Monday, October 10, 2022

TANJUNG TUALANG TIN DREDGE NO 5 - THE FLOATING FACTORY

   السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok, saya sambung lagi dengan siri blog saya tentang Batu Gajah. Setakat ini saya sudah pun bercerita tentang Batu Gajah; the Town, its historic buildings, the Mosque, the Murals and Kellie's Castle. Dalam blog ini saya bercerita pula tentang lawatan saya dan isteri di Kapal Korek Tanjung Tualang No.5.

Kalau anda ada di Batu Gajah or is passing by, maka elok sangat kalau lawat juga sebuah peninggalan sejarah Malaysia yang merupakan sebuah kapal korek yang pernah digunakan untuk menggali bijih timah di Lembah Kinta. Dari jumlah kapal korek yang paling banyak pada tahun 1940 iaitu sebanyak 123 buah, kini hanya tinggal dua sahaja. Satu yang ada di Tanjung Tualang ini, kapal korek TT5 dan sebuah lagi masih tinggal terbiar bernama Sri Banting berlokasi berhampiran UiTM Dengkil. Sri Banting terbiar kerana kos pemuliharaannya tersangat tinggi menjangkau puluhan juta ringgit.

Titik lokasi Kapal Korek Tanjung Tualang No.5. 

Pintu masuk utama ke kawasan Kapal Korek Tanjung Tualang No.5.

"A heritage icon from the city that tin built".

TT5's quick facts.

Release and disclaimers.

Kaunter tiket. 

Harga tiket. 

Please take note of the TT5 Guided Tour Slots supaya kita boleh merancang dan tidaklah perlu menunggu lama untuk memulakan tour. 

Bagus juga kalau study sikit peta ini kerana tempat ini bukan sahaja ada kapal korek tapi juga taman-taman yang pengunjung boleh lawati. 


Penutupan TT5 semasa pandemik Covid-19.

Pamphlet TT5.


Iklan promosi TT5.

Pelbagai aktiviti siang dan malam di TT5.

Foto lama TT5. 

Lebih kurang 4 km menghala ke Tanjung Tualang terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaannya yang asal dan dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat. Tanjung Tualang adalah merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam pentadbiran daerah Kinta (Kinta Barat) Batu Gajah, Perak. Bandar-bandar yang paling hampir dengan Tanjung Tualang ialah Batu Gajah, Kampung Gajah, Tronoh, Tronoh Mines, Malim Nawar, Gopeng dan Kampar. Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar.
Antara syarikat-syarikat antarabangsa dan multinasional yang pernah bertapak dan beroperasi di Tanjung Tualang ialah Lower Perak Tin Dredging, Southern Kinta Consolidated, Southern Malayan Tin Dredging, Austral Amalgamated Tin, Osborne & Chapple, dan Pernas Chartered Management. Faktor utama yang menonjolkan Tanjung Tualang adalah kerana terdapatnya beberapa buah kapal korek bijih timah yang terbesar di dunia. Sekitar tahun 70'an ada terdapat lima buah kapal korek di Tanjung Tualang.

Di laman di pintu masuk utama ada dipamerkan beberapa dredging bucket kapal korek. 

Ada satu lagi dredging bucket diletak di depan Visitor Center ini. 

Pada kapal korek Tanjung Tualang ini ada sebanyak 115 unit dredging buckets dengan setiap satunya mempunyai kapasiti 0.50976 kubik meter. Setiap bucket beratnya lebih kurang 2 tan. Ia dibuat daripada aloi keluli mangan yang dikeraskan, membolehkan peningkatan hentaman dan rintangan lelasan (increased impact and abrasion resistance). Ia boleh digunakan untuk mengorek sedalam 33 meter. 

Dredging bucket juga ada dipamerkan di Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah. Tidak seperti yang di TT5, bucket di situ telah dicat, most likely to prevent rust.

Dredging bucket ni digunakan di kapal korek untuk menyedok pasir dan lumpur yang bercampur bijih timah yang diangkat ke atas kapal untuk diproses. Kapal korek mempunyai kelebihan utama kerana dapat beroperasi secara berterusan dan secara autonomi, menyamakan kapasiti kapal korek yang mempunyai 12 dredging bucket dengan 2,000 orang kuli.

Macam rantai motor, dredging buckets ini disambung menjadi satu rantai. Macam rantai motor juga, ia boleh putus. Bila putus dredging buckets tu akan jatuh ke dalam lombong. Jadi penyelam-penyelam akan ditugaskan untuk menyangkutkan rantai pada dredging buckets tadi untuk ditarik ke permukaan dan dipasang balik pada kapal korek. 

Turut dipamerkan di Kompleks Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Batu Gajah ini adalah beberapa replika jongkong timah. 

Ini pula adalah jongkong timah yang sebenar. Jongkong ini adalah salah satu bahan pameran di Palong Tin Museum, Ipoh, Perak. 

Ini pula jongkong bijih timah yang dipamerkan di Muzium Sungai Lembing. 

Jom kita masuk ke dalam Visitor Center ini dan tanya tentang the guided tour.


TT5 Visitor Center.

Di dalam Visitor Center ini ada Galeri TT5 yang mempamerkan maklumat tentang perlombongan bijih timah di Perak serta peralatan yang digunakan. 

Merchandise seperti payung dan t'shirts juga ada dijual di sini.


Di sini kami enquire about the guided tour. Kami berdua memang cukup suka sekali kalau ada khidmat guided tour. Seronok mendengar penerangan sambil melihat dan ambil gambar apa yang kami lihat. Kapal korek ini dibuka untuk lawatan setiap hari bermula dari pukul 9 pagi - 6 petang. Ada 2 jenis tiket dikenakan kepada semua pelawat: RM8 jika hanya sekadar melawat di bahagian luar sahaja dan RM16 jika termasuk Guided Tour untuk melawat ke dalam kapal korek. Kami ambil slot guided tour pukul 9:30 pagi.


Ada disediakan peta taman yang jelas untuk pengunjung.

Rupanya sudah ada pengunjung lain yang sudah sampai to join the 9:30 am guided tour. 

Kapal korek ini berlabuh di dalam kolam 200 meter dari jalan utama, menghadap ke dataran besar yang dipenuhi ratusan tasik bekas perlombongan. Dari jauh nampak macam sebuah kilang dengan kren-kren di depan dan belakang.

Medan perlombongan ini membentang jauh ke arah timur, menghala ke bukit kars Gunung Tempurung dan Hutan Lipur Sungai Salu.

One of Malaysia's main driving forces at the turn of the 20th century was tin mining, but that phase gradually took a backseat. Past tin mines were transformed into an area where an assortment of mining pools and dredgers would take place. In 2015, the state government of Perak authorized MB Inc. to restore the last tin dredge in Malaysia. TT5 will be recognised as an iconic mining heritage in the region by way of the Perak state-owned Amanjaya TT5.

The re-developed site of Tanjung Tualang Tin Dredge No 5 is now an Eco Heritage Park, that spans 32,000 sq. ft. and has 700 metres worth of maze routes to explore and discover. The site is situated in Tanjung Tualang, which is around a 30-minute drive from Ipoh. TT5 has been designated as part of the Kinta Valley National Geopark, so it is a must-see heritage site in the country.

Dredge in history.

Dredge Transfer in Malaysia
There are a small number of dredgers that have operated in Malaysia that have successfully attracted the interest of mining companies operating in several foreign countries. Most of them were transferred to the Bangka Islands, Indonesia. 
TT5 pada tahun 2005

Here are some of the dredgers that have been successfully identified as having been moved abroad.
🔶Kapal 1
Kapal 1, which was once the largest dredger in the world, is no longer in Tanjung Tualang because in 1980 it was dismantled and sent to Phuket, Thailand.
🔶Selangor D2
The second dredger (SD2) owned by Selangor Dredging Berhad was sold in 1986 to PT Koba Tin, a tin mining company operating in the Bangka Islands, Indonesia.
TT5 pada tahun 2005

🔶Petaling D7
This is a 6000 ton dredger equipped with a 24 cu ft (680 liter) capacity scoop. Annual production is 7,000,000 cu m. The ore separation treatment plant was converted from a tin to a rutile separation treatment plant. The dredger (Pet D7) was transferred from Malaysia to Gangama, Sierra Leone. This dredger was later renamed as 'Solondo Dredge' in the country concerned.
🔶Sri Dengkil
Dredger Sri Dengkil also followed in the footsteps of SD2. It was sold to PT Koba Tin, dismantled and reassembled in Bangka Islands, Indonesia and commissioned into PT Koba Tin's service in 1995 under the name 'Bemban'. In Indonesia it is called 'Kapal Keruk Bemban'.
TT5 pada tahun 2005

With the transfer of the dredger SD2 and Sri Dengkil to Indonesia, the status of the largest dredger in Malaysia is held by the dredger Sri Dermawan in Perak. Sri Dermawan with a weight of 5400 tons was then disposed of and sold by MMC in March 2001 leaving the TT5 dredger in Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak as the largest dredger that still exists in Malaysia to date.
TT5 pada tahun 2005

Dari segi sejarah, walaupun timah di Malaysia turut di temui di negeri Kelantan, Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor, akan tetapi kebanyakkan kapal korek beroperasi di dua negeri utama iaitu Perak dan Selangor. 

Mencarigali Bijih Timah: Usaha mencari gali bijih timah bukanlah semudah yang disangka. Cabaran merentasi hutan dengan membawa pelbagai peralatan sangat menguji fizikal dan mental. Selain dari bekerja keras semasa menggali lubang pelombong haruslah berwaspada terhadap pacat, nyamuk, ular dan sebagainya. Akan tetapi semuanya bergantung pada nasib samada memperolehi bijih timah atau sebaliknya.

Sejarah perlombongan bijih timah adalah penting bagi negeri Perak dan ada beberapa mural dibuat untuk mengabadikan sejarah ini. Mural sejarah perlombongan ini adalah di Dataran KTM Ipoh di depan Stesen Keretapi Ipoh.  



Mural di dinding bangunan Ho Yan Hor Museum ini namanya 'Evolution'. Mural ini lokasinya di Jalan Bijeh Timah, Ipoh.

Mural ini di Batu Gajah, di Jalan Pasar.

Mural yang ini juga di Batu Gajah, di Jalan Pejabat Pos.

Ini pula sebuah lukisan kapal korek oleh Loo Win yang ada di Hotel Impiana, Ipoh, Perak.

Untuk ikut Guided Tour pelawat diminta buat pendaftaran di kabin ini selepas membeli tiket.

Kabin pendaftaran untuk membuat Guided Tour.

Nak masuk dalam kapal korek TT5 itu, pelawat dimestikan memakai topi keras untuk keselamatan. 


Tour guide kami pada hari itu adalah Amir. The guided tour will take approximately 45 minutes. 

Obviously Amir is well trained and very knowledgeable about TT5. Penerangan yang diberikan pun kita mudah ikut dan faham. 
The timeless tale of Tin Dredge and Tin Mining in Malaysia is told by the immersive in-house tour guide that leads you through the process of tin mining.

Kapal Korek TT5 ini direkabentuk oleh Syarikat F.W. Payne & Sons pada tahun 1938. Ia dibina di England dan dibawa ke Malaya secara berperingkat. Lokasi pemasangan asalnya adalah di Gopeng sebelum dibawa ke Tanjung Tualang oleh pelombong British dulu. Kapal ini diberi gelaran TT5 kerana ia adalah kapal korek British yang ke-5 di kawasan Tanjung Tualang. Jom kita masuk ke dalam kapal korek ini.

Tale of the Floating Factory
The floating factory was put out of service due to the fall in tin price. Today there is only one existing tin dredge known as TT5 in Perak. TT5 was designed in England by F.W. Payne & Sons, 1938. The TT5 started to deteriorate in 1982 and was donated to the Perak government by MMC in 1997.
tt5perak.com

Ada papan maklumat. Jom baca.


Bergambar sekejap 😃.

Unearth fascinating stories of the Tin Dredge and Tin Mining in Malaysia with our in-house tour guide, which is a specially tailored programme for you. Discover the enriching experience of the revolutionary process of tin processing at the time, as the tin-rich earth was scooped out from the bottom of the lake to how the tin concentrate was later identified & OR separated from the remaining barren overburden.
tt5perak.com

Jambatan yang dibina untuk masuk ke dalam kapal korek.

This is the TT5 Guided Tour route. Pretty straight forward dan hanya di tingkat 1 sahaja (lantai 1). Start at the midsection, then move towards the front of the dredge, then to the back section of the ship and exit.


Maklumat tentang kapal korek ini:
Keluasan Kapal Korek : Lebar 35 meter, Panjang 75 meter
Ketinggian : 5 Tingkat
Berat : 4500 Tan
Bilangan Pekerja seramai 90 orang dan hanya 30 orang yang boleh bekerja dalam satu shift.
Tahun Operasi : 1938 hingga 1992
Kos pembinaan: mencecah RM 30 Juta
Bermula beroperasi di Malim Nawar dan perhentian terakhir Batu 6, Jln Tg. Tualang.


Pemandangan tepi kapal korek. Ponton-ponton sedalam 3 meter menyokong kapal korek ini yang beratnya 4,500 tan. 

Keselamatan diutamakan. Oleh itu dihadkan 25 orang sahaja untuk setiap guided tour with each tour scheduled at specific time period. Ini mungkin untuk memastikan serta memantau number of people on board of the kapal korek at any given time. Maklumlah kapal korek ini pun sudah tua usianya, mungkin tidak boleh menampung terlalu ramai pelawat pada satu-satu masa. 

Juga semua pelawat dimestikan memakai hard hat, mungkin pernah ada kejadian pelawat yang terhantuk kepala pada the steel beams on board. Lawatan di sini juga dibuat secara guided tour supaya tour guide seperti Amir boleh memantau setiap pelawat untuk memastikan tiada pelawat yang merayau ke bahagian-bahagian kapal yang off limit contohnya. 

Berhampiran pintu masuk pelawat di kapal korek ini, kami berkumpul untuk mendengar penerangan dari Amir. Pertama sekali diterangkan tentang operasi seharian atas kapal korek ini. Kapal ini mempunyai 30 orang pekerja yang bekerja dalam 2 shift yang setiap satunya terdiri dari 15 orang pekerja. 

Pekerja-pekerja kapal korek tinggal di daratan dan dibawa berulang-alik masuk ke kapal korek di tasik lombong dengan menggunakan tongkang atau sampan besi.
Orang2 yang bekerja di-kapak korek itu di-dalam sampan besi hendak rapat ka-kapal korek itu.
Dwarfed by the huge structure of a floating dredge, members of its crew draw near in a steel sampan.

Ini tongkang atau sampan besi yang digunakan untuk membawa pekerja-pekerja dari darat ke kapal korek. Sampan ini ada dipamerkan di tapak TT5 ini.

Walaupun kapal korek ini saiznya besar, tiada tempat tidur disediakan untuk pekerja-pekerja. Jadi pekerja perlu berulang alik darat ke kapal korek setiap hari. However, kaurters ada disediakan untuk pekerja-pekerja ini.
Mereka naik ka-kapal hendak bekerja sa-lama lapan jam.
Board the dredge for an eight-hour shift of work. Men from all Malaya's many communities work on the dredges.

Kakitangan penting seperti Dredge Master dan Engineer kapal terdiri dari orang British. Pekerja-pekerja tempatan yang terdiri dari orang Melayu, Cina dan India diambil bekerja sebagai kuli di dalam kapal korek. Gaji sebulan mereka adalah £150. Pengeluaran kapal korek yang sebanyak 30 tan sehari boleh membayar gaji pekerja selama 8 tahun. 

Ada macam-macam mesin atas kapal korek in to keep it afloat seperti water pump dan low pressure pump ini.

Kawasan dalam kapal korek ini di bahagian tingkat satu adalah begitu luas. 

Amir beritahu pengunjung-pengunjung boleh dibawa / dibenarkan untuk melawat hanya di tingkat 1 ini sahaja dan tingkat-tingkat lain di atas adalah tidak dibenarkan atas sebab-sebab keselamatan. 

Lantai setiap tingkat kapal korek ini adalah dibuat dari besi dan kukuh. 



Di siling tingkat 1 ini kelihatannya ada banyak steel beams dan ducts dan saluran-saluran yang berselirat.

Pemandangan dari dalam kapal korek di tingkat 1.

Jambatan yang kami lalui tadi.

Terdapat juga tongkang/sampan besi yang pernah digunakan satu ketika dahulu untuk membawa pekerja-pekerja dari darat ke kapal korek.

Di bawah pokok di laluan masuk ada satu lagi sampan besi yang dipamerkan di tapak TT5 ini.

Pada kami berdua yang menjadikan lawatan ke sini lebih menarik adalah adanya disediakan untuk pelawat papan maklumat seperti ini. Jom kita baca.

Sejarah Kapal Korek. Kapal korek ini dibuat di England, kemudian dibawa dan dipasang di Malaya. Nak assemble kapal korek ini ambil masa selama satu setengah tahun. Mulanya ianya berlokasi di Teja, kemudian dibawa ke Tanjung Tualang. Bagaimanakah agaknya cara ia dibawa dari Teja ke Tanjung Tualang? Disassemble then assemble? The amount of planning and work involved!! 😲
Pada asalnya kapal korek bucket direka pada tahun 1880-an untuk meningkatkan pengekstrakan emas di lombong New Zealand, yang kemudiannya rekaannya telah dipertingkatkan lagi untuk dikendalikan di Australia, Amerika Syarikat dan Kanada. Sebaik sahaja sampai ke Perak, teknologi itu mengalami beberapa pengubahsuaian selanjutnya selepas percubaan yang gagal pada tahun 1891 dan 1912. Kejayaan pertama penggunaan kapal korek bucket akhirnya dicapai pada tahun 1913, diperkenalkan oleh Malayan Tin Dredging Ltd.

Kemudian Amir menerangkan pada kami tentang alat yang tergantung ini. Namanya 'Meeting Bell' digunakan oleh supervisor like the Dredge Masters to call the workers for briefings and updates. Meetings ini dibuat di depan 'Meeting Bell' ini kerana atas kapal ini tiada tempat seperti bilik mesyuarat dan sebagainya.

Alat ini berfungsi sebagai loceng untuk menghantar dan menerima mesej. Contohnya 'Meeting Bell' ini digunakan untuk memanggil pekerja berkumpul. Loceng ini diketuk mengikut kod-kod tertentu untuk memanggil pekerja datang berkumpul. Ketukan bunyi 'ting-ting' dari alat ini adakah begitu kuat sehingga boleh didengari di seluruh kapal korek ini.

Tangga naik ke tingkat 2. Laluan naik ke atas ditutup with 'No Adminttance' sign. Amir kata kapal korek sudah tua jadi ada bahagian-bahagiannya yang mungkin tidak selamat untuk dilawati. 

Walaupun pelawat tidak dibenarkan naik ke tingkat-tingkat atas, tapi kita boleh melihatnya dari bawah di ruang tinggi seperti atrium ini di tingkat 1.

Masa melihat dalaman binaan kapal korek ini saya asyik terfikir betapa payahnya kerja-kerja menanggal dan memasang semula semua bahagian-bahagian kapal ini semasa kapak korek ini dipindahkan dari England ke Teja dan dari Teja ke Tanjung Tualang.

Ada label pada corong besi ini ~ 'Primary Jig, Spigot Launder. Kalau tidak silap, ia adalah di mana hasil korekan disaring untuk memisahkan bijih timah dan sedimen lain.

Ini pula adalah Port Low Pressure / Pump Starter. Ada 2 jenis pam air di dalam kapal korek ini iaitu pam untuk low water pressure dan pam untuk high water pressure. Bahan-bahan yang dikorek perlu dipisahkan menggunakan high jet water dan low pressure water digunakan untuk membuang bahan-bahan tidak diperlukan. Semua mesin yang berwarna hijau di sini adalah water pumps.

Pam ini berfungsi untuk menghidupkan pam air tekanan rendah.

Ini pintu ruang di mana di dalamnya dilakukan pembilasan untuk mengasingkan dan mengumpul bijih timah kecil supaya tidak dibazirkan. Ia dipanggil 'save-all sluice chamber'.

Seterusnya Amir bawa kami ke bahagian hujung kapal korek ini, arah ke kiri dari pintu masuk ke kapal korek ini tadi.

Di hujung ini adalah bahagian depan kapal korek ini.

Ini adalah Pontoons yang digunakan untuk mengapung kapal korek ini.
 

Ini pula Manual Pantoon Water Pump yang digunakan untuk mengeluarkan air bertakung di dalam Pontoons sekiranya Pontoon mengalami kebocoran.

Sistem paip-paip dan pam-pam air yang digunakan untuk memecahkan dan mencuci tanah yang mengandungi bijih.


Walaupun tercetusnya Perang Dunia pertama dan sekatan perkapalan antarabangsa, penggunaan kapal-kapal korek berkembang dengan mantap, dengan lebih daripada 100 kapal korek dilaporkan beroperasi di seluruh Tanah Melayu menjelang tahun 1929. Dalam masa beberapa tahun, pengeluaran bijih timah syarikat-syarikat barat meningkat menghasilkan lebih daripada dua pertiga bijih timah di negara ini melalui kaedah perlombongan terbuka dan kapal korek, jauh mengatasi pesaing tempatan mereka.

Bahagian depan kapal korek.


Bahagian laluan mangkuk-mangkuk pengorek naik ke bahagian atas kapal korek.

Lantai besi kapal korek yang masih lagi kuat dan kukuh sehingga kini dan boleh menerima kedatangan pelawat. Tapi bilangan pelawat adalah dikawal untuk satu-satu masa. 

Seterusnya ke bahagian Stesen Janakuasa.

Ini Stesen Janakuasa elektrik kapal korek. The Dredge Electric Power Station Enclosure.


Dahulu kapal korek menggunakan kuasa wap sebelum ditukar menggunakan kuasa elektrik dari sumber diesel.

Ada papan maklumat tentang Kawasan Stesen Janakuasa (Power Station Area).

Jom kita baca fakta-fakta menarik ini.

Kapal korek ini beratnya 4,500 tan dan ia memerlukan sokongan untuk terapung. Kapal korek TT5 ini masih terapung bukan terletak di dasar kolam. Kedalaman kolam ini adalah 6 meter. Jadi ponton diperlukan untuk mengapung. Ponton ini tingginya 3 meter dan hanya ada udara sahaja di dalamnya, dan tidak boleh ada air. 
Penerangan tentang Pontoon oleh Amir, the TT5 tour guide.

Kalau ada kebocoran atau pecah, juru teknik akan menggunakan bukaan ponton ini untuk mengepam air keluar dari dalam ponton naik ke atas kemudian barulah kerja-kerja menutup kebocoran dilakukan. Ponton adalah dibuat berasingan, ada separate partitions. Contohnya ponton no.5 dan ponton no.6 tidak bersambung. Kalau ponton-ponton dibina bersambung, air yang masuk dari ponton no.5 akan cepat merebak masuk dan memenuhi ponton no.6 dan ponton-ponton seterusnya dan ini akan menyebabkan kapal korek akan cepat senget dan tenggelam. Jadi bila ponton dibuat berasingan, kerosakan dalam satu ponton akan dapat dibaiki tanpa melibatkan ponton-ponton lain dari turut dibanjiri air.  
Mesti berhati-hati ketika di ponton ini kerana dalamnya adalah 10 kaki.

Di dalam kapal korek ini ada 47 ponton. Ponton kapal korek mengandungi tekanan udara untuk membolehkan kapal korek ini terapung. Ponton TT5 terdiri dari 1 hingga 14 sisi kiri, sisi kanan dan disokong oleh ponton tambahan di tengah dan di sebelah kiri dan kanan.



Masa kapal korek sedang beroperasi, ponton-ponton ini mestilah ditutup, tidak terbuka seperti yang kita lihat di sini. Ini adalah untuk keselamatan kru kapal korek ini kerana ponton-ponton in sangat dalam, gelap dan sangat panas.


Pemandangan kolam dari dalam kapal korek.



Ini adalah mesin Auxiliary Winch Starter yang digunakan untuk menghidupkan takal tambahan.


Ini pula adalah Port Bow Deck Auxiliary Winch yang digunakan untuk mengangkat mangkuk pengorek semasa kerja-kerja pembersihan dan penyelengaraan. 


Amir menerangkan kepada kami proses mengorek dan mengasingkan bijih timah berpandukan dengan gambar illustrasi kapal korek yang ada dipaparkan di dinding dalam kapal korek ini.

Gambar ilustrasi kapal korek menunjukkan semua bahagian-bahagian TT5.

Bahan korekan dibawa naik dari dasar kolam ke Top Tumbler yang kemudiannya disalurkan ke bahagian-bahagian Trommel Screen, Primary Jigs dan Seocndary Jigs. Trommel Screen digunakan untuk memecahkan bahan korekan menggunakan water jet system atau tekanan air tinggi yang airnya datang dari kolam lombong ini sendiri.

Pandangan rentas dasar kolam yang dikorek.

Ini bahagian belakang kapal korek di mana bahan-bahan sampingan dibuang.

Maklumat tentang TT5.

Ini bahagian drilling untuk korek semua bahagian galian dalam tanah untuk bawa naik ke atas dari Bottom Tumbler ke Top Tumbler. Bila sampai di Top Tumbler, semua bahan korekan dimasukkan ke dalam satu terowong yang besar untuk mengasingkan timah dari bahan-bahan korekan lain.

Kapal korek timah berfungsi dengan mencedok tanah yang mengandungi timah di hujung hadapan kapal korek, yang kemudiannya dilalukan ke dalam dram berayun dan sistem jig dan skrin untuk mengasingkan timah dari bahan korekan lain sebelum memuntahkan bahan buangan di hujung belakang melalui beberapa pelongsor.

Talian buckets TT5 mempunyai tetapan 2 kelajuan iaitu 22 buckets seminit atau 26 buckets seminit. Kapal-kapal korek ada 3 saiz: besar, sederhana dan kecil. TT5 adalah saiz sederhana dan mempunyai 115 buckets.

Di bahagian depan kapal korek ini pelawat boleh melihat rangkaian mangkuk-mangkuk pengorek dari kolam hingga ke atas kapal korek ini. Kalaulah kita boleh lihat bucket line in berfungsi, pasti menarik!

Setiap mangkuk pengorek ini beratnya 2 tan. Bayangkan kuasa yang digunakan untuk menggerakkan 115 buckets ini!

Ini pula Pontoon Air Flow yang digunakan untuk mengalirkan udara oleh mesin kipas peniup angin dari ponton ke ponton.

Pontoon Air Flow.





Laluan ini sebenar bukanlah sebahagian dari kapal korek ini kerana ia berada betul-betul di bawah laluan rantai buckets yang berpusing membuat kitaran dari bawah ke atas selepas mengorek dan dari atas ke bawah setelah bahan korekkan dituang di Top Tumbler. Jadi untuk ke sebelah sana kapal korek ini, pekerja-pekerja perlu memanjat tangga yang tinggi that crosses over the chained bucket line. 

Alor antara dua platform ini adalah ruang untuk the ladder (chained buckets line) untuk turun condong ke dasar untuk mengorek. Dan sehingga kini semua 115 buckets TT5 ini masih lagi ada pada kapal korek ini dengan sebahagiannya terendam di dalam air.

Ada pula biawak besar sedang berehat di ladder bucket ini 😃. Kata Amir situ memang sudah jadi tempat si biawak melepak 😄.


Pelawat diminta berhati-hati ketika berjalan di dalam kapal korek ini.

Relung-relung di mana kabel-kabel dibelit dan dilepas ketika kapal korek beroperasi.



Pontoon Air Flow.

Ini bahagian hadapan kapal korek at the digging section. Ada digging buckets. 5 buckets yang ada di laman main entrance tempat ini adalah buckets yang original dari TT5. Kapal korek ini mempunyai 115 buckets, setiap satunya seberat 2 tan dan setiap bucket boleh membawa muatan bahan korek seberat 1 tan. So berat total setiap bucket dengan muatan adalah 3 tan. Setiap 1 minit 24 bucket boleh dijalankan. 

Ketika mesin mengorek beroperasi ia adalah sangat laju dan sangat bising. Oleh itu tiada kawasan perumahan berdekatan dengan kawasan lombong. Tambahan pula kapal korek ini beroperasi 24 jam. Ladder yang menampung buckets berantai ini boleh condong 45° dari rest position, dan boleh mengorek sedalam maksima 33 meter atau 100 kaki. Gerakan mengorek dibuat menggunakan Bucket Drive Motor yang terletak di Top Tumbler. 

Papan maklumat tentang Bahagian Menggali.

Bergantung pada sumber, ada yang mengatakan kapal korek ini mempunyai 115 mangkuk pengorek. Di papan maklumat ini menyatakan ada 117 buckets. Ada sumber mengatakan kelajuan korekan adalah antara 22 bucket seminit hingga 26 bucket seminit. Papan info ini menyatakan kelajuannya adalah antara 18 hingga 24 mangkuk pengorek seminit bergantung pada keadaan tanah yang dikorek.

Maklumat bagaimana kapal korek in bergerak. Fascinating! Menggunakan sistem 'tarik dan lepas' talian kabel.


Satu lagi pontoon.


Di bahagian depan ini bukan sahaja bahagian untuk the bucket line tetapi juga untuk pergerakan. Kapal korek ini bukan statik sahaja tapi boleh membuat 3 pergerakan iaitu ke hadapan, ke kiri dan ke kanan. Kapal korek tidak boleh berundur kerana ia tidak mempunyai injin dan tiada gear. Juga tidak bergerak ke belakang kerana di bahagian belakang adalah di mana bahan-bahan korekan yang tidak diperlukan di buang. Jadi tidak perlu membuat kerja mengorek di bahagian belakang itu, membazir sahaja kalau dilakukan. 

Jadi bagaimana kapal korek bergerak? Dengan menggunakan Winch Cables yang dipegang oleh Mooring Winch Machine. Kabel ini panjangnya 300 meter sahaja untuk kedua-dua belah kiri dan kanan. Jadi bagaimana kapal korek ini bergerak? Antara situasi di mana kapal korek perlu digerakkan adalah kerana kawasan korekan ada lime stones keras yang boleh menyebabkan atau telah pun memecahkan bucket. Disebabkan kejadian begitu, katakan kapal korek ini perlu digerakkan 10 meter ke kanan untuk elak the hard lime stones, pekerja yang mengendalikan Mooring Winch Machine akan mengetatkan kabel sebelah kanan dan mengendurkan kabel sebelah kiri. Dan kapal korek ini pun digerak ke kanan. Jadi ia tidaklah bergerak laju. 



Ini kabel yang digunakan untuk menaik dan menurunkan Buckets Ladder (landasan/rantaian mangkuk pengorek) yang dikawal dengan Ladder Hoist Winch.


Ke bahagian seterusnya.


Winch Room di atas itu adalah bilik kawalan di mana Dredge Master memerhati operasi bucket dan melihat muatan bucket jika mengandungi bahan-bahan yang perlu dikeluarkan. 

Pada papan biru ini ada mesej yang ditulis dalam 4 bahasa. Ini menunjukkan pekerja-pekerja yang diambil untuk bekerja di kapal korek adalah dari berbilang bangsa dan bukan seperti ketika itu di mana ada segregation seperti orang Melayu kerja pertanian, orang Cina di lombong dan orang India di estet getah. Mereka mendapat bukan sahaja gaji tetapi juga pengetahuan dan kemahiran bekerja dalam kerja perlombongan kapal korek. 

Kren berwarna kuning itu pula digunakan untuk mengganti bucket. Jika ada bucket pecah, kren ini akan digerakkan ke tepi kapal korek dan kerja menukar bucket dilakukan. 



Ini pula Mooring Winch Machine. 3 atau 4 orang pekerja ditugaskan untuk mengendalikan mesin ini di mana kabel-kabel kiri dan kanan diketatkan atau dilonggar bergantung ke arah mana kapal korek ini ingin digerakkan. Setelah jarak gerakan kapal korek dicapai, barulah operasi mengorek disambung. 




Pontoon and Water Pump.



Mooring Winch Clutch Assembly yang digunakan untuk menarik kapal korek ke kiri atau ke kanan.




Kren yang digunakan untuk mengganti atau membaiki mangkuk-mangkuk pengorek yang rosak.


Spare parts takal-takal kabel in case ada takal yang rosak atau pecah.



Di tingkat atas tu, yang ada kerusi meja panjang adalah kantin. Ada 2 kantin di kiri dan kanan kapal korek ini. Pekerja bekerja 9 jam berhenti berehat selama sejam dan makan di kantin ini. Tiada memasak dalam kapal korek ini jadi bekalan makanan dibawa. 






Bilik atas ini pula bukanlah binaan asal dalam kapal korek ini. Ia juga bukan bilik rehat atau bilik mesyuarat tapi adalah penambahan yang dibuat oleh pembuat filem Malaysia bertajuk J Revolusi.

Ini adalah adegan letupan di depan bilik tambahan yang dibuat dalam kapal korek ini dalam filem J Revolusi.

Ini beberapa lagi babak dari filem J Revolusi yang dirakam di dalam Kapal Korek TT5 ini. 



Seterusnya di Bahagian Membaiki. 




Locker juga ada di atas kapal korek ini. Ini locker Kapala atau ketua syif/mandor. 





Ini pula adalah Concentration Bins digunakan untuk mengisi bijih timah sebelum dibawa keluar dari kapal korek. Ia berpagar untuk mengelak dari bijih timah dicuri dan dibawa keluar dan dijual di luar.

Dredge Master buka paip di atas dan bijih timah keluar dari corong-corong putih ini dan mengisi Concentration Bins ini. Tong-tong ini boleh mengisi muatan seberat 1 tan. 

Tong-tong yang penuh berisi dan dalam keadaan basah ini sebenarnya cuma mengandungi 50% bijih timah. Selain adalah bahan-bahan lain seperti amang dan lain-lain minerals.


Pengeluaran sehari adalah sebanyak 30 tan. Yang kita lihat di sini cuma ada 2 tong sahaja. Jadi bagaimana nak isi sehari 30 tan? Bila sudah penuh, tong-tong ini dipasang rantai dan diangkut ke tongkang-tongkang yang berada di kedua-dua belah kapal korek dan dituang isi kandungannya ke dalam tongkang.  

Kemudian tongkang-tongkang itu akan ke darat dan muatan dituang ke dalam lori-lori untuk dibawa ke gebuk timah Tanjung Tualang untuk diproses di mana ia dikeringkan dan diasingkan. Pure tin ore yang didapati kemudiannya dihantar ke Pulau Pinang menggunakan keretapi untuk proses smelting jadi bentuk jongkong dalam warna silver. 
Storage Tank


Jongkong timah berwarna silver tapi warna bijih timah sebenar adalah coklat keperang-perangan. Yang warna hitam itu adalah amang yang boleh dibuat batu pengasah pisau. Ini contoh bijih timah dan amang yang ada di Galeri TT5 ini. Kedua-duanya mempunyai warna-warna yang berlainan. 





Concentration Bins yang dipasang rantai ditambat/sangkut pada palang ini dan digerakkan ke sisi kapal korek untuk dituang muatannya ke dalam tongkang-tongkang. 


Ini papan info tentang proses pengasingan bahan-bahan korekan untuk memisahkan bijih timah dari mineral-mineral lain yang melibatkan muatan korekan dilalukan ke dalam Trommel Screen, 'Primary Jigs' dan 'Secondary Jigs'. 


Patung Oscars dibuat dari timah. 


Patung Oscars dibuat dari logam Britannia sejenis aloi pewter yang komposisinya mengikut berat adalah kira-kira 92% timah, 6% antimoni, dan 2% tembaga.


Kabel-kabel besi dikumpulkan di sini supaya pelawat-pelawat dapat melihat dengan lebih dekat. 

Seterusnya kami dibawa Amir ke bahagian belakang kapal korek ini. 

Di sini bahan-bahan korekan dibuang setelah diproses dan bijih timahnya diasingkan. 


Laluan-laluan sisa pembuangan selepas proses pengasingan.









Selain sisa pembuangan selepas proses pengasingan, di bahagian belakang kapal korek ini juga ada satu lagi bahan buangan iaitu bahan buangan dari Dredge Toilet 😄. Ada 2 bilik air, yang ini satu pintu, yang satu lagi at the opposite end ada 2 pintu. 







Deretan ponton-ponton di tepi kapal korek.






Amir menerangkan bahagian atas kapal korek ini telah didapati tidak selamat untuk dinaiki pelawat. Kerana kapal korek ini sudah berusia, banyak bahagian-bahagiannya sudah reput seperti dalam foto di bawah. 


Tongkang yang digunakan untuk membawa pekerja-pekerja pergi balik ke kapal korek.


Dredge Toilet dua pintu.

Pada kabin pendaftaran TT5 ini ada lukisan mural. Menarik kisahnya. 

Amir menceritakan pada kami beginilah cara gaji dibayar kepada pekerja kapal korek. Pekerja-pekerja kapal korek dibayar gaji secara tunai. Yang menariknya, gaji ini dibawa ke kapal korek setiap bulan oleh British dengan menggunakan kapal terbang.

Disebabkan hasil lumayan dari perlombongan bijih timah, kapal-kapal korek sering menjadi sasaran pengganas komunis pada masa dulu. Demi memastikan wang gaji ini sampai kepada pekerja dan tidak dirampas komunis dalam perjalanan, terpaksalah ia dihantar menggunakan kapal terbang setiap bulan. Duit ini disimpan dalam karung dan dilempar keluar dari kapal terbang untuk dikutip oleh petugas yang menunggu di darat. Duit ini kemudiannya diserahkan kepada Kapala (Pemandu Kapal Korek) untuk dibahagi-bahagikan kepada semua pekerja.

Menurut ceritanya ada juga sekali-sekala duit gaji yang dilempar dari kapal terbang terjatuh ke dalam lombong dan tak dapat dikutip seperti sepatutnya. Bila ini berlaku, gaji ini hanya diganti pada bulan yang berikutnya bersama dengan gaji pada bulan tersebut. Kerana itulah pekerja akan berusaha sedaya-upaya untuk mengutip karung duit gaji ini walau dengan apa cara untuk memastikan mereka sentiasa mempunyai wang gaji untuk menyara keluarga.

Baik, begitulah cerita lawatan kami di TT5 ini. Next entry will be about our walk keliling kapal korek ini dan di taman-taman yang ada di TT5 ini.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments: