﷽
Seterusnya kami ke Muzium Padi.
Muzium Padi Kedah Darul Aman letaknya dekat Gunung Keriang yang dikelilingi oleh hamparan sawah padi yang sangat luas.
Keindahan Gunung Keriang yang kami lihat dari Menara Alor Setar tempohari. SubhanAllah.
Gunung Keriang dilihat dari dekat.
Tiba di Muzium Padi.
The main entrance.
Bahagian depan Muzium Padi yang mengadap ke Gunung Keriang.
Gunung Keriang ini tingginya 217.92 meter dengan lokasi di tengah-tengah sawah padi. Ia merupakan bukit batu kapur purba yang berasal sejak zaman Permian (sekitar 250 juta tahun) dan Early Triassic conodonts di barat laut Semenanjung Malaysia.
Adalah dipercayai bahawa air laut yang susut sehingga 2-3m melonjak pulau Keriang membentuk apa yang masa kini dikenali sebagai Gunung Keriang. Walau pun saiznya kecil penduduk tempatan tetap memanggilnya gunung.
Dikatakan terdapat sekurang-kurangnya 10 jenis batu berlainan di Gunung Keriang. Kepelbagaian batu yang menarik ini menjadikan Gunung Keriang sebagai warisan geologi unik bagi penyelidikan dan kajian lanjut dan patut dilindungi.
Maklumat dari Portal Rasmi Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman:
Muzium Padi Kedah Darul Aman terletak di Gunung Keriang, 8km dari Bandar Darul Alor Setar. Telah dibuka dengan rasminya oleh KDYMM Tunku Sultan Haji Abdul Halim Mu'adzam Shah, pada 12 Oktober 2004, bersamaan 27 Syaaban 1435.
Bangunan berbentuk 'Gemai Padi' ini mempunyai sebuah bangunan induk dan enam buah bangunan sampingan di sekelilingnya.
Reka bentuk bangunan Muzium Padi yang diilhamkan dari 'Gemai Padi'.
Muzium yang berlatarbelakangkan Gunung Keriang ini berada di tengah-tengah hamparan hijau jika anda berkunjung pada musim menanam dan dalam hamparan keemasan pada musim padi masak.
Tujuan utama muzium ini dibina ialah bagi mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Keluasan keseluruhan Muzium Padi ini ialah 2,000 meter persegi dan mempunyai 3 aras.
Pesawah sedang menbajak. |
Sebagai hiasan, ini foto pesawah sedang membajak dengan cara tradisional yang saya rakam semasa dalam perjalanan ke Istano Basa Pagaruyung, Sumatera Barat.
Saya baca dari satu sumber (local newspaper) Muzium Padi Kedah ini dikatakan muzium padi yang pertama di dunia. Ada sumber lain kata bukan kerana sudah ada muzium padi di Jepun [Gohan (Rice) Museum in Yurakucho, Japan] dan di Filipina [IRRI's RiceWorld in Los Baños, Philippines]. Satu sumber lagi kata some aspects of pembinaan muzium ini ada penglibatan Korea Utara, manakala sumber lain kata dengan Korea Selatan. On both counts, Portal Rasmi Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman did not mention or make such claim (being the world's first paddy museum) and did not mention working with North Korea.
Pada sayalah kan, this has got to be the most wonderful front display for a museum, aptly for a paddy museum, yang lengkap dengan petak sawah padi, pesawah, kerbau, pokok-pokok kelapa dan pokok padinya sekali. All essential elements captured and displayed artfully. Although, I am not entirely comfortable with the patung-patung.
Dan untuk lebih menghargai usaha jabatan muzium, lihat foto-foto before and after sprucing di bawah ni 😃.
Plak perasmian dan burung helang.
Helang Muzium Padi vs Helang Langkawi.
Di sebelah kanan pintu masuk utama muzium ini pula ada patung sekawan burung bangau yang memang selalunya ada di sawah-sawah padi.
Eh.. bangau ke angsa ni? 😅
Ni foto lama sekawan bangau di sebuah sawah padi di Teluk Intan.
Moh le kite masuk ke dalam.
Welcome.
Harga tiket dewasa adalah RM5.00.
Maklumat dari pamphlet Muzium Padi.
SOP dipatuhi, imbas suhu dan scan MySejahtera.
Ruang utama Muzium Padi. Yes, fotografi adalah dibenarkan di dalam muzium ini 😃.
Tentang padi.
Lagenda Wan Empuk dan Wan Mailini.
Supaya penjarakan fizikal pelawat terjaga, pihak muzium telah menampal tanda anak panah dan batas-batas atau diverders di lantai sebagai laluan yang perlu diikut oleh pelawat.
Therefore, kami ikut sajalah arah anak-anak panah, masuk ke entrance yang gelap ini dan terus naik ke Aras 3 muzium ini.
Dengan menaiki 59 anak tangga ini, pengunjung boleh sampai ke 'puncak Gunung Keriang'.
Di sini, pengunjung boleh melihat panorama perkampungan tradisional dan sawah-sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang.
Siapa yang ke sini pastinya terpegun melihat panorama pemandangan Gunung Keriang, sawah padi yang luas, kawasan perkampungan dan penduduk-penduduk kampung dalam bentuk mural dan lanskap.
Mural ini mempunyai ketinggian 8 meter serta 103 meter panjang dan merupakan salah satu mural yang terbesar dan tercantik di Malaysia.
Ruang pemerhatian di aras ini boleh memuatkan 40 orang pada satu-satu masa. Pada masa itu cuma ada kami berdua sahaja dan seorang petugas muzium.
Kami pun berjalan membuat satu pusingan.
Sebenarnya kalau tak nak berjalan keliling ruang pemerhati ini boleh saja duduk di tempat-tempat duduk yang disediakan dan enjoy seluruh mural kerana platform ini berputar.
Bahagian lantai platform yang berputar adalah bahagian yang ada tempat-tempat duduk ini.
Cuba merakam mural yang panjang dan melengkung ini as much as possible in one shot.
Saya baca mural ini dilukis oleh 60 orang pelukis dari Korea Utara. Tapi tiada pula disebut dalam Portal Rasmi Lembaga Muzium Negeri Kedah Darul Aman.
Dikatakan para pelukis tersebut telah menghabiskan masa selama dua tahun tinggal di kampung-kampung di daerah utara Kedah sebagai sebahagian daripada penyelidikan mereka sebelum menyiapkan lukisan mereka dalam masa enam bulan.
Hanya ada dua tempat lain di dunia di mana kumpulan ini telah menghasilkan mural seperti ini, iaitu di Hawaii dan Korea Utara.
Dikatakan pada masa itu kontrak mural itu diberikan kepada Korea Utara pada tahun 2002 sebagai tanda untuk menunjukkan keikhlasan Malaysia dalam menjalin hubungan erat dengan Pyongyang.
Ok dah, jom ke aras lain pula.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
kesian nila utama tak kawin
ReplyDeletedia pun merantau
jumpa sebuah pulau
nampak seekor singa [ come to think of it .. mana lah ada singa kat asia belah sini kan... ?]
dia pun teriak lah kuat-kuat .. singa !!
penduduk asal pulau tu kata ' porrah !! '
maka pulau itu di namakan singapura
hehehhehe...
ni versi arwah ayah saya .. hehehhehe
cantik sungguh mural tu ! terpegun saya
sangat life like !
see the expression on their faces... so real !
seriously ??!!korea utara ??!
duduk kat kampung tu 2 tahun !??
boleh pulak bapak kim jong un tu bagi..
ramai pulak tu ..
pelantar tu berputar !?
like seriously ?!
best nya muzium ni!
Jodoh dia bukan dgn org Kedah doc :).
DeleteSinga + Porrah = Singaporrah.. hehehe.. first time I baca versi ini.. so funny... hehehe :)
Too life like if you ask me.
Itulah yg saya baca. Lama saya research dan jumpa info tu. I thought just fable tapi it was reported by a respectable newspaper. Mungkin kita tak tau sgt sebab ia tidak diwar-war kan since, you know la about Korea Utara kan. To answer part bapak KJU bagi tu... may be the answer lies in who was our PM at that time.
Yes, doc berputar. Hebat kan!
So masa kami di Kedah kami dah merasa 2 lantai berputar; di muzium ini dan di Menara Alor Setar.