Monday, October 26, 2020

SEKINCHAN & KUALA SELANGOR - PART 02 - PANTAI REDANG

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. 

Janganlah panic buying ya.


Masa first PKP dulu, gini la rak-rak supermarket near my house due to panic buying. 

Ok, sambung cerita day tour kami di Sekinchan/Kuala Selangor.

Seterusnya kami ke Pantai Redang, Sekinchan. 

Panas masa kami sampai di pantai ini. But don't worry sebab ada banyak shady trees dan tempat duduk. 


Bersih pantai ni dan masa kami di sini tidak ada ramai orang. Mungkin dah towards petang akan bertambah ramai pengunjung, when it is less hot lah. And I'm sure ramai orang also sebab sunset.

There were kids playing colorful kites.

Wonderful breeze but a bit hot though.. hehe 😅. 

Tak nampak sesiapa yang mandi. Mungkin kawasan pantai ini tidak sesuai untuk pengunjung mandi manda. Plus tak ada juga sebarang fun beach activities.


Tiang-tiang atau pancang ini dipasang untuk bantu bot-bot navigate masuk ke jeti-jeti berhampiran. 

Ramai yang bergambar di benteng tu. Jom kita ke sana.



Pantainya bersih tapi tidak sesuai untuk bermandi manda. Nampaknya ianya berbatu-batu dan mengalami hakisan. 





Pemandangan Pantai Redang dari benteng.

Apa lagi nak buat di sini, bergambar la sikit.. hehe.


Belajar fotografi dengan Mr. Yap. Banyak dia ajar saya, seperti portrait and landscape photography. Awesome tour guide indeed! 😃

Inilah hasilnya, mine vs Mr. Yap's. It's pretty obvious I still have so much more to learn 😅.

Mr. Yap juga ambil gambar kami berdua 😄.


Ada menara tinjau di sebuah resort.

Tak tahu apa yang mereka cari. Mungkin tengah kutip remis.

Yang memancing pun ada juga.

Selain benteng tadi, juga ada sebuah jeti lama. Jom ke sana pula.

Titian konkrit.




Di hujung sana ada banyak lagi jeti-jeti dan bot-bot berlabuh. 

Juga ada beberapa bangunan tempat loading dock untuk membawa naik hasil tangkapan laut oleh nelayan dari bot, prepared for delivery dan terus masuk ke lori untuk dibawa ke pasar dan restoran/pelanggan.









Dah jom balik ke pantai.. hehe.

Since tengah tak ada orang, jom bergambar kejap dengan sign 'Sekinchan' yang colorful ni 😀.


Memang sesuai main layang-layang di pantai ni sebab anginnya kuat. 


Mr. Yap juga beritahu kami yang Pantai Redang ni terkenal di kalangan orang Cina kerana adanya Wishing Tree ini yang sebelahnya ada sebuah Chinese temple. Rasanya itu adalah pokok banyan. 

Selepas prayers di kuil tadi, pengunjung berbangsa Cina boleh membuat wish dengan menuliskan wishes mereka pada sehelai kain atau reben merah. Kain/reben ini kemudiannya diikatkan pada Chinese coins di kedua-dua hujungnya dan dilemparkan pada Wishing Tree tadi supaya tersangkut pada dahannya. 

Dipercayai kalau lemparan pertama tersangkut, your wishes will come true. Juga dipercayai lagi tinggi tersangkutnya kain/reben merah itu, maka akan lebih mudah hajat si pembaling akan tercapai. Mungkin lagi tinggi bermaksud it is closer to the heavens.

Wishing ribbons ini mengingatkan saya pada wishing ribbons yang ada di Kek Lok Si Temple, Pulau Pinang. 

Di Kek Lok Si Temple ada reben pelbagai warna dan setiap warna represent different kinds of wishes. 

Ok, let's go to the next destination.



Bersambung

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments: