Wednesday, February 1, 2023

BALKANS - GREECE - THESSALONIKI

Assalamualaikum. 
Alhamdulillah, kami pun selamat tiba ke Thessanoliki, Greece dari Ohrid, North Macedonia selepas lebih kurang 4 jam perjalanan bas. 


Sebab ada kesesakan lalu lintas masa itu kami diturunkan dari bas di depan bangunan Thessaloniki Port Authority ini. Dari sini kami akan berjalan ke restoran untuk makan tengahari. 



Lunch kami di restoran Taverna Ladadika. Tak jauh jalan, dalam lebih kurang 150 meter, which is just fine for us both sebab masa berjalan itu bolehlah tengok suasana bandar Thessaloniki ini sambil ambil gambar. Kira macam walking tour lah 😃.

Ketika ini kami di dalam daerah “Ladadika”, a beautiful walkable area yang merupakan salah satu destinasi kegemaran untuk pelawat tempatan dan pelancong serta komuniti kolej di bandar ini.

Ladadika adalah salah satu hot spots hiburan di Thessaloniki. Ia terletak di kawasan tengah betul-betul bertentangan dengan pintu gerbang pusat pelabuhan dan cuma lima minit berjalan kaki dari Aristotle Square.

Perkataan Ladadika secara literal bermaksud kedai yang menjual minyak seperti minyak zaitun dan produk sampingan minyak itu. Kawasan ini pernah menjadi pasar pusat dan bazar bandar semasa pendudukan Uthmaniyyah atau ketika lebih awal lagi dari itu. Ia juga dikenali sebagai "Egyptian Market".
Ladadika ialah nama daerah bersejarah dan kawasan mercu tanda bandar Thessaloniki, Greece.

Ladadika menjadi lokasi banyak kedai tetapi sejak Great Fire of 1917 dan selepas itu, kepentingannya mula merosot dan beberapa dekad kemudian hanya kedai menjual minyak yang masih dibuka. Keadaan ini berterusan sehingga lewat tahun 70-an apabila kawasan itu ditinggalkan sepenuhnya.

Pada tahun 1985 Ladadika telah diisytiharkan sebagai monumen bersejarah oleh Kementerian Kebudayaan Greece di mana seluruh kawasannya dilindungi oleh undang-undang untuk mengekalkan gaya dan ciri-ciri asalnya. Tidak lama selepas itu Ladadika mula hidup semula, apabila kafe, bar dan restoran dibuka dan menduduki semula bangunan-bangunan lama yang pernah ditinggalkan yang kini telah diubah suai untuk menarik penduduk tempatan dan pelancong.

Kini, walau pun ketika krisis kewangan, Ladadika masih merupakan salah satu tempat yang paling kerap dikunjungi oleh penduduk tempatan dan pelawat. Bar espresso, kedai kopi, taverna, kedai bir dan sebagainya masih mampu beroperasi di sini. 

Seluruh kawasan Ladadika adalah untuk pejalan kaki sahaja, sekali gus memberi pelancong peluang untuk meluangkan masa berjalan-jalan dan menikmati suasana kawasan yang satu ketika dahulu adalah hub perniagaan dan bazar. 

Kami pun sampai ke restoran untuk makan tengahari. Ini restoran Taverna Ladadika - Ταβέρνα Λαδάδικα, a Greek restaurant that offers typical Greek dishes.

Bangunan restoran ini adalah sebuah bangunan lama yang satu ketika dahulu pernah berfungsi sebagai kilang minyak zaitun di mana olive oil press dibuat.

Ταβέρνα Λαδάδικα.



Suasana di dalam restoran Taverna Ladadika. Nampaknya stail dalamannya rustic dan banyak menggunakan kayu, agaknya ini cara untuk memelihara sejarah bangunan ini yang pernah jadi lokasi kilang proses minyak zaitun.









Inilah hidangan makan tengahari kami. Ikan bakar dan nasi. Sup itu rasanya Greek Yellow Split Pea Soup with turmeric. Dessert itu pula kalau tidak silap ialah 'Karidopita' a Greek walnut cake soaked in a cinnamon infused sweet syrup. 

Kalau tidak silap rasanya ini grilled sea bass. 

Sedap ke? 😋

View dari atas.

Di luar restoran.

Ada beberapa mural besar di dinding bangunan-bangunan sebelah restoran.





Information on the Historical Wholesale Market in Ladadika.



Ok, sambung lagi cerita tentang Ladadika. Pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia I Ladadika menjadi 'red light district', dengan kawasan ini mula menjadi lokasi banyak rumah-rumah pelacuran. Pada tahun 1985, Ladakika telah disenaraikan sebagai tapak warisan oleh Kementerian Kebudayaan. Gaya seni bina yang terkenal dengan bangunan abad ke-19 dipelihara dan dilindungi.

Kini, setelah menjalani gentrifikasi pada tahun 1980-an, Ladadika membentuk daerah hiburan di bandar ini, dengan bar, kelab malam, restoran dan pub di tempat yang dahulunya merupakan kedai minyak dan gudang pedagang lama, seterusnya menjadi rangkaian jalan pejalan kaki dan dataran-dataran kecil.

Ladadika membentuk kawasan penting masa lalu, yang mendedahkan sejarah sosial Thessaloniki dan membentangkan kepentingan sejarah, bandar, seni bina, tradisional dan sosial.

Katouni fountain. 


Meneruskan perjalanan menuju ke bas yang berada di White Tower, lebih kurang 1.6 km jaraknya dari restoran tadi. Biasalah, kalau berada di kawasan touristy, memang sudah ada tempat parking khas untuk bas dan kita tiada pilihan but to walk there. Memang jauh tapi kami akan berjalan menyusuri Thessaloniki Central Waterfront, jadi tidaklah terasa bosan atau kepenatan sangat.  


Berjalan di pedestrian streets di celah-celah bangunan-bangunan di kawasan bersejarah Ladadika.






Berjalan di pedestrian street - Oplopiou. 

Bendera-bendera Greece, United Kingdom, European Union dan USA dipasang pada bangunan Capsis Bristol Boutique Hotel bersejarah ini.  

Masuk ke jalan Ionos Dragoumi menuju ke tepi laut, the Thermaic Gulf, 
Aegean Sea.

Dan kami pun sampai di jalan menyusuri laut iaitu Leoforos Nikis street yang juga dikenali sebagai Nikis Avenue. It is the Thessaloniki Central Waterfront Avenue. 

Struktur 'Κατάρτι' atau 'Mast', salah satu tarikan pelancong di waterfront ini.

Leoforos Nikis ialah jalan yang paling sibuk, paling terkenal, paling banyak difoto dan paling dilukis di Thessaloniki dan mempunyai nilai harta kediaman tertinggi di bandar, dan antara nilai harta kediaman dan komersial tertinggi di Eropah Tenggara.

Nikis Avenue juga sangat penting secara komersial, kerana ia dipenuhi dengan banyak kafe, restoran dan premis perniagaan serta dikunjungi oleh beribu-ribu pelancong dan penduduk tempatan setiap hari. Konsulat Switzerland, Sepanyol, Republik Czech, Cyprus dan Filipina terletak di sepanjang jalan ini.

Holocaust Memorial.



Pemandangan First Pier dari Nikis Avenue. First Pier Port of Thessaloniki ini telah dijadikan tempat awam di mana orang ramai boleh menikmati keindahan waterfront dan melawat dua muzium dan galeri di jeti ini. Festival Filem Thessaloniki juga berlangsung di 4 bilik teater yang ada di jeti. Terdapat juga sebuah kafe/restoran yang sangat popular di sebelah kiri jeti. 

Ada 3 bendera dikibarkan di Nikis Avenue ini: Greece flag, EU flag and Municipal flag of Thessaloniki.

EU flag, Greece flag and Municipal flag of Thessaloniki


Enjoying the afternoon sun at the waterfront.

Meneruskan perjalanan.


Thermaic Gulf, juga dipanggil Gulf of Salonika dan the Macedonian Gulf, adalah teluk yang membentuk sudut barat laut Laut Aegean. Bandar Thessaloniki ini terletak di hujung timur lautnya. Ia dinamakan sempena bandar purba Therma, sekarang Thessaloniki moden. Panjangnya adalah kira-kira 100 km. Pelabuhan Thessaloniki ialah pelabuhan terbesar dan paling sibuk di teluk ini, manakala dua belas pelabuhan kecil lain menyediakan pengangkutan laut masuk, keluar dan sekitar teluk Thermaic. 




Kemudian kami tiba di Aristotelous Square, salah satu tempat bersejarah Thesseloniki.

Dataran ini telah direka oleh arkitek Perancis Ernest Hébrard pada tahun 1918, tetapi mostly dataran ini dibina pada tahun 1950-an. Banyak bangunan di tepi dataran ini telah diubah suai dengan bahagian utaranya sebahagian besarnya telah dipulihkan pada tahun 2000-an.

Sejarah Aristotelous Square ini bermula dengan Great Fire of 1917 yang memusnahkan dua pertiga kota Thessaloniki.  Sebelum kebakaran besar itu, bandar ini tidak mempunyai banyak ciri-ciri yang dianggap sebagai 'penting' dalam seni bina Eropah. Sehingga 1912, Thessaloniki telah menjadi sebahagian daripada Turki Uthmaniyyah selama hampir 500 tahun. Di bawah pemerintahan Uthmaniyyah, bandar itu berkembang tanpa bimbingan rancangan am untuk pembesaran disamping mempunyai jalan-jalan yang sempit. Ketiadaan dataran pada pra-1917 di Thessaloniki telah ditangani oleh Ernest Hébrard, yang mencadangkan beberapa dataran besar di bandar ini.

Hari ini, Aristotelous Square adalah salah satu tempat paling terkenal di seluruh Greece dan hampir sinonim dengan bandar Thessaloniki itu sendiri. Dataran ini memainkan peranan penting dalam kehidupan sosiopolitik bukan sahaja di bandar, tetapi juga seluruh di Greece.


Banyak perhimpunan besar dan ucapan politik telah dianjurkan di Aristotelous Square, seperti perhimpunan untuk Macedonia pada tahun 1992. Selain itu dataran ini juga digunakan untuk banyak acara kebudayaan, seperti festivals dan perayaan Krismas dan karnival tahunan. Ia merupakan tarikan pelancong yang penting untuk bandar ini, dan banyak kafe serta bar yang membarisi dataran ini menjadikannya popular di kalangan generasi muda.

Terdapat beberapa bangunan-bangunan penting di tepi dataran ini. Di sebelah kiri ialah Electra Palace Hotel, yang merupakan salah satu hotel bertaraf lima bintang terbaik di Thessaloniki dan di sebelah kanan ialah salah satu pawagam yang paling terkenal di bandar ini, pawagam Olympion Theatre yang merupakan tapak annual Thessaloniki International Film Festival.




Di kanan dataran ini ada patung Aristotle. Aristotelous Square dinamakan sebagai penghormatan kepada ahli falsafah Yunani kuno Aristotle. Aristotle berpindah ke Athens di mana dia memasuki Akademi Plato yang mendorong minatnya terhadap falsafah. Pada 343 B.C. raja Macedonia Philip II menjemputnya untuk menjadi mentor untuk anaknya, Alexander the Great. Aristotle mengajar bukan sahaja bakal komander besar masa depan iaitu Alexander the Great tetapi dia juga mengajar dua lagi raja masa depan iaitu Ptolemy dan Cassandr.

Kelihatannya hujung kaki patung ahli falsafah ini macam digilap cerah jadi keemasan sedangkan bahagian lain patung ini berwarna gangsa gelap. Ini kerana terdapat kepercayaan di kalangan penduduk tempatan bahawa dengan menggosok jari kaki patung ini sesiapa sahaja boleh menjadi lebih bijak dan lebih munasabah. Itulah sebabnya penduduk tempatan dan pelawat bandar dari semua peringkat umur dan profesion bercita-cita untuk menyentuh bahagian 'ajaib' badan Aristotle ini.


Sambung jalan lagi.




Sambil jalan ambil gambar.


Al Fresco Cafe Culture is quite prevalent here, unsurprisingly so. Mehmet, our tour guide, ada cerita pada kami yang these people tidak perlu kerja dan melepak sahaja begini setiap hari sebab mereka ada properties di kawasan touristy yang disewakan terutamanya pada pelancong. Lumayan pendapatannya.


Pemandangan First Pier.

Contoh properties yang Mehmet kata, macam bangunan kondominium/apartment kuning dalam foto bawah ini. Lokasinya betul-betul dalam tourist area, on Nikis Avenue pula, dengan pemandangan Thermaic Gulf, Aegean Sea. Mehmet tambah, pelancong yang menyewa itu bukan untuk sehari dua, tapi boleh sampai berbulan. 

EREILIADIS shop, a multi-brand luxurious men's fashion boutique. 

Oh ya... Alhamdulillah... cuaca cukup baik sekali dengan suhu 20℃. 



This is the White Tower of Thessaloniki. Menara ini ialah sebuah monumen dan muzium di persisiran pantai bandar Thessaloniki. Menara sekarang menggantikan kubu Byzantine lama, di mana Empayar Uthmaniyyah telah membinanya semula untuk mengukuhkan kubu kota itu beberapa lama selepas Sultan Murad II menawan Thessaloniki pada tahun 1430. Pada tahun 1912, Greece menguasai bandar Thessaloniki, dan menara ini telah diubah suai dengan ketara dan bahagian luarnya telah dikapur. White Tower of Thessaloniki telah diterima pakai sebagai simbol bandar Thessaloniki.


Ada kapal pula di waterfront ini. Nampak macam pirate-style ship. Rupanya it is Arabella Floating Bar. 

Bangunan Thessaloniki State Symphony Orchestra. 


White Tower of Thessaloniki.


Ini Dimitriou Gounari Street, panjangnya kira-kira 1 km, dengan 700 meter daripadanya adalah jalan pejalan kaki. Ia bermula dari pinggir laut, bersilang dengan semua jalan utama di bandar dan berakhir di Agiou Dimitriou Street. 

Dimitriou Gounari Street adalah salah satu laluan yang paling indah di bandar ini, kerana seseorang yang berjalan di sini akan merasa seolah-olah berada dalam lengkungan sejarah yang berabad-abad lamanya dengan monumen-monumen bersejarahnya. Di jalan ini juga terdapat pelbagai jenis kedai dan bangunan-bangunan pangsapuri yang menarik dari segi seni bina menjadikan pengalaman berjalan di jalan ini satu gabungan "semalam" dan "hari ini".

Papan info tentang Dimitriou Gounari Street.

Nama jalan Dimitriou Gounari Street berasal daripada Dimitrios Gounaris (1867-1922), yang merupakan ahli politik konservatif diraja, pengasas parti Nasionalis, berkhidmat 3 kali sebagai perdana menteri dan merupakan antara yang dijatuhi hukuman mati kerana 'Asia Minor Catastrophe'.

Kapal 'Arabella Floating Bar' - sebuah bar terapung.



Tourist attractions in Thessaloniki. 

White Tower of Thessaloniki.



Πάρκο Π.Μελά-Λ.Νίκης - Park P.Mela-L.Nikis - sebuah taman antara jalan P. Mela dan jalan Leoforos Nikis.



White Tower of Thessaloniki.



Aristotelian theater - a performing arts theater.

Bas-bas hop-on hop-off bandar Thesseloniki. Yang kuning itu bas kami.

This is the White Tower Square. On the left is the 30th of October Park. 


Di hujung jalan ini, disebalik pokok itu adalah OTE Tower, currently used by the Cosmote cellular mobile telephone network and it has a revolving restaurant.


SightSeeing Bus Stop Thessaloniki. Perkhidmatan bas hop-on hop-off keliling bandar Thessaloniki. 




Info board on the White Tower Garden.



Aphrodite Fountain. 

A memorial plaque by the garden.



Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 
 
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 

No comments:

Post a Comment