Thursday, August 25, 2022

PULAU PINANG - DAY 02 - PART 05 - WONDERFOOD MUSEUM - PART 02

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Ok, sambung lagi cerita saya di Wonderfood Museum di George Town, Penang.

Next, di bahagian makanan India pula. I think it was brilliant the way the curator of this museum displays each food and the names of the food in this manner.

Fish Curry, Tosai and Idli all served on banana leaf. 


Putu Mayam was my favourite as a kid and still is 😃.

So I rotated my photo so that the food look like they are spread on a table 😄.

Let's have a closer look at the details and how amazing they are. The Nasi Briyani and Fish Curry look so delicious 😋.

Vadai, Muruku, Achi Muruku dan Samosa.

Kalau tadi di 'Akrobatik Makanan' dipamer figurines of Malaysia's cooks, di sini dipamer pula sebuah mini diorama yang ringkas yang menunjukkan suasana di sebuah rumah orang India. 

As expected, the details are amazing too in this mini diorama. But what is even more mind boggling to me is how tiny the food items are. I mean, the people figurines are already very small. And obviously the food items had to be made in sizes that are proportional to the people figurines, which are so exceedingly minute! Just look how small the Muruku and Vadai are!! Agaknya masa membuat kuih-kuih itu, the artis kena guna magnifying glass.   


A beautiful and colorful miniature kolum with diya (oil lamps).

An Indian hostess in beautiful saree welcoming her Malay neighbour who is wearing a flowery baju kurung. Ada hidangan Indian sweets and capati on banana leaf. Semua ini menggambarkan keindahan masyarakat majmuk Malaysia.

Ok, on to the next section, the 'Peranakan Food'.

Information on Peranakan Food that is on display.

Oh my.... what a fabulous spread of delicious food and kuih muih! So beautifully colorful and realistic! 😃😋 Notice also the authentic Peranakan tableware set that is being used such as the Peranakan Tea Set, Baba Cup Steam Pot, Mini Kamcheng Peony, Baba Serving Plates and bowls, Baba Nyonya Tiffin, porcelain spoons and even Tooth Pick Holders. Lengkap dengan sambal dalam lesung tumbuk! 😃 Dan semua ini diletak di atas hamparan kain batik Nyonya. Such a feast for the eyes indeed.

And of course the stars of this sumptuous display are the wonderfully realistic delicacies 😃. Ada lauk udang petai 😋.

A huge rattan weaved round tray filled with tradisional Nyonya kuih muih. 

Rempah ratus. Belacan pun ada.

Agaknya ini Ayam Masak Cili Nyonya dengan kentang. 

Nyonya signature Sambal Udang Petai display in an authentic Nyonya bowl with cover that are adorned with beautiful roses and phoenix decorations. 

Tropical fruits.

Perhaps this is Udang Masak Kam Heong 😋.

Sambal belacan Nyonya.


Itik Stim.

Acar Ikan.

Kuih muih Nyonya dalam Baba Nyonya Tiffin Carrier.

Kuih Ang Ku, Rempah Udang, Buah Melaka dan Kuih Bakar Nyonya.








Info tentang Pola Pemakanan Seharian Malaysia.

Seterusnya ke bahagian yang juga ada diorama. Tapi diorama-diorama ini adalah lebih terperinci dan menggambarkan suasana gerai-gerai di Malaysia untuk segment sarapan, makan tengahari, makan malam dan makan tengah malam. Jom kita tengok.

Sarapan pagi.

Diorama ini menggambarkan suasana di sebuah gerai yang menjual sarapan nasi lemak di waktu pagi. 

Nasi lemak daun pisang, teh tarik ikat tepi dan kuih muih. Hidangan lengkap sarapan.

Penjual nasi lemak sedang melayan pelanggan.

Can you imagine betapa kecilnya saiz kepalan nasi lemak bersambal (plastik) ini!! 

Bungkusan-bungkusan nasi lemak atas meja. I guess lagi kecil saiz items yang hendak dibuat maka lebih lama masa yang diperlukan untuk disiapkan. Also please notice beg-beg plastik yang tergantung di sebelah kiri foto ini 😃.

Pelanggan ini hendak beli dua bungkus nasi lemak. Figurines diaorama ini bukan sekadar dipacak tapi ia mempunyai riak muka dan body language sekali. Tambah pula dengan ketelitian artis membuat pakaian figurines ini. 

A little girl in a ponytail.

Sebelah penjual nasi lemak ada mak cik bertudung menjual kuih muih.

Kuih muihnya diletak dalam plastic container yang semi transparent. Details like this made me all agog to scrutinize each and every diorama... hihi 😃😄.  

Di tiang payung gerai ada digantung teh-o-ais bungkus ikat tepi dan beg-beg plastik multicolored. Ketelitian dan keperincian beginilah pada saya yang membuatkan diorama ini sangat berjaya in capturing the Malaysian ways. 

Notice juga gerai-gerai begini memang selalunya dibuka di tepi jalan atau kaki lima depan shoplots atau mana-mana sudut yang menjadi laluan orang ramai. 

Bangunan shoplot heritage dijadikan backdrop untuk diorama ini.

Bakul ayaman rotan terlangkup di meja tepi gerai menutup daun pisang pembungkus nasi lemak untuk mengelaknya dari layu.

Tingkap kayu bangunan shoplot warisan. 

Di luar tingkap ada burung-burung merpati. 

Notice juga dinding bangunan lama ini yang menggerutu. Authentic sangat!

Makan tengahari.

Seterusnya ke gerai makan tengahari pula. Ini gambaran sebuah gerai Cina menjual Bubur Teochew.

Bubur Teochew dan lauk pauk. Siap ada telur masin separuh.

Firstly, saya notice dinding zink di belakang tu. Dah berkarat! Asli! Lepas tu saya perasan bangku-bangku kayu tu. Ada yang setingkat, ada yang dua tingkat. Duduk atas pangkin panjang, then duduk atas bangku-bangku kecil. Nostalgik dan retro sangat!  

Berdiri atas pangkin panjang tu tak ke jatuh atau pangkin tu tumbang? Then I notice kaki-kaki pangkin panjang tu sudah di simen ke lantai! Saya jadi giddy tengok satu demi satu details yang macam ni! 😃

Aaa... the lunch spread. Memang kan kalau di gerai dan restoran Cina yang menjual nasi/bubur dan lauk pauk, mereka guna bekas-bekas loyang besar untuk lauk pauk. Penjualnya pula bersinglet dan memakai apron serta bertopi. Di meja ada round chopping board dengan pisau potong daging besar, pelbagai jenis lauk pauk, mangkuk-mangkuk dua warna; yang putih untuk bubur dan yang merah untuk lauk pauk, chopsticks hitam dan botol-botol condiments.

Seorang pelanggan sedang menyuap, seorang lagi sedang bercerita. Dua-duanya sudah beruban. Orang lama. 

Yang sedang menyuap memilih dua jenis lauk untuk makan tengahari bubur dia. Kawan dia memilih tiga jenis lauk dan semangkuk kecil cili jeruk. 


Pelanggan botak tidak berbaju ini minta tambah bubur. 

Begitu detailnya diorama ini mangkuk-mangkuk yang sudah diguna yang ada di tepi meja, dimasukkan juga dalam scenery ini. Ok now, if we want to talk about the artists being meticulous, cuba tengok atas meja di mangkuk-mangkuk yang sudah diguna tu. Nampak tak taburan kuah yang berkecah tu? Haaa... sampai begitu sekali keperinciannya! 😃

Sampai bangku-bangku tidak tersusun elok pun diberi perhatian 😃.

Di tepi meja besar tadi juga ada disediakan sebuah meja dan pangkin-pangkin untuk pelanggan yang tidak mahu atau tidak biasa makan duduk atas bangku kecil bertingkat yang berada di atas pangkin panjang.

Detail seterusnya yang buat mata saya besar adalah besen-besen besar merah ini yang digunakan untuk membasuh mangkuk-mangkuk dan chopsticks yang sudah digunakan. Dan pastinya mesti dekat dengan sumber air i.e the paip air. Please notice yang kepala paip air tu ada disambung dengan salur getah pendek semi transparent. We all know gunanya salur begitu supaya air yang keluar dari kepala paip itu boleh dikawal semburannya. And of course tempat membasuh ini mestilah ada longkang - notice the jaring besi penutup longkang tu. And lastly, mesti juga ada bakul sampah yang sudah siap-siap diletak beg plastik besar di dalamnya. 


Meja makan yang belum dikemas.

Ada pula di tepi dinding pokok-pokok berpasu yang sudah separuh nyawa atau sudah tidak bernyawa. Pasu-pasu tu pulak bukan pasu-pasu biasa, tapi dipastikan ianya pasu-pasu Cina dengan design daun-daun buluh. I mean, come on, detail tahap apa diorama macam ni! Dah tahap extreme dah ni! Hahaha... I like... very... 😄.

Makan malam.

Diorama suasana gerai nasi campur.

Sajian makan malam yang tipikal. Balanced sebab ada lauk pauk serta ulam-ulaman.

Seorang ibu sedang memilih lauk bersama anak yang baru balik sekolah. Seorang pelanggan sedang menyeluk dompet dari saku belakang seluar untuk membayar belian. Dan penjual pasangan suami isteri sedang melayan pelanggan-pelanggan. Please notice baju si ibu yang cantik dengan design bunga-bunga besar. Juga meja kayu utama yang besar yang tersusun di atasnya pelbagai jenis lauk pauk dalam bekas-bekas pelbagai saiz dan bentuk. Yang dalam periuk besar pun ada juga. Di kiri kanan meja besar ada pula meja-meja kecil. Oh ya, take note juga bekas styrofoam putih yang digunakan untuk take away the food. 

Perasankan juga bekas loyang yang berisi lauk ikan ini, yang bahagian dalam tepi bekasnya comot dengan sos/kuah ikan. Kuah berkecah pun tidak lepas pandang si artists. Also kalau kita amati, bekas-bekas loyangnya juga dibuat supaya nampak lusuh atau sudah lama dan selalu digunakan.

I cannot get over detail kuah yang berkecah-kecah pada dinding dalam periuk dan pada batang senduk besar tu! 😃😄 Dan juga penyepit untuk lauk ikan tu 😄. Oh.. oh... also senduk yang bahagian pemegangnya adalah kayu 😃. 

Pelanggan-pelanggan sedang beratur menunggu giliran untuk dilayan. Seorang wanita yang baru balik dari office.  Uncle yang berhelmet with black rubber sandals with hands in pants' pocket. 

Penjual sedang mencedok nasi ke bekas styrofoam dari tub biru yang terletak di atas bangku kecil. 

Please notice binaan rangka kayu gerai serta bumbung zink gerai ni yang nampaknya sudah berkarat 😃. Dan juga rumpunan-rumpunan kecil rumput-rumput tepi jalan. 



Di meja belakang pula ada dua set bekas styrofoam, salah satunya dalam beg plastik besar warna pink. Juga ada pinggan, baldi dan periuk serta senduknya. 

Pada bumbung zink berkarat ini ada pula taburan daun-daun kering... oii.. 😃

Makan tengah malam.

Yang ini pula adalah suasana di sebuah gerai mamak.

Hidangan roti canai banjir, maggi sup dan teh tarik.

Seperti diorama-diorama tadi, diorama yang ini juga dibuat dengan begitu teliti dan detailed. Perasan tak tray telur di bumbung gerai beroda ini? 😃😄

Teh tarik station. 

Ada tong air panas dan senduk, kole-kole teh tarik dan uncle veteran yang sudah beruban memakai apron membuat teh tarik. Lengkap! 😃

Oh my... tengok la apa ada dalam stall glass display ini! 

These items are all so small it must have been painstakingly made. Macam mana la the artists buat bungkusan surat khabar nasi lemak ini?! Also cawan-cawan kopi vintaj ini?

And the Milo, Susu Cap Junjung, Nescafe, Susu Carnation dan Planta! Pakai kanta pembesar kuasa tinggi ke agaknya? 😯



Pelanggan-pelanggan sedang makan. Notice the long table and benches. And the table top is covered with zinc metal sheet 😃. 

Memang betul kan, kalau ke gerai-gerai mamak, di meja mesti sudah ada, selain sudu dan garfu, juga ada telur rebus, pisang dan botol-botol kicap dan serbuk perasa/lada.


Tengah tunggu orders sampai. Dan memang begitulah fesyen kerusi plastik di gerai-gerai 😄.


Menebar roti canai.

Kuah-kuah dal dan kari. Again the comot-comot kuah pada periuk dan senduk!! 😃 

Di display ini pula ada telur dan tin-tin sardin. 



Kuali bulat roti canai dan dapur juga tong gas.


Till the next coming entry PART 03, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment