Thursday, August 11, 2022

PULAU PINANG - DAY 02 - PART 01 - TAMAN BOTANI PULAU PINANG - BAHAGIAN 01

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Baik, hari kedua kami di Pulau Pinang kami rancang hendak ke Taman Botani Pulau Pinang. Masa kami bercuti di Pulau Pinang pada tahun 2018, kami telah pun berpeluang melawat banyak tempat-tempat menarik Penang, kecuali taman botaninya dan beberapa lagi tempat lain.

Pemandangan Swettenham Pier Cruise Terminal ketika matahari terbit dari tingkap bilik kami di Royale Chulan Hotel.



Sebelum bertolak, kita sarapan dulu di restoran hotel ini. As we were walking through this heritage building we came upon this Boustead Heritage Tunnel. Di terowong ini ada dipamerkan maklumat tentang sejarah Boustead Group dan Royale Chulan Hotel ini. 

Bahagian paling ketara di Royale Chulan Hotel Penang ini adalah Bangunan Boustead, binaan yang menghadap Weld Quay. Dibina pada tahun 1892, bangunan ini adalah peninggalan gudang yang pernah dimiliki oleh Boustead & Co. Selaras dengan peraturan bangunan di bawah Tapak Warisan Dunia UNESCO, bangunan warisan budaya 3 tingkat ini dikekalkan seni bina asalnya semasa pemulihan. 

Kami sarapan di Sri Tanjung Cafe yang lokasinya di dalam Bangunan Boustead ini.

Memandangkan kami akan explore sebuah taman botani yang luas maka we need to fuel up real good lah 😄😃.

Luas dan selesa kafe ini. 









Our breakfast.




A bit of information on the hotel's history.


Balik ke bilik dulu sebelum ke taman botani.


Pada pukul 8:30 pagi kami pun call Grab car dan bertolak ke Taman Botani Pulau Pinang.

Tak jauh taman botani itu dari Royale Chulan hotel, lebih kurang 9 km atau 20 minit drive.

Tiba di Taman Botani Pulau Pinang. 

Khemah tempat pendaftaran masuk. 

Entrance to Penang Botanic Gardens.

The beautiful lush green botanic garden.

Ada maklumat dan peta. Let's have a closer look.






Ini peta trail Taman Botani Pulau Pinang. 
Alami denai gelung (loop trail) sejauh 1.9 km di Taman Botani Pulau Pinang ini. Secara umumnya dianggap sebagai laluan yang mudah, ia mengambil masa purata 36 minit untuk diselesaikan. Ia juga adalah kawasan yang sangat popular untuk memerhati burung, mendaki dan mountain biking. Laluan ini dibuka sepanjang tahun dan cantik untuk dikunjungi pada bila-bila masa.

Taman Botani Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Rizab Biosfera Penang Hill (Penang Hill Biosphere Reserve), yang diiktiraf oleh UNESCO dan turut disenaraikan dalam Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR - World Network of Biosphere Reserve).

Penang Botanic Gardens, Malaysia's botanical heritage in a garden.

Baik, jom kita mula jelajah taman yang indah ini. Ada tiang dengan papan tanda arah yang jelas. 

Pokok Tiger Orchid. Macam mana saya tahu? Sebab ada dipacak papan info di depan pokok ini 😄. Which I really like! 😃


Saya imbas QR Code pada papan ini dan dapat maklumat tentang pokok ini. Awesome!

Tak lah, belum penat lagi sampai nak berehat pulak 😁. Baru je start. Saja minta isteri duduk pose di pangkin ini sebab cantik pemandangan dan cahaya pagi pada masa itu.

What a beautiful park.


So many gardens to visit 😃.


Jom kita ke Taman Formal.

Formal Garden.

Terletak betul-betul di hadapan pintu utama Taman Botani Pulau Pinang, Taman Formal mempunyai ciri-ciri taman Inggeris, di mana tumbuh-tumbuhan dan struktur bangunan disusun dalam simetri pada tahap ketinggian yang berbeza. Pada zaman dahulu, kawasan ini digunakan untuk mengadakan acara, jamuan teh dan urusan penjajahan rasmi yang lain.

Info Pokok Tembusu Padang. 


Pemandangan Taman Formal dengan latar belakang Bukit Cendana.

Pokok memanjat yang cantik di gerbang ini namanya Kock's Bauhinia atau katup-katup atau ketup-ketup.



Info on Kock's Bauhinia.

Bergambar di bawah 'Gerbang Katup-Katup' yang cantik berbunga warna oren. 



Selepas lalu bawah Gerbang Katup-Katup, ada lorong yang cantik ini. Saya rujuk saja ini sebagai 'Lorong Katup-Katup' 😄. 

Pokok katup-katup yang cantik rimbun tumbuh subur di Taman Formal ini. 

Ada air pancut di hujung sana. 

Lorong Katup-Katup yang saya lalui tadi bertembung dengan dataran kolam berair pancut ini dan disambung dengan lorong di sebelah sana kolam. 



Di kiri kanan Lorong Katup-Katup, ada juga lorong-lorong untuk pengunjung lalui.  






Sambung lagi jalan di Lorong Katup-Katup bahagian kedua ini, selepas dataran kolam berair pancut tadi. 

Di hujung Lorong Katup-Katup ini ada sebuah pavilion yang besar cantik.

Pemandangan Lorong Katup-Katup ke arah dataran kolam berair pancut tadi.

Lorong Katup-Katup dengan latar belakang Bukit Olivia.

Kalau tak silap pokok-pokok besar ini adalah pokok Crape Myrtle atau Bungor.


Yang ini pula rasanya Clematis paniculata.


Di hujung Taman Formal ini ada sebuah pavilion besar yang disambungkan dengan dua Pergola di kiri dan kanannya. 

Kombinasi kedua-dua pavilion dan pergola menampilkan satu daya tarikan seni bina tempat berehat yang berbumbung dan yang terbuka dengan palang-palang pergola yang membenarkan cahaya masuk. Bertambah cantik jika pergola-pergola itu dilitupi pokok menjalar seperti pokok Katup-Katup. 


Suasana taman yang nyaman dan damai sebegini membuatkan pengunjung mahu berjalan-jalan di sini.

Bahagian atas pergola yang rimbun dengan pokok Katup-Katup.

Pokok besar di tepi pergola.

Sitting on this bench reading a book... bliss... 😌.

Pemandangan dari Pavilion.

Pemandangan Lorong Katup-Katup dari Pavilion.






Info on Fragrant Garden. 

Jom kita ke taman seterusnya.


Seterusnya kami ke Japanese Garden dan Bambusetum Garden.


Di dalam taman ini ada sebuah gerbang Jepun berwarna merah yang dipanggil Torii. 

Peranan utama gerbang Torii adalah untuk membezakan kawasan suci kuil dari ruang lain. Dalam erti kata lain, ia berfungsi sebagai sempadan yang memisahkan ruang suci dari ruang duniawi.

Ada sekumpulan monyet masa kami di sini.

Pokok-pokok buluh menghiasi sisi kiri jalan ini. Such brilliant morning light!

Rumpunan pokok-pokok buluh yang disusun rapi ini turut memberikan 'Japanese feel' pada taman ini. Bahagian taman ini dipanggil Bambusetum Garden yang menampilkan landskap berinspirasikan pokok buluh. 

Ada ruang khas dalam taman ini yang dihiasi dengan pokok-pokok bonsai. Di sinilah lokasi Japanese Garden.

Di sini juga ada sekumpulan monyet. 

Cute! 😃

Monyet-monyet ini ok je, tak agresif dan tak kacau orang. 



Let's explore this garden. 

Taman ini dibinakan mengikut gaya Taman Itabashi, di Jepun.


Beautiful bonsai with bamboo trees at the background. 

Japanese Garden elements: rocks and stones represent mountains; plants repesent nature; and stone lanterns for practical and decorative purposes.

'Stone lantern' adalah merupakan salah satu dekorasi taman yang selalu kita lihat di sebuah taman Jepun.

Taman Botani Pulau Pinang telah membantu dalam membangunkan Projek Rumah Hijau Bandaraya Itabashi Jepun dengan menyumbang pelbagai spesies tumbuhan tropika pada tahun 1995. 

Majlis Bandaran Itabashi pula melalui Persatuan Daerah Komersial Itabashi mengumpul dana untuk membantu membina semula Taman Jepun di Taman Botani Pulau Pinang. 

Hasil daripada pengumpulan dana oleh warga Itabashi, taman Jepun telah dibangunkan di Taman Botani Pulau Pinang. 

Taman Jepun ini adalah simbol persahabatan yang bermakna antara Bandaraya Itabashi dan Pulau Pinang. 

Reka bentuk Taman Jepun dengan laluan berliku, buluh dan tumbuhan tropika ini dimodelkan mengikut taman Itabashi.


Baik, saya kongsi pula di sini beberapa Japanese Gardens yang saya rakam semasa percutian-percutian yang lalu.

Ini taman di hadapan Fujinoboukaen Hotel, Shizuoka, Japan.
Fujinoboukaen Hotel, Shizuoka, Japan

Fujinoboukaen Hotel, Shizuoka, Japan

Fujinoboukaen Hotel, Shizuoka, Japan

Yang ini pula adalah Gotemba Heiwa Koen (Peace Park) yang terletak di Gotemba City, Shizuoka Prefecture, Japan.
Gotemba Heiwa Koen (Peace Park), Gotemba City, Shizuoka Prefecture, Japan

Gotemba Heiwa Koen (Peace Park), Gotemba City, Shizuoka Prefecture, Japan

Gotemba Heiwa Koen (Peace Park), Gotemba City, Shizuoka Prefecture, Japan

Japanese Garden seterusnya adalah taman di Kiyomizu Temple, Kyoto, Japan.
Kiyomizu Temple, Kyoto, Japan

Kiyomizu Temple, Kyoto, Japan

Taman ini pula adalah taman di The Westin Osaka, Osaka City, Japan. Nama taman ini adalah Island Garden.
Island Garden, The Westin Osaka, Osaka City, Japan

Island Garden, The Westin Osaka, Osaka City, Japan

Island Garden, The Westin Osaka, Osaka City, Japan

Taman bandar yang cantik dengan pokok-pokok Cherry Blossoms ini ialah Ōyodo Naka Park. Lokasinya adalah di Osaka City, Japan.
Ōyodo Naka Park, Osaka City, Japan

Ōyodo Naka Park, Osaka City, Japan

Ōyodo Naka Park, Osaka City, Japan

Japanese Garden seterusnya pula adalah di Hamilton Garden, New Zealand. Nama taman ini adalah Japanese Garden of Contemplation. 
Japanese Garden of Contemplation, Hamilton Garden, Hamilton, New Zealand

Japanese Garden of Contemplation, Hamilton Garden, Hamilton, New Zealand

Japanese Garden of Contemplation, Hamilton Garden, Hamilton, New Zealand

Ok, sambung balik cerita jalan-jalan di Penang Botanic Gardens ini. Bahagian seterusnya adalah Bambusetum Garden yang begitu cantik! Lokasinya sebelah the Japanese Garden.

Lorong yang dihiasi pokok-pokok buluh di sisi kiri dan kanannya.

Di Bambusetum Garden ini ada ditanam pelbagai jenis buluh. Laluan-laluan pejalan kaki dibuat untuk pengunjung menikmati pemandangan alam semula jadi dan melihat banyak spesis pokok-pokok buluh.

The Bamboo Stream.

Teringat pula pada bamboo garden di Chinese Scholar's Garden di Hamilton Gardens, New Zealand. 
Chinese Scholar's Garden, Hamilton Gardens, Hamilton, New Zealand 

Chinese Scholar's Garden, Hamilton Gardens, Hamilton, New Zealand

Chinese Scholar's Garden, Hamilton Gardens, Hamilton, New Zealand

Chinese Scholar's Garden, Hamilton Gardens, Hamilton, New Zealand


The Moon Gate.





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment