihkan antara 1957-1958 buat kali pertama dan dijadikan bazar permaidani sehingga 2007.
Selepas kemangkatan Sultan Ahmed I pada tahun 1617, pembinaan makam ini telah dimulakan pada tahun 1617-1618, semasa zaman Sultan Mustafa I (1617-1618/1622-1623), dan siap pada tahun 1619, semasa zaman Sultan Osman II (1618-1622).
Terdapat pemulihan berterusan di Sultan Ahmed Mosque sejak 2015. Dalam lapan tahun yang lalu, bahagian-bahagian masjid yang berlainan telah ditutup untuk pengubahsuaian pada masa yang berbeza. Mulai 1 Januari 2023, masjid ini ditutup sepenuhnya selama 2 bulan untuk mempercepatkan pemulihan. Atas sebab ini, Sultan Ahmed Mosque ditutup sehingga 1 Mac 2023 untuk pengubahsuaian.
Juga saya kongsikan a much more recent photos of the mosque captured by my wife when she visited the mosque in June 2022.
Ok, ini foto-foto lama Sultan Ahmed Mosque saya dari tahun 2014. Kita baca dulu maklumat lengkap masjid ini yang ada pada pamphlet The Sultan Ahmed Mosque.
Pemandangan Sultan Ahmed Mosque dari dataran masjid.
Suasana di dalam Sultan Ahmed Mosque.
Ini pula foto-foto yang dirakam oleh isteri saya semasa lawatan dia ke Sultan Ahmed Mosque ini pada Jun 2022. Pada masa itu masjid ini masih lagi boleh dikunjungi di bahagian-bahagian tertentu yang kecil yang tidak ditutup untuk restorasi.
The pamphlet. |
The facades of this mosque is covered with protective covers for the restoration of the building.
Berbanding dengan ketika tiada restorasi, begini sahajalah yang dapat dilihat oleh pengunjung bila melawat Sultan Ahmed Mosque ini.
Kesemua chandeliers signature Blue Mosque yang indah sudah tidak ada. Tentu sudah dicabut untuk restorasi sebelum dipasang semula nanti.
Pada masa itu bersolat masih lagi boleh dilakukan di sini.
Terpacak di sana sini dalam masjid ini adalah tiang-tiang perancah (scaffoldings) yang menyokong rangka-rangka besi di bahagian siling masjid ini. Tiang-tiang perancah ini ditutupi/dibalut dengan decorative scaffolding wrap to look like ancient pillars.
Ruang bersolat yang dipagarkan / no visitors area.
Mihrab dan minbar.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment