﷽
Baik, ini bahagian terakhir cerita cuti-cuti kami di Kedah. Cerita balik KL dari Alor Setar naik ETS Business Class.
Lepas lunch dan bersolat, kami pun checkout dan tunggu Najib di lobi hotel. Najib adalah pemandu teksi/tour guide yang bawa kami tour ke Kuala Kedah semalamnya.
Ini printout tiket tren ETS Business Class. Sebenarnya sejak kami first time naik ETS ke Pulau Pinang pada 2018, kami memang teringin nak rasa naik the Business Class. Masa nak beli tiket ni kami found out hanya hari tertentu sahaja yang ada perkhidmatan Business Class. Mungkin sebab pandemik.
Harga tiket ETS Business Class ialah MYR 165.00. Masa kami ke Alor Setar dari KL, kami naik ETS Gold dan harganya MYR 70.00. |
Pukul 2:30 pm Najib pun sampai untuk bawa kami ke stesen tren.
Good bye Royale Signature Hotel. Best hotel ni sebenarnya. Staffnya profesional dan courteous/friendly/helpful. Biliknya besar dan selesa. Makanan di restorannya pun sedap. And they follow the SOP very strictly ππ. Dan yang paling best kami diberi bilik yang tingkapnya mengadap ke arah Menara Alor Setar π.
Passed by Medan Bandar.
Pekan Rabu.
Tiba di Stesen Keretapi Alor Setar.
Stesen KTMB Alor Setar.
Dan ada annoucement tren nak sampai. Jom ke platform. Tren dijangka sampai ikut jadual.
ETS Platinum dari Padang Besar ke KL Sentral dah sampai.
Ada wall-mounted LED screen memberikan maklumat laluan, mesej peringatan, masa dan kelajuan tren. Juga ada paparan LED besar di atas pintu ruang depan memberikan maklumat mengenai masa, suhu kabin, kelajuan tren, destinasi, stesen seterusnya, nombor koc dan ketersediaan tandas.
Tak ramai passengers masa di stesen ini. A few more from coming stations.
Legroom luas, tak sampai kaki nak letak pada adjustable foot rest π.
Boleh check on board meals dan in-train entertainment like movies (Video-On-Demand) and music.
Dalamnya ada stokin, headphone dan inflatable travel/neck support pillow.
Seperti juga di koc-koc lain, tingkap ada shutters. So kalau nak tidur dan tak nak silau, boleh la tarik ke bawah. Cumanya shutters tu dikongsi dengan samada passenger depan atau belakang.
Comfortable 45° reclining and rotatable seats. Betul, seats dalam koc ni boleh dipusing ikut arah hala tren bergerak.
Current Station: Sungai Petani.
Rasanya ini Sungai Muda.
Sawah padi di Malaysia sekarang kami perasan dah tak ada petak-petak kecil berbatas. Mostly just a few big plots. Mungkin sebab sekarang dah banyak guna mesin-mesin besar untuk kerja-kerja membajak, menanam dan menuai.
Tak lama lepas departing from Sungai Petani, penumpang di Business Class ini ada diberi snek / minum petang dengan pilihan minuman teh atau kopi.
Snek dan minuman dibawa menggunakan food trolley oleh kru ETS macam dalam kapalterbang.
Delicious pastries down with warm tea, dalam tren bersuhu kabin 22°C dan dengan keindahan pemandangan sawah padi yang saujana mata memandang. Bliss π. Syukur Alhamdulillah.
Masa Cik Kru ETS ni passes us by, kami pun ambil kesempatan bertanya tentang kerusi di Business Class ni, betul ke boleh di pusing? Memang boleh kata dia sambil memberi penerangan kenapa such feature was incorporated into the train's seats' design.
Enjoying the beautiful views.
Melalui Tasik Bukit Merah.
Kalau tadi pemandangan-pemandangan adalah suasana bandar dan pekan, sawah dan ladang kelapa sawit, sekarang keindahan tasik dan pergunungan berbalam-balam pula.
Cantik sungguh! SubhanAllah.
Tiba di Taiping. Kami ada la merancang nak jalan-jalan Taiping-Ipoh-Lumut tapi tak tahu lagi bila π. Ada rezeki, ada la nanti.
Kawasan pergunungan yang indah antara Taiping dan Kuala Kangsar.
Dah nak dekat sampai terowong berkembar.
Tren ini melalui sebuah twin tunnels. Terowong antara stesen Kuala Kangsar dan stesen Taiping ini ialah Terowong Bukit Berapit, terowong landasan keretapi terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara. Terowong berkembar ini panjangnya 3300 meter. Ia melalui di bawah Sungai Batu Pengasah.
Kemudian makan malam disajikan.
Dinner tren kami malam itu adalah nasi minyak.
And it was delicious π. Dan mengenyangkan. Alhamdulillah.
Selepas perjalanan hampir 5 jam, kami selamat tiba di KL Sentral pada pukul 8.40 malam. Memang seronok dan puas hati travel dengan ETS Business Class dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah.
Dengan itu maka sekianlah cerita percutian kami di Kedah. Syukur Alhamdulillah.
I appreciate your visits and thank you for reading. Till the next entries. Meanwhile, please take good care of yourself and your family.
Pakailah Pelitup Muka 3 lapis.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
comel sungguh lah your caricatur berlitup muka tu ...:)
ReplyDeletemahal jugak ya tiketnya ..
macam one way flight / return AA
looks so comfortable
makna nya , kalau ada geng kat belakang , kita boleh pusingkan seat tu menghadap dia lah ?
Hehehe... I like it too. Sebab muka sebenar tak handsome.. hahaha...
DeleteYes, agak mahal juga doc.. nak merasa naik Business Class gitu.. hehe...
I suggest if doc got the chance at least cuba la sekali. Yes, very comfy indeed.
Betul. Rasanya boleh minta krew ETS tu tolong pusingkan.