السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sambung lagi cerita jalan-jalan saya di Perlis dengan bahagian terakhir. Masa itu sudah hampir pukul 12 tenghari dan saya dan isteri akan bertolak ke Pulau Pinang pada pukul 2:30 petang. Jadi ada lagi masa untuk saya lawat satu lagi tempat. Next saya nak ke Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen. Saya dibawa ke taman bunga kertas itu oleh Grab Car driver yang sama yang bawa saya ke Taman Rekreasi Tasik Melati pagi tadi.
On the way tu kami passed by Cement Industries Of Malaysia Berhad (CIMA), Bukit Keteri Mukim Of Chuping, Kangar, yang merupakan syarikat bahan bangunan Malaysia yang terlibat dalam perniagaan produk simen dan konkrit campuran siap.
Kelihatan Bukit Chuping.
A closer look.
Bulatan Tuanku Syed Putra, Simpang tiga, Jalan Kangar - Alor Setar.
Saya diturunkan oleh Grab Car driver di Dataran Rindu Alam yang lokasinya di pinggir Bukit Lagi bersebelahan Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen.
Lokasi Dataran Rindu Alam, Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen dan Bukit Lagi. Di sebelah utara Dataran Rindu Alam adalah Taman Awam Bukit Lagi.
Parit besar di tepi Dataran Rindu Alam.
Di Dataran Rindu Alam ini ada disediakan taman permainan kanak-kanak untuk pengunjung. Di belakang playground ini ada sebuah gua namanya Gua Cenderawasih.
Terus saya terperasan ada monyet di sini. Bukan seekor dua but a troop, families of monkeys.
Bila diamat-amati bukan saja ada monyet tapi juga lutung. Dari pemerhatian saya, nampaknya kedua-dua spesis ini seem to get along fine. Do they naturally not get along? I don't know. Tapi inilah kali pertama saya nampak dua spesis ini together.
Gua Cenderawasih di kaki Bukit Lagi.
Dulu dikenali sebagai Bukit Lagi, bukit ini diberi nama baru iaitu Bukit Cenderawasih setelah Kerajaan Negeri Perlis melalui Majlis Perbandaran Kangar telah membangunkan kawasan ini sebagai taman awam untuk pengunjung beriadah.
Pandangan tepi pintu masuk ke Gua Cenderawasih.
Dahulu gua ini dikenali sebagai Guar Sami kerana ia pernah dijadikan sebuah kuil Siam.
Pandangan sisi pintu masuk gua.
Ketika gua ini berfungsi sebagai sebuah kuil, gua-gua di sekitar bukit ini menjadi tempat tinggal golongan sami buddha untuk mereka beribadat dan mengubati pesakit.
Pandangan ke arah siling gua.
Sami-sami buddha tersebut telah bersetuju untuk meninggalkan gua ini apabila kawasan ini telah dikenalpasti oleh kerajaan untuk dijadikan taman awam. Ada beberapa altar kecil di hujung gua yang mungkin dulu tempat sami-sami buddha meletakkan sembahan mereka.
Pandangan ke arah luar gua. Tidak besar ruang dalam gua ini tapi ia mempunyai siling yang agak tinggi menjadikan suasana di dalamnya sejuk nyaman.
Di luar pintu gua ini, di atas pokok sebelah kanan ketika itu ada sekumpulan monyet. Banyak betul monyet masa tu, lebih banyak dari yang saya nampak masa tiba di taman ini.
Memang la ada rasa risau juga masa tu. Saya pulak seorang saja at that time 😅.
Tapi mereka ok je, tak agresif. Perhaps they know I was not carrying any food with me at that time 😅.
Nice monkey... don't disturb me ok... 😅.
Pandangan dari luar pintu gua.
Saya suka tengok juraian akar pokok-pokok yang tumbuh di lereng bukit ini. Macam ada feel jurassic gitu.. hihi 😄.
Akar-akar pokok besar yang terdedah di tepi bukit batu kapur begini juga ada saya lihat di Taman Rekreasi Gunung Lang di Ipoh. I just think they look amazing.
Came upon beberapa gua lagi tapi bersaiz lebih kecil dari gua bekas kuil tadi. Mungkin inilah antara gua-gua yang pernah didiami oleh para sami buddha as mentioned earlier.
Jom kita jalan ke Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen.
Waaa... teruja sungguh saya tengok akar besar yang tumbuh 'menjalar' atas batu kapur besar ini! 😃
Just look at how amazing this tree is! SubhanAllah.
Kalau tadi saya teruja tengok akar pokok tumbuh pada batu besar, bila nampak yang ini lagilah saya terlebih excited... hihi 😃.
This is just too amazing! SubhanAllah.
Adakah pokok beringin/banyan tree?
Cascading roots. Macam waterfall 😃.
Melihat akar pokok begini mengingatkan saya pada similar gigantic tree roots at Ta Prohm Temple, Siem Reap ketika percutian saya di Cambodia.
Ta Prohm Temple, Siem Reap, Cambodia |
Ta Prohm Temple, Siem Reap, Cambodia |
Ini pemandangan Bukit Lagi dari kaki bukit tepi Dataran Rindu Alam.
Bukit Lagi adalah salah satu bukit batu kapur yang terhasil dengan formasi batuan batu kapur Chuping. Ia berasal daripada hamparan batu kapur yang besar, bermula daripada Bukit Air, Padang Besar sehingga ke Gunung Keriang, Alor Setar.
Wikipedia
Hamparan Batu Kapur ini telah dienapkan di kawasan zon pasang surut sehingga ke pelantar lautan pada 260-280 juta tahun dulu. Formasi ini terdiri daripada batu kapur yang berlapis tebal dan berwarna cerah. Bukit ini mempunyai ketinggian antara 300-500 kaki dan panjangnya adalah 3 km bermula daripada bandar Kangar hingga ke sebelah selatannya yang dikenali sebagai Gua Cenderawasih/Gua Sami.
Wikipedia
Bukit Lagi turut dikenali sebagai Gua Cenderawasih kerana dahulunya bukit ini merupakan habitat bagi burung cenderawasih. Bukit Lagi ini juga adalah habitat bagi Burung Lang Kangkuk, sejenis burung pembangkai. Burung ini telah pupus disebabkan oleh keracunan. Telur burung ini menjadi sumber makanan kera dan lotong yang tinggal di bukit ini.
Wikipedia
Nama Bukit Lagi dipanggil oleh mereka yang mudek Sungai Perlis dari muaranya di Kuala Perlis untuk pergi ke Bandar Kangar. Mulanya mereka bertemu Bukit Batu Buaya, kemudian Bukit Tok Poh, Bukit Lambung Pamah dan Bukit Tok Sanai. Apabila mereka meneruskan perjalanan menghampiri bandar Kangar, terdapat sebuah lagi bukit lalu salah seorang dari kumpulan itu berkata "Bukit Lagi". Maka dari situlah bukit berkenaan kekal dipanggil Bukit Lagi hingga sekarang.
Wikipedia
Pada zaman prasejarah dahulu, Bukit Lagi adalah sebuah pulau yang dikelilingi oleh lautan. Pulau ini tidak didiami oleh manusia kerana terlalu kecil, memanjang, berbatu serta dikelilingi arus lautan yang deras. Fakta ini dapat dibuktikan dengan penemuan beberapa fosil kulit kerang di sekitar bukit ini dan juga kajian oleh Zuliskandar Ramli et all. (2016) yang menyatakan dalam kajiannya bahawa Perlis merupakan salah sebuah kawasan laluan perdagangan dan laluan utama masyarakat prasejarah pada suatu ketika dahulu.
Wikipedia
Menoleh ke belakang, ini pemandangan Dataran Rindu Alam yang saya lalui tadi. Taman ini nampak kemas dan dijaga rapi dengan laluan-laluan pejalan kaki yang berkeadaan baik dan selamat dan mempunyai banyak park benches untuk pelawat duduk berehat. Taman ini juga bersih dengan landskap taman yang ringkas tapi menarik.
Ok, sekarang sudah sampai ke Taman Bunga Kertas Tuanku Lalilatul Shahreen. Terletak di Laman Cenderawasih di pinggir Bukit Lagi, taman bunga ini dinamakan sempena Raja Puan Muda Perlis, DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Semasa kami merentasi sempadan Kedah dan Perlis, ada gerbang sempadan yang mempunyai potret-potret Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis dan Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis.
Ini potret-portret DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid dan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil merupakan Raja Puan Muda Perlis yang dimasyhurkan pada 1 Ogos 2002 dan suri kepada Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Taman di Laman Cederawasih ini telah disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Pemangku Raja Perlis pada 8 April 2003. Taman ini dilhamkan sendiri oleh Tuanku Pemangku Raja Perlis.
Taman yang berkeluasan kira-kira 4 hektar ini dibina berkonsepkan sebuah taman yang ditanam dengan pelbagai spesis bunga kertas yang terdapat di rantau ini. Pelbagai spesis baru dari seluruh dunia juga akan ditanam dari masa ke semasa.
Walaupun dinamakan sempena Raja Puan Muda Perlis, taman ini merupakan taman yang terbuka kepada orang ramai.
Maklumat tentang Taman Bunga Kertas Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Lailatul Shahreen yang ada di taman ini.
Taman ini menjadi tumpuan penduduk sekitar terutamanya ketika waktu petang memandangkan ia juga terletak di tepi denai larian.
Saya baca di sini ada ditanam berpuluh-puluh jenis bunga kertas yang bermacam warna. Cuaca di Perlis yang panas adalah sesuai untuk penanaman pokok-pokok bunga-bunga kertas dan mampu bertahan kembang mekar untuk tempoh yang lama.
Sebelum kita explore taman bunga kertas ini, jom kita jalan meyusuri kaki Bukit Lagi ini.
Laluan di tepi kaki bukit ini akan membawa pengunjung ke Trek Mendaki Bukit Lagi.
Arah ke Trek Mendaki Bukit Lagi. Saya tidak pergi mendaki bukit ini kerana, admittedly saya memanglah tidak larat... hihi 😅. Lagi pun saya seorang diri masa itu. Moreover, masa itu sudah pun pukul 12:30 tenghari dan saya dan isteri akan bertolak ke Pulau Pinang pada pukul 2:30 petang. Jadi kalau saya daki pun mungkin kelewatan nanti.
Trek Mendaki Bukti Lagi adalah denai gelung (loop trail) sejauh 0.8 km. Secara umumnya ia dianggap sebagai laluan yang sederhana mencabar. Mendaki trek ini akan mengambil masa purata 21 minit untuk diselesaikan.
Bukti Lagi Loop Trail: Length - 0.8 km. Elevation gain - 59 m. Route type - Loop |
Denai Bukit Lagi ini adalah denai yang sangat popular untuk mendaki dan berjalan kaki, jadi selalunya pengunjung akan bertembung dengan pendaki lain. Laluan ini dibuka sepanjang tahun dan cantik untuk dikunjungi pada bila-bila masa.
Di sesetengah tempat trek mendaki ini, laluannya agak curam dan mungkin licin dan berlumpur terutamanya pada musim hujan.
Terdapat banyak spesies flora dan fauna di sini. Memandangkan laluan ini adalah di dalam kawasan hutan, jangan lupa bawa ubat penghalau serangga, tongkat hiking, pakai kasut hiking yang selesa dan bawa air minuman secukupnya.
Tak pasti samada laluan air di tepi kaki Bukit Lagi ini adalah semulajadi atau man made. In either case, it helps make the park's landscape that much more inviting. Having or introducing water element in garden settings is always a good idea, I think.
Saya rasa pihak-pihak yang bertanggungjawab menjadikan tempat ini sebuah taman awam telah melakukan tugasan mereka dengan baik kerana pada pemerhatian saya banyak ciri-ciri asal kawasan bekas hutan berbukit batu kapur ini dikekalkan. I think much care were given to keep as much of the precious jungle in its original state as possible. Aptly so as these jungle elements took hundreds perhaps thousands of year to form and be at their most glorious existence.
Cerita pasal preserving forests ini maklumat tentang Hutan Simpan Kekal Negeri Perlis as at 2014 sebagai pengetahuan.
Kehujauan indah tepi kaki bukit yang sungguh menyejukkan mata.
Ok, let's explore the DYTM Raja Puan Muda Lailatul Shahreen Bougainvillea Garden.
Terdapat wakaf/gazebo didirikan di beberapa lokasi strategik di taman ini untuk tempat pelawat berehat dan menikmati keindahan taman bunga kertas ini.
Ada laluan garden arbor yang panjang dengan tiang-tiang berhias ukiran di taman ini. Di kiri kanan laluan ini dihias pula dengan pokok-pokok kecil hijau berpasu yang diselang seli dengan pokok-pokok warna dark magenta. Cantik!
Melihat garden arbor di taman ini mengingatkan saya pada Rose Tunnel di Botanic Garden, Schönbrunn Palace, Vienna, Austria.
Rose Tunnel at Botanic Garden, Schönbrunn Palace, Vienna, Austria |
Bila saya mula explore, I realised rupanya besar juga saiz taman ini. I think it is a good size garden for visitors to have a leisurely walk in.
Di tengah taman ini, di bawah rendang pokok-pokok besar, ada kolam yang saiznya bersesuaian dengan saiz keseluruhan taman ini. Tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil. Pada saya ciri paling menarik kolam ini adalah konsep kolam yang ada pulau kecil yang ditanam dengan pokok-pokok. Sama seperti konsep pulau-pulau kecil di Tasik 2 di Taman Rekreasi Tasik Melati, Kangar.
Ini foto Tasik 2 di Taman Rekreasi Tasik Melati yang mempunyai banyak pulau-pulau kecil yang ditumbuhi pokok-pokok besar yang mengindahkan lagi landskap tasik ini.
Tasik 2, Taman Rekreasi Tasik Melati, Kangar |
Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatu Shahreen dengan berlatarbelakangkan Bukit Lagi.
Puncak Bukit Lagi boleh dilihat dari taman ini.
Adakah pokok-pokok besar ini salah satu spesis pokok bunga kertas? Pokok bunga kertas yang selalu saya nampak tidaklah besar begini. Let's have a closer look at its flowers.
Cantik bunganya berwarna pink.
Ada yang sudah berguguran ke tanah.
Bunga warna merah jambu berkelopak enam. Ok, may be ini bukan spesis bougainvillea 😊. I think it is a crape myrtle flower.
Curious juga nak tahu apa nama spesis-spesis bougainvillea yang ada di taman ini. So saya check la di internet. Susah sungguh nak identify which species they belong to using my photos sebab rupa mereka lebih kurang sama dan warna pun nak dekat-dekat sama especially warna-warna red, light red, pink, pale pink etc. So agak-agak je la... hihi 😅😄. I think this is a Barbara Karst Bougainvillea.
Perhaps this one is Orange King Bougainvillea.
Landskap kolam yang cantik.
Especially masa tengahari begini, memang terasa nyaman sungguh jalan-jalan di bahagian kolam-kolam di taman ini.
Nyaman dalam suasana rendang pokok-pokok besar.
Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen dengan latar belakang bahagian selatan Bukit Lagi.
Garden arbor and pond.
Colorful garden landscape.
Ini Dataran Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen.
Di hujung sana, di seberang jalan utama di depan taman ini adalah kawasan sawah padi yang luas.
Beautiful Bougaivillea blooms.
Yang ini rasanya spesis Elizabeth Angus Bougainvillea.
Cantik pokok bunga kertas ini, macam pokok bonsai.
Yang warna putih campur pink ini ialah Imperial Delight Bougainvillea.
Sebuah gazebo besar di tengah rimbunan pokok-pokok bunga kertas berbagai warna.
Di taman ini juga ada lorong-lorong yang dihiasi dengan potted bougainvilleas di kiri kanan lorong.
Pemandangan Dataran Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen dengan Bukit Lagi di sebelah kiri. So beautiful! 😃
Taman bunga kertas dengan backdrop Bukit Lagi. Saya baca pada 19 September 2019 ada dibuat Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang di puncak-puncak Bukit Negeri Perlis bersempena Sambutan Hari Malaysia. Sebanyak 9 puncak bukit iaitu Wang Gunung, Puncak Gua Kelam, Puncak Gua Cenderawasih (Bukit Lagi), Bukit Pelarit, Bukit Merbok, Gunung Perlis, Bukit Kubu, Bukit Keteri dan Bukit Jernih menjadi tempat untuk kibaran Jalur Gemilang. Bukit Keteri merupakan bukit terakhir diletakkan JALUR GEMILANG yang dibuat secara langsung sebagai gimik pelancaran kempen ini.
Ini peta lokasi-lokasi Wang Gunung, Puncak Gua Kelam, Puncak Gua Cenderawasih (Bukit Lagi), Bukit Pelarit, Bukit Merbok, Gunung Perlis, Bukit Kubu, Bukit Keteri dan Bukit Jernih.
Bougainvillea 'Ms Alice'.
Delta Dawn (Yellow) Bougainvillea.
Raspberry Ice (Red) Bougainvillea.
Di Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen ini juga ada sebuah Mercu Tanda DiRaja yang besar befitting of a royal garden.
Mercu Tanda DiRaja dan Bougainvillea 'Ms Alice'.
Di taman ini juga terdapat pokok-pokok bunga kertas yang ditanam terus di tanah dan bukan dalam pasu.
Pelawat boleh naik ke Mercu Tanda DiRaja ini dengan menggunakan tangga-tangga yang ada di depan dan sisi binaan ini.
Puncak Mercu Tanda DiRaja ini dilengkapkan dengan sebuah kubah berwarna emas yang cantik.
Di depan Mercu Tanda DiRaja ini ada pelbagai jenis pokok-pokok bunga kertas yang ditanam dalam pasu besar merah, which look very much like beautiful bonsai trees. Nice! 😃
Scarlett-O-Hara Bougainvillea.
Bougainvillea boleh ditanam sama ada secara langsung di dalam tanah atau di dalam pasu, tetapi memandangkan tumbuhan itu cenderung tumbuh tinggi, pasu yang besar diperlukan supaya ia boleh mencapai potensi penuhnya.
Rosenka (Orange) Bougainvillea.
Kebanyakan spesis bougainvillea memerlukan keadaan yang panas, cahaya matahari langsung dan peredaran udara yang baik untuk ia tumbuh subur. Jika ditanam di tempat yang teduh, pertumbuhannya akan meregang dan tidak merimbun menjadikan keseluruhan pokok bunga ini kelihatan agak kosong. Jadi akan nampak tidak cantiklah.
Dari sudut pandangan ini, Mercu Tanda DiRaja ini kita boleh lihat ada tiga air pancut emas, di depan yang bersaiz besar dan di kedua-dua sisi kiri dan kanan yang bersaiz kecil.
Di bawah kubah emas ada diletakkan Jata DiRaja Raja Perlis. Dan pada atas bahagian archway ada ukiran motif tumbuh-tumbuhan yang sangat cantik yang diwarnai dengan warna keemasan.
Kubah emas binaan struktur DiRaja ini di sokong oleh empat tiang-tiang yang mempunyai dasar yang melebar keluar. Ini mengingatkan saya pada pokok Tapang yang mempunyai akar besar di atas tanah.
Ini adalah foto pokok Tapang yang saya rakam ketika sedang membuat Niah Cave plankwood trail di Sarawak. Ada bahagian akar pokok ini yang besar dan lebar yang tumbuh di bahagian atas tanah.
Potted bougainvilleas. Pokok bougainvillea adalah tahan kemarau, jadi ia tidak memerlukan terlalu banyak air. Jika ditanam di dalam pasu, menyiram sekali atau dua kali seminggu sudah mencukupi. Untuk mengelakkan penyiraman berlebihan dan reput akar, pastikan tanah benar-benar kering sebelum disiram.
Bougainvillea berbagai warna. Such beautiful vibrant colors! Jadi jangan risau datang ke taman ini masa panas terik tengahari sebab masa beginilah bunga-bunga kertas nampak cantik dan mekar. Tapi kena berpeluhlah sikit ya 😄😅.
Mercu Tanda Diraja dan Bukit Lagi/Bukit Cenderawasih.
Ok, jom kita tengok lagi dengan lebih dekat jenis-jenis bunga kertas yang ada di sini.
Ada's Joy Bougainvillea.
Isla Morada Bougainvillea.
And here are the rest of the photos. Enjoy this beautiful garden! 😃
Keindahan taman bunga kertas dengan latar belakang bukit batu kapur.
Pokok bunga Lily putih juga ada ditanam di sini untuk mengindahkan lagi taman ini.
Imperial Delight Bougainvillea.
Beautifully arranged potted bougainvilleas.
The double delight pinky white Imperial Delight Bougainvillea.
Beautiful potted bougainvillea bonsai.
Pokok yang ini cantik sungguh. Perasan tak bahagian pokok ini yang berada di bawah teduh bumbung gazebo tiada bunga-bunganya 😃. Dan pertumbuhan pokok ini juga lebih ke arah kiri, ke arah banyak cahaya matahari. Which make this particular bougainvillea tree very special and unique to me 😃.
Pertumbuhan 'tidak balance' ini menjadikan 'kebonsaian' pokok ini lebih menarik 😃😄.
Beautiful vibrant red and orange colored bougainvillea blooms.
Selesai sudah jalan-jalan saya di Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen yang cantik ini. Kalau anda ada di Perlis, lawatlah taman yang cantik ini. Sentiasa ada peluang yang baik untuk pengunjung melihat banyak bunga bougainville kembang mekar dari pelbagai jenis kerana bunga ini di Malaysia mekar penuh sepanjang tahun. Walaupun tarikan utama taman ini adalah bunga kertas namun taman ini juga mempunyai sudut-sudut yang menenangkan dan sesuai untuk kita jalan-jalan. Pada sesiapa yang suka tanam bunga di rumah dan yang minat bunga kertas, maka taman ini adalah taman yang sangat best untuk anda lawati.
So it was time to go back to the hotel already. Masa ini sudah pun pukul 1 tengahari. As mentioned earlier, pukul 2:30 petang kami kena bertolak ke Pulau Pinang.
Gua Cenderawasih.
Called Grab Car and head on back to the hotel.
Sampai Bandar Kangar we had a quick lunch dan balik hotel terus kemas beg.
Pemandangan Bandar Kangar dari tingkap bilik hotel.
Dengan lawatan ke Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen maka berakhirlah sudah program jalan-jalan kami di Perlis. Ini senarai tempat-tempat menarik yang sempat kami lawati semasa di Perlis:
01 - Pasar Terapung Kolam JPS Perlis
01 - Pasar Terapung Kolam JPS Perlis
02 - Kuala Perlis
03 - Masjid Alwi Kangar
04 - Taman Rekreasi Gua Kelam
05 - Gua Kelam
06 - Taman Agrovet Perlis
07 - Padang Besar
08 - Dataran Empangan Timah Tasoh
09 - Kangar Street Art 2.0
10 - Taman Rekreasi Tasik Melati
11 - Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen
Alhamdulilah.
Till the next coming entry , inshaAllah. Meanwhile do take care.
Till the next coming entry , inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment