Thursday, October 13, 2022

TANJUNG TUALANG TIN DREDGE NO 5 - THE PARK

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok sambung dengan Part 02 cerita lawatan kami ke Kapal Korek Tanjung Tualang TT5.

Selesai dengan Guided Tour dalam kapal korek, kami pun jalan-jalan di laman-laman TT5 ini. Kolam besar kapal korek ini ada ditumbuhi teratai tapi tiada bunganya masa kami melawat di sini. 

Ada disediakan pathway keliling kolam kapal korek ini dan ke taman-taman lain.

Ada peralatan kapal korek.

Tak tahu kami apa peralatan ini. Perhaps some old spare parts.


To demosntrate saya minta wife bergambar bersama peralatan-peralatan ini to show how big they are.


Pemandangan kapal korek TT5 dari tepi kolam.

Ini adalah bahagian belakang kapal korek iaitu bahagian di mana bahan-bahan korekan yang tidak diperlukan dibuang selepas diproses.





To the right of the tin dredge ada beberapa lagi bekas lombong.

Corong bahan buangan.

Ada 3 palung dibina keluar dari kapal korek. Palung di kiri dan kanan digunakan untuk membuang tanah. Palung di tengah yang lebih curam adalah untuk membuang batu.



Peraturan Taman yang perlu dipatuhi seperti Adab Pengunjung, Merokok/Rokok Elektronik Vape, Makanan dan Alkohol dan lain-lain. Pengunjung mestilah berlakuan sopan, tidak dibenarkan merokok, no outside food, tidak dibenarkan berenang dan lain-lain peraturan.

Di kawasan TT5 ini ada taman-taman. Yang ini adalah Mini Maze Park untuk kanak-kanak. Maze park untuk orang dewasa pun ada juga.







Sekumpulan kambing di jambatan.

Comel-comel semuanya 😃. Fyi, Park Rules kata tidak dibenarkan beri makan pada haiwan-haiwan dalam kawasan TT5 ini.

Kambing-kambing ini dibiarkan bebas meragut tumbuhan di taman ini.

Saya perasan ada 4 spesis kambing dalam kumpulan ini. 


Hiasan lantai pavement.

Di sini juga ada diletakkan sebuah alat Jet Air yang digunakan dengan kaedah perlombongan hidrualik.

Ada sebuah Jet Air diletakkan di tepi kolam lombong.


Info tentang Kaedah Perlombongan Jet Air.





Di Dataran KTM Ipoh ada dipaparkan mural yang menunjukkan pengunaan jet air untuk melombong bijih timah.

Ini pula adalah contoh jet air yang dipamerkan di Han Chin Pet Soo: Hakka Miner's Club and Museum, Ipoh.



Turut dipamerkan di muzium ini sebuah mural perlombongan menggunakan jet air.


Beberapa maklumat lagi tentang Perlombongan Hidrolik.

Berikut adalah beberapa foto-foto lama perlombongan hidraulik.


Jom sambung lagi jalan-jalan di taman ini.




Kawasan sekitar kapal korek TT5 ini telah dibuat cantik untuk menarik pengunjung.



Kalau panas payung boleh disewa.

Ini The Can Tin. Pengunjung boleh berehat sambil minum dan makan snek di gerabak kereta api guna semula ini yang dipanggil Can Tin. 

Bijuh timah yang sudah diproses dibawa ke Pulau Pinang dengan keretapi untuk dileburkan menjadi jongkong. Inilah salah satu gerabak keretapi itu. 

Keretapi bijih timah itu ada digambarkan pada mural di  Dataran KTM Ipoh. 

TT5 Maze Park Cafe has a relaxed atmosphere to enjoy a meal and drink. A rustic-inspired cafe that transport patrons back in the 50's with its nostalgic ambiance. And there is no better way to have assorted Dim Sum with coffee or tea.



Sebahagian landasan keretapi lama di Tanjung Tualang ini ada dikekalkan sebagai salah satu peninggalan sejarah perlombongan bijih timah di Perak.






Ada sebuah taman permainan kanak-kanak.




Kambing-kambing yang berkeliaran bebas di taman-taman TT5.


Ok, next jom kita ke TT5 Maze Park. Kalau Mini Maze Park tadi untuk kanak-kanak, yang ini sesuai untuk orang dewasa.





Maze Park ini dibuat berbentuk love, the first heart-shaped maze in Malaysia. Ada 8 bahagian utama dalam Maze Park ini. 
TT5 Maze Park offer 8 elements such as Stone Maze as a walkway, Stone Gallery to educate about types of stone, Bengal Tunnel to get an extra oxygen, Bamboo Maze, Art Gallery which interpret tin mining history thru paintings, Bunny Maze, Recycle Maze that made up from glass bottle as wall and used shoes to plant flower, lastly Muraya Maze as the elements before step out. -  tt5perak.com





The Stone Gallery. Ada pelbagai jenis batu batan yang dipamerkan di sini.

















Lepas tersesat 3, 4 kali, saya gave up dan terus patah balik dan keluar dari maze ini.... hihihi 😄.

Banyak ikan di kolam ini. Semua datang berkerumun bila kita berdiri tepi kolam.



Pernah diadakan aktiviti memancing di sini.





Goats in a meadow.






Bagi mengakhiri jalan-jalan kami di taman-taman TT5 ini kami buat satu pusingan keliling kapal korek ini.



Benteng pejalan kaki dibina untuk pengunjung dan mungkin juga untuk mengepung kapal korek dari hanyut. Fyi, kapal korek TT5 ini masih lagi dalam keadaan terapung.










Bahagian depan kapal korek.











Guided Tour di kapal korek.






Tongkang besi yang digunakan untuk membawa pekerja-pekerja pergi balik darat/kapal korek.


Tin dredge bucket.

Yes, the bucket in huge!

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments: