Monday, October 17, 2022

TANJUNG TUALANG TIN DREDGE NO 5 - THE GALLERY

     السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok, ini bahagian terakhir cerita lawatan kami di TT5 ini. Last sekali kami masuk ke Galeri TT5. 

Jom kita masuk. Lega rasanya masuk ke dalam galeri yang berhawa dingin ini 😄.

Kami bersembang sekejap dengan staff yang bertugas di galeri ini.

Kami ditunjukkan sample bijih timah dan amang. Cik petugas kata cubalah angkat botol-botol ini. Wah! To our surprise they are really heavy! 

Ini bijih timah. Warnanya terang sikit. Lebih kepada coklat keperang-perangan.

Ini pula sample bijih timah yang saya beli di Muzium Sungai Lembing, Sungai Lembing, Pahang.

Yang ini amang. Warnanya gelap sikit. Amang boleh dibuat jadi batu pengasah pisau.

Ini pula adalah jongkong timah yang sebenar. Jongkong ini adalah salah satu bahan pameran di Palong Tin Museum, Ipoh, Perak.

Foto-foto lama jongkong-jongkong timah di kilang peleburan.


Ini pula bijih timah dan jongkong bijih timah yang dipamerkan di Muzium Sungai Lembing, Sungai Lembing, Pahang.
Bijih timah di Muzium Sungai Lembing

Jongkong bijih timah di Muzium Sungai Lembing

Pada zaman dahulu, timah juga pernah digunakan sebagai barter items untuk tukar barang untuk berdagang atau membeli.

Tampang dan Bidor adalah bentuk awal mata wang dengan nilai yang dikira berbanding jumlah timah mengikut berat yang boleh ditukar untuk satu dolar Perak Sepanyol. Ini digunakan secara meluas di Perak, Pahang dan Selangor, sebagai objek dengan nilai monetari yang ditentukan. 

Sesetengah pakar mendakwa mata wang ini berasal dari 1400-an, sementara yang lain mengatakan dari abad ke-17, tetapi adalah fakta bahawa di Pahang mata wang ini telah sah digunakan sehingga 1893. Di Perak ia dikenali sebagai Bidor. 


Boleh tahan ramai juga pengunjung pada hari itu. TT5 ini is quite popular dengan pengunjung paling ramai datang pada hujung minggu.

Ok, jom tengok apa yang dipamerkan dalam galeri ini. Galerinya tidaklah besar tapi menarik.




Satu lagi imej kapal korek. Yang ini unik sebab pengunjung diminta meletak gelung getah pada papan imej kapal korek ini.

Sila pilih warna getah mengikut minat anda. 
Sambungkan getah berwarna berdasarkan kreativiti anda mengikut reka bentuk TT5. 

Imej interaction ini mengingatkan saya pada computer generated image of the TT5  dalam filem J Revolusi as below.

Ada banyak maklumat menarik di galeri ini. Jom kita baca buat tambah ilmu pengetahuan. 



TT5's facts and specifications.

The technology transfer.

Export of Dredging techonological know how.


Foreign direct investments.


Tin dredging schematics.

Peralatan melombong bijih timah. Meja ini adalah sebenarnya Meja Perbincangan di Bilik Dredge Master dulu.

Contributions from dulang washing used to constitute more than 5 percent of malaysia's annual tin production.
Dulang ini dibuat dari kepingan kayu balak dan boleh digunakan bagi tempoh yang lama.


Maklumat tentang mendulang bijih timah.




Untuk mendulang Pas diwajibkan. Ini contoh Pas Mendulang.

This is an example of a Dulang Pass issued under Section 113 of the Mining Enactment for the washing of tin ore with a dulang at Kampar Mukim. It has an expire date and the charge was $2.00. 

Ini replika seorang pendulang berbangsa Cina. Pendulang ini berbasikal ke tempat mendulang membawa bersama semua peralatan dan keperluan untuk kerja mendulang.


Imej pendulang turut diabadikan dalam mural di Dataran KTM Ipoh ini.

Maklumat tentang Mendulang.

Beberapa lagi foto-foto lama menunjukkan kerja mendulang.


Beberapa peralatan yang dipamerkan.




Foto lama Kesatuan Kebangsaan Pekerja Lombong Malaya tahun 1967.


Maklumat tentang kapal korek.






Foto-foto lama kapal korek di Perak.






Pelbagai jenis galian turut dipamerkan di galeri ini. 

Let's have a closer look shall we.







Kalau anda berada di Ipoh, Kampar atau Batu Gajah, silalah singgah ke Tanjung Tualang untuk melawat kapal korek TT5 ini. Selain merupakan salah satu peninggalan sejarah Malaysia dan Perak in particular yang bernilai dan penting, TT5 ini adalah satu-satu kapal korek yang telah dibaikpulih dan boleh dilawat dengan selamat. It really is one of a kind. Tambah pula ada Guided Tour di mana pelawat dapat penerangan yang lengkap dengan bermacam maklumat menarik tentang kapal korek dan sejarahnya di Malaysia. It is both good for knowledge and very educational too.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment